Saturday, February 28, 2015

Organic Chemistry Sangatlah Comel!

Bismillah.

Alhamdulillah, dah masuk semester dua sebagai seorang pelajar prasiswazah di UKM yang terchenta. Semester baru harus diiringi dengan semangat yang baru, of course! Momentum untuk belajar memang sedang berkobar-kobar sekarang, lebih-lebih lagi apabila melihat keputusan semester 1 yang boleh dikatakan agak baik tetapi memaksa diri ini untuk berusaha dengan lebih lagi. Oh yeah!

Sebagai seorang pelajar Kimia, Kimia Organik merupakan salah satu dari cabang ilmu Kimia yang perlu dipelajari selain menjadi subjek wajib untuk pelajar doktor, biokimia, biokesihatan dan yang seangkatan dengannya. 



Rata-rata memang mengatakan bahawa subjek ini agak killer gitu kerana aku sendiri pun tak tahu apa yang susahnya wahahahaha. Masa belajar Organik di Matrikulasi rasa okey jak, mungkin apa yang kami belajar ketika itu cumalah basic gitu. Tapi bila dah masuk ke peringkat universiti ni, memang subjek ini akan dipelajari secara mendalam. Untuk semester ini, kami akan mula belajar Kimia Organik 1, kemudian disusuli oleh semester-semester berikutnya dengan Kimia Organik 2, Kimia Organik 3, Bio Organik bla bla bla dan yang berkaitan dengan organik ini.

Setelah bertanya dengan kawan-kawan dan senior-senior Kimia serta kajian di internet, berikut merupakan fakta yang mungkin amat berguna kepada sesiapa yang akan ambil subjek Kimia Organik 1.

1. Kimia Organik bukan belajar fasal kemanisan epal organik atau durian crepe organik, tetapi mengenai ilmu penstrukturan molekul organik yang berasaskan karbon dan hidrogen.
2. Stereokimia ialah disiplin yang perlu difahami betul-betul sebelum melanjutkan pembelajaran mengenai kumpulan berfungsi, mekanisme dan tindak balas organik.
3. Kimia Organik memerlukan kecekapan dari segi penghafalan (terma-terma penting, nama tindak balas, hukum pengagihan keutamaan atom) dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif (sintesis bahan organik).
4. Imaginasi yang tinggi adalah penting, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Stereokimia, kerana anda perlu membayangkan sebatian organik menggunakan pandangan 3 Dimensi anda.
5. Melukis merupakan kemahiran yang sangat penting.
6. Analogi boleh diaplikasikan untuk memberi kefahaman yang memberi ingatan jangka panjang (Markovkinov, Anti-Markovnikov, Newman Projection diimaginasikan sebagai kucing comel)
7. Minat perlu disemai sebelum mahu menguasai Kimia Organik dengan cemerlang.
8. Tutorial itu comel.
9. A itu tidak mustahil.

(Dan jangan risau, Kimia Organik akan diajar menggunakan bahasa Inggeris. Saya saja guna BM, ingatkan UKM ajar semua subjek Sains dalam Bahasa Malaysia. Sebab pilih UKM pun sebab nak belajar semua dalam Bahasa Malaysia.)

Haruskah aku mengatakan Kimia Organik ini susah? 

Aku teringat dengan kata-kata seorang sahabatku. 

'Apabila kita sudah set bahawa subjek itu senang, sudah pasti mudah untuk kita pelajarinya. Kalau susah, payahlah kita nak belajar!'

Benar, ternyata, mentaliti sebelum memasuk kelas Kimia Organik ini juga turut mempengaruhi semangat seseorang itu untuk belajar.

Bagi aku, aku memang memasang impian untuk skor subjek ini sebaik mungkin. Aku mahu menjadi pelajar yang agak rare, di mana tatkala semua mengatakan subjek ini susah payah gila nak mampus, aku pula berpandangan sebaliknya.

Buku rujukan Kimia Organik, harga RM 108 guna BB1M. Memang sayang buku ni ketat-ketat. Kalah Campbell Biologi muahahahaha. <3


Tapi untuk mencapai target ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mulai semester ini, aku memang memasang niat untuk menukar cara pembelajaran dan memaksimakan segala teknik pembelajaran yang ada. And yes! Kimia Organik ini bukan macam subjek Biologi yang kerjanya menghafal, atau subjek Matematik yang penuh dengan jalan mengira. Kimia Organik merangkumi semua! Ya!

Kami bukan setakat kena membaca, bahkan perlu mengira, perlu melukis, perlu mengimaginasi, perlu try and error, perlu kritis dan kreatif, perlu segala-galanya! Di sini, kecendurungan seseorang dalam kognitif yang diminati sudah tidak menjadi isu lagi, kerana segala neuron otak perlu digerakkan semaksima mungkin! Tidak ada istilah, 'okey, aku cenderung untuk membaca, jadi aku perlu fokus untuk menghafal reaction.' atau 'Aku lagi suka mengira haba yang diperlukan untuk menguraikan ikatan kimia berbanding menghafal mekanisme!'

Tidak, tidak, tidak!

Di sinilah unik dan istimewanya Kimia Organik. Subjek ini 'memaksa' pelajar untuk bertungkus-lumus belajar sehingga mencuba segala teknik pembelajaran yang efektif demi mendapat hasil yang diingini. Jadi, kepada sesiapa yang mahu kuasai teknik pembelajaran yang pragmatis, bolehlah mohon Dekan untuk ambil Kimia Organik. Wahahaha.

Salah satu topik yang perlu dipelajari : Enantiomers. :v


Jadi, diharapkan dengan apa yang aku lakarkan di sini akan turut memberikan aku motivasi, semangat dan inspirasi untuk mempelajari Kimia Organik, (walaupun sekarang baru belajar basic naming!). Tapi tak apa, bab-bab seterusnya akan kuharungi walau ribut taufan melanda sekalipun!

Oh ya, aku lupa nak paparkan result semester 1 aku. Maybe dalam next entri kot? Haha. Saja nak bagi semangat buat adik-adikku yang lagi hebat dari diri ini.

Sekian.

Assalamualaikum.

Wednesday, February 4, 2015

Ada Apa dengan Sarjana Muda Sains (Kimia) dan Konco-konconya?

Ini ialah konsep VSEPR. Sangat comel.


Bismillah.

Assalamualaikum. Moga semuanya sihat dan tenang-tenang sahaja.

Untuk entri kali ini, aku akan berkongsi mengenai Ijazah yang sedang aku ambil sekarang iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia). Memandangkan sekarang kan musim bebudak Matrik/Asasi/Diploma/STPM/A-Level nak isi UPU bagai untuk sambung pengajian ke tahap Sarjana Muda di universiti kelak, maka aku pun tak terkecuali untuk merebut peluang keemasan ini demi berkongsi sesuatu dengan you all, especially adik-adik terchenta yang dah tak sabaq-sabaq nak menjejakkan kaki ke universiti. Huhu.

Buat pengetahuan, aku memang pilih bidang Kimia ini bukan sebab aku dari dulu minat kursus Kimia. Bahkan masa sekolah menengah aku palinglah tak suka menghadap dengan benda Kimia alah bagai garam phenolphthalein titration dipole-dipole moment ni eh. Aku dulu nak sangat jadi doktor, kalau nak jadi doktor kena ambil perubatan. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, dengan faktor luaran seperti terikut-ikut dengan orang-orang kenamaan yang popular gitu, aku pun yang pada waktu itu mengalami krisis identiti (eh?) pun nak jugalah bercita-cita nak ambil bidang yang untuk orang popular tu macam bidang Komunikasi Massa, Kepramugaraan (ada ke kursus ni?), Penyiaran dan seumpamanya. Tapi, bila aku dah kena tarbiah itu dan tarbiah ini, mulalah aku sedar mengenai soal tanggungjawab, soal amanah yang patut dipikul oleh khalifah yang akan memakmurkan bumi ini, juga aku sedar mengenai keikhlasan menuntut ilmu itu adalah semata-mata kerana Allah, bukannya disebabkan faktor materialistik, populariti, kekayaan, kemasyhuran dan whatsoever. Betapa terkinja-kinjanya aku pada ketika itu, berangan nak belajar ilmu-ilmu penyiaran itu semata-mata untuk tujuan popular bagai. Oh. Nasib baiklah aku sempat ditarbiah ketika memasuki Matrikulasi. Belajar sains tulen merupakan satu peluang yang tak patut aku lepaskan kerana peluang sebegini hanya dikurniakan untuk mereka yang bernasib baik sahaja. Memanglah agak payah nak carry subjek-subjek seperti Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik ni. Aku sendiri rasa cemburu tengok kawan-kawan aku ambil bidang akaun, ekonomi, sejarah bagai semua tu sebab nampak macam senang.

But at the end, I realised that everything is made for a reason. Tuhan sudah tetapkan sesuatu untuk kita, meskipun kita sendiri tidak suka pada mulanya. Aku husnudzon dan bersangka positif sahaja. Lama-kelamaan, barulah aku sedar bahawa mana-mana bidang pun susah nak belajar. Pendidikan Seni yang korang cakap senang nak mampuih tu pun bukanlah sesenang yang korang fikirkan cik oii. Kawan aku yang sama matrik dengan aku ambil Sains Tulen, tapi dapat kursus Seni Gunaan (Seni Halus) di UNIMAS. Mungkin bukan sebab rezeki dia kan. Tapi seriyesly, dia cakap belajar Seni ni tersangatlah susah especially untuk dia yang memang tak ada basic langsung mengenai seni sebab last sekali kami bebudak sains tulen belajar Pendidikan Seni Visual adalah ketika tingkatan 3, maka silalah bayangkan betapa terkial-kialnya kawan aku perlu survive dalam bidang Seni ini. Walaubagaimanapun, sesusah nak mengejar tupai pun bidang yang kita belajar itu, yakinlah bahawa pengakhirannya pasti membawa kejayaan. Mungkin pada awal semester kita dapat less than 2.5 pointer, tapi jangan anggap itu sebagai indikator bahawasanya kita dah tak berjaya. Bukan. Sebaliknya, teruskan usaha. Terus maju ke hadapan. Masih banyak semester lagi yang berbaki untuk kita memperbaiki prestasi akademik kita.



Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.”
Surah Ad-Dhuha (4)



(Oh ya for the first time aku letak ayat Al-Quran dalam blog ni. Kalau ada silap mohon teguran ya. Rasanya semua boleh tafsir ayat tersebut kan?)

Sekian mukadimah yang panjang lebar. Dah, jangan bebel panjang-panjang, dah macam bagi ceramah agama pula. Tak fasal-fasal ada yang nak hempas laptop sebab tujuan nak baca info tentang bidang Kimia ni tak tercapai. Huhu. (Jangan lempar tomato).



Rumusan daripada mukadimah aku itu ialah aku akhirnya memilih Kimia disebabkan faktor-faktor seperti senang, tak perlu nak bedah katak dan tikus, banyak melukis (especially Kimia Organik yang tersangatlah best nak melukis dan Kimia Tak Organik dengan orbital overlappingnya yang awesome dan mengujakan ewah!), formula tak banyak macam Fizik dan balik-balik benda yang sama. Itu tanggapan awal aku sebelum aku masuk universiti.



Buat pengetahuan lagi bagi yang tak tahu-menahu, aku belajar di UKM, Kampus Induk Bangi, Selangor. Bidang Kimia aku terletak di bawah Fakulti Sains Teknologi (fakulti sains yang paaaaaaaaaaaaaaaling besar di Malaysia), dalam Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan.



Teknologi Makanan?



Ya. Kami bebudak Kimia akan belajar bersama dengan bebudak Sains Makanan atau nama handsomenya, Food Science. Oh ya, buat pengetahuan anda juga, kami turut belajar Kimia berserta dengan bebudak Sains Forensik yang super cool dan awesome lagi sporting gegila. Silibus budak Sains Forensik adalah sama dengan silibus budak Sains Kimia, cumanya mereka perlu mempelajari lagi subjek-subjek dari Biosains seperti Biokimia dan juga subjek Fakulti Sains Kesihatan. Selain budak forensik, budak Pure Fizik yang terlalu minoriti jumlahnya pun belajar dengan kami sekali tapi untuk subjek tambahan kami sahaja.



Mari aku perkenalkan 5 bidang Ijazah Sarjana Muda di bawah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan atau nama comelnya PPSKTM.



Kimia itu terlalu comel dan hanya orang-oang yang comel sahaja sangat sukakannya. Eh? 




Kimia

Bidang Kimia Tulen inilah yang aku belajar sekarang. Kami akan belajar mengenai teori-teori Kimia yang telah dipelajari sejak dari sekolah menengah lagi tetapi akan belajar secara mendalam lagi. Belajar mengenai atom, molekul, polimer, bioorganik, semualah yang ada kaitan dengan Kimia. Fyi, program Kimia Tulen ini adalah program yang paaaaaaaaaling mencabar sekali kerana subjek-subjek yang kami ambil adalah terlalu banyak pada satu satu sem. Meskipun jumlah jam kredit kami lebih kurang sama sahaja dengan program sains tulen yang lain, tetapi kami harus menerima hakikat bahawa pagi sehingga ke petang ada sahaja kelas yang berlambak banyak. Untuk tahun dua sahaja, wajib major kami ada 14 subjek, manakala untuk tahun ketiga pula sama iaitu 14 subjek tetapi pada semester 1 tahun 3 wajib major kami ada sembilan subjek (pengsan berguling-guling). Dan ketika final exam pun, terlalu banyak kertas exam kami. Harapnya tak adalah semput nak menjawab paper nanti kan. Tahun pertama, kami belajar 3 subjek untuk kedua-dua semseter iaitu Kimia Fizik 1, Kimia Analisis Asas, Amali Kimia I, Kimia Organik 1, Kimia Tak Organik Asas dan Amali Kimia II. Oh ya lupa nak beritahu, untuk tahun pertama, budak-budak Kimia, Oleokimia, Teknologi Kimia, Food Science dan Forensik akan belajar keempat-empat subjek ini. Bila dah masuk tahun kedua nanti barulah masuk ke pengkhususan masing-masing dan budak Kimia jangan haraplah awak nak meng-OLEO-kan diri atau meng-TEKNO-kan diri sebab awak tetap kena belajar benda-benda Kimia semua tu sampai habis. Titik.


Oleokimia

Nampak comel je benda OLEO ni kan? Tapi bidang Oleokimia ini merupakan kajian bidang Kimia yang berasaskan minyak, petroleum semua tu. Kalau korang suka benda-benda kosmetik, mempunyai keobsesian terhadap produk kosmetik Maybelline, Rejoice, Pantence, Olay Total Effect dan segala bagai produk kegilaan gadis-gadis tu maka inilah bidang yang sesuai dengan anda. Belajar Oleokimia juga bermaksud korang sanggup mencintai minyak dan meng-OLEO-kan diri. Belajar mengenai kefarmasian, bahan industri and so on. Mengikut statistik kasar aku, kebanyakan pelajar yang mengambil bidang ini adalah terdiri dari mereka yang berbangsa Cina.


Teknologi Kimia

Nama lain bagi bidang ini ialah Kimia Industri. Bidang ini menggabungkan pengetahuan Sains Kimia (Kimia Tulen), Kejuruteraan Kimia, Teknologi Maklumat dan Pengurusan Perniagaan. Obses untuk menghasilkan penginovasian dan ingin muncul di Malaysian Book of Record kerana produk inovasi Kimia? (Wahahahahahaha) Maka inilah bidang yang sangat sesuai untuk anda. Korang akan belajar segala jenis pengekstrakan Kimia, macamana nak cipta Kimia itu dan ini (betulkah apa yang aku bebelkan ini?) dan bagaimana ingin mengekalkan kelestarian alam sekitar. Dan again, dari kaca mata aku yang sememangnya tidak berkaca mata, kebanyakan budak Teknolog Kimia ini adalah lelaki yang macho, rambut terpacak, cool dan sedikit aura ganas. Wahahaha.


Sains Makanan (Pemakanan / Pengurusan Perniagaan)

Program ini dipecahkan kepada dua, iaitu nak ambil dengan Pemakanan, atau dengan Pengurusan Perniagaan. Program Food Science ini lebih lama berbanding ketiga-tiga bidang sebelum ini iaitu 4 tahun. Bila cakap fasal makanan, tak perlulah aku nak ulas pepanjang kan? Sudah semestinya kajian utama pelajar Food Science adalah mengenai industri makanan yang kian berkembang seiring dengan pertumbuhan populasi manusia. Aku masih ingat lagi masa hari pertama aku mendaftarkan diri ke UKM, aku dibawa ke tapak gerai pelajar Food Science yang menjual produk coklat mereka. Rasanya tersangatlah manis. Harga sekotak macam RM13 tak silap. Sungguh kreatif dan inovatif usaha mereka itu.


Okey. Aku dah selesai huraikan satu persatu setiap bidang yang terdapat dalam PPSKTM. Izinkan aku berehat sebentar sambil berbueno dan melonggarkan urat-urat sendi tangan yang berotot lembik dek terasa kejang dan kesemutannya akibat sudah lama tidak menaip. Aduh!

Adik-adik semua, bagaimana? Ada rasa teruja tak nak sambung dalam bidang Kekimiaan ini? Aaa, macam gitulah. Semangat sikit. Senyum sikit. Okey.



Get ready for the next topic. Uhuk-uhuk.



Mengenai subjek-subjek pula, seperti yang aku dah kata tadi, subjek program Kimia sangat banyak. (By the way sekarang aku akan fokus untuk program Kimia aku sendiri.) Bila aku tanya dengan teman-teman satu bidang Kimia dengan aku di USM, diorang kata subjek diorang lagi sedikit dari budak Kimia UKM. Subjek-subjek diorang namely Kimia Fizik, Kimia Analisis, Kimia Organik dan Kimia Tak Organik. Bezanya subjek-subjek itu ada tahap-tahapnya seperti Kimia Fizik I dan Kimia Fizik II. Tapi budak Kimia di UKM lain pula ceritanya. Cabang-cabang Kimia seperti yang telah aku mentionkan iaitu Kimia Fizik, Kimia Analisis, Kimia Organik dan Kimia Tak Organik, semuanya dipecah-pecahkan menjadi small pieces. Sebab itulah kenapa subjek kami boleh sampai ada 14 wajib major untuk tahun 2 dan tahun 3 respectively. Berikut merupakan senarai subjek yang wajib diambil oleh pelajar Kimia Tulen.



     STKK1012 Amali Kimia I
STKK1022 Amali Kimia II
STKK1103 Kimia Fizik I
STKK1303 Kimia Tak Organik Asas
STKK1503 Kimia Organik I
STKK1702 Kimia Analisis Asas
STKK2052 Amali Kimia III
STKK2062 Amali Kimia IV
STKK2132 Kimia Fizik II
STKK2123 Spektroskopi Asas
STKK2133 Pemangkinan Kimia
STKK2223 Pengurusan Industri Kimia
STKK2313 Kimia Kumpulan Utama dan Peralihan
STKK2323 Kimia Koordinatan
STKK2513 Kimia Organik II
STKK2523 Penentuan Struktur Molekul
STKK2713 Statistik Kimia
STKK2723 Kaedah Pemisahan
STKK2913 Kimia Polimer I
STKK2942 Kimia Polimer II
STKK3112 Kinetik Kimia
STKK3132 Elektrokimia
STKK3152 Kesimetrian Molekul
STKK3313 Kimia Keadaan Pepejal
STKK3323 Kimia Organologam dan Biotakorganik
STKK3513 Kimia Organik III
STKK3523 Kimia Bio-organik
STKK3713 Instrumentasi Kimia I
STKK3723 Instrumentasi Kimia II
STKK3733 Kimia Alam Sekitar
STKK3886 Latihan Industri
STKK3932 Kimia Polimer III
STKK3992 Latihan Ilmiah I
STKK3996 Latihan Ilmiah II


(Pengsan).



Aku tak nak ulas mengenai setiap subjek, sebab aku sendiri baru belajar tahun pertama dalam bidang ini. Oh ya, selain itu, semua pelajar PPSKTM adalah DIWAJIBKAN untuk mengambil subjek Matematik untuk kedua-dua semester pada tahun pertama. Nama subjek itu sangat comel, iaitu Teknik Matematik I dan Teknik Matematik II. Nak tak nak, kitorang kena juga belajar benda Matematik bagai ni. Oh oh, lupa lagi (banyaknya aku lupa, dah kena simptom Alzheimer ke apa?), subjek Teknik Matematik adalah sepenuhnya diajar dalam bahasa Melayu. Meaning that, bila jawab exam nanti semuanya adalah dalam bahasa Melayu. Jadi, sila jangan berlari sambil tercirit-birit (eh) apabila membaca terma-terma Matematik yang sangatlah kedengar comel gitteww seperi nombor nisbah, nombor khayalan, pembezaan, kamiran, cebis demi cebis, terbitan, ketakselanjaran, persamaan pembezaan biasa, kecekungan dan banyak lagilah stuff-stuff yang awesome! Muahahahahahahahaha. Tapi jangan risaulah, subjek-subjek Kimia setakat yang saya belajar ini adalah dalam bahasa Inggeris, tapi untuk subjek-subjek Kimia yang akan diajar pada tahun kedua dan keempat nanti, dah ada yang guna bahasa Melayu. Jadi, bersedialah dari sekarang!



Selesai sudah bebelan aku mengenai bidang Kimia ini. Aku tak kongsi lagi mengenai subjek-subjek tambahan atau dikenali sebagai program Citra. Maybe aku akan kongsi pada entri-entri akan datang. So sebelum itu, buat adik-adikku yang terchenta, yang memasang impian, harapan dan angan-angan setinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, eh melalut wahahahahaha. Ok ok. Serius.



Oh ya, sebagai disclaimer, aku tampalkan petikan ayat dari kawan-kawan aku sendiri yang mana semuanya adalah pelajar Kimia Tulen. Ayat-ayat yang aku siarkan adalah perkongsian mereka mengenai cara untuk meminati Kimia, bagaimana untuk skor dalam Kimia ini. Sakit tangan aku nak taip balik ayat-ayat mereka ini semata-mata untuk you all tau. Tapi demi you all, lautan coklat cadbury dan hujan cheesy wedges sanggup kuharungi. Wahahaha.



Ok, ok. Jom.



Ehem ehem. Sebagai pelajar Kimia, awak kena banyak membaca. Rajin-rajin pergi library. Jangan tinggal ibadat wajib dan banyakkan amalan sunat.” - Boy



Dulu masa kat matrik kan, I selalu jumpa lecturer. Walau tak ada soalan pun, I tetap jumpa mereka. Tapi sekarang dekat universiti ni, I rasa macam awkward gitu nak jumpa. So, bila dah masuk universiti ni, you all kenalah buat temujanji dengan pensyarah. Whatsapp ke, emel ke. Sebab diorang semua tu confirm busy dengan research.” - Seratul Jemiah



Kalau sayalah bah kan, saya akan cuba kaitkan Kimia dengan environment supaya minat saya tu semakin mendalam, sebab everything di sekeliling kita ini, semuanya Kimia. Just dari kita mau fikir atau ndak. Kalau just mau tengok buku, memang ndak ada benefit sangat pun dan boring. Hihihi. Dan kalau kamu sudah nampak kewujudan Kimia di sekeliling kita tu, perasaan ingin tahu itu pasti ada. Perasaan ingin tahu tu sangat bagus sebenarnya.” - Nur Aida Arasid



Assalamualaikum. Pada sayalah kan, saya minat Kimia. Sebab saya suka eksperimen dia. Eksperimen dalam Kimia ni, penuh dengan warna-warni, itu yang menarik minat saya. Hehe. Tapi if kita betul-betul nak meminati sesuatu subjek tu, kita kena rasa macam enjoy bila belajar tentang subjek tu. Jujurnya, macam masa saya kat matrik, saya suka bila baru nak start mengenal organic compound. Rasa macam best, and setiap compund tu, ada keistimewaan dia sendiri. And bila nak naming dia pun macam satu cabaran sebab kadang-kadang kita boleh confuse. Hmm, ini pendapat sayalah, tapi jangan beritahu sesiapa. Hehe. Kalau boleh, rahsiakan nama saya, harap dapat membantu. :)” - Hamba Allah


Personally, saya dulu masa form 4 , langsung tak minat Kimia! Hehe. Dalam lab pun duduk belakang sekali, bila cikgu mengajar, saya tidur, yalah masa form 4, honeymoonlah katakan. Boleh agaklah result berapa kan, saya dapat D! Bila form 5, timbul rasa menyesal dan insaf. So memang nak back up balik form 4 tu memang terkial-kiallah. So tip saya, saya buat latihan dan nota kecil. Latihan tu pula dari akhbar SKOR. Memang berhasillah.



Sambil buat sambil rujuk bukulah. Lepas tu tambah nota sikit-sikit kat tepi-tepi tu, kalau tak faham jumpa cikgu. Memang kalau kita selalu jumpa cikgu ni mereka akan ajar sungguh-sungguh dan siap bagi ekstra soalan lagi. Lepas tu, share soalan tu dengan kawan-kawan Cerita balik dekat mereka tentang soalan-soalan yang telah kita jawab. Seriyesly, tanya mana-mana pelajar cemerlang pun, tip kejayaan adalah sentiasa bertanya cikgu dan, tak lokek ilmu. Hehe. Alhamdulillah trial and SPM dapat A untuk Chemistry. Then masa di matrikulasi pun dapat A untuk both semesters. Harap dapat membantu. :)” - Asyie



Fuh. Amacam? Dah rasa lebih bersemangat dan berani sahut cabaran untuk menceburi bidang Kimia yang menjanjikan peluang pekerjaan yang terbentang luas ini? Harapnya begitulah. Hehe. Moga sedikit sebanyak dapat membantu buat korang especially untuk adik-adik terchenta yang mungki sekarang sedang tercari-cari halatuju pendidikan selepas ini.



Okey, itu aje entri kali ini. Tunggu entri akan datang pula. Kalau ada soalan boleh tanya kat FB. Senang. Kalau ada sebarang kesilapan fakta dalam entri ini mohon perbetulkan.



Oh ya, mohon doa dari semua rakan pembaca agar keputusan final exam nanti aku dapat gred yang cemerlang. (Dapat dekan pun ok juga!)



Amiiiin.



Assalamualaikum.