Sunday, August 10, 2014

Aku dan UPU

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah masuk bulan Ogos. Semua orang pun dah penat berhari raya selama seminggu. Perut dah ke depan sebab terlebih muatan. Ops. Duit raya mesti berlambak di tangan. Lupa pula nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog yang sangat aku hargai sampai mati. Minal Aidin Wal Faizin (walaupun aku tak berapa tahu terjemahannya).

Berbalik kepada topik sensasi kita hari ini. Mengenai hebahan keputusan kemasukan pelajar ke IPTA lepasan Matrikulasi, STPM, Asasi, Diploma dan yang sama waktu dengannya. Ramai dah bebudak lepasan Matrik dan Asasi especially yang mungkin tengah nervous gegila nak tunggu keputusan UPU. Dah puas cuti dah nak dekat 4 bulan, dah kena masuk IPT pula. Untung sungguh bebudak Matrik dan Asasi kan? Cepat je kaki melangkah masuk ke IPT compared to STPM dan Diploma di mana mereka masih lagi menstrugglekan diri dengan pengajian.

Ura-ura ada yang mengatakan tarikh keluar keputusan UPU ialah 3hb Ogos. Semua kata begitu. Akhirnya aku pun nak menggedik untuk check macam dorang. Punyalah aku excited nak check, adalah juga rasa berdebar. Tapi last-last aku check di laman UPU, dia kata masih tak boleh check. Hampa. Oh.

So finally, aku pun tak tahu bilalah sebenarnya tarikh keluar keputusan UPU, sampailah aku buka Laman Muka Buku (baca: Facebook) dan aku tengok post-post dari bebudak matrik batch aku di group KML 1995 dan aku dapati ramai yang mengatakan tarikh keputusan UPU diumumkan ialah 12hb Ogos 2014, jam 2 petang. Yup. Siap print screen lagi bukti dari beberapa laman web IPT seperti portal Universiti Malaysia Sabah. Entah betul atau tak, tapi rasanya betullah tu kan. Takkan UMS nak tipu pula. Cuma mungkin hebahan tarikh keluar keputusan UPU belum masuk berita lagi.

Oh ya, dan aku baru buka laman web rasmi UPU dan ini yang aku jumpa.

Tarikh keputusan UPU 


So. Kita tunggu ajelah tarikh tak berapa keramat tu tiba. Banyakkan berdoa dan tawakal.

Alang-alang cerita fasal UPU, meh sini aku share pilihan universiti yang aku pilih. Actually aku dah update banyak kali dah bidang-bidang dan IPT di UPU ni sampai rasa nak muntah atas beberapa faktor seperti minat, kebolehan, peluang kerjaya, kos pengajian, lokasi IPT, kos penginapan IPT, ketersampaian IPT, sokongan biasiswa, rancangan masa hadapan, restu keluarga dan sahabat serta tuntutan agama. Banyaknya faktor, dah boleh buat esei Pengajian Am walaupun aku tak pernah masuk Form 6 tapi teringin sangat nak masuk dan itu adalah cerita lama yang dah tak boleh diputar balik kerana ini semua perancangan Allah. Tarik nafas.




Memang berharap pun nak masuk UKM sebab guna bahasa Melayu yang mungkin boleh memudahkan aku untuk mendalami Kimia dengan mudah. Dengan alkana, alkuna, alkena, benzena, fenol, asid karboksilik, sebatian heterosiklik, gegelang benzena, diklorofenolindifenol, bla bla bla. Serius, belajar Kimia ni sangat seronok dan senang kerana otak kita akan sentiasa aktif berfikir untuk menyelesaikan masalah komposisi Kimia. Selain tu, dengar-dengar di UKM ni kalau nak outing best sebab ada Kereta Api Tanah Melayu a.k.a. KTM. Jadi bolehlah nak ke MidValley Mega Mall untuk beli benda-benda yang patut seperti Vico untuk memberi tenaga ketika sarapan pagi, minyak Ambi Pur (in case kalau bakal roommate aku ni perokok tegar yang memang tak boleh dirunding ketagihan merokoknya), wangian yang guna baby crystal tu entah tak tahu apa nama, sabun cuci baju Bio Zip, pelembut baju dengan wangian Downy warna biru punya sebab harum sangat, oh! Kejap, benda-benda ni semua boleh je beli di Koperasi, kenapa nak cari jauh-jauh? Saja. Boleh tapaukan sekali Domino Pizza ke (tak pernah makan lagi Domino Pizza, selalu dengar dari iklan radio Hitz.fm suatu ketika dahulu), beli album terbaru Maher Zain dengan Saif Adam dengan UNIC dengan Hafiz Hamidun ke. Dengan adanya KTM yang berdekatan juga in sha Allah aku pun nak join events bersama blogger. Yup. Aku nak aktifkan diri dengan semua blogger otai yang awesome gitu. Point ketiga, ada yang kata kolej penginapan di UKM ini adalah antara termurah dan terbanyak berbanding IPT-IPT lain. Entah. Harapnya khabar angin ini betul. Janganlah ada masalah bekalan air putus, nanti tak fasal-fasal masuk dewan kuliah dengan tahi mata yang melekit di mata. Ew. Masalah pencuri atau kehilangan barang tu harap-harap taklah berlaku. Alhamdulillah, sepanjang aku jadi budak matrik, tak pernah ada barang aku yang hilang kecuali stokin aku yang hilang sebelahnya. Tak apalah, itu kes terpencil. Lainlah kalau iPhone 6 hilang. Eh.

Ha, itu ajelah yang aku nak ceritakan. Ada masa aku cerita lagi fasal benda-benda UKM ni.

By the way, teruskan berdoa untuk Palestin. Teruskan usaha menggantikan Mekdi kepada Ayam Masak Kicap, Kokakola kepada air bandung dan Starbak kepada kopi hitam.

Okey.


Assalamualaikum.

6 comments:

  1. Semoga bro berjaya diterima dengan pilihan yang bro pilih.

    ReplyDelete
  2. thanks for information given. i also cant wait for tomorrow. anyway saya pon matrik student juge (matrik perak).nice entry. salam perkenalan !

    ReplyDelete
  3. saya lepasan SPM yang masih tunggu keputusan UPU. heee sebab tu singgah sini

    ReplyDelete
  4. saya lepasan SPM yang masih tunggu keputusan UPU. heee sebab tu singgah sini

    ReplyDelete