Saturday, January 30, 2016

Semester 3: Chemistry dan Sekutu-sekutunya

Bismillah.

Assalamualaikum semua. Selamat tahun baru 2016. Agak-agak-agak lama juga ya aku tak update entri di sini. Menanam tebu di tepi bibir sungguh. Aduh!

Sebenarnya aku tak tahu nak update yang macam mana mungkin sebab keserabutan yang melanda diri ini, dengan komitmen yang lain sejak menjadi pelajar di menara gading. But I still try to get in touch with you here if ada sesiapa yang menanyakan soalan mengenai cabaran di matrikulasi, di universiti dan yang sekufu dengannya (based on my very very very little experiences). Tak apalah kan, biarpun sedikit saja pengalaman yang boleh aku kongsi, at least adalah manfaatnya buat mereka yang tercari-cari, daripada tak ada langsung, kan?

Just nak beritahu (aku bukan public figure, saja, ini kan blog aku haha) sekarang merupakan cuti semester selama sebulan dan in sha Allah aku akan sambung semula belajar pada akhir Februari nanti untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di UKM tercinta sempena semester 4. Ini bermaksud, ada 3 lagi semester yang perlu aku harungi sebelum aku layar dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dengan Kepujian. 

Mengenai semester 3, banyak onak duri dan paku yang aku lalui. Serius. Setiap kali aku hadapi jalan kesukaran, aku lebih suka memendam. Dengan subjek-subjek yang ya Allah. Mari sini, aku senaraikan subjek-subjek kesemuanya ada 11 itu.

Kimia Polimer I, ini subjek yang agak baru sedikit. Ada gabungan Kimia Organik dan Termodinamik. Tak adalah susah sangat untuk fahami cuma mungkin agak culture shock juga sebab kena biasakan diri dengan struktur-struktur seperti lakton, laktam, selulosa (soalan ini keluar semasa final dan aku tak dapat lukis T_T). Dan memerlukan kemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis sebab soalan exam lebih kepada subjektif. 

Kimia Fizik II. This is disaster. Subjek killer semester 3. Tak tahu nak komen yang macamana. Aku rasa Kimia Fizik I lagi senang. Kimia Fizik II adalah topik yang bersambungan secara lebih mendalam. Kami belajar hukum-hukum termodinamik, keseimbangan fasa,  diagram fasa dan larutan. Ada terms-terms yang perlu difahami. Oh ya, aku tak suka graf. Graf dia agak memeningkan. Aku rasa macam aku tercampak jauh ke planet Pluto setiap kali masuk dalam penerangan mengenai graf. Aku tak tahu macam mana garisan graf tu boleh muncul, kemudian boleh bertembung dan perlu jelaskan apakah fenomena yang berlaku? Sudah namanya Kimia Fizik kan haha. Dan tak dilupakan persamaan-persamaan (baca: equation) yang banyaknya sampai otak dah tak boleh nak lekat. Mati-mati aku salin semua formula, tapi masa final exam, sikit je soalan kira-kira. Yang banyak adalah soalan berbentuk teori dan jangkakan. Haha. Pengajaran bermakna buat aku, lepas ni belajar jangan tengok equation saja, kena fahamkan juga sesuatu konsep itu. 

Kimia Organik II. Well, ini mungkin subjek kegemaran aku walaupun turut dilabel sebagai subjek killer of the semester. Basically, ia adalah sambungan dari Kimia Organik I. Cuma untuk subjek ini, ia lebih mendalam untuk pencirian dan tindak balas alkil halida yang melibatkan E1, E2, SN1, SN2, sebatian alkohol dan terbitan-terbitannya seperti fenol, thiol, eter dan epoksida. Untuk topik baru subjek ini, kami diajar sebatian karbonil, yang meliputi aldehid dan keton. Kuliah sekejap je, tapi banyak informasi kena cerna. Selain itu, untuk batch kami, kami diperkenalkan dengan tindak-tindak balas bernama seperti Wittig, Cannizaro, Wolf Kishner, Reformatksy, Aldol, Dieckmann dan banyak lagilah! Part tindak balas bernama ni yang aku lebih suka sebab aku suka lukis mekanismenya yang banyak tu. But masa final, aku rasa kecundang sikit sebab ada soalan yang bila aku baca, aku rasa macam eh, aku pernah belajarkah tindak balas ini? 

Unsur Kumpulan Utama dan Peralihan. Amboi, semput nafas! Panjang nama subjek ini. Subjek ini adalah sambungan dari subjek Kimia Tak Organik Asas. Pelajar Pure Chemistry dengan Forensic saja ambil. Umumnya kami belajar mengenai jadual berkala, dari Kumpulan 1, 2, 3, 13, 14, 15, 16, 17, 18, dan kumpulan-kumpulan peralihan. Memang BANYAK unsur yang perlu kami faham, dengan tindak-tindak balasnya yang pelbagai. Ada juga aplikasi-aplikasi dari unsur-unsur ini seperti dalam bidang pemangkinan, dalam spektroskopi seperti 13C, 1H, spektroskopi fluorine, dan pembentukan sebatian kompleks menggunakan logam-logam dari kumpulan peralihan. So untuk semester hadapan, kami bakal belajar lagi mendalam untuk kompleks-kompleks ini dalam subjek Kimia Koordinatan, yang ada low high spin, Jahn (kalau sebut, Yan) Teller's effect, Werner's complex, orbital degenerate, molecular orbital, crystall field theory dan sebagainya.

Pemangkinan Kimia. Subjek aplikasi yang semakin hangat dibincangkan. Agak senang juga nak belajar walaupun lecture note banyak info. Exam pun boleh agak apa yang keluar. Pemangkinan Kimia ini belajar fasal prinsip dalam pemangkinan. Weaken the bond. Break the bond. Form the bond. Pakar dalam bidang ini di UKM ialah Prof Ambar. Beliau salah satu pensyarah yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ketika mengajar. I like. Ada lagi dua pensyarah yang ajar subjek ini iaitu Dr Rozida dan Dr. Rizafizah. Untuk part Dr. Rozidah, kami didedahkan dengan Biopemangkinan. Semuanya mengenai enzim, cara penghasilan marjerin. Dan ada silibus oleokimia yang masuk dalam subjek ini seperti metanolisis gliserol. Kemudian kami didedahkan bagaimana algae boleh dijadikan sumber untuk menghasilkan bahan bakar. Masuk bahagian Dr. Rizafizah pula, semuanya mengenai engineering dalam Kimia. Haha. Reaktor-reaktor semua tu. Silibus-silibus Teknologi Kimai agaknya sebab ada equation-equation engineering. 

Statistik untuk Kimia Analisis. Tak nak komen banyak mengenai subjek ini kerana ia juga merupakan sambungan dari Kimia Analisis Asas yang aku dapat C semasa semester 1 yang lalu T__T. Menyesal juga sebab tak studi betul-betul, sebab soalan past year repeat je. Anyway, pengajaran paling berharga buat aku ialah, buatlah latihan sejak dari hari pertama kelas lagi.

Amali Kimia III. Subjek makmal. Kami kena buat lab, buat report. Kali ini, guna komputer untuk print lab report. Mostly eksperimen mengenai pembentukan kompleks dan juga teknik-teknik spektroskopi yang kami akan pelajari pada semester hadapan dalam Spektroskopi Asas. Pengalaman paling menarik adalah apabila hampir kesemuanya kami perlu lakukan sendiri. Kami perlu sediakan larutan sehari sebelum eksperimen. Semangat setiakawan yang sangat tinggi juga dapat dipupuk menerusi subjek ini sebab lab partner kitalah yang akan banyak tolong kita dalam menjalankan eksperimen serta penyediaan bahan-bahan Kimia. Jutaan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat lab partner aku, Joseph Tading yang handsome dan bergaya sentiasa kerana sanggup menolong aku dalam apa jua situasi yang dihadapi sepanjang menjalankan eksperimen. Aku masih ingat lagi gara-gara basah apparatus yang kami buat untuk jalankan condensation, habis blackout satu makmal! Haha. Dan untuk rekod bersih, kami tak pernah pecahkan sebarang apparatus di makmal. Alhamdulillah.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Subjek ini agak unik juga kerana dalam kuliah kami tak diajar pun silibus-silibus secara formal. Bahkan, kami sendiri yang perlu menjalani assignment untuk membuat persembahan kepada pelajar. Aku masih ingat lagi untuk kumpulan aku, kami buat persembahan secara live Wanita Hari Ini untuk topik Merdekakah Wanita Masa Kini? Aku siap bawa pembesar suara (sebagai walkie talkielah konon) untuk pengacara dalam kumpulan aku bagi mengjayakan lagi persembahan kami. Kawan-kawan kumpulan aku, yang kesemuanya perempuan, siap pakai baju korporat dengan baju elegen lagi masa buat persembahan. Haha. Thanks to my groupmates. Aku rasa bersyukur juga dapat pensyarah yang tidak banyak songeh, kerana kawan-kawan aku dari set lain, mereka perlu buat kajian ke luar UKM, siap perlu interview bagai.

Kemahiran Kesantunan Berbahasa. Ini sebenarnya bukanlah subjek yang sepatutnya aku daftar. Aku sepatutnya daftar untuk subjek Bahasa Arab Asas I bagi melengkapkan 3 jam kredit untuk domain Bahasa dan Linguistik. Tapi aku tahu, Tuhan itu ada perancanganNya yang tersendiri, dan aku terpaksa daftar subjek ini kerana kelas Bahasa Arab clash dengan subjek-subjek lain. Untuk subjek ini, waktunya adalah pada waktu 5 petang sehingga 8 malam (tapi lecturer ajar sampai sebelum pukul 7 petang). Secara jujurnya, inilah subjek yang betul-betul aku hayati. Subjek ini mengajar kami mengenai bersopan santun. Bayangkan, dalam dewan kuliah, kami semua perlu memakai attire yang betul, pakai kasut bertutup, pakai baju berkolar. Kena datang tepat pada masanya. Then, bila dalam kuliah, kena cakap guna Bahasa Melayu Tinggi. Sila bayangkan kami kena cakap dengan bakunya haha. Tak ada diorang, ha'ah, kat mana, kitorang dan yang seumpamanya. Memang strict sikit. Tapi aku suka sangat dengan cara pengajaran oleh pensyarah. Namanya Puan Rozmel. Sangat sporting dan kelakar ketika mengajar, tak pernah aku tak ketawa sakan setiap kali aku masuk kuliah ini. Dan yang paling penting, subjek ini tak ada exam! Tapi assignmentnya of courselah ada. Kami kena buat kajian mengenai Kesantunan (untuk kumpulan kami, kami buat kajian mengenai Tahap Kesantunan Berbahasa dalam Kalangan Kakitangan UKM, maybe aku boleh lampirkan dalam blog ini hasil kajiannya pada masa akan datang, in sha Allah), kena buat video, poster dan assignment luahan rasa mengenai pengalaman kesantunan atau ketidaksantunan yang dihadapi. Dan masih terngiang-ngiang lagi dalam benak mindaku mengenai kata-kata Puan Rozmel, lebih kurang seperti ini (aku tak ingat butir dialognya tapi aku cuba fahamkan dan interpretasikan maksudnya),

"Saya sangat berterima kasih kepada anda semua kerana sanggup mendaftar dalam subjek Kemahiran Kesantunan Berbahasa ini. Saya tahu ada antara kalian yang mungkin merasakan subjek ini adalah satu bebanan, tapi saya harap anda mendaftar subjek ini bukanlah semata-mata untuk mendapat A, tapi jadikanlah subjek ini sebagai platform untuk anda memperbaik kemahiran kesantunan dan cara kita berinteraksi dengan situasi di luar kuliah ini.

Dan saya juga ingin pesan kepada anda semua bahawa belajarlah dan niatkanlah seikhlas hati anda belajar kerana Allah semata-mata."

Pada saat beliau mengatakan mengenai niat belajar kerana Allah itu, aku bertafakur seketika, merenungi semula tujuan aku belajar subjek ini, juga tujuan aku belajar di UKM ini secara umumnya.

Huhu, okey. Sambung.

Tanggungjawab Alam Sekitar. Ini subjek wajib yang perlu semua orang ambil. 1 jam kredit je. Tapi assignmentnya boleh tahan banyak jugalah. Tapi tak adalah terlalu membebankan. Mula-mula, kami kena cari keratan surat khabar mengenai isu alam sekitar. Kemudian, kena baut persembahan bertemakan alam sekitar. So, oleh sebab aku suka berpantun, jadi kumpulan aku buat persembahan pertandingan pesta pantun, lawan sesama sendiri. Sendiri menang. Sendiri kalah. Sendiri syok sendiri. Haha. And then kami perlu tulis hujah untuk debat alam sekitar. Then kami kena meneliti aspek-aspek alam sekitar seperti hidrosfera, biosfera dan sebagainya. Lastly kami perlu buat projek alam sekitar. So kumpulan kami buat projek kitar semula. Simple. Presentation pun aku agak berpuas hati. Kumpulan aku semua lelaki jadi senanglah sikit kerja tu, walaupun kadang-kadang ada berat sebelah sikit, kot. Haha. 


Sosial dan Kebertanggungjawaban. Subjek ini pun sama macam subjek atas. 1 jam kredit, je. Kena buat projek. Stress sikit sebab kami perlu buat proposal. Then macam-macam kena komen. Mulanya nak buat Food for Mahasiswa, tapi tak lulus. Then aku cadang nak buat Kem Smart Solat. Lastly kami bercadang buat Projek Gotong-royong di Surau Al-Husna, surau rumah yang aku sewa selama satu semester ini. Haha. Oleh sebab Dr nak program berjalan lebih lama, so kami tambah lagi dengan satu program iaitu Iftar dan Program Bacaan Yassin. Boleh tengok hasil kerja kami menerusi video di bawah.



Aaaanddd, that's all!

Lega. Alhamdulillah. Semester 3 punya subjek yang macam-macam! Haha. Rindu pula nak menstresskan diri dengan segala assignment bila dah duduk cuti di rumah ni. Tak apa. Semester depan, lagilah banyak kerja kena buat. Kata senior, subjek-subjek semester depan harus diberi fokus yang lebih sikit. Dengar-dengar ramai yang jatuh pointer gara-gara Semester 4. Dahlah masa tu tak ada study week (masa tu ajelah, harap-harap batch kami untuk semester 4 ni tak ada masalah untuk study week).

Kalau ikut sebelum-sebelum ni, boleh tahan banyak juga jam kredit yang aku ambil. Semester 2 sudah 26 jam. Semester 3 pula 25 jam. Untuk semester depan, in sha Allah aku cuma perlu ambil 19 jam kredit (harap-harap), sebab aku dah habiskan kesemua subjek-subjek Citra Rentas Ilmu alhamdulillah.

So berikut merupakan subjek-subjek semester 4 yang awesome:

Kimia Polimer II
Amali Kimia IV
Spektroskopi Asas
Penentuan Struktur Organik (dahulu dikenali sebagai Penentuan Struktur Molekul)
Kimia Koordinatan
Pengurusan Industri Kimia
Kaedah Pemisahan (first time kami akan belajar bersama-sama pelajar BioChemistry)
Hubungan Etnik
Workplace Communication II (dalam i-Folio tak terdaftar pula! Kena daftar semula hari pertama Semester 4 nanti!)

Next nak cerita fasal apa pula? Maybe nak cerita mengenai Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) pula. Ada yang nak baca kah? Haha. I hope so. 

Jazakallah khairan khatira! :)

7 comments:

  1. Setiap subjek punya cabaran yg berbeza. ��

    ReplyDelete
  2. Cn i know wether sesi rayuan gt interview or nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya perlu jumpa dengan pihak universiti, seperti rujuk jabatan untuk info lanjut.

      Delete
  3. Nak tnya untuk sains kimia ni belajar in english or bm ?

    ReplyDelete