Tentang Penulis

Bismillah.

Alhamdulillah, diberi peluang oleh Tuhan untuk menuntut di sekolah cina, sekolah agama dan sekolah menengah di bawah naungan katolik. Pernah belajar di bumi Matrikulasi Labuan dalam aliran sains. Dan kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi dalam Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia).

Pada mulanya menulis blog hanya kerana suka-suka dan terpengaruh dengan kawan-kawan perempuan. Tapi rasa bosan pula apabila kita asyik menulis tentang diri kita sahaja.

Jadi in sha Allah, saya nak jadikan medium blog ini sebagai wadah penulisan yang memberi motivasi, inspirasi dan rasa bahagia kepada semua golongan pembaca. Buat permulaan, saya mulakan dahulu tentang dunia universiti, lepas ni akan beralih kepada motivasi hati,

Setiap orang ada pegangan dalam penulisan. Maka prinsip penulisan saya ialah,

"Tulislah apa-apapun, dan niatkan dalam hati untuk mencari redha Allah."

Dan yang pasti, saya menulis bukan hanya untuk menasihati orang, tetapi sebenarnya merupakan manifestasi peringatan kepada diri sendiri, in sha Allah.

Anda boleh hubungi penulis menerusi medium di bawah.

Emel: m.faridzuan.majid[at]gmail[dot]com

Facebook: Farid Majid

Mahu bercakap terus atau buat panggilan video? Saya ada di Hangouts Google. Gunakan emel saya untuk jemput saya. (Maaf, suara saya macam Doraemon, haha.)

6 comments:

  1. Melalui medium apa saya boleh guna untuk contact kamu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada melalui emel seperti yang tertera di atas, ataupun mesej saya secara privasi di Facebook. Kata carian FB saya ialah Farid Majid.

      Delete
  2. assalamkun. Abang..saya nak tanya tentang matrik.Kalau kita dpt modul 2 or 3 dan nak tukar ke modul 1 boleh ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh in sha Allah. Nyatakan justifikasi yang kukuh. Good luck!

      Delete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)