Tuesday, July 21, 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang UKM

Bismillah.

Assalamualaikum. Didoakan agar para pembaca sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T. in sha Allah. Tak sangka semester 2 dah habis. Dengan berakhirnya paper Amali Kimia 2 maka tamatlah sudah perjuanganku sebagai pelajar tahun 1 UKM dalam jurusan Kimia Tulen. Alhamdulillah.

Kepada yang terjumpa entri ini, entri ini aku tulis khas untuk menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru Sarjana Muda yang berjaya menempatkan diri ke UKM. Tahniah dan syabas kerana anda antara beribu-ribu orang yang terpilih.

Baiklah, sebagai pelajar yang telah berpengalaman berada di UKM (walaupun tak sampai setahun pun err), maka ada banyak yang aku ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat yang diraikan in sha Allah. Tapi sebelum tu nak cakap, aku belajar di UKM, Bangi. Untuk pengetahuan, UKM ada dua lagi kampus iaitu satu di KL dan satu lagi di Cheras. Jadi, kepada student medic, farmasi, pergigian, mungkin anda boleh teruskan pembacaan entri ini sekiranya anda tak kisah hihi.

Maybe abang-abang dan kakak-kakak PC batch baru boleh buat minggu orientasi yang bermanfaat dan lebih mematuhi syariat in sha Allah? :)

Ok, kembali ke topik utama.

1) Kolej-kolej kediaman
Kebiasannya kalian dah tahu kalian ditempatkan di mana berdasarkan surat tawaran yang kalian terima. Ada sepuluh buah kolej yang terdapat di UKM, Bangi ini. Untuk first year, kalian akan stay di kolej in sha Allah, tapi bila dah masuk second year and so on, kalian kena berdoa banyak-banyak agar dapat tinggal di kolej. Kalau anda tak boleh tekan butang SAH semasa pengesahan penginapan kolej untuk semester baru dan ada tertulis ‘sila berjumpa dengan pengetua’ itu maksudnya anda tak layak untuk stay kolej for the next sem. Dan apa yang anda boleh lakukan ialah buat surat permohonan untuk menginap di kolej dengan berjumpa dengan pengetua kolej anda. Dan untuk langkah keselamatan juga, buat permohonan di kolej-kolej lain. In sha Allah, Allah permudahkan urusan kalian menginap di kolej.

Sekiranya tak ada rezeki, anda kena cari housemate baru untuk tinggal di rumah sewa. :(

Satu bilik 2 orang. Itu kalau di asrama. Kalau dapat blok flatelet, anda akan tinggal dalam bilik single. Kemudahan semua ada, ada kafe kolej, mesin basuh berbayar di setiap blok, bilik stor untuk simpan barang sekiranya kalian mahu checkout, surau, ruang lobi yang dilengkapi kemudahan wifi dan koperasi. Lain kolej, lain pula ke-advance-an kemudahannya. Contoh sekiranya kalian ditempatkan di Kolej Keris Mas atau Kolej Pendeta Za’ba, kalian dapat manfaat untuk memilih pelbagai jenis gerai.  Sekiranya anda ditempatkan di Kolej Antarabangsa Ibu Zain, setiap blok ada dilengkapi dengan kemudian memasak. Di Kolej Dato Onn dan Ungku Omar pula, ada internet kabel di setiap bilik. Jadi, doa-doalah supaya kalian dapat kolej yang sesuai dengan jiwa anda ya.

Untuk bayaran kolej, kolej paling mahal ialah Pendeta Za’ba dan Keris Mas, kedua mahal ialah Ibu Zain. Kolej lain, harga lebih murah.

2) Pakaian siswa dan siswi
Kalian tak perlu risau sangat soal pakaian kerana kita boleh pakai apa sahaja yang kita nak untuk ke kuliah. Yang lelaki, pakailah apa-apapun, nak pakai jubah ke, baju Melayu bersamping dengan kerisnya sekali, silakan. Yang wanita, silakan pakai mengikut citara rasa anda, nak pakai shawl ke, niqabiss ke, tapi ingat, sila jaga etika pakaian yang mematuhi syariah dan menutup aurat in sha Allah.

Macam aku, aku biasa pakai selipar sandal aje pergi kuliah. Baju pula T-Shirt berkolar dengan tak berkolar. Tak ada sesiapa yang tegur anda. Oh, kecuali kalau anda belajar Undang-undang mungkin kena pakai baju formal kot?

Tapi, adalah juga certain-certain kes yang menyebabkan kalian untuk memakai pakaian yang lebih formal. Sebagai contoh, semasa presentation, better pakai baju formal dan neck tie sekali.

Oh ya, untuk pelajar Sains dan Teknologi, sila pakai kasut bertutup semasa memasuki makmal untuk amali kursus anda.




3) Tempat Makan yang Sedap
Ada banyak pilihan makanan yang tersedia di UKM, dan aku sendiri tak habis menjelajah ke seluruh kiosk makanan. Paling common anda boleh cuba makan di kafe kolej anda. Kalau ikut pengalaman kawan-kawan aku, kafe paling sedap dan murah dan banyak pilihan makanannya ialah Kolej Ungku Omar. KUO terletak dekat dengan Fakulti Sains & Teknologi.

Dalam Fakulti Sains & Teknologi pun ada kafe dia yang besar tu. Aku pernah makan berkali-kali di sana. Makanan memang banyak dan variasi. Ayam goreng pula besar-besar mak aii. Biasa aku beli nasi dengan ayam goreng je (dan dicampur dengan kuah-kuah kari bagai) harga dalam RM4 gitu. Kira murahlah kan. Ada juga dijual buah-buahan seperti potongan tembikai.

Selain tu, tempat paling famous untuk dimakan ialah Kiosk 4 Community, ada dua cawangan, satu di Kolej Pendeta Za’ba (lebih kepada western gitu), satu lagi berhampiran dengan Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM, dekat dengan Fakulti Ekonomi Pengurusan dan Bangunan Sains Matematik. Boleh dikatakan aku memang selalu makan di Kiosk sehingga muka akak yang jadi cashier tu pun dah boleh agak apa yang aku nak beli tanpa perlu aku bersuara wahahaha. Mostly harga makanan dia RM 4. Nasi Lemak Ayam, Nasi Kukus, Nasi Ayam Penyet, Nasi segala bagai nasi memang dijual pada harga serendah RM 4 sahaja. Minuman pun murah-murah je. Bahkan ada gerai-gerai berdekatan yang jual roti canai (RM1), kiosk burger pada waktu malam, shawarma, kentang goreng, cendol dan banyak lagilah!

Ada lagi tempat makanan yang best. Kalian boleh ke PUSANIKA. Di situ, ada Kafe Pusanika yang ala-ala Mamak Store, banyak jugalah pilihan lauk dia. Ada menu order juga. Selain itu, kalau ke aras bawah lagi ada Kafe La Asqa, kecil je kafe ni tapi ramai pengunjung sebab dikenali dengan menu western dia yang berpatutan. Kalau pagi-pagi kafe ni ada jual nasi lemak dengan harga serendah RM 1.50. Di sebelah La Asqa, ada satu kafe roti yang diberi nama (tak ingat dah apa namanya N’ Zakery entah apa haha). Kafe roti ni unik kerana ia ala-ala mengimbau zaman nostalgia 60-an dan 70-an. Lagu yang dipasang pun agak Golden dan Ke-Rafeah-Buang-an gitu. Hihi. Selain menjual menu roti dengan harga yang berpatutan, ada juga dijual muffin coklat yang yum yum. Oh ya, anda juga boleh merasai Pizza Ayam atau Daging dengan harga serendah RM3. Bahkan turut dijual Lasagna dan Kek. Wuuu. Nak tambah lagi boleh? Di situ juga dijual bubur nasi yang mana anda boleh tuang topping mengikut citarasa anda seperti mushroom soup, ikan bilis dan lada hijau. Shawarma ayam turut dijual dengan harga RM3.50. Anda juga boleh membancuh minuman panas anda seperti Cadbury, Teh dan segala minuman 3 in 1 yang disediakan. Minuman sejuk juga disediakan jangan risau. :)

Kalau yang ada motor atau kereta tu, bolehlah keluar ke Mushaty. Ramai budak UKM suka lepak makan situ. Harga murah, nasi pula banyak. Paling aku suka dia punya jus, RM2 je, manis pula tu sampai air liur meleleh. Kalau ada yang sudi tumpang ajak makan ke sana, roger-roger ya. FB aku ada di sidebar. Hahaha.

4) Pengangkutan untuk Bergerak
Aku tak pandai tunggang motor atau bawa kereta. Jadi pengangkutan utama aku di UKM ialah bas Nadi Putra. Ada 3 jenis zon. Sila ambil perhatian sebab kalau anda tersalah naik bas, alamatnya menangislah anda kerana tak sampai-sampai ke dewan kuliah.

Zon 2: Bas ini akan bergerak dari Kolej Pendeta Za’ba dan akan berakhir ke Kolej Pendeta Za’ba juga.
Zon 3U: Bas ini akan bergerak dari Kolej Keris Mas, menuju sampai ke Fakulti Undang-undang dan akan kembali semula ke Kolej Keris Mas.
Zon 6: Bas ini akan mengambil semua penumpang di setiap stesen dan akan berakhir di stesen KTM UKM.

Yup. Mesti kalian bingung kan. Tak apa, kalian masuk UKM dulu dan rasa dulu pengalaman naik bas dan pengalaman tersalah bas hihi. Sebenarnya ada trick dan tip macamana nak naik bas dengan betul, tapi memandangkan kalian belum tahu lagi Geografi stesen bas di UKM Bangi ni, maka aku akan huraikan sekiranya ada komen di bawah atau private mesej di Facebook in sha Allah.

Oh ya, tak adanya nak bayar tambang bila naik bas ni, sebab memang kalian dah bayar dalam yuran.

Sekiranya anda ada motosikal dan kereta, silakan bawa. Tapi setiap kenderaan perlu mendapat sticker pelekat khas. Sekiranya tak saya tak nak tanggung apa-apa hihi.

Untuk yang nak keluar jalan jauh-jauh, ada dua jenis pengangkutan yang aku syorkan. Satu, naik Bas RapidKL, yang ini kena bayar RM1. Kalau guna touch n go, ada diskaun. Bas RapidKL ini akan bawa anda ke Hentian Kajang dan ke Metro Kajang. Oh ya, Bas RapidKL ini kodnya T430. Meaning that, sekiranya anda nak balik ke UKM semula, anda kena tahan bas dengan kod T430 ini. Tapi, kekerapan bas ini ialah sekali dalam sejam. Haha. Ramai yang perli, apa kelas nak jalan-jalan ke Kajang? Well. Aku lebih suka bersifat diam.

Di Hentian Kajang, kalian boleh beli aneka barang seperti di 99Speedmart, kedai fotostat, dan banyak lagi yang kalian boleh explore. Di Metro Kajang, kalian boleh shopping di Metro Plaza Kajang, yang mana di dalam tu ada Giant, dan bertingkat-tingkat punya lot kedai serta pilihan makanan yang ekslusif. Berdekatan dengan Metro Plaza ada Kiosk Sate Kajang. Sate paling disukai ialah Sate Hj Samuri. Kalian bolehlah cuba-cuba eksplore sate di situ. Selain tu, di tepi Metro Plaza turut ada Kedai Alat Tulis yang murah alat tulisnya. Tak ingat nama kedai buku tu apa. Sekiranya kalian mahu main boling, kalian boleh berjalan lagi menuju ke pasar dekat depan lagi tu, ke depan lagi ada Metro Point Kajang. Di situ ada macam-macam juga. Francais seperti Coolblog, Chatime pun ada. Secret Recipe pun ada. Bahkan di kawasan itu ada Mydin sekiranya nak beli barang dengan harga yang murah in sha Allah. KFC dan Pizza Hut? Ada je in sha Allah. Dunkin Donut segala Ice Cream Baskin Robbins pun ada.

Sekiranya kalian nak keluar ke Serdang, ke MidValley, KL Sentral, kalian bolehlah naik KTM UKM, dengan menaiki bas Zon 6. Haa yang tu aku tak nak cerita apa-apalah sebab aku tahu kalian lebih tahu benda-benda high class outing bagai kan haha. Cumanya, kalau nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan sekali setahun, kalian kena turun di KTM Putra dan pandai-pandailah cari bangunan PWTC tu ya hihi.

5) Keunikan sistem pengajian Sarjana Muda
Mengapa aku cakap sistem pengajian di UKM ni agak special berbanding UA (baca: Universiti Awam) yang lain? Sebab di sini, kalian tak ada pun nak kena ambil subjek Kokurikulum bagai. Di sini, kalian hanya diberi pilihan, nak ambil atau tak. Bergantung kepada minat je. Kalau kalian nak ambil subjek kebudayaan, suka hati anda. Tak ada paksaan. Nak ambil Muzik Caklempong, Nasyid, Koir, Silat, silakan.

Tatkala kawan aku di UiTM kena masuk Kadet bagai, di sini, pelajar tak diwajibkan. Tapi kalau nak juga, boleh. Di sini ada PALAPES, SUKSIS dan JPAM. Bila kalian dah ambil unit beruniform ni, kalian tak perlu nak lengkapkan jam kredit Citra Kompetensi (macam Komunikasi Efektif, Kepimpinan dan Kreativiti, Kemahiran Berfikir dan lain-lain). Yang tak ambil Uniform macam aku, kenalah ambil subjek-subjek ni, tapi perjumpaan dengan pensyarah jarang berlaku. Selalu berhubung dalam iFolio je.

Selain tu, di UKM ada sistem Citra Rentas Ilmu. Kalian perlu selesaikan 24 jam kredit subjek berstatus Citra. Citra Rentas Ilmu ni maksudnya, kalian boleh ambil subjek dari fakulti-fakulti lain. Sebagai contoh, anda ambil bidang Kimia. Anda juga boleh pilih subjek dari fakulti lain yang ditawarkan pada semester itu. Macam aku, aku ambil subjek Pendidikan Al-Quran, Sistem Ekonomi Islam dan Dakwah & Pembangunan dari Fakulti Pengajian Islam. Aku juga turut ambil subjek Psikologi Pendidikan dari Fakulti Pendidikan. Kalau kalian dari fakulti pengajian Islam misalannya, kalian boleh ambil subjek dari Fakulti Sains dan Teknologi seperti Bioetika, Sains Tauhidik, Makanan & Gaya Hidup, Mikrokomputer, Kimia Am I (?) dan macam-macam lagi. Nak ambil bahasa? Pun boleh je. Actually ambil subjek bahasa bukan satu kewajiban, kerana subjek bahasa asing tergolong dalam Citra 2 (Linguistik). Meaning that, kalau kalian tak nak ambil bahasa Mandarin, bahasa Arab, bahasa Korea, Japan, Jerman bagai tu, kalian boleh ambil subjek Kemahiran Menulis, Bentuk-bentuk Penulisan, Fotografi, Komunikasi Saintifik, Hubungan Insan dan macam-macam lagi. Best kan? ;)

Okey itu je kot yang mampu aku nukilkan. Sekiranya ada permintaan, aku tulis untuk bahagian 2 pula ya. Bolehlah komen atau PM nak tulis fasal apa in sha Allah.


Assalamualaikum. :)