Monday, April 18, 2016

Kejakunan di Texas Chicken

Bismillah.

Alhamdulillah, baru selamat sampai ke Kuala Lumpur setelah habis bercuti seminggu di rumah di Sabah. Kali ini saja naik Air Asia balik ke kampus sebab nak merasa makanan di Air Asia. Tapi tak sempat pula nak snap gambar. Tak apalah, ada rezeki nanti kita ambil gambar ya.

Plannya nak balik ke UKM dengan menaiki motor kawan. Nak jimat duit minyak, tak nak guna khidmat teksi. Sebab kawan saya ni jenis tough sikit so ingatkan dia boleh angkut bagasi. Ingatkan dia seorang je datang, rupanya dia bawa lagi geng-geng dia. Dah macam menyambut saya di KLIA2 pula wahahahaha.

So bila dah sampai KLIA2, mereka pun ajaklah makan. Restoran-restoran di KLIA2 memang banyak sangat pilihan dia. Harga pun boleh tahan juga. So kenalah pandai-pandai pilih haha. KFC jangan cakap, sampai ada dua unit KFC tak silap saya di KLIA2 ni.

Mula-mula ingat nak makan KFC, tapi harganya mahallah pula berbanding harga biasa. Then pergi pusing ke Subway, mahal juga. Pusing lagi ke Burger King. Pusing ke Wendy's. Manhattan. Dan entah macam-macam restoran yang kami singgah tapi tak makan pun haha. Waktu pun dah dekat Maghrib, so kami solatlah dulu. Lepas solat, sambung balik misi pencarian restoran. Kami cari sampai nak bergaduh haha. 

Last-last, makan di Texas Chicken. Saya memang tak pernah makan di Texas Chicken. So ini memang first timelah. Adakah saya jauh ketinggalan? Haha. Lantaklah. Janji boleh makan kan.

So first time order makanan di Texas Chicken ni, boleh tahan jugalah servis dia. Pilihan menu pun sangat ok. Penggemar ayam macam saya memang tak kisah dengan menu-menu ayam dia. Oleh sebab saya dah bosan makan ayam goreng, so saya orderlah isi ayam. Kalau nak sekali dengan air, boleh tambah set combo, tambah dalam enam ringgit. Itu kalau regular drink. Kalau 8 ringgit untuk large drink. Dalam combo tu disertakan sekali dengan kentang goreng. 

So bila saya dah buat bayaran dan nak ambil dulang tu, saya peli ksebab cawan tu tak diisi air. Saya pun cakaplah, air ni kenapa kosong? Jurukaunter tu cakap, boleh fill di sebelah tepi. Saya pun buatlah muka 'oooo'. Yalah, jakun punya fasal kan hahaha.

And the best part is, kita boleh refill air ni berkali-kali! Minuman pula bermacam jenis. Heaven! (Adakah saya je yang terlalu excited? Hahaha! Lantaklah situ kalau ada orang nak pertikaikan).




 Set menu yang saya order. Ingatkan dia bagi sekali sos bawang putih, sebab nampak gambar sos putih dalam skrin menu.

 Ini kentang goreng yang didatangi dengan set combo.

 3 pieces of isi ayam. Makan satu je pun dah kenyang hahaha.

 Total price. Not bad. Standard.

This is Zul. Kawan dari teknologi kimia.  

 Itulah mesin kalau nak refill air. Kita boleh refill ais lagi kalau nak.

Baru nak makan tapi dah ada orang snap wahahahaha. 

This is Adam. Saiz kami dua lebih kurang je haha. Makan banyak tetap kurus. Metabolisme badan terlalu tinggi agaknya? 

Meor (tak ingat nama sebenar sebab kawan-kawan asyik sebut Meor, so saya pun panggil Meor je haha). Thanks sebab tolong hantar ke KLIA hari tu untuk balik rumah ke Sabah. 

Ini Azraa. Satu kuliah juga tapi dari teknologi kimia. Inilah kawan yang saya contact untuk pick up saya, tak sangka sampai bawa kawan-kawan lain sekali haha. Kesian dia sebab dari petang tak makan-makan. Last-last saya bagi makan Rice Wrapped KFC yang saya tak makan dengan Texas Chicken. Bak kata Azraa, makanan tu kalau dikongsi bersama, lagi terasa nikmat dan sedap. Haha.

Maybe lepas ni boleh pergi ke Texas Chicken lagi jika ada rezeki. Yang pasti, air tu boleh refill berkali-kali!

Alright. Assalamualaikum. Have a nice day guys. :)

1 comment:

  1. Amboi bang... nti bawa adik2 pigi situ aaaah..

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)