Sunday, May 3, 2015

Tip-tip Menuntut Ilmu di Universiti (Bahagian 2)

Bismillah.

Baik, kita sambung dengan apa yang telah aku kongsikan pada entri sebelum ini, iaitu bagaimana kita dapat belajar dengan lebih efektif dan efesien di universiti.

Sebelum ni aku telah highlightkan tiga isi utama dalam entri sebelum ini, iaitu dengan memberi fokus, mencintai pensyarah dan membuat peta minda.

Boleh rujuk pada entri ini sebelum meneruskan pembacaan ke entri yang ini pula.

(a) Latih tubi sampai pengsan

Kebiasannya apabila kita telah menghadiri satu topik kuliah, kita masih tak faham dengan apa yang telah pensyarah ajar. Kita rasa diri kita masih di awang-awangan, walaupun kita cuba untuk memahami dengan sebaik mungkin ilmu yang sedang beliau syarahkan.

Maka di sini, pentingnya untuk kita membuat latihan.

Konsepnya sama seperti mana kita pernah belajar di sekolah dahulu. Cikgu beri kita kerja sekolah sejurus usai pembelajaran pada hari itu. Kemudian, kita kena siapkan sebelum kelas seterusnya dan menyerahkan kepada guru tersebut untuk diberi penilaian. Di sinilah kerajinan dan tahap disiplin yang tinggi memainkan peranannya.

Tapi di universiti, tidak semua pensyarah akan memberi latihan. Maka, pelajar itu sendiri perlu mencari inisiatif untuk mencari latihan yang diperlukan. Latihan tutorial adalah penting untuk pemahaman dan pengukuhan diri.

Subjek-subjek seperti Matematik, Fizik, Kimia amat mementingkan latih tubi kerana ia ‘memaksa’ kita untuk mencuba setiap konsep topik yang telah dipelajari.

Namun selalunya, seiring dengan keperluan pendidikan tinggi, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kuliah juga sudah diberi penekanan. Maka, memang akan ada pensyarah yang memberikan latihan tutorial, bahkan ada pensyarah yang akan memberi markah tutorial untuk dibawa ke final exam.


Buat macam ni pun okey. Nampak kemas dan cute kan? Er.




Maka, kita buat sahajalah tutorial yang mereka dah bagi. Misal kata, kita tak dapat jawab satu soalan, jangan terlalu difokuskan kepada soalan itu. Lebih baik kita skip ke soalan yang seterusnya. Sebab, apabila kita terlalu fokus pada satu soalan dan kita mahukan jawapan yang terbaik, tetapi tak dapat juga, kita akan hilang motivasi.

Jadi, buat sahaja mana-mana soalan yang mampu. Soalan yang tak dapat dijawab, tanyalah kawan-kawan, atau pensyarah!

Oh ya, soalan past year juga boleh dijadikan soalan latih tubi. Boleh dapatkan di portal universiti. Macam aku, aku selalu buka portal USM sebab di situ ada koleksi soalan, dan ada skema jawapan oleh pensyarah itu sendiri. Bila kita selalu buat soalan past year atau mana-mana soalan latih tubi, kita dapat melihat sendiri, soalan-soalannya berulang sahaja. Daripada situ, kita dapat melihat sendiri corak soalan yang mungkin akan keluar ketika exam nanti.

Dan, daripada latihan tutorial atau latih tubi yang kita buatlah, kita dapat melihat kesalahan yang telah kita buat. Daripada kesalahan yang dilakukan, kita dapat mengelakkan kesilapan yang sama berulang semasa exam. In sha Allah.

(b) Review sebelum kuliah 

Tip ini juga adalah antara yang terpenting sekiranya benar kita mahu menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang.

Kebiasannya, kita lebih cenderung untuk tunggu waktu kuliah, barulah kita terima apa yang pensyarah ajar.

Sebenarnya, konsep ini perlu diubah.

Analoginya, seolah-olah kita nak pergi menunaikan umrah, tetapi tidak memiliki ilmu untuk menjalankan sai, tawaf dan memakai ihram. Eh.

Apa kita, mulai saat ini, sebelum kita masuk ke kelas, kita baca dahulu topik yang akan diajar oleh pensyarah. Barulah kita tak rasa awkward. Barulah tak ada feeling macam ‘Like seriously aku rasa macam berada di planet Marikh.’

Itulah apa yang berlaku kepada diri aku apabila tak buat persediaan sebelum memasuki dewan kuliah.

Lecture notes selalu telah disediakan oleh pensyarah sebelum kelas bermula. So, why not kita baca dahulu topik-topik yang akan diajar? Atau, cuba buka buku rujukan dan fahami topik yang sedang berlaku. Boleh juga buka Youtube dan cari topik yang berkaitan. Kebiasannya aku lebih suka buka video sebab paparannya menarik dan memudahkan pemahaman.

Jadi, bila kita dah masuk dewan kuliah, tak adalah kita rasa tercengang-cengang.

Sebagai contoh, esok pensyarah kita akan mengajar bab Alkena. So, sebelum kita baca tiga kul untuk tidur, selak dahulu lecture note mengenai alkena. Buka learning outcomes (yang ini pun sangat membantu apabila kita tahu topik-topik yang akan disampaikan). Misal kata, untuk alkena, kita perlu tahu mengenai,

1. IUPAC
2. Synthesis
3. Reaction

Bila dah tahu, cuba listkan apa yang patut dalam satu kertas. Senaraikan apa contoh-contoh alkena, apa kaedah-kaedah untuk sintesis sesuatu alkena, bagaimana alkena boleh menjalani tindak balas yang pelbagai. Lihat corak tindak balas. Tulis dahulu, walaupun kita tak faham.

At least, kita dah tahu idea topik pembelajaran Alkena yang akan dibincangkan esok.

(c) Terus review selepas kuliah

Yang ini pun penting juga, tapi aku selalu tak buat. Haha. Harapnya lepas ni diberi kekuatan untuk istiqamah.

Ini kira macam kita imbas kembali apa yang telah kita pelajari semasa di kelas. Kan masa pensyarah mengajar, kita highlight point yang penting, kita catat apa-apa nota yang patut. Then, apa gunanya kita catat semua ni kalau kita tak baca semula kan? Sebab selalunya, peratus untuk kita baca balik apa yang dicatat, adalah rendah. Seriously.

Dan kenapa pentingnya kita kena buat review cepat-cepat setelah kuliah?

Sebab otak kita, jangka memorinya agak pendek jika kita tidak ‘mengetuk’ balik otak kita. Ibarat pisau yang kita dah asah, bila kita biarkan, lama-lama ia akan menjadi tumpul. That’s why kita kena terus membuat review topik yang telah dipelajari, seboleh-bolehnya dalam masa 24 jam.

Alah, bukan susah pun. Balik saja dari kelas, sambil tunggu bas Nadi Putra, bukalah nota atau lecture note tadi, kemudian teliti-baca-fahami semula apa yang telah dipelajari. At least, kita tahu dan ingat semula apa yang telah kita pelajari. 

Berbanding kita main COC atau whatsapp mesej yang tak pernah nak habis, baik kita buat review terus. 

Memang, mula-mula rasa macam malas-malasan gitu, kalau ada kawan di sebelah rasa macam nak terus borak-borak kosong je.

Tapi, bukankah lebih baik kita membuat perkara yang bermanfaat instead of cakap-cakap kosong dengan kawan-kawan sambil ketawa mengilai tak ingat dunia. Err.


(d) Study group itu awesome

Well, kita hidup di universiti tak bolehlah terlalu individualistik. Nak belajar apatah lagi.

Tak ada maknanya kalau kita belajar seorang-orang dan merasakan diri itu hebat. Lebih baik kita kongsi ilmu yang telah kita ketahui dengan kawan-kawan kita.

Jangan lupa, study group tak bererti kita boleh ambil ringan soal ikhtilat (baca: percampuran antara lelaki dan perempuan)
(Gambar hiasan, err, sebenarnya yang ini gambar persatuan aku tengah meeting.)

Inilah yang dinamakan study group.

Percaya atau tidak, dengan study group, kita dapat memudahkan urusan semua orang untuk mengulang kaji pelajaran. Study group selalunya terdiri dari 4 hingga 5 orang ahli. Jangan banyak sangat, kalau terlebih, pecahkan kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi.

Korang mesti sangka bahawa study group ni macam, kita janji untuk berjumpa dengan semua orang, duduk dalam library, kemudian buat kerja masing-masing, sama ada baca buku, catat nota atau highlight point.

Itu salah.

Study group bukan seperti itu. Bukan kita berjumpa, duduk, kemudian buat kerja masing-masing.

Seperti yang telah aku mention sebelum ini, tujuan study group ini dibuat adalah untuk memudahkan kita mengulangkaji pelajaran.


Sebagai contoh, kita nak study mengenai subjek Kimia. Kita nak study ni sebab tak cukup masa, sebab exam dah nak dekat. Dalam subjek Kimia tu yang akan masuk exam ialah periodic trends, stochiometry, atoms and molecules, nomenclature, acid-bace, quantum theory dan quantum numbers.
Jadi, kita bahagikan setiap topik ini kepada setiap orang. Satu orang satu topik atau dua topik. Semasa hadir study group, setiap orang perlu mempersembahkan topik tersebut kepada semua ahli.

Apabila berlaku percanggahan atau soalan yang tidak dapat dijawab, maka di sinilah setiap orang perlu memberikan pandangan. Berikan komen atau penambahbaikan terhadap topik yang telah dia sampaikan.

Bila dia mengajar, orang lain pun dengar, catat dan faham. Simulaneously, ilmu rakan kita yang mengajar tu pun akan meningkat. 2 in 1. Sama-sama dapat manfaat. In sha Allah.

That’s why study group ini sangat efektif dan efisien. Cuba praktikkan tip ini kerana ia sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada kecemerlangan seseorang, di samping dapat membina soft skills untuk bercakap dengan penuh keyakinan.

Alhamdulillah.

Kesimpulannya, dapatlah aku rumuskan bahawa untuk menuntut ilmu di menara gading, ada banyak tip yang boleh kita praktikkan dan usahakan. Cuma akhirnya, bergantung kepada diri kita juga, sama ada mahu mencuba, atau tidak. Yang penting, dalam apa juga perkara yang kita mahu lakukan, tetapkan dahulu nawaitu kita.

Niat kita untuk belajar adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, kerana menuntut ilmu itu adalah satu ibadah. Jadi, bagaimana kita dapat menuntut ilmu dengan efektif? Ada banyak cara yang boleh digunapakai, dan salah satunya mungkin ada pada entri yang aku karang ini.

So, ambillah yang baik-baik sahaja dari entri ini. Yang buruk, tinggalkan sahaja di sini.

Semoga menjadi panduan dan manfaat kepada semua, khususnya mahasiswa dan mahasiswi, serta bakal-bakal prasiswazah.

Semoga kejayaan menjadi milik kita. In sha Allah!


:) 

9 comments:

  1. wah!!tips yg betul2 ohsemmm..thanks yaa

    ReplyDelete
  2. mesti student rajenn dulu ni kann. :)

    ReplyDelete
  3. mashaAllah sheikh.. terima kasih untuk tips2 ni.. minta izin share link ini ye, boleh? rasanya sesuai untuk bakal2 mahasisw yg baru nak masuk ni..

    ReplyDelete
  4. Kalau lah baca motovasi ni lebih awal mesti sekarang dah dekan! Haha

    ReplyDelete
  5. rindu zaman belajar uni;)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. In sha Allah, mohon doakan agar diri ini diberi idea dan ilham untuk menulis in sha Allah.

      Delete
  7. i got follow your blog for those tips yg superb awesome rakan sekuliah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga bermanfaat in sha Allah. ;)

      Delete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)