Alhamdulillah. Allah masih lagi memberi kekuatan untuk diri ini bagi melakarkan coretan yang terlintas di hati. Oh ya, tahniah kepada adik-adik yang dapat tawaran menyambung pengajian melalui UPU. Jangan kecewa bagi yang tak dapat tempat di IPTA. Allah ada perancangan yang lebih baik dari apa yang adik-adik fikirkan. Masuk saja ke form 6 dan matrikulasi. Kan bagus? ^___^
So kali ini saya akan berkongsi pula cerita mengenai apa yang saya lalui sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru Kolej Matrikulasi Labuan (MPPB) atau Minggu Orientasi atau Minggu Penuh Penyeksaan Beb. Eh. Sebab ramai (ceh ramailah sangat) yang inbox dan komen di FB, bila nak update entri? Alhamdulillah, ada juga yang sudi membaca tulisan kecil ini. Nangis.
Tilam Nan Lembik
Perjalanan MPPB bermula setelah kami semua selamat ditinggalkan oleh ibu bapa kami (bagi yang datang dengan ibu bapa of course). Yang datang secara solo, hmmm, entahlah dorang, tak sure juga apa perasaan yang mereka rasakan. Macam saya, lepas mummy peluk saya, saya menangis sekejap, lepas tu dah, masuk bilik macam orang asing. Tak tahu nak buat apa. Memandangkan masa tu roommates saya masih lagi ada parents dorang, saya pun tak tahu nak buat apa. Yalah kan, first time duduk asrama, jakun. Awkward. Last-last saya pura-pura tidur di katil saya yang tak berapa empuk tu. Sumpah, tak empuk. Tilam sayalah yang paling tak empuk antara keempat-empat tilam yang ada dalam bilik saya. Huh. Sampai hati dorang bagi aku tilam yang lembik dan dah berbau. Tahulah aku last person yang masuk ke bilik tu. Tak apa. Husnudzon. Bersangka baik. Erk. Lupa nak introduce kat you alls my roommates. Seorang namanya Amirul Izzad, asal Ranau. Badan tegap dan ala-ala Korea Kadazan. Haha. Tapi dia sangat peramah. Saya rasa dia roommate pertama yang tegur saya. Yang kedua, Wesley, orang Sarawak dari Sibu. Orangnya pendiam, serius, dan tak ada perasaan. Haha. Yang ketiga, Gary, dia pun orang Sarawak, hmm dia ini okey-okey je kot. Saya tak berapa nak explore mamat ni sebab masa kuliah bermula dia dah pindah ke UiTM dalam Diploma Ukur Bahan. Uhuk.
Pengagihan Bantal
Kemudian ada pengumuman dari Fasi, beritahu kat kami semua, sila ke stor asrama untuk ambil bantal. Saya pun pergilah jalan seorang diri. Solo-solo okey. Roommates saya semua entah ke mana. Dapat saya saksikan budak-budak lelaki berbaris panjang, menanti giliran untuk menuntut bantal mereka. Sempat juga saya saksikan gelagat mereka, ada yang nakal bukan main gila, ada yang pendiam, ada yang suka berborak sampai pekak telinga, ada yang bukan main samseng. Macam-macam. Dalam hati saya sempat berkata-kata, macamanalah hari-hari seterusnya kehidupan penuh
Maghrib Pertama saya di Al-Irfaan
Salah satu benda yang saya rasa pelik adalah bunyi siren yang tak berapa elegan. Siren di blok-blok asrama macam siren ada kebakaran, atau kecemasan. Eh sekejap, siren tu bukan memang bunyinya macam tu ke? Hmmm lantaklah. Sebenarnya saya lagi suka kalau bunyi deringan pengumuman kolej ditukar kepada bunyi deringan KLIA. Lebih elegan, lebih santai dan comel. Hehe. Eh eh dah tersasul.
So, fasi buat pengumuman lagi, semua pelajar muslim wajib berada di Surau Al-Irfaan sebelum Maghrib, yang non-Muslim di Dewan Mutiara. Saya pun bersiap, mandi. Nasib baik bilik air dekat je dengan bilik saya. First time mandi tempat orang. Jakun. Kena jaga adab, tak boleh masuk bilik air dengan tuala yang tak menutup aurat dengan sempurna. Sini bukan rumah. Ngeh ngeh. Kemudian, hmmm, ingat nak pergi Surau dengan Amirul tapi dia tak ada, mungkin dah pergi kot. Hmm, once again, saya kena ke surau solo-solo. Uhuk. Nangis. Dahlah malu dan jakun tak ada sesiapa yang nak temankan saya. Uwaaa. Rasa nak menangis menonggeng. Tak apalah. Tabahkan hati. Surau Al-Irfaan dekat je dengan blok saya. Jalan kaki 5 minit dah sampai. Tapi oleh sebab masa tu kan first day, yeah, you know, first day kan masih freshie gitu, saya guna jalan jauh (yang lorong menuju ke Dewan Kuliah yang ada bumbung tu bha, nah kau sekali terkeluar Sabahku -.-) untuk sampai ke Surau, padahal kalau ikut jalan tepi blok asrama lagi cepat sampai.
Dah sampai. Wuduk. Masuk. Keseorangan. Macam orang jakun. Lepas solat Maghrib. Ada kuliah agama. Okey, boleh tahan. Kemudian sambung pula Solat Isyak. Hmmm, macam tak ada perasaan pula saya nak tulis betapa bertuahnya, indahnya dan manisnya dapat solat berjemaah beramai-ramai dengan kawan-kawan lain di Surau Al-Irfaan. Allahuakbar.
Sekadar gambar hiasan. Padahal masa ni kami Solat Jumaat.
Taklimat bersama Fasi-fasi yang Awesome
Kemudian kami pun dikerah masuk ke dalam Dewan Mutiara. Hah. Part nilah yang paling saya tak boleh lupakan sampai bila-bila. You all kena ingat, semua pelajar ada lebih kurang 2000 plus plus. Ingat semua orang boleh ke duduk dengan selesa? Masa nilah korang akan dengar fasi korang jerit 'COMPRESS' yang membawa maksud, padat-penuh-himpit-mampatkan ruang kosong yang ada, supaya kawan-kawan yang lain dapat muat-muat masuk. Gila. Dahlah dengan keadaan yang sempit, air-cond pula tak cukup menampung semua pelajar. Panas. Macam kena sauna okey. Nasihat saya, bawalah kipas-kipas korang tu, tak pun beli kipas elektronik, guna sepanjang taklimat anda di Dewan Mutiara. Sebab, memang panas gila beb. Peluh mencurah-curah. Belakang badan saya habis basah lencun. Macam-macam bau yang korang akan hidu nanti. Oh. Pengsan.
Muka-muka kena Compress.
Kami diperkenalkan dengan fasi-fasi kami sepanjang MPPB berlangsung. Abang Mam, peneraju utama MPPB yang sporting dan adakalanya serius. Abang Hadi, abang Surau yang menjaga bahagian Disiplin. Dialah yang mengimamkan kami ketika berjemaah di Surau. Orangnya memang lawa dan sejuk mata memandang, asal dari Kelantan kalau tak silap saya. Entah tak ingat. Dia memang tegas lebih-lebih lagi bab agama. Tentang segelintir kami yang lambat bangun Subuh untuk berjemaah, eh yang ini nanti saya cerita kemudian. Kak Sya, bekas pelajar KML yang cute tapi tegas juga. Dialah fasi yang paling banyak memberi arahan COMPRESS kepada kami. Hmmm, siapa lagi ya. Oh. Abang Razi, bekas yang Dipertua JPP 2012/2013, dia jaga bahagian lost & found. Meaning that kalau korang ada barang tercicir, geng-geng dialah yang akan pungut dan buat promosi atas pentas, kot-kot kalau itu barang korang, ha apa lagi, korang naiklah tuntut barang tu. Abang Razi ni memang peramah, tak tegas, rindu dengan telatahnya yang humor dan comel. Eh. Tapi kan, korang takkan jumpalah semua fasi ni nanti, sebab fasi-fasi yang akan jaga korang nanti adalah terdiri daripada rakan-rakan saya sendiri. Muahahahahahahaha. Jangan risau, saya kenal dengan MC di dewan nanti. Namanya abang Hanafi. Tembam tapi comel dan peramah. Jangan cari fasal dengan dia tau, dia aktif Zumba okey. Kalau tak ada yang kena Zumba balik oleh dia. Haha.
Yang baju hitam, abang Mam, yang hijau, abang Zainal. Kedua-duanya fasi yang sporting gila. :3
So, taklimat dari mereka macam biasa, apa jadual esok, baju apa perlu pakai esok, apa tak boleh buat, hormat fasi dan pensyarah, blah-blah-blah. Korang akan dengar benda-benda semua tu again and again sampai naik jemu dan bosan. Haha.
Malam Pertama
Amboooooooiiiii. Dah macam malam pengantin pula. Lols. Usai taklimat yang panjang lebar, kami pun tiba di bilik masing-masing, masa tu kalau tak silap saya dah nak pukul 12 tengah malam. Punyalah penat gila. Dahlah baju belum dicuci. Lantaklah. Sebab baju tu kena pakai balik keesokan harinya untuk sesi senamrobik petang. Berbau? Saya dah kata, lantaklah! Kalau tak nak disound oleh fasi baik jangan cari fasal. Haha. Dalam bilik tu saya ada jugalah berborak sebentar dengan roommates, tapi macam biasa, yang paling peramah Amirul. Wesly yang serius tu macam tak nak cakap dengan saya je. Hmmm, saya dah kata, dia jenis manusia yang serius dan penuh misteri. Gary pula, hmmm, main komputer game kot. Tak ingat. Alahai. Hahaha. Kami kena bangun keesokan paginya pada jam 4. Kena bersiap untuk solat berjemaah di surau. Kena pakai baju formal pula. Bayangkan, tidur lambat, bangun awal. Cukup ke tak nak rehat tu? Alahai. Tak apa, baru hari kedua. Lama-lama biasalah tu.
Kuliah Subuh Yang...
Saya dah kata, siren yang fasi pasang tu agak menakutkan dan melahirkan rasa cuak. Punya kelam-kelibut saya nak urus persiapan diri, nak kena mandi apa semua. Tengah-tengah nak mandi tu pun siren tu berbunyi. Alahai.
Okey, siap! Macam biasa, saya pergi ke Surau seorang diri dan macam biasa juga, saya ikut jalan yang jauh tu untuk sampai ke Surau, sebab masa tu saya tak tahu pun ada jalan shortcut. Punyalah saya tengok semua budak pakai baju yang smart-smart, siap bertali leher di pagi subuh yang buta ini, semata-mata ke Surau untuk Solat Subuh berjemaah.
Usai solat Subuh, ops, ada kuliah Subuh? Okey fine. Saya pun duduklah dengar apa yang pensyarah tu syarahkan. Oh ya, masa tu kan, yang bagi kami kuliah Sir Nik, dia, kalau buat kuliah agama, dia guna bahasa Inggeris. Apa? T____T Dahlah sepatah perkataan pun saya tak faham apa yang dia cakap, mikrofon yang dia pakai tak dekat sangat dengan mulutnya, susah saya nak dengar setiap butir perkataan yang dia tuturkan. And then ada satu part yang lucu, dia ketawa, students lain pun ketawa, dan saya pun terpinga-pinga, sebenarnya apa yang mereka ketawakan? Saya langsung tak faham di mana lawaknya. Nak nak masa tu semua orang keletihan kan bangun Subuh, sampaikan saya sendiri terlelap. Ngantuk! Allah. Maaf ya Cikgu Nik. Hehe.
Tengoklah masa ni semua orang masih mamai dengan Kuliah Subuh. Ada yang siap buat air liur.
Kena Compress Lagi
Again, lepas dengar Kuliah Subuh yang saya tak berapa faham inputnya, kami semua dikerah lagi untuk masuk ke Dewan Mutiara yang sememangnya panas gila. Compress! Compress! Compress! Naik berdesing dah telinga saya dengar arahan penuh
And then kami ada macam-macam agenda di Dewan Mutiara. Taklimat akademik, masa ni Tuan Nazaruddin berucap. Beliau ialah Ketua Jabatan Sains KML yang sporting. Masa nilah dia terangkan mengenai program pengajian yang ditawarkan, Modul 1, 2, 3, PDT, Akaun. Macamana nak tukar aliran sains ke akaun, macamana nak tukar Modul. Ada kes tertentu, seorang pelajar wanita cina, dia tanya soalan, boleh tak dia tukar dari Akaun ke Sains? Saya pun terkejut punya main. Dia ni ada asas sains ke tak? Amboi, punya main banyak saya bersangka buruk. Husnudzon okey, bersangka baik. Rupa-rupanya dia ni dulu ada ambil subjek sains tulen, tapi sistem letak dia dalam aliran akaun. Wow. Ada juga ya kes macam begitu. Kemudian ada lagi seorang budak lelaki cina, dia tanyalah, "Boleh ke saya carry up semua subjek di Matrik ni dan adakah peluang saya untuk mendapat 4 Flat tinggi?" Amboi, bukan main lagi ek! Terus semua budak dalam dewan bising dan buat bunyi sumbang. Miahahahaha. Kesian budak cina tu. Baru hari kedua dah berangan nak dapat 4 Flat. Bagus, bagus. Ada semangat dan azam yang tinggi.
Dah selesai taklimat tu, tiba satu slot. Kami ditayangkan beberapa video. You know, dorang rakam dan snap gambar-gambar kami masa hari pendaftaran semalam, kemudian dijadikan sebuah filem pendek. Dahlah tu keluarga dah nun jauh balik rumah, apabila saya tengok video tu, punyalah tak tahan sebak. Menangis. Saya menangis bersungguh-sungguh, terharu, sebak, sedih. Budak lelaki di depan, kiri, kanan, belakang saya jangan cerita. Siap tarik hingus lagi. Nak-nak dorang pasang lagu Ayah dan Ibu dendangan Sudirman. Lagilah feeling habis! Nasihat saya, bawalah tisu banyak-banyak atau sapu tangan semasa berada di Dewan Kuliah. Akan ada banyak slot yang membuatkan anda rasa menangis. Percayalah.
Perjumpaan Mentor-Mentee
Perjumpaan mentor-mentee tu dibuat untuk sesi ice-breaking dengan kawan-kawan baru selain taklimat daripada mentor yang terdiri daripada pensyarah KML sendiri. Mentor saya masa tu namanya Puan Suhana, seorang pensyarah Biologi yang cute dan sporting. Oh ya, korang boleh tahu nama mentor korang ketika mendaftar buat kali pertama di KML.
Kami buat sesi taaruf. Memperkenalkan nama, asal, aliran apa, modul apa semua. Memang best, dapat jumpa pula dengan kawan-kawan baru, haha. Tapi sekejap je berjumpa, start je minggu kuliah semua dah macam tak kenal each others, maklumlah lain kuliah, lain modul, macamana nak jumpa? Haha.
Puan Suhana terangkan kepada kami kehidupan di matrik yang kedat dan padat jadualnya. Ada juga dia bagi kami sedikit motivasi. Tentang pengurusan masa yang berkesan. Tentang itu, tentang ini. Blah blah blah.
Kasut Kuliah Tercabut
Selepas Zohor, kami kena pergi lagi perjumpaan Mentor-mentee ni untuk urusan penghantaran dokumen rasmi dan borang perjanjian. Kalau tak ada borang perjanjian ni, tak bolehlah dapat elaun kan. Masa saya on the way nak ke bilik tutorial, saya dapat perhatikan kasut saya yang dah nak tercabut tapaknya, tapi saya gagahkan diri juga nak pergi. Tapi, tapi. Uhuk. Tengah bersemangat saya nak menuju ke bilik tutorial, pliakkkkkkkkkkkk. What? Tapak kasut saya tercabut? Oh my! Malu! Segan! Rasa nak menyorokkan wajah yang tebal ini dalam lubang tandas! Sebab kebetulan masa tu bilik air dekat je. Budak-budak pun dah berpusu-pusu nak cepat ke bilik tutorial.
Saya pula, entahlah. Bingung. Saya call abah saya, saya menangis, saya beritahu kasut saya yang putus. Kemudian ada abang fasi datang, namanya Abang Muhaimin, dia tengok kasut saya tercabut. Saya pun, hmmm, entah. Awkward. Nasib baiklah masa tu semua orang dah masuk bilik tutorial, so agak lengang kawasan saya berdiri tu. Dia kata kepada saya, awak kena hadir ke perjumpaan tu sebab ada taklimat penting. Dalam hati saya cakap, 'ya aku tahulah ada urusan penting, nak kena hantar dokumen entah apa-apa semua tu.' Kemudian saya, entahlah. Saya serahkan panggilan telefon abah saya kepada abang Muhaiman, minta dia yang uruskan segalanya. Aduhai. Terserlah keanak-anakan saya di situ. Sudah besar panjang, masih tak pandai nak urus diri! Abang Muhaimin tu pula tolak, mungkin sebab dia pun hairan kenapa saya nak dia jawab panggilan abah saya. Last-last abang Muhaimin tu kata, pakailah kasut sukan. What? Itu lagilah malu! Siap-siap pakai baju formal, seluar slack hitam, necktie semua dah kemas, tapi pakai kasut sukan? Oh my! Saya pun geleng kepala laju-laju sampai nak tercabut. Kemudian, saya kata, tak apalah, saya pergi dulu. Saya call lagi abah saya, abah saya bagitau, nanti kak Yusrina (kawan kepada kakak sepupu saya yang mengajar di Labuan) akan ambil saya pada petang tu juga untuk beli kasut baru. Alhamdulillah. Ada juga jalan penyelesaiannya.
So saya pun masuklah semua ke bilik tutorial itu dengan berjalan macam seorang badut, kasut kanan tinggi, kasut kiri rendah. Berjalan terkedek-kedek, terjongkang-jongket, terseret-seret. Memang memalukan. Kemudian saya duduk di penjuru kelas, sengaja mengasingkan diri. Masa tu Puan Suhana belum sampai lagi. Ada beberapa budak perempuan tegur saya, kata, kenapa kamu duduk di situ? Oleh sebab dah tak ada sesiapa lagi yang faham bahawa kasut yang saya pakai, bahagian sebelahnya, tercabut tapaknya, maka saya luahkan jelah dengan dorang apa yang berlaku tadi. Saya angkat kasut tu tinggi-tinggi, bagitau kat dorang, kasut saya tercabut. Dah. Lega. At least ada juga yang simpati kan. So, pengajaran untuk hari ini, lain kali, beli kasut, belilah yang mahal, berjenama dan berkualiti tinggi. Jangan lupa dijahit ketat-ketat, supaya tahan lama dan tahan lasak. Tak adalah nanti ada yang terpaksa menahan malu dan buat hingus. Uhuk!
Sampai sini je kot. In sha Allah, bahagian 2 akan menyusul. Terima kasih kerana sudi membaca.
Saya nak minta doa dari semua pembaca, agar pegawai yang urus temuduga biasiswa MybrainSC saya tu, dilembutkan hatinya agar membenarkan saya untuk menyambung pengajian dalam bidang Kimia Industri di sekiranya saya lulus mendapat biasiswa. Terima kasih sayang-sayang semua.
Assalamualaikum.
wah bestnyer pengalamaan :)
ReplyDeletewahh.. senorok beronok ronok nok nyer faridz..hohohoho.. K
ReplyDeleteBestnyerrr...haha...thumbs up!!
ReplyDeletefirst time baca part roommate tu saya heran napa xda nama Abg Mail..baru ingat dia lambat masuk pulak..
ReplyDeleteWaahh hebatnya tym subuh tuu,, x smpat sya msuk tym MPPB. :)
ReplyDeleteNnt buat part 2 yee :)
ReplyDeleteMinggu yang sangat COMPRESS
ReplyDeletehahah lawak lah yang kasut kuliah tercabut tu.. jangan marah haa
ReplyDeleteTumpg tanya...di matriks same ke spt di sek menggunakn satu buku utk setiap subjek atau kita bebas nak menyalin nota krn ckg2 x akn semak buku kita
ReplyDelete