Bismillah.
Tajuk agak sensasi pula. Mungkin perkataan yang lebih sesuai ialah disingkirkan dari kolej, atau dibuang dari kolej, atau tidak-berjaya-mendapatkan-penginapan-di-kolej.
Ada beberapa faktor kenapa mahasiswa dan mahasiswi di universiti dibuang kolej.
Antara faktor yang popular especially di UKM ialah:
1. Tidak mendapat merit yang mencukupi.
2. Terlibat dengan agenda politik kampus.
3. Menjadi penyokong politik kampus yang menjurus kepada pembangkang.
4. Kolej sedang dinaiktaraf, jadi terpaksa cari kolej lain.
Saya tak nak ulas mengenai faktor-faktor ini, nanti semakin dibincang, semakin dijadikan isu. Jadi untuk menghilangan resah dan beban dan jiwa, saya ingin memberikan sedikit tip yang boleh anda gunapakai setelah dapat tahu bahawa anda tidak layak duduk di kolej.
Okey, mari kita mulakan.
1. Mencetak borang permohonan ke kolej lain
Sudah tiba masanya untuk anda mendapatkan pengalaman baru menginap di kolej lain pula. Mungkin anda bakal merindui kemudahan dan fasiliti lengkap yang hanya dapat diperolehi dari bekas kolej anda, seperti wifi yang laju atau bilik air yang bersih dan wangi, tapi anda harus terima hakikat, Kita tak boleh nak hidup dalam ruang lingkup yang sama.
Cuba cetak borang permohonan untuk menginap di kolej lain. Boleh dapatkan di http://www/ukm.my/kdo dan klik pada borang permohonan penginapan di kolej. Cetak dan isi butiran yang diperlukan. Untuk lagi afdal, cetaklah sebanyak-banyak mungkin dan hantarkan ke semua kolej yang ada di UKM. Jika mahu lagi umpph, sertakan sekali surat rasmi permohonan anda, disertakan dengan salinan sijil-sijil. Ini mungkin agak leceh dan memakan tenaga dan masa, tapi jika itu semangat yang anda mahukan, kenapa tidak melakukan inisiatif yang lebih?
Selalunya keputusan penempatan di kolej akan dimaklumkan sama ada menerusi emel atau SMS. Jadi, dalam tempoh ini, banyakkanlah berdoa dan buatlah solat sunat hajat in sha Allah.
2. Jumpa dengan pengetua kolej
Sekiranya anda masih mahu tinggal di kolej anda itu, ini adalah antara alternatif yang boleh anda lakukan. Dapatkan nombor pengetua dan buatlah temu janji untuk berjumpa. Jangan panik dan takut. Pengetua kolej juga manusia seperti kita, cuma mungkin pangkatnya yang agak tinggi membuatkan kita rasa terlalu merendah diri.
Saya sendiri mempunyai pengalaman berjumpa dengan pengetua berikutan kegagalan saya untuk menginap di kolej. Cuma kena tahan sikitlah kalau dia tegur-tegur kita contoh fasal isu politik ke apa ke. Kadang-kadang benda yang kita tak buat pun kita dianggap bersekongkol sekali. Kemudian mulalah kita dibrainwash itu dan ini.
Nasihat saya, jangan terus melenting dan melatah. Bersikap sabarlah dan tenang. Jaga akhlak dan imej kita sebagai seorang mahasiswa yang sentiasa positif. Saya yakin dalam pertemuan kita dengan pengetua itu, kita akan dapat mencari jalan solusi, sama ada dibenarkan untuk duduk di kolej, atau tidak.
3. Dapatkan sokongan dari pensyarah atau organisasi yang melambangkan keaktifan anda
Ini juga boleh dibuat untuk menguatkan lagi kredibiliti anda untuk menginap di kolej. Saya tak pernah lagi buat tip yang ini, tapi cubalah untuk kemaslahatan anda sendiri.
Jumpa dengan pensyarah yang anda rapat. Mungkin pensyarah anda itu tahu mengenai status kecemerlangan anda dalam akademik. Siapa tahu beliau akan buatkan anda surat sokongan untuk membantu anda mendapatkan kolej.
Jika anda terlibat secara aktif dalam organisasi seperti kebudayaan universiti atau sukan misalannya, why not cuba tonjolkan diri anda apabila akan bersemuka dengan pengetua anda mengenai keaktifan anda. Rakan saya yang aktif dalam nasyid dan muzik senang-senang je dapat kolej, bahkan dapat pilih lagi kolej mana yang nak dia duduk.
4. Berdikari, cari rumah sewa
Rumah sewa adalan jalan terakhir. Dah tiba masanya kita keluar dari kepompong kesenangan. Mana yang tak tahu tunggang motor atau pandu kereta mungkin perlu dapatkan lesen supaya mudah untuk berulang-alik dari rumah ke kampus.
Dan of course, kos tinggal di rumah sewa mungkin lebih tinggi, jadi pengurusan kewangan yang efektif juga adalah perlu supaya tidak keputusan wang.
Kalau boleh dapatkan housemate yang terdiri dari rakan-rakan rapat kita sendiri. Tak salah untuk duduk dengan orang luar, tapi risiko dia mungkin lebih sedikit. Kita tak tahu sangat budi dia macamana kan.
Tapi kalau rakan-rakan rapat kita semua memang dapat kolej, nampaknya kita sendiri yang perlu belajar mengadaptasikan diri untuk hidup dengan orang luar. Orang luar tu mungkin tak semestinya orang yang berada luar dari kampus, mungkin juga kenalan kita yang hanyalah berbeza fakulti. Mungkin ada perbezaan dari segi pemikiran kita. Contohnya, saya dari Fakulti Sains dan Teknologi, housemate saya pula dari Fakulti Pengajian Islam. Perbezaan pemikiran inilah yang akan melahirkan kesefahaman sekiranya kita bijak dan celik dalam mencari titik pertemuan.
Yang berbaju hijau, adalah bekas housemate saya. Ahmad Hanzalah namanya, manis orangnya.
Masih ingat lagi program yang kumpulan saya anjurkan di surau rumah sewa saya. Program gotong-royong. Terima kasih sahabat-sahabat yang membantu.
Jangan bersikap rasis.
Cukuplah tip-tip yang saya kongsikan ini. Jika ada soalan, silalah komen di bawah.
:)