Monday, May 15, 2017

Pandang Manusia dengan Kasih Sayang

Kadang-kadang, apabila ada rakan-rakan saya sendiri, yang sedang mengutuk si fulan bin fulan, saya rasa tak sedap hati. Makin saya mendengar bual bicara mereka, makin saya rasa tenat.

Pernah juga ada rakan yang beritahu saya, bahawa si fulan bin fulan itu perangai entah apa-apa. Seolah-olah rakan itu mahu beritahu saya, "Awak kena jauhkan diri daripada dia."

Mendengar cakap-cakap daripada orang kemudian terus menilai orang yang dimaksudkan. 

Senangnya manusia menilai seseorang daripada luaran. Senangnya manusia menghukum seseorang tanpa dia sendiri selidiki dan kenali hati budi orang yang sedang dia kutukkan itu.

Orang yang berjiwa kasih sayang, dia tak akan mengambil kesempatan menceritakan segala kelemahan orang yang dia maksudkan itu, kemudian menyebarkannya kepada orang lain.

Orang yang berjiwa kasih sayang, akan memandang orang yang melakukan kesilapan itu dengan mata nurani. Tak sewenang-wenangnya dia menilai orang itu berdasarkan keaiban yang dilakukan. Kerana dia tahu, semua manusia melakukan kesilapan, dan tugas kita sebagai saudara semuslim, adalah menghulurkan tangan. 

Saling membantu. Saling melengkap.

Bukan saling menghukum dan membenci.

Jangan pernah berasa jijik dengan saudara semuslim kita. Jika ada sekelumit perasaan menyampah, ketahuilah bahawa hati itu sedang bermasalah.

1 comment:

  1. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)