Sunday, July 19, 2015

Komen Aku Mengenai Silibus Subjek-subjek Tahun 1 dalam Bidang Kimia

Bismillah.

Didoakan agar para pembaca sentiasa dalam lindungan Allah dan sihat-sihat hendaknya in sha Allah.
Panjang pula tajuk entri kali ni kan. Tak tahu nak letak tajuk yang macamana lagi. Huhuhu.

Okey, alhamdulillah, basically aku dah tamat pengajian sebagai pelajar tahun 1 dalam pengkhususan Sains Kimia UKM. Sekarang tengah mereput duduk rumah menanti semester baru. Dan juga tengah nervous menanti keputusan PNGK pada 20hb Julai ini. Harap dapat berita yang menggembirakan hati dan pankreas in sha Allah. Kalau dapat Dekan pun apa salahnya kan hihi.
For those sahabat-sahabat dan adik-adik kesayangan yang mahu menyambung pengajian dalam Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia), di sini aku akan memberikan beberapa komen mengenai subjek-subjek yang telah aku lalui. Untuk mencetuskan curiosity korang dan keeksaitedan infinity, maka aku akan selitkan sekali perkara-perkata ‘menarik’ yang mungkin akan menyebabkan korang perlu ambil perhatian sebelum masuk UKM lagi hihihi.

Semester 1:
1) Kimia Analisis Asas
2) Kimia Fizik I
3) Amali Kimia I
4) Teknik Matematik I (wajib ambil, tapi diCITRAkan)

Semester 2:
1) Kimia Tak Organik Asas
2) Kimia Organik I
3) Amali Kimia II

Semester 1 adalah semester awalan kepada pelajar-pelajar Kimia, Oleokimia, Teknologi Kimia dan Sains Forensik untuk memahami asas-asas Kimia. Mostly apa yang kita belajar di Matrikulasi/Asasi/STPM/A-Level akan diulang semula pada semester ini. Tapi adalah subjek yang aku tak berapa berkenan pada mulanya. Subjek apa? Teruskan baca. Hihi.

Kimia Analisis Asas mungkin sesuatu yang baru buat kita sebab kita jarang didedahkan dengan ilmu ini semasa di peringkat sekolah mahupun di peringkat matrikulasi and so on. Aku masih ingat inilah kelas pertama aku semasa minggu perkuliahan bermula. Kimia Analisis ni kaji tentang bagaimana kita dapat menganalisa sesuatu bahan, menggunakan segala teknik yang akan kita pelajari. Basically benda-benda yang korang akan nampak dalam subjek ini adalah mengenai statistik pengiraan mudah, mengenai konsep error dalam measurement, konsep acid and base dan titration bagai tu oh. Aku paling tak berapa faham dengan titration tu sebab entahlah. Rasa macam kita belajar buat resepi baru, dengan bahan-bahan yang pelik-pelik, dengan kondisi-kondisi sekian-sekian. Jika tidak mahu produk tergumpal, perlu lakukan sekian-sekian. Haha. Serius aku tertidur setiap kali masuk kuliah ni (errr, bukan selalulah). Dan aku agak kecewa sebab dapat gred C+ eventhough aku punya confidence tinggi haha. Nasihat aku, untuk kuasai subjek ini, buatlah peta minda. Dan hafallah macam hafal Biologi. Sekian.

Kimia Fizik I adalah subjek yang sangatlah simple bagi aku sebab macam senang sangat hihi. Tak adalah senang, kena faham betul-betul juga equation bagai. Pensyarah yang ajar kami pun agak sporting dan sentiasa ceria-ceria setiap kali mengajar. Korang akan deal dengan konsep molecules, keadaan gas, Hukum Pertama Termodinamik dengan equation-equation bagai tu, lepas tu mengenai redox reaction, electrochemistry (aku paling suka subtopik ni ahaks), kinetik kimia dan juga phase diagram. Soalan pun simple-simple in sha Allah. Tak tahu nak komen apa lagi, fokus je dalam kuliah. Anggap ia simple as a cake. In sha Allah boleh dapat A. Ramai kot dapat gred tinggi untuk subjek ni.

Amali Kimia I pula sesi makmal. Setiap minggu akan ada eksperimen dan kena buat lab report. Sama macam matrikulasi punya style. Labnya pula kadang-kadang 3 hingga 4 jam mak aii. Ada final exam juga untuk subjek ni, dan soalannya simple je. Just bulat-bulat. Hahaha. Kalau baca lab manual, in sha Allah boleh dapat A. Cumanya bila dah masuk makmal tu, kenalah siapkan jotter dulu sebab pegawai makmal akan semak jotter. Kasut pula kena bertutup. Lab coat dan google apatah lagi kena ada kan haha. Doakan korang dapat partner yang cool in sha Allah. Mengenai silibus Amali Kimia I, korang akan buat eksperimen based on subjek Kimia Analisis Asas dan Kimia Fizik I. Jadi, bila tak faham subjek Kimia Analisis Asas yang memeningkan kepala tu, fokus betul-betul dalam lab. Korang akan tengok secara livelah apa sebenarnya yang korang belajar dalam kuliah Kimia Analisis Asas.

Teknik Matematik I ialah subjek wajib yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar Pusat Pengajian Sains Kimia. Kenapalah aku kena jumpa balik dengan Matematik hahaha. Subjek ni under Pusat Pengajian Sains Matematik. Of course korang akan jumpa balik dengan konsep nombor, fungsi, pembezaan, pengamiran. Oh lupa, subjek ni akan diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, termasuk final exam, pun dalam bahasa Melayu. Haha. Ada tutorial in sha Allah. Kenalah datang tutorial baru ada markah. Assignment pun ada. Macam kami dulu kena buat video tutorial. Ada 3 video tutorial yang kumpulan aku dah buat kalau tak silap. Nasiblah kan korang dapat pensyarah kuliah yang mana sebab assignment videonya pun berbeza. Subjek ni aku tak berapa berkenan sangat sebab entahlah haha. Dulu masa matrikulasi pun aku terkandas dalam subjek Matematik. Mungkin aku kena paksa diri untuk rajin buat tutorial kot.

Kimia Tak Organik Asas ialah ilmu fundamental mengenai Kimia Tak Organik sebelum kita belajar lebih mendalam dalam subjek-subjek akan datang seperti Kesimetrian Molekul, Unsur Kumpulan Utama dan Peralihan dan benda-benda lain. Subjek ni senang sikit kot. Basically, korang perlu menjadikan jadual berkala sebagai teman karib anda. Korang akan didedahkan dengan asas-asas Kimia macam dalam peringkat Matrikulasi seperti Molecules, Nomenclature, Quantum Mekanik yang asas, Quantum Number, Hybridisation, Lewis Structure. Kemudian, bila dah masuk part Prof Mohamad, korang akan belajar benda baru seperti Molecular Orbital, Semiconductor, Hydrogen Bond, Symmetry Molecules dan Lattice Crystal. Try to score for this subject sebab bila kita dah faham perkara asas, in sha Allah subjek susulan akan lebih mudah untuk difahami.

Kimia Organik I. Oh, jumpa lagi dengan Organik hihi. Entahlah, bila sebut fasal Organik, mesti aku orang paling eksaited. Meskipun ramai yang cakap susah untuk faham Organik. Belajar Organik macam belajar bahasa baru. Kena betul-betul fokus dan faham ciri-ciri dan corak. Dalam subjek Organik I, korang akan didedahkan dengan Stereochemistry, Hydrocarbon, Chemical Reaction, Alkena, Alkuna, Diena, Alkil Halida, Alkohol dan Sebatian Aromatik. Terlalu banyak kot reaction yang perlu diketahui dan dihafal, ditambah pula dengan sterechemistrynya sama ada cis atau trans, markovnikov atau anti and bla bla bla. Mekanisme jangan cakaplah haha. Tapi kan, tak perlukan kot hafal semua mekanisme tu kecuali kalau korang rajin. Sebab final exam pun mostly soalannya direct to the point. Cari hasil produk, tak pun berikan bahan tindak balas.

Amali Kimia II, sama je pattern macam Amali Kimia I, cumanya amali ni merangkumi eksperiman yang korang belajar semester tu, iaitu Kimia Organik I dan Kimia Tak Organik Asas. Lab assistance pun sama. Tempat makmal pun sama macam masa Amali Kimia I. Final exam pun, baca je lab manual, dan in sha Allah korang ada dapat A.

Itu je kot. Selesai dah. Harap dapat memberi gambaran awal kepada mereka yang akan mengambil kursus Kimia ini in sha Allah. Kalau ada masalah boleh je komen, tak pun mesej terus di FB. Aku akan reply kalau tak busy in sha Allah.

Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)