Tuesday, July 21, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM

Bismillah.

Assalamualaikum. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T. in sha Allah. Tak sangka semester 2 dah habis. Dengan berakhirnya paper Amali Kimia 2 maka tamatlah sudah perjuanganku sebagai pelajar tahun 1 UKM dalam jurusan Kimia Tulen. Alhamdulillah.

Kepada yang terjumpa entri ini, entri ini aku tulis khas untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru Sarjana Muda yang berjaya menempatkan diri ke UKM. Tahniah dan syabas kerana anda antara beribu-ribu orang yang terpilih.

Baiklah, sebagai pelajar yang telah berpengalaman berada di UKM (walaupun tak sampai setahun pun err), maka ada banyak yang aku ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat yang diraikan in sha Allah. Tapi sebelum tu nak cakap, aku belajar di UKM, Bangi. Untuk pengetahuan, UKM ada dua lagi kampus iaitu satu di KL dan satu lagi di Cheras. Jadi, kepada student medic, farmasi, pergigian, mungkin anda boleh teruskan pembacaan entri ini sekiranya anda tak kisah hihi.

Maybe abang-abang dan kakak-kakak PC batch baru boleh buat minggu orientasi yang bermanfaat dan lebih mematuhi syariat in sha Allah? :)

Ok, kembali ke topik utama.

1) Kolej-kolej kediaman
Kebiasannya kalian dah tahu kalian ditempatkan di mana berdasarkan surat tawaran yang kalian terima. Ada sepuluh buah kolej yang terdapat di UKM, Bangi ini. Untuk first year, kalian akan stay di kolej in sha Allah, tapi bila dah masuk second year and so on, kalian kena berdoa banyak-banyak agar dapat tinggal di kolej. Kalau anda tak boleh tekan butang SAH semasa pengesahan penginapan kolej untuk semester baru dan ada tertulis ‘sila berjumpa dengan pengetua’ itu maksudnya anda tak layak untuk stay kolej for the next sem. Dan apa yang anda boleh lakukan ialah buat surat permohonan untuk menginap di kolej dengan berjumpa dengan pengetua kolej anda. Dan untuk langkah keselamatan juga, buat permohonan di kolej-kolej lain. In sha Allah, Allah permudahkan urusan kalian menginap di kolej.

Sekiranya tak ada rezeki, anda kena cari housemate baru untuk tinggal di rumah sewa. :(

Satu bilik 2 orang. Itu kalau di asrama. Kalau dapat blok flatelet, anda akan tinggal dalam bilik single. Kemudahan semua ada, ada kafe kolej, mesin basuh berbayar di setiap blok, bilik stor untuk simpan barang sekiranya kalian mahu checkout, surau, ruang lobi yang dilengkapi kemudahan wifi dan koperasi. Lain kolej, lain pula ke-advance-an kemudahannya. Contoh sekiranya kalian ditempatkan di Kolej Keris Mas atau Kolej Pendeta Za’ba, kalian dapat manfaat untuk memilih pelbagai jenis gerai.  Sekiranya anda ditempatkan di Kolej Antarabangsa Ibu Zain, setiap blok ada dilengkapi dengan kemudian memasak. Di Kolej Dato Onn dan Ungku Omar pula, ada internet kabel di setiap bilik. Jadi, doa-doalah supaya kalian dapat kolej yang sesuai dengan jiwa anda ya.

Untuk bayaran kolej, kolej paling mahal ialah Pendeta Za’ba dan Keris Mas, kedua mahal ialah Ibu Zain. Kolej lain, harga lebih murah.

2) Pakaian siswa dan siswi
Kalian tak perlu risau sangat soal pakaian kerana kita boleh pakai apa sahaja yang kita nak untuk ke kuliah. Yang lelaki, pakailah apa-apapun, nak pakai jubah ke, baju Melayu bersamping dengan kerisnya sekali, silakan. Yang wanita, silakan pakai mengikut citara rasa anda, nak pakai shawl ke, niqabiss ke, tapi ingat, sila jaga etika pakaian yang mematuhi syariah dan menutup aurat in sha Allah.

Macam aku, aku biasa pakai selipar sandal aje pergi kuliah. Baju pula T-Shirt berkolar dengan tak berkolar. Tak ada sesiapa yang tegur anda. Oh, kecuali kalau anda belajar Undang-undang mungkin kena pakai baju formal kot?

Tapi, adalah juga certain-certain kes yang menyebabkan kalian untuk memakai pakaian yang lebih formal. Sebagai contoh, semasa presentation, better pakai baju formal dan neck tie sekali.

Oh ya, untuk pelajar Sains dan Teknologi, sila pakai kasut bertutup semasa memasuki makmal untuk amali kursus anda.




3) Tempat Makan yang Sedap
Ada banyak pilihan makanan yang tersedia di UKM, dan aku sendiri tak habis menjelajah ke seluruh kiosk makanan. Paling common anda boleh cuba makan di kafe kolej anda. Kalau ikut pengalaman kawan-kawan aku, kafe paling sedap dan murah dan banyak pilihan makanannya ialah Kolej Ungku Omar. KUO terletak dekat dengan Fakulti Sains & Teknologi.

Dalam Fakulti Sains & Teknologi pun ada kafe dia yang besar tu. Aku pernah makan berkali-kali di sana. Makanan memang banyak dan variasi. Ayam goreng pula besar-besar mak aii. Biasa aku beli nasi dengan ayam goreng je (dan dicampur dengan kuah-kuah kari bagai) harga dalam RM4 gitu. Kira murahlah kan. Ada juga dijual buah-buahan seperti potongan tembikai.

Selain tu, tempat paling famous untuk dimakan ialah Kiosk 4 Community, ada dua cawangan, satu di Kolej Pendeta Za’ba (lebih kepada western gitu), satu lagi berhampiran dengan Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, dekat dengan Fakulti Ekonomi Pengurusan dan Bangunan Sains Matematik. Boleh dikatakan aku memang selalu makan di Kiosk sehingga muka akak yang jadi cashier tu pun dah boleh agak apa yang aku nak beli tanpa perlu aku bersuara wahahaha. Mostly harga makanan dia RM 4. Nasi Lemak Ayam, Nasi Kukus, Nasi Ayam Penyet, Nasi segala bagai nasi memang dijual pada harga serendah RM 4 sahaja. Minuman pun murah-murah je. Bahkan ada gerai-gerai berdekatan yang jual roti canai (RM1), kiosk burger pada waktu malam, shawarma, kentang goreng, cendol dan banyak lagilah!

Ada lagi tempat makanan yang best. Kalian boleh ke PUSANIKA. Di situ, ada Kafe Pusanika yang ala-ala Mamak Store, banyak jugalah pilihan lauk dia. Ada menu order juga. Selain itu, kalau ke aras bawah lagi ada Kafe La Asqa, kecil je kafe ni tapi ramai pengunjung sebab dikenali dengan menu western dia yang berpatutan. Kalau pagi-pagi kafe ni ada jual nasi lemak dengan harga serendah RM 1.50. Di sebelah La Asqa, ada satu kafe roti yang diberi nama (tak ingat dah apa namanya N’ Zakery entah apa haha). Kafe roti ni unik kerana ia ala-ala mengimbau zaman nostalgia 60-an dan 70-an. Lagu yang dipasang pun agak Golden dan Ke-Rafeah-Buang-an gitu. Hihi. Selain menjual menu roti dengan harga yang berpatutan, ada juga dijual muffin coklat yang yum yum. Oh ya, anda juga boleh merasai Pizza Ayam atau Daging dengan harga serendah RM3. Bahkan turut dijual Lasagna dan Kek. Wuuu. Nak tambah lagi boleh? Di situ juga dijual bubur nasi yang mana anda boleh tuang topping mengikut citarasa anda seperti mushroom soup, ikan bilis dan lada hijau. Shawarma ayam turut dijual dengan harga RM3.50. Anda juga boleh membancuh minuman panas anda seperti Cadbury, Teh dan segala minuman 3 in 1 yang disediakan. Minuman sejuk juga disediakan jangan risau. :)

Kalau yang ada motor atau kereta tu, bolehlah keluar ke Mushaty. Ramai budak UKM suka lepak makan situ. Harga murah, nasi pula banyak. Paling aku suka dia punya jus, RM2 je, manis pula tu sampai air liur meleleh. Kalau ada yang sudi tumpang ajak makan ke sana, roger-roger ya. FB aku ada di sidebar. Hahaha.

4) Pengangkutan untuk Bergerak
Aku tak pandai tunggang motor atau bawa kereta. Jadi pengangkutan utama aku di UKM ialah bas Nadi Putra. Ada 3 jenis zon. Sila ambil perhatian sebab kalau anda tersalah naik bas, alamatnya menangislah anda kerana tak sampai-sampai ke dewan kuliah.

Zon 2: Bas ini akan bergerak dari Kolej Pendeta Za’ba dan akan berakhir ke Kolej Pendeta Za’ba juga.
Zon 3U: Bas ini akan bergerak dari Kolej Keris Mas, menuju sampai ke Fakulti Undang-undang dan akan kembali semula ke Kolej Keris Mas.
Zon 6: Bas ini akan mengambil semua penumpang di setiap stesen dan akan berakhir di stesen KTM UKM.

Yup. Mesti kalian bingung kan. Tak apa, kalian masuk UKM dulu dan rasa dulu pengalaman naik bas dan pengalaman tersalah bas hihi. Sebenarnya ada trick dan tip macamana nak naik bas dengan betul, tapi memandangkan kalian belum tahu lagi Geografi stesen bas di UKM Bangi ni, maka aku akan huraikan sekiranya ada komen di bawah atau private mesej di Facebook in sha Allah.

Oh ya, tak adanya nak bayar tambang bila naik bas ni, sebab memang kalian dah bayar dalam yuran.

Sekiranya anda ada motosikal dan kereta, silakan bawa. Tapi setiap kenderaan perlu mendapat sticker pelekat khas. Sekiranya tak saya tak nak tanggung apa-apa hihi.

Untuk yang nak keluar jalan jauh-jauh, ada dua jenis pengangkutan yang aku syorkan. Satu, naik Bas RapidKL, yang ini kena bayar RM1. Kalau guna touch n go, ada diskaun. Bas RapidKL ini akan bawa anda ke Hentian Kajang dan ke Metro Kajang. Oh ya, Bas RapidKL ini kodnya T430. Meaning that, sekiranya anda nak balik ke UKM semula, anda kena tahan bas dengan kod T430 ini. Tapi, kekerapan bas ini ialah sekali dalam sejam. Haha. Ramai yang perli, apa kelas nak jalan-jalan ke Kajang? Well. Aku lebih suka bersifat diam.

Di Hentian Kajang, kalian boleh beli aneka barang seperti di 99Speedmart, kedai fotostat, dan banyak lagi yang kalian boleh explore. Di Metro Kajang, kalian boleh shopping di Metro Plaza Kajang, yang mana di dalam tu ada Giant, dan bertingkat-tingkat punya lot kedai serta pilihan makanan yang ekslusif. Berdekatan dengan Metro Plaza ada Kiosk Sate Kajang. Sate paling disukai ialah Sate Hj Samuri. Kalian bolehlah cuba-cuba eksplore sate di situ. Selain tu, di tepi Metro Plaza turut ada Kedai Alat Tulis yang murah alat tulisnya. Tak ingat nama kedai buku tu apa. Sekiranya kalian mahu main boling, kalian boleh berjalan lagi menuju ke pasar dekat depan lagi tu, ke depan lagi ada Metro Point Kajang. Di situ ada macam-macam juga. Francais seperti Coolblog, Chatime pun ada. Secret Recipe pun ada. Bahkan di kawasan itu ada Mydin sekiranya nak beli barang dengan harga yang murah in sha Allah. KFC dan Pizza Hut? Ada je in sha Allah. Dunkin Donut segala Ice Cream Baskin Robbins pun ada.

Sekiranya kalian nak keluar ke Serdang, ke MidValley, KL Sentral, kalian bolehlah naik KTM UKM, dengan menaiki bas Zon 6. Haa yang tu aku tak nak cerita apa-apalah sebab aku tahu kalian lebih tahu benda-benda high class outing bagai kan haha. Cumanya, kalau nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan sekali setahun, kalian kena turun di KTM Putra dan pandai-pandailah cari bangunan PWTC tu ya hihi.

5) Keunikan sistem pengajian Sarjana Muda
Mengapa aku cakap sistem pengajian di UKM ni agak special berbanding UA (baca: Universiti Awam) yang lain? Sebab di sini, kalian tak ada pun nak kena ambil subjek Kokurikulum bagai. Di sini, kalian hanya diberi pilihan, nak ambil atau tak. Bergantung kepada minat je. Kalau kalian nak ambil subjek kebudayaan, suka hati anda. Tak ada paksaan. Nak ambil Muzik Caklempong, Nasyid, Koir, Silat, silakan.

Tatkala kawan aku di UiTM kena masuk Kadet bagai, di sini, pelajar tak diwajibkan. Tapi kalau nak juga, boleh. Di sini ada PALAPES, SUKSIS dan JPAM. Bila kalian dah ambil unit beruniform ni, kalian tak perlu nak lengkapkan jam kredit Citra Kompetensi (macam Komunikasi Efektif, Kepimpinan dan Kreativiti, Kemahiran Berfikir dan lain-lain). Yang tak ambil Uniform macam aku, kenalah ambil subjek-subjek ni, tapi perjumpaan dengan pensyarah jarang berlaku. Selalu berhubung dalam iFolio je.

Selain tu, di UKM ada sistem Citra Rentas Ilmu. Kalian perlu selesaikan 24 jam kredit subjek berstatus Citra. Citra Rentas Ilmu ni maksudnya, kalian boleh ambil subjek dari fakulti-fakulti lain. Sebagai contoh, anda ambil bidang Kimia. Anda juga boleh pilih subjek dari fakulti lain yang ditawarkan pada semester itu. Macam aku, aku ambil subjek Pendidikan Al-Quran, Sistem Ekonomi Islam dan Dakwah & Pembangunan dari Fakulti Pengajian Islam. Aku juga turut ambil subjek Psikologi Pendidikan dari Fakulti Pendidikan. Kalau kalian dari fakulti pengajian Islam misalannya, kalian boleh ambil subjek dari Fakulti Sains dan Teknologi seperti Bioetika, Sains Tauhidik, Makanan & Gaya Hidup, Mikrokomputer, Kimia Am I (?) dan macam-macam lagi. Nak ambil bahasa? Pun boleh je. Actually ambil subjek bahasa bukan satu kewajiban, kerana subjek bahasa asing tergolong dalam Citra 2 (Linguistik). Meaning that, kalau kalian tak nak ambil bahasa Mandarin, bahasa Arab, bahasa Korea, Japan, Jerman bagai tu, kalian boleh ambil subjek Kemahiran Menulis, Bentuk-bentuk Penulisan, Fotografi, Komunikasi Saintifik, Hubungan Insan dan macam-macam lagi. Best kan? ;)

Okey itu je kot yang mampu aku nukilkan. Sekiranya ada permintaan, aku tulis untuk bahagian 2 pula ya. Bolehlah komen atau PM nak tulis fasal apa in sha Allah.


Assalamualaikum. :)

148 comments:

  1. details huraian kau pasal UKM. rindu pulak nak lepak dekat NZ Bakery tu. antara tempat favourite aku. study group malam2 pun dekat situ jugak sampai pagi.. haha.. rindu nya wei..

    ReplyDelete
  2. pernah menyewa sebulan di ukm selama sebulan masa ada praktikal di mpob bangi.....kemudahan yang ada memang terbaik.....bosan2 pi joging di trek padang....haha...

    ReplyDelete
  3. sy pun selalu ke Library Ukm..cuma sbg pelawat..kdg2 xtau nak makan di mana dlm ukm..anyway tq for the useful tips

    ReplyDelete
  4. wah...bagus sekali infonya...tak de rezeki nak jejakkan kaki di UKM nih huhu

    ReplyDelete
  5. wahh bagus2,, lepas nie boleh cerita tntg kelab, persatuan, danau dan hidupan kat ukm ya

    ReplyDelete
  6. farid boleh minta tolong sikit tak bagi nasihat dan tip belajar pada anak di asasi pintar ukm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan,

      mungkin boleh rujuk entri saya sebelum ini.

      http://www.faridmajid.com/2015/04/tip-tip-menuntut-ilmu-di-universiti.html

      http://www.faridmajid.com/2015/05/tip-tip-menuntut-ilmu-di-universiti.html

      Semoga membantu. :)

      Delete
  7. Salam, boleh berpurdah ke kt ukm? Ada student berpurdah x wktu orientation. Jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh in sha Allah.

      Saya tak pernah tengok muslimat pakai purdah di kolej saya masa orientasi, tapi kalau nak pakai, silakan dan tegaskan pendirian anda sekiranya mereka minta buka.

      Semoga dipermudahkan.

      Delete
    2. Saya nak tahu, abang farid dah pandai bawa motor ke belum? Hehe

      Delete
    3. Abang dah pandai bawa motor sikit-sikit. Nanti abang nak racing di UKM. Nak join?

      Delete
  8. Saya pljr UKM sesi akan dtg. Entry ni sgt membntu. Klau tak saya blurrr je psal UKM. Haha nice job senior (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga membantu dan dipermudahkan urusan saudari sepanjang perjuangan menuntut ilmu di bumi UKM in sha Allah.

      Delete
  9. lama dah tak pergi UKM, pergi dulu pun time zaman student jugak bila ada program himpunan students

    ReplyDelete
  10. Citra kene amek berapa subjek ye

    ReplyDelete
  11. Buat masa skrng sy cuma ada 6jam kredit...nak daftar citra n biuss sistem dh tutup pendaftaran...habis tu nak buat mcm mna?oh ya, sy ni mrupakan plajar intake kedua ukm sesi 2015/2016

    ReplyDelete
  12. Buat masa skrng sy cuma ada 6jam kredit...nak daftar citra n biuss sistem dh tutup pendaftaran...habis tu nak buat mcm mna?oh ya, sy ni mrupakan plajar intake kedua ukm sesi 2015/2016

    ReplyDelete
  13. Buat masa skrng sy cuma ada 6jam kredit...nak daftar citra n biuss sistem dh tutup pendaftaran...habis tu nak buat mcm mna?oh ya, sy ni mrupakan plajar intake kedua ukm sesi 2015/2016

    ReplyDelete
  14. Dekat kolej ibu zain takde bilik single ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Tapi bayaran lebih mahal sedikit. Semoga membantu.

      Delete
  15. Nak tanye bro..sy br abs dip..nk amk deg kat ukm tp sy apply part time je sbb dh bkeje.sy blom lg ke ukm.blh xbg advice mod study part time kat ukm n cm ne nk ukm klu naik public transport?lg 1 kat ukm blh ke sewa bilik je utk student part time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk part time saya tak pengetahuan yang cukup mengenai pengajian part time.

      Kalau public transportation, boleh guna Bas RapidKL T430 dari Hentian Kajang. Boleh juga naik KTM dan turun di KTM UKM. Untuk bilik, memang tak ada sewa kecuali duduk menginap bagi per semester. Semoga membantu. :)

      Delete
  16. Sangat membantu terutama sekali kepada pelajar baru seperti saya... Terima kasih

    ReplyDelete
  17. Salam. nak tnye. belajar Master in Educational Psychology guna BM or BI as medium?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya pun pernah ambil subjek Psikologi Pendidikan masa semester dua, belajar sekali dengan pelajar-pelajar Master. Pensyarah ajar kami dalam bahasa Melayu, lecture note pun bahasa Melayu. Kecuali untuk pelajar TESL, mereka diajar dalam bahasa Inggeris. Semoga membantu.

      Delete
  18. assalam info lengkap yg diberi untuk siswa/i baru yg nk mula jejak kaki ke UKM ni...selamat belajar hingga jaya farid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih in sha Allah! Semoga kejayaan menjadi milik kita!

      Delete

  19. salam, pointer utk masuk kos kimia di ukm berapa awk dulu bekas pelajar matrik kan pointer sem 1 and sem2 berapa? harap sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Untuk kursus Kimia, minima 3 pointer ke atas. Pointer saya overall dulu masa matrik 3.89.

      Delete
  20. Assalamualaikum farid.
    sy baru smpai di blog kamu ini.
    sy sbenarnya tertarik dengan fakulti pendidikan. iaitu pendidikan al-quran. saya sangat nak tahu lebih lanjut pasal madah yang akan belajar sepanjang 4 tahun tu.. harap farid boleh respon dengan segera.. boleh pm sy kalau x keberatan sbb saya ingin dpt info dari awak segera. 010-831 4649. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Untuk makluman, subjek Pendidikan Al-Quran ialah subjek di bawah Fakulti Pengajian Islam. Fakulti Pendidikan pula hanya menawarkan bidang Sukan, Pendidikan Khas dan TESL. Sekiranya nak sambung ke bidang Al-Quran, rasanya lebih baik apply ke pengajian Al-Quran in sha Allah. Harap dapat membantu.

      Delete
  21. Replies
    1. Alhamdulillah, semoga memberi manfaat.

      Delete
  22. ada bas tak dari ktm ukm ke ukm? atau kena naik teksi? kalau ada bas , nombor berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas Zon 6 UKM, nanti anda akan dibawa ke setiap stesen bas di UKM Bangi.

      Delete
  23. Kolej apa yang menawarkan bilik untuk sewa harian dan berapa kadarnya? Berminat nak menyewa harian bila berkunjung untuk urusan pembelajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kolej sediakan bilik untuk pelajar prasiswazah dan pascasiswazah. Jika mahu menyewa secara harian, cuba kunjungi Kolej Ibu Zain sebab dia special sikit kalau tak silap saya, atau boleh menginap di hotel di Puri Pujangga.

      Delete
  24. Assalamualaikum Abg Farid. Kalau Doktor Perigigian di UKM guna Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Saya tak berapa pasti, tapi selalunya UKM guna Bahasa Melayu dalam pembelajaran. Ada juga dalam BI. Cuba tanya senior UKM dalam bidang pergigian. Cuba hubungi Nurul Firzanah dalam Facebook.

      Delete
  25. Kalau nak jadi penterjemah bidang apa agaknya yang sesuai?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum nk tnya..dri ktm ukm nk ke dataran gemilang ukm ..nk naik bas apa ye and no brp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Dari KTM UKM, naik bas Zon 6, dan turun di perhentian bas Kolej Ibu Zain, dekat dengan Dewan Gemilang, antara Kolej Keris Mas dan Kolej Ibu Zain. Harap membantu.

      Delete
  27. Apakah Anda membutuhkan pinjaman? Ini adalah untuk memberitahukan masyarakat umum bahwa Mrs Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman swasta memiliki membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan. Kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga 2% untuk individu, perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan mudah dipahami. hubungi kami hari ini via e-mail di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  28. Hi farid ! Amira heree :) nak tanyaa pembelajaran awk dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Amira. Pembelajaran dalam BM atau BI. Bergantung kepada pensyarah. Tapi selalunya UKM ni pensyarah ajar dalam BM je. Kalau dalam exam pun saya jawab BM walaupun lecture note dalam BI. Harap membantu.

      Delete
  29. Salam Farid dari segi pengangkutan kalau ada nak guna kereta sewa pandu sendiri pun banyak di UKM yang penting ada lesen. CAll 0105693453 (Fadil) tolong promote kawan kawan.

    ReplyDelete
  30. Salam. Ada kenalan yang ambil bidang geografi atau sains pembangunan di UKM tak?

    ReplyDelete
  31. salam . hm abg Farid . sebelum kemasukan ke Ukm ade kene temuduga tak ? boleh share sikit tips semasa temuduga ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Just be yourself dan yakinkan penemuduga tu bahawa anda layak untuk mengambil kursus itu in sha Allah.

      Delete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Hai. Nak tanya. Biasanya kos pure kimia satu batch UKM ambil berapa ramai student?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, boleh awak terangkan temuduga melalui telepon ? Adakah itu proses sebelum walk interview ? Saya akan ditemuduga melalui telepon dari UKM. Jadi agak keliru disitu. Harap awak dapat menjelaskan jika awak tahu mengenai ini. Terima kasih terlebih dahulu ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf saya tidak berapa tahu temuduga melalui telefon. Tapi rasanya anda boleh buat persediaan sama seperti anda pergi untuk temuduga secara sebenar. Cuba yakinkan penemuduga bahawa anda memang layak untuk mendapat kursus yang anda pilih itu. Semoga berjaya.

      Delete
  35. kalau org luar nak naik bas kena bayar ka?

    ReplyDelete
  36. surat pemohonan rayuan utk tinggal kat kolej, yang nak hantar ke pengetua tu disediakan di pejabat kolej atau buat sendiri. tq

    ReplyDelete
  37. Slam farid nk tnya..sy bru lps iv kos sarjana muda ekonomi...sy nk tnya kos ni bgus x d ukm n ptutkah sy amik kos ni skiranya lyk dlm iv..rmai org bgtau sy kos pure ekonomi byk yg mnganggur..tp sy mnt kos ni...n satu lg brapo anggran overall expense utk stiap sem sbb sy xnk buat pinjman nk gna duit sndri...mohon pncerahan

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum boleh sy tahu kos psikologi di kampus bangi or kl?

    ReplyDelete
  39. Bagaimana kita nak tahu kita diterima atau tidak selepas selesai interview ? Melalui email, surat atau telefon ?

    ReplyDelete
  40. salam. klu nk pegi putrajaya dri ukm bngi cmna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Naik motor pun boleh.
      Tapi kalau bas I'm not so sure. Kalau naik KTM, turun di Serdang, then cuba cari teksi ke Putrajaya.

      Delete
  41. assalamualaikum. if dekat surat tawaran tu xde tulis berkenaan kolej kediaman macam mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Sepatutnya ada. Keputusan rasmi tengah hari ini di UPU. All the best.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Assalamualaikum, cik Raja Nur Syahriah, saya pon sama. Dalam surat tawaran tak ada tulis kolej kediaman. Mungkin untuk pelajar master kena tunggu masa hari pendaftaran.

      Delete
    4. Cik Syafeecca,untuk student master,kita kne apply sndiri kolej..better anta borang permohonan sekarang =)

      Delete
  42. Assalamualaikum. Fakulti Geologi guna BM ke BI?

    ReplyDelete
  43. Assalammualaikum saudara.boleh terangkan mcm mana perjalanan dari KLIA nak ke ukm?
    Pengangkutan apa yg perlu diambil.adakah pengangkutan selain teksi nak ke ukm.transit kat mana2 ka.maklumlah sy dari sarawak.first time nak pegi ukm sorang diri ni.please reply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Dari KLIA boleh saja naik teksi. Tapi kalau mahal sangat, boleh naik Bas KLIA ke KTM Nilai, dari KTM Nilai turun ke KTM UKM.

      Atau kalau mahu lagi cepat, naik KLIA Ekspres turun di TBS, kemudian tukar naik KTM ke UKM.

      Semoga membantu.

      Delete
  44. salam saudara , kita boleh pilih ke sama ada tggl di asrama atau flatelet ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Tahun sudah ditetapkan tinggalkan di asrama. Masuk tahun baru nanti boleh pilih ke flatelet dengan syarat memiliki markah merit yang tinggi menerusi keaktifan dalam program kolej.

      Delete
  45. salam saudara , kita boleh pilih ke sama ada tggl di asrama atau flatelet ?

    ReplyDelete
  46. assalam. kalau kos pengajian islam belajar dlm bm ke ?

    ReplyDelete
  47. salam, saya baca dari awal sampai habis sampai part comment semua tapi tak jumpa pun sebut pasal kolej rahim kajai hahaah. nak tnya kolej rahim kajai bilik cemana eh ? macam scary je kalau satu bilik sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Masa masuk nanti dapat bilik double. Kolej Rahim Kajai ni dekat dengan padang besar UKM, dekat dengan Danau kalau nak swimming, dekat dengan KTM kalau nak jalan kaki ke KTM UKM.

      Delete
    2. bilik double ? means satu bilik dua org eh ? kolej rahim kajai ni scary tak ?

      Delete
    3. Satu bilik dua orang.

      Scary? Tak kot.

      Delete
  48. alhamdulillah dpat jugak bnyak informasi kat sini... enjoy sangat bca kat sini.. trbaiklah.. saya dpat kolej kediaman ukgu omar..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga bermanfaat. Ungku Omar dekat dengan Fakulti Sains dan Teknologi.

      Delete
    2. ahahha.. malangnya saya fikulti ekonpmi dan pengrusan..hihihi

      Delete
    3. Kolej Ungku Omar, turun bawah bukit, pusing-pusing, dah sampai ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Fakulti Ekonomi sebelah dengan Fakulti Sains.

      Delete
    4. Haah dkat je dri kolej..dh gi pusing pusing.. senior farid still blajaq kat ukm ker??

      Delete
    5. Masih. Saya ada dua semester lagi.

      Delete
    6. ohh. ya ka..senior fikulti dan kos apa??

      Delete
    7. Saya Fakulti Sains dan Teknologi, belajar Chemistry. Selalu juga makan di Kiosk FEP.

      Delete
  49. alhamdulillah dpat jugak bnyak informasi kat sini... enjoy sangat bca kat sini.. trbaiklah.. saya dpat kolej kediaman ukgu omar..hihi..

    ReplyDelete
  50. Hi Farid..I'm Joeshi here..Saya bakal student degree pjj psikologi..by any chance do u f contact frm psikologi course student..please do help tq..Tis is my WhatsApp number 0174905463

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. Assalamualaikum Farid,boleh ke org luar gunakn perkhidmatan bas ukm dr KTM utk ke fakulti pengajian Islam? Saya keliru, guna 2 bas ke (zone 6 dan 2)?terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      In sha Allah boleh, dia tak check pun student card. Naik je bas Zon 6 tapi kena turun di bus stop FSSK, then jalan kaki sikit untuk sampai ke FPI.

      Delete
  53. Salam. Nak tanye. Ape prosedur ukm kalau nk tarik diri dr pngajian. Harap dpt maklum balas dgn cepat

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum...Terima kasih adik Farid..Entri ni banyak mmbantu sya terutama soal kolej..hahha.. sya nk tanya, Kolej Dato Onn dekat dengan FSSK kn?? betul x? Atau ad lgi x koleh dekat dengan FSSK...sbb nk mohon lebih dri 1, untuk persediaan klau x dpat Kolej Dato Onn.. Ermm, yuran kolej berapa rm ye? untuk peringkat sarjana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya tak sure sebab kadar yuran kolej pelajar sarjana lain dari Degree. Yes, KDO dekat je, boleh jalan kaki terus ke FSSK.

      Delete
  55. Assalamualaikum, hi farid. Saya ingin bertanya, ada kemungkinan ke , saya seorang pelajar ijazah jurusan ekonomi ipta lain, nak further master in law di ukm atau mana mana ipta ? Terima kasih atas maklum balas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Shaf.

      Mungkin boleh dapatkan basic requirement dari bidang Law yang Shaf nak further study tu, in sha Allah.

      Delete
  56. Salam Farid, nak tanya kalau daftar subjek hanya 12-20 unit shaja maknanya dah tak boleh daftar subjek lain dah ke? saya masih ada 2 subjek wajib tapi tak boleh nak daftar sbb maximum credit hour 20 sahaja. Adakah sebab pointer sem lepas saya jatuh 2.9 n kumulatif 3.17 saya tak boleh daftar subjek tersebut? macam mana nak buat? kena daftar manual atau memang dah tak boleh? ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Cuba buat permohonan tambah jam kredit ke bahagian Dekan fakulti.

      Delete
  57. salam farid, if menginap di rumah tamu berhampiran pusat kesihatan pelajar, bas apa yg boleh ke fak pendidikan? dan dari fak pendidikan nak blk ke rumah tamu pula mcm mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Dari rumah tamu ke fakulti pendidikan boleh naik mana-mana Bas Zon 6, Zon 2 atau Zon 3, atau RapidKL (Bayar RM1). Nak balik ke rumah tamu naik bas Zon 2 atau 3.

      Delete
  58. Salam, nk tnye boleh tak mohon kos ni kalau cgpa kurang 3.5? ( dalam 3.3 lebih camtu). Pengajian diajar dalam bm dan bi kan? termasuk lecture notes? kalau exam jawab mane boleh kan? maaf sekiranya terlalu banyak bertanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh in sha Allah. BM dan BI. Dua-dua pun boleh.

      Delete
  59. degree in stats di ukm belajar dlm bm ke bi?

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum,madah utk ijazah bdng dakwah & kepimpinan apa ya?

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum,madah utk ijazah bdng dakwah & kepimpinan apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Maaf saudari, saya kurang jelas maksud madah. Mohon pencerahan in sha Allah?

      Delete
  62. Madah tu sbjek yg kita akan bljr :-) dn thu x sbjk utk kos usuluddin&falsafah? Trma ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh I see. Saya pun tak sure sebab saya bukan dari Fakulti Pengajian Islam. Maybe boleh rujuk jadual silibus progroam dalam fakulti pengajian Islam di http://www.ukm.my/fpi Tapi basically semua pelajar akan ambil certain subjek yang wajib diambil, contoh macam subjek TITAS, Hubungan Etnik, Academic Communication, Workplace Communication, Keusahawanan, dan banyak lagi. Hope this will help you.

      If not, I would suggest you to contact Izzul Islam Shuhaimi (FB) sebab beliau mantan pelajar program Dakwah dan Kepimpinan UKM. Untuk Usuluddin dan Falsafah, saya ada seorang rakan tahun akhir. Maybe if you need his contact number just let me know so I will give you the number.

      Delete
    2. Boleh jga saudara farid, yg pljr muslimat x ada ya? Trima ksh bnyk2

      Delete
    3. Pelajar muslimat saya tak ada. Boleh saudari tinggalkan emel, supaya saya boleh berikan maklumat yang saudari hendaki in sha Allah?

      Delete
  63. Sejahtera, Saya nak tanya UKM kursus Biologi ini dalam medium apa? English atau BM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera. Saya tak sure. Tapi rasanya BM + BI.

      Delete
  64. Assalaamua'laikum abg farid, klau pointer 3.35 sahaja pastu dpt interview okay ke? Ukm amik ke student pointer cenggini??

    ReplyDelete
  65. Saya dpt interview ukm, tapi pointer 3.35 je..cam x caya lak. Agak2 ukm Terima ke abg farid. Terima kasih

    ReplyDelete
  66. Saya dpt interview ukm, tapi pointer 3.35 je..cam x caya lak. Agak2 ukm Terima ke abg farid. Terima kasih

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  68. kalau dpt iv ukm, berkemungkinan bsr tak nak dpt masuk?

    ReplyDelete
  69. Hai. Nervous nak masuk UKM ni, first time. Degree ambik tempat lain. Sambung Masters di sini.

    Nak tnya; ada tips untuk memilih kolej kediaman? Faktor apa yang penting? Jarak kolej ngan fakulti main peranan? (Saya di fakulti sains dan teknologi). Harap dapat reply ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  70. Nak tahu lebihla pasal no 5 tu. Contohnya, saya berminat ambil kebudayaan, boleh ke ambil mandarin?

    ReplyDelete
  71. thank you for the info. Very helpful. I'll be joining for session 2017/2018 and honestly I was confused about the attire but your info has enlightened me. But still wanna ask if we can wear sandals and slacks all that? jeans not allowed right? And the transport..is it like from our asrama to the facualty area/dewan kuliah or what? thank you

    ReplyDelete
  72. hai ,maaf sya nk tnya JAZAH SARJANAMUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PENGAJIAN BAHASA INGGERIS) mcam mana cara pengajiannya? takutlah nk terima , bi sya bukan hebat mana pun

    ReplyDelete
  73. Hai saya nak tanya saya nak tukar universiti ke ukm course kimia initial tapi saya takut permohonan tidak di terima kerana tiada ke Kekosongan. Kebiasaannya berapa banyak pelajar kimia?

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum tuan farid
    Sy plan nak reg utk master tesl waktu cuti sekolah utk guru sekolah di ukm.. ape komen tuan tntang program ini dan mcamane pula hal berkenaan kediaman memandangkn sy sudah berkahwinan dan perlukan rumah kelamin utk waktu cuti sekolah sahaja..
    Bole juga email sy mdaizatsk@gmail.com
    Sy dahulukn dgn terima kasih..

    ReplyDelete
  75. Salam Farid,akak nak tanya lah,kalau dari KTM UKM nak masuk UKM jauh tak kalau nak jalan? Atau mmg ada transport nak pergi situ? Sbb kita orang luar,ada program dekat sana.

    Maaf kalau dah ada soalan sama ke apa. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Dari KTM UKM boleh je naik bas Zon 6 UKM and masuk UKM. Kalau jalan kaki jauh sikit. Boleh je naik Uber/Grab. Harga dapat RM 4 ke RM 5.

      Delete
  76. Assalamualaikum. Admin blog ni, can I ask how utk mohon pindah ke ukm drpd universiti asal? Mcm mne te procedure nye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Universiti asal? Saya kurang tahu saudari. Cuba tanya bahagian akademik. Mungkin mereka boleh bantu.

      Delete
  77. Assalamualaikum hai�� menarik lah cerita awk tntng ukm ni.. Doakan sya lulus temuduga dn dpt smbung dkt ukm nti����

    ReplyDelete
  78. assalamualaikum hai boleh tak kalau kita nak tukar course yg kita dapat di UKM ?

    ReplyDelete
  79. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  80. assalamualaikum. boleh tolong jelaskan subjek citra dgn lebih detail? terima kasih.

    ReplyDelete
  81. assalamualaikum. boleh tolong jelaskan subjek citra dgn lebih detail? terima kasih.

    ReplyDelete
  82. Salam..kalau menyewa di luar, ada bas ke untuk ke fakulti? Saya tidak ada kenderaaan.

    ReplyDelete
  83. Salam. Nak tanya ada ke kos pengajian islam yang takde iv ?

    ReplyDelete
  84. Assalamualaikum abg farid,ada number whatsapp tak? Nak PM untuk minta bantuan sikit pasal ukm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Boleh emel abang di m.faridzuan.majid@gmail.com?

      Nanti abang mesej nombor abang.

      Delete
  85. Assalamualaikum. Master in Chemistry belajar dalam bm ke bi ye? tq

    ReplyDelete
  86. assalamualaikum, ada number ws x ? sbb mau tanya lebih lagi pasal ukm. berminat pula mau sambung dkt sana nanti hee

    ReplyDelete
  87. boleh tahu,course diajar dalam bahasa melayu ke?

    ReplyDelete
  88. Salam.. Nak tanya.. Rebut course tu plk macam mana ? Untuk student baru ...thanks

    ReplyDelete
  89. Adakah anda mencari SYARIKAT KREDIT KEWANGAN untuk memberi anda pinjaman daripada 10,000 euro kepada 10,000,000 euro (untuk pinjaman perniagaan atau korporat, pinjaman peribadi, pinjaman gadai janji, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, modal teroka, pinjaman kesihatan dan sebagainya. ))
    Atau adakah anda menafikan pinjaman dari bank atau institusi kewangan untuk satu sebab atau yang lain?
    Memohon sekarang dan dapatkan pinjaman kewangan sebenar, diproses dan diluluskan dalam masa 3 hari.
    FIRM PINJAMAN KEWANGAN PACIFIC, kami adalah peminjam pinjaman di peringkat antarabangsa, yang menyediakan PINJAMAN TANAH REAL kepada individu dan syarikat dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan ID sah atau pasport antarabangsa negara anda untuk pengesahan.
    Pembayaran balik pinjaman bermula 1 (satu) tahun selepas menerima pinjaman, dan tempoh pembayaran balik adalah dari 3 hingga 35 tahun.

    UNTUK MENYEDIAKAN TANGGUNGJAWAB DAN PEMPROSESAN APLIKASI ANDA BAGI SUNGAI Dalam 2 HARI KERJA,
    Hubungi kami terus melalui surat ini: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Hubungi kami dengan maklumat berikut:

    Nama penuh: ____________________________
    Jumlah yang diperlukan sebagai pinjaman: ________________
    pinjaman Tempoh: _________________________
    Matlamat untuk pinjaman: ______________________
    Tarikh lahir: ___________________________
    Jantina: _______________________________
    Status perkahwinan: __________________________
    Alamat: _______________________
    Bandar / Poskod: __________________________
    Negara: _______________________________
    Pendudukan: ____________________________
    Telefon bimbit: __________________________

    Hantar permintaan anda untuk tindak balas segera ke: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    terima kasih

    Ketua Pegawai Eksekutif. VICTORIA JOHNSON

    ReplyDelete