Tuesday, September 16, 2014

Hari ke-16 di UKM, Bangi

Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke-16 aku berada di UKM, Bangi sejak 1 September yang lalu. Kebetulan hari ni Hari Malaysia. Jadi dalam kesempatan ni aku nak ucapkan jugalah, Selamat Hari Malaysia untuk semua. Semoga semangat patriotik kita terhadap Tanah Melayu ini akan terus menebal dan mekar sepanjang zaman. Uiseh.

Maaf sebab dah lama tak update blog. Aku tersangat busy sebelum ni dengan Minggu Menyeksa Mesra Mahasiswa (MMM) baru-baru ini. Banyak yang aku nak cerita dengan kamu semua. Tapi, tak tahu nak mula dari mana. Pengalaman manis itu ada, yang pahit pun, of course, ada! Tapi aku takkan cerita pengalaman pahit itu secara detail. Aku mahu lakarkan coretan yang indah-indah sahaja.

Sebelum tu aku nak beritahu yang aku dapat tawaran untuk belajar dalam Degree in Chemistry. Alhamdulillah. Aku dapat tawaran untuk menginap di Kolej Rahim Kajai. Kolej ni jauh sikit dari Fakulti Sains & Teknologi (FST) tapi kalau jalan kaki boleh je, tapi kena tahan staminalah. Jangan risaulah, ada juga bah bas UKM pusing-pusing boleh bawa aku ke FST. Aku sudah bayar juga bah tu yuran. Nah kau, sekali terkeluar terus Sabahku.

Selamat datang ke Rahim Kajai.


Minggu Mesra Mahasiswa atau Minggu Menyeksa Mahasiswa?

Biasalah, dah namanya orientasi, mesti akan ada satu masa kita dikerjakan oleh fasi-fasi. Oh lupa. Fasi di sini dikenali sebagai Pemudah Cara a.k.a. PC. Nak nampak lain gitu. Okey sambung. Minggu orientasi aku tak adalah teruk sangat sampai kena ragging. Abang-abang dan kakak-kakak PC Rahim Kajai 2014/2015 tak pernah pun suruh kami ketuk ketampi atau buat push up, tapi dengar-dengar kolej lain ada buat. Syukurlah, kami tak ada.

Cuma, yang buat penatnya, kami terpaksa mengikuti cheers yang pelbagai untuk memenangi Perang Dectar. Perang Dectar ni merupakan suatu tradisi yang mana semua kolej UKM akan berada dalam Dewan Canselori Tun Abdul Razak (DECTAR) dan mempertahankan cheers masing-masing. Siapa paling lambat keluar (yang dapat bertahan lama), dialah juara. For your information, kolej aku, Rahim Kajai dah 10 tahun berturut-turut memenangi Perang Dectar. Even though bilangan penghuni kami adalah antara yang paling sedikit, tetapi Rahim Kajai masih mengungguli Perang Dectar.

Suasana Perang Dectar.


Kami, legasi Rahim Kajai terpaksa menghafal cheers yang banyak seperti pasukan sorakan demi mempertahankan juara Perang Dectar. Maka, kami terpaksa mematuhi arahan PC. Jadual habis orientasi harian yang sepatutnya dijadualkan pada 10.30 malam tidak ditepati. Banyak masa yang dihabiskan dengan cheers sehingga tidur lewat 1 pagi. Kemudian hari keesokannya, kami terpaksa bangun pukul 3 lebih dan sambung semula cheers. Boleh dikatakan, setiap hari masa kami dipenuhi dengan latihan cheers, cheers dan cheers. Kalau tak puas hati, PC akan mengamuk dan memberi ceramah.

Aku sampai pernah rasa loya, muntah dan hidung berdarah disebabkan waktu tidur yang kurang.

Dan akhirnya, Perang Dectar untuk sesi ini dimenangi oleh Rahim Kajai. Okey. Sekian cerita fasal cheers.

Bilik Aku Dijajahi oleh Koloni Semut Api.

Yup. Ini antara pengalaman pahit aku di sini. Pakaian kotor aku dipenuhi dengan semut api. Pau kari ayam yang auntie aku belikan dua biji tadi pagi yang belum sempat aku jamah sudah pun dipenuhi dengan semut api. Lantai aku pun dipenuhi dengan semut api. Aku nak berjalan di atas lantai pun terpaksa terjengket-jengket, takut semut api serang aku. Tapi, buatlah macamana pun, semut api tu tetap gigit kakiku. T______T Akhirnya aku contact PC Asyraf (satu-satunya senior Kimia aku di Rahim Kajai) untuk selesaikan masalah bilik aku yang dah jadi sarang semut. Tapi dia cakap spray tak ada waktu tu. Aku pun, hmmm....tak apalah. Tidurlah macam biasa. Alhamdulillah, hari keesokannya lepas pulang dari orientasi, semut-semut tu dah lenyap! Lepas ni aku nak beli spray nyamuk banyak-banyak rasanya.

Menjadi AJK Jamuan untuk Dinner Kolej.

Ini antara pengalaman manis yang tak dapat aku lupakan. Aku suka sebenarnya kerja-kerja angkat lauk dan hidangkan lauk untuk orang. Aku ditugaskan untuk jaga makanan bahagian pelajar wanita. Aku tukang kauk lauk ayam memandangkan aku peminat ayam. Jadi bila semua pelajar wanita beratur tunggu giliran untuk aku kaukkan lauk ayam, akulah orang yang paling bersemangat buat kerja! Ops. Hahaha. Jaga ikhtilat okey. Antara dialog mereka sebelum aku kaukkan lauk ayam...

"Nak drumstick!"

"Nak ayam yang besar."

"Nak yang ni. Eh, yang ni! Eh, tak naklah! Nak yang tu!"

Mujurlah aku bukan jenis yang cerewet. Aku layan aje permintaan dorang. Aku, yang terlebih mesra memang suka kerja-kerja khidmat masyarakat cenggini. Muahahahahahaha.



Menjadi Tukang Warna Banner Rahim Kajai Untuk Perang Dectar.

Serius, aku tak ingat bila kali terakhir aku mengikuti kelas Seni Visual. Tetapi oleh sebab aku tak nak lama-lama didera untuk mempelajari cheers, aku angkat tangan apabila PC mahu 5 orang pelajar untuk menjadi tukang warna. Mula-mula aku rasa macam tak yakin. Tapi sebenarnya kerja aku senang je. Warnakan banner yang dah dilukis. Aku memang tak berapa reti nak melukis, tapi kalau bab mewarna ni in sha Allah boleh kot. Especially kalau nak mewarna dengan teliti dan kejituan yang tinggi gitu. Hehehe. Okey, terbangga diri pula. T____T



But overall aku suka hasil yang kami buat. Kerjasama yang padu antara kami itu penting.

Kawan-kawan baru yang pelbagai ragam.

Di UKM, aku telah mengenali ramai orang baru. Terlalu ramai. Dan setiap orang itu punya karakter yang berbeza dan variasi. Ada kawan yang jenis pembersih teramat. Pantang tengok pemandangan yang kotor pasti dikomplen. Ada kawan yang obses dengan binatang. Asal tengok kucing mesti mengiau. Asal tengok monyet, terus teruja lalu berkata, "Eeeee, ada monyetlah!" Ada juga yang jenis suka berkepit dengan telefon. 24 jam telefon di tangan. Nak lepak keluar bersama asyik whatsapp dengan telefon. Sampaikan kami duduk di meja pun, masing-masing berwhatsapp dengan hanya berkomunikasi melalui bunyi punat keyboard tanpa mengeluarkan suara dari kerongkong sendiri!


Bila telefon menguasai minda.



Kepelbagaian personaliti ini yang membuatkan hari-hari aku bertambah ceria. Tak adalah suram sepanjang hari, bukan? Aku juga belajar untuk tidak terus menghukum seseorang. Kerana aku tahu, setiap dari kita pasti ada kekurangan. Sebab itu kita kena luaskan empayar persahabatan agar kita dapat saling melengkapi sesama sendiri.

Alright. Rasanya dah berlambak aku pot pet.

Terima kasih kerana sudi membaca. Lepas ni mungkin nak cerita fasal Kimia pula.

Okey, bye. Assalamualaikum.

13 comments:

  1. dekat 3 minggu dah di UKM pasti banyak pengalaman baru. Selamat Hari Malaysia buat bro dan kawan-kawan semua

    ReplyDelete
  2. hai kajaian....i'm als0 bl0gger kajaian newbie.....jangan lupa singgah bl0g saya...

    ReplyDelete
  3. Tahniah dapat masuk ukm, selamat memulakan hari sebagai mahasiswa...pandai2lah cari kawan ye..

    ReplyDelete
  4. Tentang semut api itu bang, bilik kena bersih dan selalulah disapu, sebab kalau dah begitu banyak jumlahnya, tentu ada rumah semut di situ. Sebaiknya, jangan gunakan spray nyamuk sebab ia beracun, dan nanti abang akan hidu udara yang tidak menyihatkan. cuma jaga saja kebersihan bilik. benarkan udara dan cahaya masuk supaya bilik tidak terlalu terperap dan jadi tempat nyamuk atau serangga menyorok dan bermastautin di situ.
    Syukurlah sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kampus. Tidak ada manusia yang sempurna tapi kita perlu berusaha ke arah kesempurnaan itu. Setiap kekurangan dan kelebihan manusia itu adalah satu keunikan. Selamat belajar dan selalu-selalulah menyapu sawang di blog ini. Bila kami baca tulisan abang, terubatlah rindu kami sekeluarga di sini.
    Salam sayang dan rindu selalu.

    ReplyDelete
  5. biasalah tu kalau kat universiti.

    macam-macam koloni hang akan jumpa. haha

    ReplyDelete
  6. Suka lepak rahim kajai makan nasi lemak..

    Dulu ambo mnginap di KIY

    ReplyDelete
  7. wah photonya seru-seru ya bisa photo bersama teman-teman, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik

    ReplyDelete
  8. Ha'ah UKM. Tahniahlah juara. Kitorang keluar cepat dua saat je. haha. Brahim2, Kajai2. Brahim Kajai :)

    ReplyDelete
  9. assalam. dik, akak nak peperiksaan 1hb okt ni di Makmal Komputer 1 , Bgnn Kedekanan, Fak. Sains & Teknologi, UKM. Nak tanya, kalau akak turun di stesen komuter ukm, macam mana cara akak pegi ke Makmal FST tu? ada shuttle bas ke? berjalan kaki jauh ke dari pintu utama?. tq

    ReplyDelete
  10. assalam. dik, akak nak peperiksaan 1hb okt ni di Makmal Komputer 1 , Bgnn Kedekanan, Fak. Sains & Teknologi, UKM. Nak tanya, kalau akak turun di stesen komuter ukm, macam mana cara akak pegi ke Makmal FST tu? ada shuttle bas ke? berjalan kaki jauh ke dari pintu utama?. tq

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)