Bismillah.
(entri ini sudah lama berhabuk, lupa untuk diterbitkan. Ops!)
(entri ini sudah lama berhabuk, lupa untuk diterbitkan. Ops!)
Alhamdulillah, Allah masih memberi lagi
kesempatan buat diri ini untuk bersua dengan para pembaca yang
dikasihi Tuhan.
Oh ya, maaflah sebab tak update blog
sejak bulan 10 yang lalu. Dan seperti biasa alasan klise yang sudah
boleh diagak ialah aku sibuk dengan pelajaran, padahal ada je masa
free sebab aku tak aktif sangat pun join persatuan bagai. Hoho.
Selamat tahun baru buat semua. Adakah
diri ini terlambat? Ops, maaplah. Semoga tahun 2015 ini akan memberi
sinaran harapan yang baru buat kita semua. Dan sudah semestinya
impian utama kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah subhanahu
wata'ala.
Untuk entri kali ini, aku akan rumuskan
kembali perjalanan hidup aku sebagai seorang mahasiswa UKM dalam
bidang Kimia. Baru habis semester 1 dalam tahun 1. Pada tempoh itulah
aku cuba untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri sebagai seorang
mahasiswa. Bukan mudah pada mulanya merangkak sebagai orang baru,
tambahan pula pada usia yang begitu muda ini terpaksa berhadapan
dengan kepelbagaian manusia yang variasi karakternya di kampus UKM
Bangi, Selangor ini.
Bahkan isu-isu yang menyerlahkan sisi hedonisme
seperti Perang
Dectar (yang mungkin
aku akan ulas pada entri akan datang, kot?), konsert yang melibatkan
percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, program-program yang
kurang syariah-compliant
dan sebagainya turut bermaharajalela di bumi UKM yang aku sangka
penuh dengan biah soleh.
Tetapi alhamdulillah, majlis-majlis ilmu masih segar menghiasi kampus UKM. Ada sahaja majlis-majlis kuliah agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam UKM cuma mungkin kurang mendapat publisiti dek tertelan dengan konsert tari-menari (eh?), juga kewujudan persatuan-persatuan yang mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta.
ISIUKM antaranya adalah organisasi yang memperjuangkan hak dan martabat Islam di UKM. Setiap hari Selasa, ada sahaja program ilmu yang dinamakan Ummah Talk dan kemasukan adalah semestinya percuma.
Sebenarnya ada banyak lagi persatuan seperti PERKIM, PEMBINA dan lain-lain tapi aku sendiri kurang mengambil tahu dek terperuk lamanya aku dalam bilik menyiapkan laporan amali Kimia yang adakalanya berhelai-helai halamannya sehingga jari-jemari aku rasa nak terputus dan memerlukan rawatan fisioterapi. Huhu.
Perjalananan seorang penuntut ilmu. Gambar diambil di awal pagi di tepi kolej aku. |
Tetapi alhamdulillah, majlis-majlis ilmu masih segar menghiasi kampus UKM. Ada sahaja majlis-majlis kuliah agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam UKM cuma mungkin kurang mendapat publisiti dek tertelan dengan konsert tari-menari (eh?), juga kewujudan persatuan-persatuan yang mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta.
ISIUKM antaranya adalah organisasi yang memperjuangkan hak dan martabat Islam di UKM. Setiap hari Selasa, ada sahaja program ilmu yang dinamakan Ummah Talk dan kemasukan adalah semestinya percuma.
Poster ini, aku yang hasilkan dengan bantuan Encik Google. |
Bersama dengan abang popular UKM, abang Izzul Islam. Hmm, adik-beradik Izzue Islam eh? |
Sebenarnya ada banyak lagi persatuan seperti PERKIM, PEMBINA dan lain-lain tapi aku sendiri kurang mengambil tahu dek terperuk lamanya aku dalam bilik menyiapkan laporan amali Kimia yang adakalanya berhelai-helai halamannya sehingga jari-jemari aku rasa nak terputus dan memerlukan rawatan fisioterapi. Huhu.
Baiklah, tamat
bahagian pengenalan mengenai suasana am di UKM. Kini aku nak beralih
kepada kehidupan semester pertama aku yang penuh dengan detik-detik
manis dan juga pahit.
Sebagai seorang
mahasiswa dalam pengkhususan Kimia, kehidupan aku seperti sama sahaja
ketika aku berada di matrikulasi. Pagi pergi kelas, habis kelas balik
kolej. Umpama robot hidup, yang tak ada perasaan. Cuma mungkin
suasana sebagai seorang mahasiswa UKM itu amatlah berbeza berbanding
ketika di matrikulasi dahulu.
Pengangkutan
Oleh
sebab kelas paling awal aku adalah pada pukul 8 pagi, maka aku
biasanya akan bersiap lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Untuk ke
kelas, aku menaiki bas Nadi Putra UKM sahaja memandangkan aku tiada
kereta, motosikal, basikal waima kapal angkasa sekalipun.
Aku suka
moment menaiki bas
ini. Bas di universiti besar-besar, seperti bas ekspres. Cara
pemanduan abang bas itu juga adakalanya berbahaya sehingga aku rasa
nak teriak dan beritahu kat abang driver tu 'berhenti!' tatkala bas
betul-betul menghampiri belakang motosikal atau kereta kecil seperti
Kancil. Lihat, begitu supernervousnya tahap kerisauan aku. Padahal
abang bas driver relaks aje memandu dengan penuh keselambaan. Huhu.
Dan biasanya untuk kembali semula ke kolej aku iaitu Kolej Rahim Kajai yang terchenta, aku hanya perlu berjalan kaki memandangkan aku malas nak tunggu bas datang kerana adakalanya bas itu terlalu lambat. Alah, dekat aje pun kolej aku ke fakulti. Tapi boleh dikatakan selalu jugalah aku tunggu bas untuk balik ke kolej memandangkan aku tak naik yuran bas aku disia-siakan begitu sahaja.
Memandangkan yuran kesihatan aku, aku tak manfaatkan pun sepenuhnya dek kerana takut doktor nak cucuk aku kalau aku buat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UKM, adalah membazir dan rugi jika aku tidak menaiki bas Nadi Putra yang sejuk penghawa dinginnya sehingga mencucuk tulang sum-sum.
Keawkwardan ketika dalam bas. Err. |

Oh ya,
aku cadang nak beli basikal mulai semester dua ini. Dah nak tercabut
juga kalau jalan kaki ke kelas, lebih-lebih lagi kalau nak makan di
Kiosk atau nak ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Jadi, dengan
adanya basikal nanti, harapnya keberangkalian kaki aku lumpuh
selama-lamanya dapat diminimakan. Miahahahaha.
Nak naik motosikal, aku mana ada lesen motor. Selalu, ada sahaja kawan aku yang tumpangkan aku naik motor, meskipun aku berkali-kali menolak (padahal sebenarnya aku memang tak mahu menolak pun!) sebab mereka semua terlalu baik hati.

Gaya
Pembelajaran
Dalam kuliah. |
Selain
pensyarah berpangkat PhD yang mengajar kami dalam sesi kuliah, kami
juga turut diajar oleh tutor atau dikenali sebagai tenaga pengajar
yang berkelulusan Master dalam subjek-subjek yang memerlukan latih
tubi sebagai contoh Teknik Matematik. Yang tak bestnya, bilangan jam
kelas tutorial cumalah satu jam satu minggu, dan itu mungkin tak
cukup untuk sesetengah pelajar yang mempunyai masalah lambat untuk
catch up solusi untuk
menjawab soalan, lebih-lebih lagi Matematik. Oh!
(update: Kami budak-budak Kimia dah tak wajib untuk ambil subjek Teknik Matematik 2. Yay!)
Buku-buku yang menjadi teman hidupku. |
(update: Kami budak-budak Kimia dah tak wajib untuk ambil subjek Teknik Matematik 2. Yay!)
Kekolejan
Aku ditempatkan di Kolej Rahim Kajai, kolej paling banyak kemudahan
sukan yang mana belakang adalah padang, sebelah pun padang, bahkan
depan kolej kami (secara spesifiknya depan bilik aku), ialah stadium
UKM yang tersergam indah. Malah dekat dengan Danau Gold Club yang ada
swimming pool tapi entah sampai sekarang kolam renang ada
masalah. Nak juga merasa berenang di situ bila dah habis kena baiki
(sempatkah?), tapi kena beli baju renang yang mesra muslim kot.
Di kolej, aku pegang portfolio sebagai setiausaha blok A, iaitu blok
aku sendiri. Antara sebab kenapa aku dipilih jadi setiausaha adalah
sebab semasa meeting blok buat pertama kali, aku je satu-satunya
penghuni yang membawa buku nota dan pen. Lols. Sebab lain kenapa aku
jadi setiausaha juga adalah sebab aku perlu mengumpul markah merit
agar dapat tinggal di kolej ini sehinggalah habis pengajian.
Buat pengetahuan you all atau adik-adik yang nak lanjutkan pengajian ke universiti, memang macam beginilah hakikat hidup di sini. Kebiasannya, pelajar tahun 2 akan diminta untuk menginap di luar untuk memberi laluan kepada adik-adik semua yang akan menjadi pelajar tahun satu menginap di kolej. Tapi, berbeza dan uniknya di UKM, oleh sebab kolej-kolej penginapan di UKM ada banyak, maka peratus pelajar tinggal di luar UKM adalah sedikit, dan untuk stay kolej, in sha Allah senang sahaja. Janji, kena join program atau wakil kolej untuk acara sukan ke, seni ke, demi mendapat markah merit. Aku sendiri ada juga join Pesta Pantun, tapi tak menang. Wahahaha. Buat malu aje. Ok.

Boleh dikatakan kolej aku ni agak serba lengkap jugalah, siap ada
CCTV. Mesin basuh pun ada, tapi setiap blok cuma dibekalkan satu
mesin basuhlah. Aku sendiri sejak masuk universiti, dah malas nak
cuci pakai tangan. Bilik air setakat yang aku jumpa ni, hmmm,
biasalah kan, dah namanya pun kolej penginapan yang digunakan
berkali-kali oleh para penghuni yang lain, maka tak perlulah aku
imaginasikan kepada you all keadaan bilik air atau anda sendiri perlu
mencari plastik sesegera yang mungkin demi mengelakkan laptop anda
dibasahi dengan algae hijau. Eh.
Tapi asal akak-akak cleaner cuci bilik air, wanginya semerbak Ya Allah! Walaupun dalam bilik mandi tak ada penggantung tuala, penjepit tingkap pun jadilah untuk disangkut dengan baju. Alhamdulillah. Semua lengkap.

Tentang bilik aku pula, oh ya, kami di UKM, pelajar tahun pertama
akan duduk dua orang sebilik, maknanya roommate aku cumalah satu.
Nama roommate aku Burhanuddin Helmy, tua setahun, dan ambil Ijazah
Sarjana Muda Persuratan Melayu. Kami selalu bergaduh mengenai perkara
yang remeh-temeh, sampai aku pernah mogok tak nak bagi dia masuk
bilik, hahahahaha, tapi lama-lama baik semula, bak kata pepatah,
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Almari bilik kami besar, meja pun okey. Katil pula, hmmm sudah usang, kayu ada yang dah nak tercabut. Kesian. Tapi lantai kami marmar. Yup.
Almari bilik kami besar, meja pun okey. Katil pula, hmmm sudah usang, kayu ada yang dah nak tercabut. Kesian. Tapi lantai kami marmar. Yup.
Mengenai kafe pula, sebelum aku masuk UKM, diorang selalu cakap
makanan di Kolej Rahim Kajai ni murah gegila. Tak tahu betul atau
tidak apa yang mereka cakap, sedangkan aku rasa berbaloi lagi makan
di kiosk. Tapi kira okeylah makan di Kajai walaupun lauk sama
memanjang dan harga kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah, hmmm
pelik juga.
Sampai ada student complain. Dibawa sampai ke Timbalan Naib Canselor. Tapi masalah still juga ada. Tak apalah. Dugaan menjadi pelajar kolej. Kalau pagi ke petang, yang dijual ialah nasi dan aneka jenis lauk, tetapi malam budak Kajai boleh memesan makanan dari chef. Gituu. Dan menu yang selalu aku makan ialah Nasi Goreng Pattaya, Nasi Goreng Ayam Kunyit dan Nasi Goreng Ayam Paprik. Harga pula RM4. Murahkah? Okeylah, bersyukur seadanya.
(update: Harga makanan dah naik 50 sen. Er.)

Kawan-kawan?
Sebut fasal kawan, aku dah tak nak membataskan ruang lingkup definisi
kawan itu kepada best friends forever. Bagi aku,
belajar di UKM ini membawa aku untuk mengenali pelbagai ragam
manusia. Bermula dari roommate aku sendiri, jiran-jiran bilik aku,
kawan-kawan kolej aku, kawan-kawan Sabah aku, coursemate aku yang
gila tak habis-habis, rakan-rakan persatuan yang ikut, dan tak
dilupakan kumpulan usrah aku yang awesome.
Sepanjang aku menuntut ilmu di bumi UKM, aku dapat saksikan sendiri
jenis kawan yang ikhlas dan tak ikhlas (memandai aje aku judge orang
wahahaha).
Usrah itu indah, pengerat ukhuwah dan kasih sayang. |
Entahlah, firasat aku barangkali. Tapi itulah manusia, mana ada yang
sempurna, kan? Aku sendiri kadang rasa muak nak berkawan dengan orang
yang jenis suka mengambil kesempatan semata-mata tetapi apabila aku
nak minta bantuan, yang kudengar hanya krikk krikk. Sadis.
Hakikatnya begitulah.
Atau, jenis yang anggap aku ni macam sampah. T_T
Ada juga macam begitu, aku tak perasan, tapi aku dapat rasa dari body language.
Hakikatnya begitulah.
Atau, jenis yang anggap aku ni macam sampah. T_T
Ada juga macam begitu, aku tak perasan, tapi aku dapat rasa dari body language.
Aku redha berkawan dengan semua orang, asalkan mereka membawa kita ke
arah kebaikan. Yang membawa kita ke arah buruk, aku sedaya upaya
untuk jauhi. Yalah, hidup di universiti ini, tiada siapa yang
mengawal kita. Mana ada pensyarah lagi terhegeh-hegeh nak pantau
kita.
Mana ada!
Semua sibuk dengan urusan masing-masing. Kau punya hidup, kau urus sendiri. Beginilah universiti. Tak macam sekolah yang ada cikgu boleh pantau, tak macam matrikulasi yang mana pensyarahnya sentiasa mahu kita ke depan. Di sini, pensyarah tak ada masa nak ikut kau ke mana kau pergi. Mereka sendiri ada urusan yang lagi penting, selain keluarga, nak nak yang dah kahwin. Memang pening, dan ribut!

Walaubagaimanapun, masih ada lagi insan-insan yang sudi, yang aku kira layak diberi penghargaan atas komitmen mereka meskipun sedikit cuma, namun itu sudah cukup untuk menggembirakan hati ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mempercayai diri ini, rakan-rakan yang sudi menyertai halaqah study kerana aku tahu orang yang kedekut ilmu itu tak akan ke mana punya. Err.
Penutup
Sesungguhnya ada banyak lagi yang aku nak cerita. Aku belum cerita
lagi mengenai Kiosk yang balik-balik aku asyik
mention dari tadi jika awak perasan. Juga mengenai PTSL yang
menyimpan khazanah ilmu yang patut ditelusuri oleh para mahasiswa
yang mempunyai amanah membawa perubahan kepada ummah.
Mengenai apa lagi ya aku nak ulas? Banyaklah. Persatuan aku, isu politik (eh), isu tari-menari, majlis ilmu dan lain-lain kalau sempat in sha Allah. Dan juga mengenai subjek-subjek Kimia yang aku belajar serta subjek-subjek citra yang, kalau aku explain sekarang secara padat, ringkas dan tangkasnya pun awak tak akan faham malah cuma meningkatkan frekuensi kepeningan kepala sehingga membawa kepada migrain! Oh!
(update: Aku dah post fasal Kimia. Sila check balik entri-entri aku sebelum ni. Jangan jadi malas okey.)

Sekali lagi aku nak mohon jasa kalian para pembaca, agar mendoakan
kejayaan aku dalam peperiksaan. Semoga aku mendapat grade yang
cemerlang. Sekiranya aku dapat kurang dari pointer 3.00, aku akan denda diri aku makan Secret
Recipe.
(update: Alhamdulillah. Aku berjaya dapat 3.44. Aku memang jenis yang suka tayang result. Bukan nak minta perhatian, tapi aku mahu memberi semangat kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik, juga buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajar ke universiti, bahawasanya mereka boleh berusaha lebih lagi untuk mendapat yang lebih baik dari diri ini. :) )

Assalamualaikum.
Nak tanya betul ke ukm selalu x ada air. Kalau selalu ada problem terpaksalah saya masuk u lain...huhu
ReplyDeleteSekarang dah okey dah. :)
DeleteAssalamualaikum brother farid majid. Sekarang kat tahun 2 semester 2 ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam bro. Yup, in sha Allah hujung bulan Februari ni balik semula ke kampus UKM Bangi. :)
DeleteNak tny..brapa yuran kolej ye..
ReplyDeleteYuran kolej di UKM tak semua sama harganya. Paling murah dalam 400 gitu per sem, paling mahal dalam 600 gitu per sem. Itu kalau bilik double. Kalau bilik single saya tak sure pula. Hihi.
DeleteBilik kat UKM mmg semua double and single je ke? Camne nak apply yg single?
DeleteNak tny..brapa yuran kolej ye..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah. Berbeza dgn uia yg byk program islamik huhu
ReplyDeleteBtw nice sharing!
Alhamdulillah. UKM pun banyak juga program Islamik in sha Allah.
Deleteem betul ke dekat ukm ni belajar dalam bm? sy dpt interview dalam kos sains kimia tapi entah la, haha macam tak boleh go je kalau belajar bm u n u
ReplyDeleteYes, tapi taklah semua subjek Kimia, ada certain yang diajar dalam BI dan BM. Depends kepada pensyarah yang mengajar juga. Semoga membantu.
Deleteabang majid apa sebab kita memilih kos persuratan melayu nieeee yeee apa sebab yeee
ReplyDeleteCuba cari maklumat mengenai persuratan Melayu dan lakukan penyelidikan sendiri.
DeleteSalam,nak tanya,masa da accepted utk smbung stdy,kan kena accept offer and upload medical checkup pye documents..and lpas tu,cmne nk apply kolej,mksd saya,mmg new students dpt kolej or kne apply dlu?
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteKolej sudah disediakan selalunya. Tunggu result tengah hari ini, in sha Allah.
assalam. nak tanya, kalau kos pengajian islam belajar dlm bm ke ? tq
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Saya tak pasti tapi mostly dalam BM, mungkin ada certain subjek dalam bahasa Arab.
DeleteSalam. Tulah saya pon tertanya tanya. And dlm exam bahasa melayu ataupon arab?
DeleteRINDU ZAMAN BELAJAR!
ReplyDeleteAda rezeki bolehlah sambung ke peringkat selanjutnya in sha Allah.
DeleteUkm belajar fully bm ke kalau utk kos nutrition ?
ReplyDeleteUkm belajar fully bm ke kalau utk kos nutrition ?
ReplyDeletesusah x teknik matematik
ReplyDeleteSusah.
DeleteAssalam.. abg farid..information yg ok utk gambaran kat ukm mcm mana.library ukm ok x dari segi pinjaman buku,surrounding,pembantu library, dll.. ?? Huhu..insya Allah kalau rezeki saya ada dapatlah saya sambung sarjana muda kat ukm bulan 9 nanti.amin...
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Gambaran UKM hmmm kena datang sana bulan-bulan baru dapat figure out. Library ok je, selesa. Ada dua library di kampus Bangi, satu yang main punya, satu lagi jauh sikit kena naik bas. Pembantu library ada je sedia membantu. Kalau diorang tak membantu, gertak je. In sha Allah.
DeleteNak tanya, ada tak awak kawan dengan pelajar syariah dkt ukm? Nk tanya dkt ukm mmg belajar dlm bahasa melayu eh?
ReplyDeleteAda juga certain subjek dalam BI/BA.
DeleteKalau saya ni asasi usim, lepastu nk degree kt ukm boleh ke?
ReplyDeleteTak sure pula.
Deletekalau usrah abg join usrah mana?
ReplyDeletePernah join usrah under ISIUKM dan MARSIS UKM.
DeleteAbg ada kelas nak amik bahasa asing x? Walaupun bukan kursus linguistik?
ReplyDeleteKalau saya ambik pentadbiran perniagaan kat ukm. belajar dlm bm or bi. Fully bi or ada jugak guna bm. Sbb saya tah lemah bi. So, takut lah nak msuk uni yg menggunakan fully bi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebba ukm pembelajaran ada dlm bm dan ada dlm bi..klu subjek tu bm so sampai final bm..tp klu lect ajar bi sampai final bi..contoh salah satu subject mikro dan makro/ prinsip akaun/akaun mngmt biasa dlm bm..finance/hr/ perniagaan antarabangsa mmg full bi
ReplyDelete