Friday, April 17, 2015

Semester Satu Aku di UKM

Bismillah.

(entri ini sudah lama berhabuk, lupa untuk diterbitkan. Ops!)

Alhamdulillah, Allah masih memberi lagi kesempatan buat diri ini untuk bersua dengan para pembaca yang dikasihi Tuhan.

Oh ya, maaflah sebab tak update blog sejak bulan 10 yang lalu. Dan seperti biasa alasan klise yang sudah boleh diagak ialah aku sibuk dengan pelajaran, padahal ada je masa free sebab aku tak aktif sangat pun join persatuan bagai. Hoho.

Selamat tahun baru buat semua. Adakah diri ini terlambat? Ops, maaplah. Semoga tahun 2015 ini akan memberi sinaran harapan yang baru buat kita semua. Dan sudah semestinya impian utama kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah subhanahu wata'ala.

Untuk entri kali ini, aku akan rumuskan kembali perjalanan hidup aku sebagai seorang mahasiswa UKM dalam bidang Kimia. Baru habis semester 1 dalam tahun 1. Pada tempoh itulah aku cuba untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri sebagai seorang mahasiswa. Bukan mudah pada mulanya merangkak sebagai orang baru, tambahan pula pada usia yang begitu muda ini terpaksa berhadapan dengan kepelbagaian manusia yang variasi karakternya di kampus UKM Bangi, Selangor ini. 

Perjalananan seorang penuntut ilmu. Gambar diambil di awal pagi di tepi kolej aku.
Bahkan isu-isu yang menyerlahkan sisi hedonisme seperti Perang Dectar (yang mungkin aku akan ulas pada entri akan datang, kot?), konsert yang melibatkan percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, program-program yang kurang syariah-compliant dan sebagainya turut bermaharajalela di bumi UKM yang aku sangka penuh dengan biah soleh. 

Tetapi alhamdulillah, majlis-majlis ilmu masih segar menghiasi kampus UKM. Ada sahaja majlis-majlis kuliah agama yang dianjurkan oleh Pusat Islam UKM cuma mungkin kurang mendapat publisiti dek tertelan dengan konsert tari-menari (eh?), juga kewujudan persatuan-persatuan yang mendekatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta. 

ISIUKM antaranya adalah organisasi yang memperjuangkan hak dan martabat Islam di UKM. Setiap hari Selasa, ada sahaja program ilmu yang dinamakan Ummah Talk dan kemasukan adalah semestinya percuma. 

Poster ini, aku yang hasilkan dengan bantuan Encik Google.






Bersama dengan abang popular UKM, abang Izzul Islam. Hmm, adik-beradik Izzue Islam eh?


Sebenarnya ada banyak lagi persatuan seperti PERKIM, PEMBINA dan lain-lain tapi aku sendiri kurang mengambil tahu dek terperuk lamanya aku dalam bilik menyiapkan laporan amali Kimia yang adakalanya berhelai-helai halamannya sehingga jari-jemari aku rasa nak terputus dan memerlukan rawatan fisioterapi. Huhu.

Baiklah, tamat bahagian pengenalan mengenai suasana am di UKM. Kini aku nak beralih kepada kehidupan semester pertama aku yang penuh dengan detik-detik manis dan juga pahit.

Sebagai seorang mahasiswa dalam pengkhususan Kimia, kehidupan aku seperti sama sahaja ketika aku berada di matrikulasi. Pagi pergi kelas, habis kelas balik kolej. Umpama robot hidup, yang tak ada perasaan. Cuma mungkin suasana sebagai seorang mahasiswa UKM itu amatlah berbeza berbanding ketika di matrikulasi dahulu.




Pengangkutan

Oleh sebab kelas paling awal aku adalah pada pukul 8 pagi, maka aku biasanya akan bersiap lebih kurang pada pukul 7.30 pagi. Untuk ke kelas, aku menaiki bas Nadi Putra UKM sahaja memandangkan aku tiada kereta, motosikal, basikal waima kapal angkasa sekalipun. 

Keawkwardan ketika dalam bas. Err.
Aku suka moment menaiki bas ini. Bas di universiti besar-besar, seperti bas ekspres. Cara pemanduan abang bas itu juga adakalanya berbahaya sehingga aku rasa nak teriak dan beritahu kat abang driver tu 'berhenti!' tatkala bas betul-betul menghampiri belakang motosikal atau kereta kecil seperti Kancil. Lihat, begitu supernervousnya tahap kerisauan aku. Padahal abang bas driver relaks aje memandu dengan penuh keselambaan. Huhu. 

Dan biasanya untuk kembali semula ke kolej aku iaitu Kolej Rahim Kajai yang terchenta, aku hanya perlu berjalan kaki memandangkan aku malas nak tunggu bas datang kerana adakalanya bas itu terlalu lambat. Alah, dekat aje pun kolej aku ke fakulti. Tapi boleh dikatakan selalu jugalah aku tunggu bas untuk balik ke kolej memandangkan aku tak naik yuran bas aku disia-siakan begitu sahaja. 

Memandangkan yuran kesihatan aku, aku tak manfaatkan pun sepenuhnya dek kerana takut doktor nak cucuk aku kalau aku buat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UKM, adalah membazir dan rugi jika aku tidak menaiki bas Nadi Putra yang sejuk penghawa dinginnya sehingga mencucuk tulang sum-sum.

Oh ya, aku cadang nak beli basikal mulai semester dua ini. Dah nak tercabut juga kalau jalan kaki ke kelas, lebih-lebih lagi kalau nak makan di Kiosk atau nak ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Jadi, dengan adanya basikal nanti, harapnya keberangkalian kaki aku lumpuh selama-lamanya dapat diminimakan. Miahahahaha. 

Nak naik motosikal, aku mana ada lesen motor. Selalu, ada sahaja kawan aku yang tumpangkan aku naik motor, meskipun aku berkali-kali menolak (padahal sebenarnya aku memang tak mahu menolak pun!) sebab mereka semua terlalu baik hati.




Gaya Pembelajaran

Dalam kuliah.
Mengenai cara pembelajaran di UKM ini, aku pada mulanya agak culture shock jugalah memandangkan yang mengajar kami itu adalah golongan professional yang sudah menerbitkan banyak kajian tesis dan journal. Cuma aku belum membiasakan diri lagi untuk bertanyakan soalan kepada para pensyarah. Ada tu ada, tapi mungkin boleh dikira dengan jari sahaja. Mungkin kerana aku masih malu. Setiap pensyarah mempunyai personaliti dan gaya mengajar yang berbeza.

Selain pensyarah berpangkat PhD yang mengajar kami dalam sesi kuliah, kami juga turut diajar oleh tutor atau dikenali sebagai tenaga pengajar yang berkelulusan Master dalam subjek-subjek yang memerlukan latih tubi sebagai contoh Teknik Matematik. Yang tak bestnya, bilangan jam kelas tutorial cumalah satu jam satu minggu, dan itu mungkin tak cukup untuk sesetengah pelajar yang mempunyai masalah lambat untuk catch up solusi untuk menjawab soalan, lebih-lebih lagi Matematik. Oh!
Buku-buku yang menjadi teman hidupku.

(update: Kami budak-budak Kimia dah tak wajib untuk ambil subjek Teknik Matematik 2. Yay!)


Kekolejan

Aku ditempatkan di Kolej Rahim Kajai, kolej paling banyak kemudahan sukan yang mana belakang adalah padang, sebelah pun padang, bahkan depan kolej kami (secara spesifiknya depan bilik aku), ialah stadium UKM yang tersergam indah. Malah dekat dengan Danau Gold Club yang ada swimming pool tapi entah sampai sekarang kolam renang ada masalah. Nak juga merasa berenang di situ bila dah habis kena baiki (sempatkah?), tapi kena beli baju renang yang mesra muslim kot.

Di kolej, aku pegang portfolio sebagai setiausaha blok A, iaitu blok aku sendiri. Antara sebab kenapa aku dipilih jadi setiausaha adalah sebab semasa meeting blok buat pertama kali, aku je satu-satunya penghuni yang membawa buku nota dan pen. Lols. Sebab lain kenapa aku jadi setiausaha juga adalah sebab aku perlu mengumpul markah merit agar dapat tinggal di kolej ini sehinggalah habis pengajian. 

Buat pengetahuan you all atau adik-adik yang nak lanjutkan pengajian ke universiti, memang macam beginilah hakikat hidup di sini. Kebiasannya, pelajar tahun 2 akan diminta untuk menginap di luar untuk memberi laluan kepada adik-adik semua yang akan menjadi pelajar tahun satu menginap di kolej. Tapi, berbeza dan uniknya di UKM, oleh sebab kolej-kolej penginapan di UKM ada banyak, maka peratus pelajar tinggal di luar UKM adalah sedikit, dan untuk stay kolej, in sha Allah senang sahaja. Janji, kena join program atau wakil kolej untuk acara sukan ke, seni ke, demi mendapat markah merit. Aku sendiri ada juga join Pesta Pantun, tapi tak menang. Wahahaha. Buat malu aje. Ok.

Boleh dikatakan kolej aku ni agak serba lengkap jugalah, siap ada CCTV. Mesin basuh pun ada, tapi setiap blok cuma dibekalkan satu mesin basuhlah. Aku sendiri sejak masuk universiti, dah malas nak cuci pakai tangan. Bilik air setakat yang aku jumpa ni, hmmm, biasalah kan, dah namanya pun kolej penginapan yang digunakan berkali-kali oleh para penghuni yang lain, maka tak perlulah aku imaginasikan kepada you all keadaan bilik air atau anda sendiri perlu mencari plastik sesegera yang mungkin demi mengelakkan laptop anda dibasahi dengan algae hijau. Eh. 

Tapi asal akak-akak cleaner cuci bilik air, wanginya semerbak Ya Allah! Walaupun dalam bilik mandi tak ada penggantung tuala, penjepit tingkap pun jadilah untuk disangkut dengan baju. Alhamdulillah. Semua lengkap.

Tentang bilik aku pula, oh ya, kami di UKM, pelajar tahun pertama akan duduk dua orang sebilik, maknanya roommate aku cumalah satu. Nama roommate aku Burhanuddin Helmy, tua setahun, dan ambil Ijazah Sarjana Muda Persuratan Melayu. Kami selalu bergaduh mengenai perkara yang remeh-temeh, sampai aku pernah mogok tak nak bagi dia masuk bilik, hahahahaha, tapi lama-lama baik semula, bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. 

Almari bilik kami besar, meja pun okey. Katil pula, hmmm sudah usang, kayu ada yang dah nak tercabut. Kesian. Tapi lantai kami marmar. Yup.

Mengenai kafe pula, sebelum aku masuk UKM, diorang selalu cakap makanan di Kolej Rahim Kajai ni murah gegila. Tak tahu betul atau tidak apa yang mereka cakap, sedangkan aku rasa berbaloi lagi makan di kiosk. Tapi kira okeylah makan di Kajai walaupun lauk sama memanjang dan harga kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah, hmmm pelik juga. 

Sampai ada student complain. Dibawa sampai ke Timbalan Naib Canselor. Tapi masalah still juga ada. Tak apalah. Dugaan menjadi pelajar kolej. Kalau pagi ke petang, yang dijual ialah nasi dan aneka jenis lauk, tetapi malam budak Kajai boleh memesan makanan dari chef. Gituu. Dan menu yang selalu aku makan ialah Nasi Goreng Pattaya, Nasi Goreng Ayam Kunyit dan Nasi Goreng Ayam Paprik. Harga pula RM4. Murahkah? Okeylah, bersyukur seadanya.

(update: Harga makanan dah naik 50 sen. Er.)


Kawan-kawan?

Sebut fasal kawan, aku dah tak nak membataskan ruang lingkup definisi kawan itu kepada best friends forever. Bagi aku, belajar di UKM ini membawa aku untuk mengenali pelbagai ragam manusia. Bermula dari roommate aku sendiri, jiran-jiran bilik aku, kawan-kawan kolej aku, kawan-kawan Sabah aku, coursemate aku yang gila tak habis-habis, rakan-rakan persatuan yang ikut, dan tak dilupakan kumpulan usrah aku yang awesome.

Sepanjang aku menuntut ilmu di bumi UKM, aku dapat saksikan sendiri jenis kawan yang ikhlas dan tak ikhlas (memandai aje aku judge orang wahahaha).
Usrah itu indah, pengerat ukhuwah dan kasih sayang.

Entahlah, firasat aku barangkali. Tapi itulah manusia, mana ada yang sempurna, kan? Aku sendiri kadang rasa muak nak berkawan dengan orang yang jenis suka mengambil kesempatan semata-mata tetapi apabila aku nak minta bantuan, yang kudengar hanya krikk krikk. Sadis. 

Hakikatnya begitulah. 

Atau, jenis yang anggap aku ni macam sampah. T_T 

Ada juga macam begitu, aku tak perasan, tapi aku dapat rasa dari body language.

Aku redha berkawan dengan semua orang, asalkan mereka membawa kita ke arah kebaikan. Yang membawa kita ke arah buruk, aku sedaya upaya untuk jauhi. Yalah, hidup di universiti ini, tiada siapa yang mengawal kita. Mana ada pensyarah lagi terhegeh-hegeh nak pantau kita. 

Mana ada! 

Semua sibuk dengan urusan masing-masing. Kau punya hidup, kau urus sendiri. Beginilah universiti. Tak macam sekolah yang ada cikgu boleh pantau, tak macam matrikulasi yang mana pensyarahnya sentiasa mahu kita ke depan. Di sini, pensyarah tak ada masa nak ikut kau ke mana kau pergi. Mereka sendiri ada urusan yang lagi penting, selain keluarga, nak nak yang dah kahwin. Memang pening, dan ribut!

Walaubagaimanapun, masih ada lagi insan-insan yang sudi, yang aku kira layak diberi penghargaan atas komitmen mereka meskipun sedikit cuma, namun itu sudah cukup untuk menggembirakan hati ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mempercayai diri ini, rakan-rakan yang sudi menyertai halaqah study kerana aku tahu orang yang kedekut ilmu itu tak akan ke mana punya. Err.

Penutup

Sesungguhnya ada banyak lagi yang aku nak cerita. Aku belum cerita lagi mengenai Kiosk yang balik-balik aku asyik mention dari tadi jika awak perasan. Juga mengenai PTSL yang menyimpan khazanah ilmu yang patut ditelusuri oleh para mahasiswa yang mempunyai amanah membawa perubahan kepada ummah. 

Mengenai apa lagi ya aku nak ulas? Banyaklah. Persatuan aku, isu politik (eh), isu tari-menari, majlis ilmu dan lain-lain kalau sempat in sha Allah. Dan juga mengenai subjek-subjek Kimia yang aku belajar serta subjek-subjek citra yang, kalau aku explain sekarang secara padat, ringkas dan tangkasnya pun awak tak akan faham malah cuma meningkatkan frekuensi kepeningan kepala sehingga membawa kepada migrain! Oh!

(update: Aku dah post fasal Kimia. Sila check balik entri-entri aku sebelum ni. Jangan jadi malas okey.)

Sekali lagi aku nak mohon jasa kalian para pembaca, agar mendoakan kejayaan aku dalam peperiksaan. Semoga aku mendapat grade yang cemerlang. Sekiranya aku dapat kurang dari pointer 3.00, aku akan denda diri aku makan Secret Recipe. 

(update: Alhamdulillah. Aku berjaya dapat 3.44. Aku memang jenis yang suka tayang result. Bukan nak minta perhatian, tapi aku mahu memberi semangat kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik, juga buat adik-adik yang bakal melanjutkan pelajar ke universiti, bahawasanya mereka boleh berusaha lebih lagi untuk mendapat yang lebih baik dari diri ini. :) )



Assalamualaikum.

27 comments:

  1. Nak tanya betul ke ukm selalu x ada air. Kalau selalu ada problem terpaksalah saya masuk u lain...huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum brother farid majid. Sekarang kat tahun 2 semester 2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bro. Yup, in sha Allah hujung bulan Februari ni balik semula ke kampus UKM Bangi. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Yuran kolej di UKM tak semua sama harganya. Paling murah dalam 400 gitu per sem, paling mahal dalam 600 gitu per sem. Itu kalau bilik double. Kalau bilik single saya tak sure pula. Hihi.

      Delete
    2. Bilik kat UKM mmg semua double and single je ke? Camne nak apply yg single?

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Wah. Berbeza dgn uia yg byk program islamik huhu

    Btw nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. UKM pun banyak juga program Islamik in sha Allah.

      Delete
  6. em betul ke dekat ukm ni belajar dalam bm? sy dpt interview dalam kos sains kimia tapi entah la, haha macam tak boleh go je kalau belajar bm u n u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, tapi taklah semua subjek Kimia, ada certain yang diajar dalam BI dan BM. Depends kepada pensyarah yang mengajar juga. Semoga membantu.

      Delete
  7. abang majid apa sebab kita memilih kos persuratan melayu nieeee yeee apa sebab yeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari maklumat mengenai persuratan Melayu dan lakukan penyelidikan sendiri.

      Delete
  8. Salam,nak tanya,masa da accepted utk smbung stdy,kan kena accept offer and upload medical checkup pye documents..and lpas tu,cmne nk apply kolej,mksd saya,mmg new students dpt kolej or kne apply dlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Kolej sudah disediakan selalunya. Tunggu result tengah hari ini, in sha Allah.

      Delete
  9. assalam. nak tanya, kalau kos pengajian islam belajar dlm bm ke ? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya tak pasti tapi mostly dalam BM, mungkin ada certain subjek dalam bahasa Arab.

      Delete
  10. Replies
    1. Ada rezeki bolehlah sambung ke peringkat selanjutnya in sha Allah.

      Delete
  11. Ukm belajar fully bm ke kalau utk kos nutrition ?

    ReplyDelete
  12. Ukm belajar fully bm ke kalau utk kos nutrition ?

    ReplyDelete
  13. Assalam.. abg farid..information yg ok utk gambaran kat ukm mcm mana.library ukm ok x dari segi pinjaman buku,surrounding,pembantu library, dll.. ?? Huhu..insya Allah kalau rezeki saya ada dapatlah saya sambung sarjana muda kat ukm bulan 9 nanti.amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Gambaran UKM hmmm kena datang sana bulan-bulan baru dapat figure out. Library ok je, selesa. Ada dua library di kampus Bangi, satu yang main punya, satu lagi jauh sikit kena naik bas. Pembantu library ada je sedia membantu. Kalau diorang tak membantu, gertak je. In sha Allah.

      Delete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)