Saturday, August 16, 2014

iPhone 5s Gajet Impan Setiap Blogger

Bismillah.

Semalam aku buka blog Denai Hati. Lama tak kunjung, dekat seminggu dah. Mungkin sebab sekarang aku tengah sibuk nak urus segala persiapan untuk masuk ke IPTA pada bulan hadapan. Tapi, walau sesibuk Perdana Menteri sekalipun, aku gagahkan diri juga untuk menjenguk blog-blog rakan. Especially blogger yang menggunakan platform Wordpress. Entah kenapa, tapi aku suka dengan penampilan blog Wordpress sejak kebelakangan ni. Mungkin lepas ni aku nak tukar ke Wordpress juga kot. Okey dah, banyak sungguh aku melalut.

Sampai part mana tadi? Oh, sampai bahagian aku baca blog Denai Hati semalam. Aku ni kalau join contest-contest yang dianjurkan oleh para blogger kadang-kadang rasa berbelah bahagi, sebab kebanyakannya lebih suka guna cara random.org. Tapi kalau Denai Hati ni lain sikit. Aku suka contest yang dia anjurkan kerana memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada para peserta. Baru-baru ni aku ada menang komen terbanyak di blog Denai Hati. Alhamdulillah, rezeki dapat duit raya. Baru-baru ni, Tuan Denai Hati sekali lagi menganjurkan contest giveaway iPhone 5s. And I was, like seriously?!



Yup. Iphone 5s. Handphone idaman aku, tapi tak ada duit nak beli. Nangis.

Aku mahu menang iPhone 5s. Yup. Selain aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang hampir semuanya menggunakan iPhone, aku juga mahu mengalami pengalaman menggunakan smartphone bercirikan iOS. Bahkan, aku juga mahu memudahkan urusan hidupku dengan menggunakan iPhone 5s yang sememangnya dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang simple, mudah dan menyeronokkan!

Sebagai seorang pelajar yang juga merupakan blogger gitu, adalah menjadi satu kelengkapan dalam aktiviti penulisan blog dengan adanya iPhone 5s ni. Untuk menulis entri juga, sudah cukup bagus sekiranya ada iPhone 5s. Tangkap sahaja gambar dengan kamera iPhone 5s. Pasti jelas dan berkualiti tinggi dan mampu menarik perhatian pembaca ke dalam blognya. Mahu periksa emel dan komen? Guna sahaja iPhone 5s. Perlukan GPS kerana sesat mencari dewan kuliah? Iphone 5s bisa membantu!


Jadi, untuk memenangi iPhone 5s, aku perlu mengikuti cabaran yang telah ditetapkan oleh Tuan Denai Hati. Untuk melihat syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah singgah ke entri beliau di sini.

Oh ya, lupa. Penghargaan juga ditujukan khusus kepada semua penaja yang sudi menaja contest iPhone 5s ini. 


Hadiah utama sudah pasti telefon bimbit pintar iPhone 5s 16GB. Bukan seunit, tetapi 3 unit untuk dimiliki oleh sesiapa yang berusaha gigih! Bahkan duit juga akan dihadiahkan kepada yang mendapat saguhati! Ini memang berbaloi!

Baiklah. All the best! In sha Allah, aku boleh menang punya. Amin.

16 comments:

  1. Bukan saja blogger .. iphone 5S menjadi impian semua .. Good Luck! ;-)

    ReplyDelete
  2. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    ReplyDelete
  3. saya baru join kontes ni sebentar tadi..sama-sama kita menuju ke puncak kemenangan iPhone 5s idaman realiti iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  4. Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini yer bro :-)

    ReplyDelete
  5. semoga berjaya dalam kontest..ini

    ReplyDelete
  6. semoga sukses tuk dapatkan iphone 5s tu...memang gajet impian...

    ReplyDelete
  7. Gudluck! Salam perkenalan dari Germany... jemput join giveaway saye kalau ade kelapangan ye... :D

    HARRY POTTER GIVEAWAY BY JINDRISSKA

    ReplyDelete
  8. Good luck. Moga ada rezeki yerrr!. Amin :)

    ReplyDelete
  9. Moga ada rezeki dalam kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ye..:)

    ReplyDelete
  10. semoga berjaya dalam kontes cbrn iPhone 5s nii

    ReplyDelete
  11. Salam dan tahniah dapat duit raya tu. Ini peluang nak dapat iPhone 5 S pula. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  12. Salam bro....Jangan lepaskan peluang terhidang. Buat yang terbaik pasti berjaya.

    ReplyDelete
  13. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete