Sunday, April 19, 2015

Tip-tip Menuntut Ilmu di Universiti (Bahagian 1)

Bismillah.

Semoga Allah mengurniakan kita semua kesihatan yang berpanjangan dan rahmat yang berkekalan. In sha Allah.

Baiklah, kali ini aku akan berkongsi sebuah entri yang ideanya diminta oleh salah seorang rakan Facebook. Aku memang dari dulu nak tulis mengenai benda ni tapi asyik terperam di minda begitu sahaja kemudian diasak lagi dengan kesibukan demi kesibukan yang sebenarnya tak adalah sibuk sangat pun cuma alasan diri semata-mata. Huh.

Jadi, untuk mengembalikan semula skill penulisan aku, maka aku cuba untuk rajinkan diri untuk menulis di blog, agar buku motivasi pertama aku akan dapat disiapkan secepat mungkin.

Actually lagi, tajuk entri ini adalah pada mulanya mengenai tip untuk skor dalam subjek Kimia (memandangkan aku sekarang mengambil kursus Kimia dan sepatutnya aku harus cemerlang dalam Kimia [?] ). Tapi aku rasa better aku summarise tip-tip ini untuk kesemua subjek. Jadi, bolehlah pelajar Pengajian Islam, Sains Kemanusiaan dan Ekonomi turut dapat menikmati manfaat yang sama, bukan hanya terhad untuk subjek Sains Tulen sahaja.

Apabila disebut sahaja mengenai subjek Kimia, pasti ramai yang sudah mula pening-pening lalat, kalut mencari baldi untuk memuntahkan segala isi atau berura-ura mahu terjun dari tingkat paling atas KLCC.

Aku dulu pun begitu. Pertama kali mendengar subjek Kimia, rasa kekok memagut jiwa. Dimulai dengan belajar teori atom, nukleus, elektron, proton, neutron, isotop, kemudian diperkenalkan pula dengan persamaan kimia yang hanya bisa difahami oleh orang-orang Kimia macam kita.

Aku rasa gila dan rasa nak tarik rambut sampai botak walaupun aku cuba untuk memahami subjek Kimia ini. Sudahlah cikgu itu waktu itu sungguh komitmen dalam mengajar, maka aku berusaha untuk tidak mengecilkan hati beliau dengan sedapa upaya cuba skor dalam subjek ini. Tapi, hmmm. Entahlah.

Mungkin memang aku tiada Kimia dengan subjek Kimia ni.

Itu cerita dahulu. Bila dah masuk ke peringkat Matrikulasi, barulah aku rasa Kimia ini senang, bahkan aku rasa subjek yang paling senang pernah aku jumpa di Matrikulasi setelah subjek Sains Komputer. Aku rasa subjek Kimia ini sangat membantu dalam CGPA kerana aku suka dengan pattern Kimia yang mudah dan tak berbelit-belit seperti Biologi (err).

Bahkan juga, aku memberanikan diri untuk mengikuti kursus Kimia di UKM (sekarang) dengan alasan bahawa Kimia sangatlah senang. Sedangkan orang lain mengatakan bidang Kimialah bidang paling mencabar dan susah seperti belajar perubatan.

Usah dipedulikan kata-kata orang. Dalam mana-mana bidang pun, tiada yang senang. Semuanya memerlukan usaha dan inisiatif yang jitu dari individu. Bukannya kerana kita memang semula jadi dilahirkan pandai.

Baik. Sedikit mukadimah yang agak panjang lebar sehingga aku sendiri terlupa tujuan entri ini.

(Peringatan: Tip-tip yang diberikan ini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis, bahkan juga dipetik dari rahsia-rahsia pembelajaran oleh senior-senior yang senantiasa Dekan gitu.)

1. Sentiasa mengingati Allah

Ini adalah pegangan utama kita.

Tak kiralah dalam apa jua kerja yang sedang kita lakukan, termasuklah ketika menuntut ilmu sekalipun. Apabila Allah ada di hati, segala urusan pasti Allah permudahkan, kerana hati sentiasa mengingati Allah.

Apabila kita jauh dari Allah, bagaimana mungkin kita mendapat ketenangan hati dan kekhusyukan jiwa untuk menimba ilmu?

Seorang mahasiswa yang suka bergosip dengan kawan-kawan, meniru assignment bulat-bulat tanpa sebarang inisiatif, meniru dalam peperiksaan, berkepit dengan bukan mahram (kononnya bercouple), adakah mungkin mereka mendapat ketenangan dalam menuntut ilmu, apabila hati tidak mengingati Allah?

Moga kita dijauhkan dari perkara seperti itu.

Okey, jadi, bagaimana kita dapat sentiasa dalam keadaan mengingati Allah tatkala dalam mujahadah menuntut ilmu?

a. Solat sunat. Lakukan solat sunat yang biasa orang buat, seperti solat sunat dhuha. Mungkin, boleh juga buat solat sunat tahajjud. Aku sendiri taklah selalu konsisten, tapi aku still berusaha agar Allah berikan rasa istiqamah untuk lakukan amalan sunat. 

Dalam setiap solat, niatkan diri untuk mendekatkan diri kepada Dia, minta diampunkan segala dosa kita, dosa ibu bapa kita, keluarga dan saudara seIslam kita. Akan datang saat kita berasa ketenangan, dan ketenangan itulah yang bisa membantu kita dalam menuntut ilmu. 

b. Wuduk. Sentiasa menjaga wuduk. Sebelum masuk kuliah, cuba amalkan diri untuk sentiasa mengambil wuduk. Apabila kita dalam keadaan berwuduk, hati akan tenang kerana sentiasa mengingati Allah.

c. Baca doa belajar. Biasakan diri dengan memohon doa kepada Allah, agar diri kita diberi kemudahan untuk memahami topik yang akan dipelajari.

Semua hafalkan doa belajar? Erk. 


d. Join usrah/bulatan gembira/usrah legend/konferens riang. Di universiti, ada banyak persatuan yang menubukan kumpulan usrah masing-masing. Join je mana-mana, buat sesi taaruf, kongsi pandangan, dengar murabbi (baca: naqib atau ketua usrah) memberi tazkirah atau pengisian, rehlah dan segala jenis aktiviti yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah.

Percayalah, bila kita sentiasa dalam kelompok, keberangkalian kita itu jatuh adalah amat rendah. In sha Allah. Tapi, kenalah sentiasa beri komitmen yang baik kan. Hee.


2. Fokus dalam kelas/kuliah/tutorial

Dalam mana-mana subjek pun, fokus perlu diberi penekanan, kerana tanpa fokus, bagaimana mungkin kita dapat memahami sesuatu topik kan. Untuk fokus memang mudah, tetapi memerlukan mujahadah juga. Di sini aku sertakan tip-tip yang boleh meningkatkan tahap kefokusan kita terhadap subjek yang sedang diajar oleh cikgu mahupun pensyarah.

a) Matikan handphone. Kalau boleh, tak payah bawah handphone pergi kuliah. Handphonelah antara punca kenapa kita tak bisa untuk fokus dalam pengajaran yang sedang disampaikan oleh pensyarah, sebab kita asyik seronok scrolling newsfeed MukaBuku, memeriksa mesej yang berlambak-lambak di Whatsapp dan juga sibuk menggatal mengelike setiap gambar terbaru yang baru dimuatnaik oleh budak perempuan (mahram pula tu) di Instagram.

b) Duduk paling depan. Percaya atau tak, bila aku duduk paling depan sekali di dewan kuliah, aku dapat memberikan perhatian 99.99% terhadap pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Kenapa? Sebab bila kita duduk depan, pensyarah akan lebih memberikan fokus dan perhatian kepada kita. Jadi, keberangkalian kita untuk tidak memberikan tumpuan atau mengechek whatsapp adalah amat rendah. Betul. Ini kisah betul. Bahkan semasa pensyarah sedang mengajar topik yang mana bila aku toleh ke belakang semua pelajar sibuk menghasilkan air liur, aku masih dapat memberikan fokus dan berminat untuk mengetahu isi pengajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah.

Subjek Bentuk-bentuk Penulisan. Sporting betul pensyarah kami, Puan Maharam Mamat.





c) Makan. Yup. Aku selalu makan dalam dewan kuliah. Bergantung kepada pensyarah sama ada dia benarkan kita makan atau tak. Tapi rasanya semua pensyarah mostly tak kisah student dia makan dalam kelas sebab, buat apalah dia nak ambil masa membebel bagai kan. Aku selalu beli kuih samosa (ini sangat sedap) dengan karipap. Jadi, bila masuk je kuliah, selamba je aku makan dalam kelas sambil tengok pensyarah. Dahlah duduk paling depan kan. Aku makan sebab, nak hilangkan ngantuk. Bila kita ngantuk, kita tak boleh fokus terhadap kuliah. Jadi, sia-sialah kita datang kuliah sebab satu patah isi pun kita tak faham.

Pizza ni dijual di kedai roti di bawah Pusanika. Sedap. Yum yum. Sarapan makan pizza erk.
3. Kita perlu suka kepada cikgu / pensyarah kita.

Jangan tak percaya, tapi inilah antara tip macamana nak skor dalam bidang yang kita sedang pelajari. Siapa lagi yang dapat menyampaikan ilmu jika bukan cikgu / pensyarah kita sendiri kan. Oleh itu, firstly, untuk memahami sesuatu subjek, kita perlu terlebih dahulu ‘menyukai’ dengan cikgu / pensyarah kita.

Tak tahulah kalau ahli psikologi dah buat kajian ni, tapi aku merasakan apabila kita semakin suka kepada pendidik kita, secara automatik kita akan semakin minat dan faham terhadap subjek kita. Mari sini aku ceritakan pengalaman aku sebagai seorang pelajar.

Aku dulu pernah tak suka dengan satu subjek ni, dahlah tak berapa rapat dengan guru itu. Mungkin sebab aku memang tak faham subjek tu, padahal cikgu tu betul-betul memberi komitmen, siap buat slide show yang cantik, tapi entahlah. Aku masih tak dapat untuk memahami subjek itu, sedangkan kawan-kawan aku yang lain enjoy je belajar subjek tu.

Akhirnya, aku dapat cukup-cukup makan je (err, baik jugalah) walaupun aku tak beri komitmen yang tinggi untuk subjek tu. Walaupun aku tak dapat gred yang gempak sikit, tapi aku semakin serasi pula dengan cikgu tu. Haha.

Baik, itu kesannya apabila kita tidak menyukai cikgu kita.

Bila aku dah masuk matrikulasi, aku cuba untuk menyukai semua pensyarah. Kesannya? Aku rapat dengan pensyarah-pensyarah aku, especially subjek Kimia (Miss Tah) dan subjek Sains Komputer (Puan Rohani). Kedua-dua pensyarah ini adalah antara pensyarah yang aku begitu rapat sekali sehinggakan walaupun mereka dah tak ajar aku semasa semester 2, aku masih mencari mereka berdua bagi mendapat tunjuk ajar. Bahkan beberapa jam sebelum exam, aku still ke pejabat untuk bertemu mereka semata-mata nak minta tunjuk ajar pada saat-saat akhir!

Pensyarah yang paling aku rapat ialah Cik Suraya (English), juga merupakan mentor kumpulan praktikum aku. Kebetulan aku ni ketua mentor, so untuk setiap urusan, aku memang selalu berurusan dengan Cik Suraya. Bahkan kami berdua sungguh rapat dan serasi (ehem) sehingga aku nak pergi airport pun dia sanggup untuk hantar dan jemput balik. Allah.

Kesannya, aku berjaya mendapat gred yang cemerlang dalam semua subjek. Alhamdulillah.

Semoga Allah memberi rahmat kepada semua cikgu dan pensyarah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan pertolongan kepada diri ini.

Baik. Nampak? Betapa apabila kita rapat dan ‘cinta’ akan cikgu/pensyarah kita, kita dapat tingkatkan prestasi kita dalam pelajaran. Betul. Tapi, rapat dan suka sahaja tidak guna, tanpa disusuli dengan tindakan-tindakan seperti:

a) Luahkan terus sekiranya ada masalah dalam topik apabila berada dalam kelas/dewan kuliah. Jangan pendam!

b) Jangan jadi pemalu! Oh, tidak sama sekali! Pemalu dalam menuntut ilmu hanya merugikan diri sendiri. Bila kita dah rapat dengan cikgu/pensyarah, maka lebih senanglah untuk kita bertanya soalan.

c) Adalah menjadi perkara yang wajib untuk kita bertemu dengan pensyarah secara personal sekiranya kita menghadapi masalah dalam pelajaran. Buat temujanji, kebiasannya cikgu/pensyarah tidak ada dalam pejabat even ketika waktu rehat. So, mesej/emel kepada mereka dan set satu waktu temujanji. Jangan pula bila dah buat temujanji, kita pula yang tak pergi!

4. Peta minda itu menyeronokkan!

Ramai yang tak berapa suka untuk membuat peta minda, tapi tahu tak, peta minda ni antara instrumen yang paling senang untuk kita memahami dan mereviu semula sesuatu topik.

Aku secara personally apabila dalam dewan kuliah, suka menggunakan teknik mencatat nota menggunakan kaedah peta minda. Bukannya perlu rigid untuk menghasilkan peta minda. Cukuplah peta minda yang kita hasilkan itu mempunyai isi yang padat dan lengkap.

Peta minda ni sangatlah berguna especially untuk subjek yang banyak kena hafal fakta seperi Sejarah, Biologi, Pengajian Islam, Ekonomi dan lain-lain. Bahkan untuk Kimia juga aku turut mengaplikasikan teknik ini dalam subjek Organic Chemistry.

Untuk makluman (buat mereka yang mahu melanjutkan pengajian dalam bidang Kimia), salah satu subjek yang perlu dipelajari ialah Organic Chemistry, dan subjek ini agak mencabar kerana kita bukan sahaja perlu memahami konsep, bahkan perlu hafal sintesis tindak balas berserta dengan reagen dan kondisi. Bayangkan, dalam bab Alkena sahaja ada sejumlah 11 lebih tindak balas yang difahami dan dihafali. Itu belum masuk Alkuna, Benzena, Alkohol, dan pelbagai lagi sebatian organik yang mana bila aku sebut satu persatu pun mesti ada yang rasa nak pitam.

Peta minda Pendidikan Al-Quran yang aku buat, beberapa hari sebelum final. :3
Jadi, untuk memudahkan proses penghafalan, teknik peta minda adalah praktikal dalam kes ini kerana ia memudahkan kita melihat corak sintesis yang berulang-ulang, sehingga dapat mewujudkan kelaziman dalam diri. Dari alkena, kita dapat jalankan proses penghidratan, penghidrogenan, penghalogenan, ozonolisis, pensiklopropanaan, penghidroksilan dan lain-lain. Bila kita guna peta minda, kita letak reagen dan kondisi, lalu kita letak pula hasil tindak balas.

Peta minda tindak balas alkene yang aku buat. 


Dengan adanya peta minda, kita tak perlu membaca satu lecture notes yang tebal gedabak meskipun exam tinggal 10 minit lagi eh. Cukup dengan mereviu semula peta minda kita yang cantik itu.

Jadi, untuk menghasilkan peta minda yang baik:

a) Gunakan pen berwarna-warni. At least ada 3 warna yang berbeza. Kalau tak mampu sangat nak ada pen berwarna-warna, satu warna pen pun dah cukup. Ya aku tahu GST. Tapi seafdal-afdalnya, lagi warna-warni, lagi bagus. Tapi actually ikut selera orang juga kan. Haha.

b) Lakar peta minda ikut gaya dan kesukaan kita. Jangan ikut orang lain. Okey, diulangi. Jangan ikut cara orang lain! Peta minda yang baik, ialah peta minda yang kita sendiri sahaja yang faham! (Kecuali kalau assignment tu pensyarah suruh kuat buat peta minda, maka lakarkanlah peta mindu yang cantik menggoda itu.)

c) Ringkaskan isi, jangan catat semua perkataan dan ayat. Gunakan singkatan, simbol dan segala macam tanda yang hanya kita sahaja faham. Okey, diulangi. Hanya kita sahaja yang faham! Sebab tu sebelum ni aku dah cakap, jangan tiru peta minda orang lain, sebab kita sendiri pun tak faham peta minda orang lain.


Peta minda yang ini pun okey. ^_^
Baik.

Setakat ini, dah faham dengan sedikit perkongsian yang aku catat? Moga-moga adalah manfaatnya untuk semua. 

In sha Allah, aku akan sambung untuk Bahagian 2 pula.

Doakan juga agar aku konsisten dalam mengamalkan tip-tip ini. Aku ni, menulis je pandai, tapi yang nak mempraktikkan tu kadang-kadang susah. Huhu.

13 comments:

  1. selamat menempuh alam universiti... wish you gd luck... InsyaAllah segala tips akan memudahkan anda seorang pelajar...

    ReplyDelete
  2. tips yang amat menarik..terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  3. tips yang berguna ni, untuk mereka yang baru memasuki alam universiti

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg menarik.
    tp ciksu x blajar sains tulen.dulu..
    nengok juga mber yg ambil sains tulen..
    kimia.. perghhh

    ps:nway tima kasih di atas kiriman doa yg dikirim.hanya Allah mampu membalasnya

    ReplyDelete
  5. tips ni mmg berguna bg mereka yg nak masuk u.

    ReplyDelete
  6. wahh..

    best la. sarapan makan piza lagi tu.

    ReplyDelete
  7. Aku baca kedua dulu baru baca first haha. Btw, good tips nombor satu tu. Walauapapun jua, kena jaga hubungan Allah....lepastu hati pun kena bersih gak dari hasad dengki. Sebab kekadang student ni dia tak boleh nampak orang lebih dari dia. Huhu. Nice entri again!

    ReplyDelete
  8. thanks...tips yg sangat menarik n berguna..esp,,tuk budak yg bru nak msuk u mcm sye..hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Waaahh banyak tips yg berguna. Sy faham perasaan awak bila kata pasal kimia tu. Sy pon ambil jurusan kimia tulen di UM. Hope dpt kita memahami intipati yg diajar oleh lecturer kita . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah, semoga memberi manfaat in sha Allah.

      Delete
  10. Thumbs up..mmberi semangat dan tunjuk ajar..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga bermanfaat yang in sha Allah. :)

      Delete