Saturday, February 28, 2015

Organic Chemistry Sangatlah Comel!

Bismillah.

Alhamdulillah, dah masuk semester dua sebagai seorang pelajar prasiswazah di UKM yang terchenta. Semester baru harus diiringi dengan semangat yang baru, of course! Momentum untuk belajar memang sedang berkobar-kobar sekarang, lebih-lebih lagi apabila melihat keputusan semester 1 yang boleh dikatakan agak baik tetapi memaksa diri ini untuk berusaha dengan lebih lagi. Oh yeah!

Sebagai seorang pelajar Kimia, Kimia Organik merupakan salah satu dari cabang ilmu Kimia yang perlu dipelajari selain menjadi subjek wajib untuk pelajar doktor, biokimia, biokesihatan dan yang seangkatan dengannya. 



Rata-rata memang mengatakan bahawa subjek ini agak killer gitu kerana aku sendiri pun tak tahu apa yang susahnya wahahahaha. Masa belajar Organik di Matrikulasi rasa okey jak, mungkin apa yang kami belajar ketika itu cumalah basic gitu. Tapi bila dah masuk ke peringkat universiti ni, memang subjek ini akan dipelajari secara mendalam. Untuk semester ini, kami akan mula belajar Kimia Organik 1, kemudian disusuli oleh semester-semester berikutnya dengan Kimia Organik 2, Kimia Organik 3, Bio Organik bla bla bla dan yang berkaitan dengan organik ini.

Setelah bertanya dengan kawan-kawan dan senior-senior Kimia serta kajian di internet, berikut merupakan fakta yang mungkin amat berguna kepada sesiapa yang akan ambil subjek Kimia Organik 1.

1. Kimia Organik bukan belajar fasal kemanisan epal organik atau durian crepe organik, tetapi mengenai ilmu penstrukturan molekul organik yang berasaskan karbon dan hidrogen.
2. Stereokimia ialah disiplin yang perlu difahami betul-betul sebelum melanjutkan pembelajaran mengenai kumpulan berfungsi, mekanisme dan tindak balas organik.
3. Kimia Organik memerlukan kecekapan dari segi penghafalan (terma-terma penting, nama tindak balas, hukum pengagihan keutamaan atom) dan kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif (sintesis bahan organik).
4. Imaginasi yang tinggi adalah penting, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Stereokimia, kerana anda perlu membayangkan sebatian organik menggunakan pandangan 3 Dimensi anda.
5. Melukis merupakan kemahiran yang sangat penting.
6. Analogi boleh diaplikasikan untuk memberi kefahaman yang memberi ingatan jangka panjang (Markovkinov, Anti-Markovnikov, Newman Projection diimaginasikan sebagai kucing comel)
7. Minat perlu disemai sebelum mahu menguasai Kimia Organik dengan cemerlang.
8. Tutorial itu comel.
9. A itu tidak mustahil.

(Dan jangan risau, Kimia Organik akan diajar menggunakan bahasa Inggeris. Saya saja guna BM, ingatkan UKM ajar semua subjek Sains dalam Bahasa Malaysia. Sebab pilih UKM pun sebab nak belajar semua dalam Bahasa Malaysia.)

Haruskah aku mengatakan Kimia Organik ini susah? 

Aku teringat dengan kata-kata seorang sahabatku. 

'Apabila kita sudah set bahawa subjek itu senang, sudah pasti mudah untuk kita pelajarinya. Kalau susah, payahlah kita nak belajar!'

Benar, ternyata, mentaliti sebelum memasuk kelas Kimia Organik ini juga turut mempengaruhi semangat seseorang itu untuk belajar.

Bagi aku, aku memang memasang impian untuk skor subjek ini sebaik mungkin. Aku mahu menjadi pelajar yang agak rare, di mana tatkala semua mengatakan subjek ini susah payah gila nak mampus, aku pula berpandangan sebaliknya.

Buku rujukan Kimia Organik, harga RM 108 guna BB1M. Memang sayang buku ni ketat-ketat. Kalah Campbell Biologi muahahahaha. <3


Tapi untuk mencapai target ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mulai semester ini, aku memang memasang niat untuk menukar cara pembelajaran dan memaksimakan segala teknik pembelajaran yang ada. And yes! Kimia Organik ini bukan macam subjek Biologi yang kerjanya menghafal, atau subjek Matematik yang penuh dengan jalan mengira. Kimia Organik merangkumi semua! Ya!

Kami bukan setakat kena membaca, bahkan perlu mengira, perlu melukis, perlu mengimaginasi, perlu try and error, perlu kritis dan kreatif, perlu segala-galanya! Di sini, kecendurungan seseorang dalam kognitif yang diminati sudah tidak menjadi isu lagi, kerana segala neuron otak perlu digerakkan semaksima mungkin! Tidak ada istilah, 'okey, aku cenderung untuk membaca, jadi aku perlu fokus untuk menghafal reaction.' atau 'Aku lagi suka mengira haba yang diperlukan untuk menguraikan ikatan kimia berbanding menghafal mekanisme!'

Tidak, tidak, tidak!

Di sinilah unik dan istimewanya Kimia Organik. Subjek ini 'memaksa' pelajar untuk bertungkus-lumus belajar sehingga mencuba segala teknik pembelajaran yang efektif demi mendapat hasil yang diingini. Jadi, kepada sesiapa yang mahu kuasai teknik pembelajaran yang pragmatis, bolehlah mohon Dekan untuk ambil Kimia Organik. Wahahaha.

Salah satu topik yang perlu dipelajari : Enantiomers. :v


Jadi, diharapkan dengan apa yang aku lakarkan di sini akan turut memberikan aku motivasi, semangat dan inspirasi untuk mempelajari Kimia Organik, (walaupun sekarang baru belajar basic naming!). Tapi tak apa, bab-bab seterusnya akan kuharungi walau ribut taufan melanda sekalipun!

Oh ya, aku lupa nak paparkan result semester 1 aku. Maybe dalam next entri kot? Haha. Saja nak bagi semangat buat adik-adikku yang lagi hebat dari diri ini.

Sekian.

Assalamualaikum.

3 comments:

  1. bestkan kimia organic..tapi klo kita xphm hurmm....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah best, banyak main dengan lukis-lukis. Hihi.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete