Monday, September 5, 2011

Beli Novel Lagi!

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Ya, saya blogger yang malas mahu buat entri selamat hari raya, sudah namanya malas, malas kan saudara syaitan, syaitan pula suka hari raya, sebab mereka baru release dari penjara. -___-

Okay, jom tengok apa yang saya mahu kongsi kali ini. Jeng pleng treng....(jeng3 versi pelik)


Tada....
Novel baru okay!
Oleh sebab saya malas mahu taip panjan-panjang setiap novel yang dibeli, maka saya telah menggunakan telefon bimbit terbaru saya (sila rujuk entri sebelum ini) untuk menangkap gambar mereka. Sila miringkan kepala anda ke 90 darjah ke tepi sebab saya tak sempat mahu rotate hehehe.



 Kali pertama ke MPH, tapi di shopping mall yang saya kurang pasti namanya, tapi di bahagian Subang kot. Yang ada Damansara??? Ada The Curve, sebelahnya ada Tesco. Ya, akhirnya sampai juga ke MPH, setelah sepuluh kali tawaf dalam shopping mall itu.



Dapat juga mendapatkan novel IMPIANA II dan IMPIANA FINALE! Impiana I dah baca, yang MISTERI TERBONGKAR awal-awal sudah beli. Oh ya, siri MELAH MELIA yang terakhir itu saya beli sebab itu novel PTS One pertama yang saya baca. Melah Melia pahat di hati.

Kalau mahu tahu, saya rapat dengan kebanyakan novelis ini di Facebook(siapa mahu dengar?) HAHA, dan ada pula novelis yang add saya dahulu, contohnya AIN MAISARAH. Betul, sumpah saya tak tipu! Dia yang ADD saya dahulu di Facebook :D

Terima kasih kepada MUMMY kerana sponsor novel yang saya beli, dah tengok bil itu dah melambung tinggi HOOHOO, agaknya bila dah dewasa lagi banyaklah novel yang saya sapu.
Sedihnya sebab lepas ini jarang boleh ke MPH, sebab saya tinggal di bahagian Sabah, kecuali di KK lah sebab sana ada MPH. Tapi saya tetap bangga sebab depan rumah saya ada kedai buku. HEHE. Tapi novelnya sedikit walaupun ada novel yang terbaru.

Okay, kepada calon-calon UPSR PMR selamat ulangkaji!

Wednesday, April 6, 2011

Membaca Impiana Sampai Jam 2 Pagi!

Salam. Ya, keputusan peperiksaan sudah cikgu beri. Alhamdulillah setakat ini tiada mata pelajaran yang gagal. Semua A (Ada A+, A dengan A-) kecuali Kimia yang dapat 59% haha. Apa-apapun, aku baru baca novel karya Ain Maisarah yang bertajuk: IMPIANA.




Novel IMPIANA ini merupakan novel yang boleh dikatakan novel trilogi, kerana ada perkaitan antara setiap novelnya. Ceritanya mengisahkan tentang Syarikat Impiana yang mampu merealisasikan impian sesiapa dengan apa jua cara dalam masa tiga bulan!





Ini merupakan cover terbarunya.

Cerita ini sangat menarik, walaupun thriller tetapi masih ada unsur satiranya, orang putih kata chic-lit.


Ya, saya membacanya sehingga tidak ingat dunia. Membaca habis novel ini sehingga ke larut pagi. -__-


Kadang-kadang aku rasa geram, sedih, rasa mahu menangis dan boleh jadi histeria! Di samping meremang bulu roma apatah lagi aku membacanya seorang-seorang di dalam bilik.



sinopsis: Mendaftar perkhidmatan Syarikat Impiana Sdn. Bhd. sangat mudah. Pastikan anda memiliki RM7000 dan semuanya di hujung jari. Tiga bulan tempoh perkhidmatan. Itu perjanjian yang akan dipatuhi Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Tidak kurang mahupun lebih biarpun sedikit.
Tiga bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan.

Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu....


Sedang dalam usaha untuk mencari novel Impiana II, Impiana III (Misteri Terbongkar) dan Impiana IV (Finale)!


Dengar-dengar novel ini mungkin diadaptasi jadi drama tv, tapi mereka tolak, betulkah??