Bismillah.
Didoakan agar anda semua sihat in sha Allah.
Mesti mereka yang tercari-cari cara untuk muat turun soalan past year UKM akan tersinggah ke sini. Hihi.
Baiklah, dalam entri ini, aku akan terangkan secara ringkas bagaimana anda dapat mengakses koleksi soalan past year UKM yang boleh anda muat turun untuk dibuat revision mahupun persediaan sebelum menjelangnya final exam nanti. Taklah kalut nanti kan.
Langkah pertama, sila layari laman portal http://ptsldigital.ukm.my/
[Sila klik setiap gambar untuk penglihatan yang lebih besar in sha Allah.]
Bila dah terpapar portal tersebut, anda perlu log masuk terlebih dahulu. Cari perkataan SIGN IN.
Masukkan nombor matrik dan kata laluan perpustakaan anda.
Okey kemudian, setelah selesai log masuk, cari kotak kosong. Ha, dari situ, taiplah tajuk kertas yang anda ingin cari. Sebagai contoh, anda nak cari soalan Kimia Bioorganik. Tekan butang search.
Setelah butang search ditekan, akan terpaparlah beberapa senarai entri yang mana salah satu (atau lebih) merupakan soalan peperiksaan. Sebab pangkalan data dikongsi bersama dengan jurnal. Kalau entri tu ada tarikh macam 2012/2013, maksudnya paper tu adalah paper pada sesi itu.
Klik pada entri tersebut, kemudian anda dah bolehlah muat turun soalan past year pilihan anda. Klik pada butang Download.
Dan, muncullah kertas past year tersebut.
Mudah bukan?
Tapi perlu diingat, tak semua kertas soalan past year terdapat di sini. Ikut nasiblah kan.
Baik, kalau ada sebarang permasalahan, jangan segan-silu untuk bertanya in sha Allah.
:)
slm.. sy student baru di ukm. cmna sy nk dptkan kata laluan perpustakaan?
ReplyDeleteWaalaikumussalam warahmatullah.
ReplyDeleteKebiasaannya kata laluan untuk pengguna perpustakaan ialah nombor kad pengenalan pengguna sendiri.
Semoga membantu in sha Allah.
Terima kasih sangat atas bantuan anda <3
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletePtsl digital memang boleh access dekat ptsl je eah?Dekat kolej ke rumah ke x boleh?
Lagi satu, I'm curious, apa maksud di sebalik kata-kata menulis biar sampai ke langit?
Waalaikumussalam.
DeletePtsl digital tu laman web. Boleh akses dari mana sahaja anda berada, asalkan anda mempunyai nombor berdaftar dengan UKM.
Maksud kata-kata itu? Entahlah. Mungkin ia bermaksud, apa pun jua yang kita tulis, biarlah memberi manfaat sehingga ke seisi alam, in sha Allah.
Oh haah boleh la..Haritu ada try byk kali bukak dlm bilik kolej, tp tak boleh nak masuk. Bila bukak kat ptsl boleh pulak. Tu yg igt boleh akses kat ptsl je Tp, skrg boleh dah. Thanks anyway :)
ReplyDeleteGitu ya..bagus..teruskan tulis perkara yg bermanfaat, insyaAllah amin.
Saya rasa faktor wifi y kita guna kot... sbb saya buka kat kolen and fon xleyh .. tp saya buka kat bmart kab boleh plak .. pastu kalau pi ptsl boleh je bukak... kat lappy sendiri tp saya guna line warga ukm or pelawat...
DeleteSaya rasa faktor wifi y kita guna kot... sbb saya buka kat kolen and fon xleyh .. tp saya buka kat bmart kab boleh plak .. pastu kalau pi ptsl boleh je bukak... kat lappy sendiri tp saya guna line warga ukm or pelawat...
DeleteAssalammualaikum...
ReplyDeleteapa username dan password nya ye? saya masukkan no matrik (username) dan no kad pengenalan (passwod) namun tetapi tidak berjaya
Waalaikumussalam warahmatullah. Username ialah nombor matrik dan password ialah nombor IC. Sekiranya tak dapat cuba jumpa staf di Perpustakaan Tun Seri Lanang, mereka akan reset password yang anda ingini in sha Allah. Semoga membantu.
Deletesaya dah dapat donwload contoh soalan lepas.. terima kasih
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat.
Deletesalam..knp laman tu mcm dh xda..site cnnt be reached..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletehaah saya bukak pun dah tak boleh.
Deleterasanya bleh acces hanya jika devices/laptop yg kita guna connect dgn certain wifi sahaja means e-warga/ukm wifi ..maybe...sbb sy try acces dri rumah..tp xbleh
ReplyDeleteassalamualikum, saya dah bukak ptsl digitl..tetapi msih x boleh nk download soalan dan tiada pon button download yang macam encik tunjukkan.
ReplyDeleteHi cik boleh download kat; http://ukmpastyear.blogspot.my . Mintak share kat kawan ye
DeleteAssalamualaikum En. Sy sedang mencari soalan bagi "Pengantar Pemasaran" EPPM2073 (sementer 2)
ReplyDeleteSy dah cari pada blog en tu ttp tiada.
Deleteassalamualaikum , macam mana eh nak dapatkan jawapan pass year .
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteJawapan tidak disediakan.