Sunday, August 17, 2014

Barang-barang Yang Nak Dibawa Ke UKM

Bismillah.

Pejam celik, tak lama lagi budak-budak lepasan Matrik/Asasi/Diploma/STPM akan mendaftar masuk ke IPTA masing-masing awal bulan September ni. Aku pun tak terkecuali. Medical check-up pun aku belum buat, in sha Allah akan dibuat pada minggu hadapan. Persiapan lain? Barang-barang? Aku belum buat. Hahaha. Rilek ah. Ada lebih kurang dalam tempoh 2 minggu lebih lagi masa yang berbaki untuk membuat segala persiapan. Tapi topik kali ini aku nak cerita fasal barang-barang keperluan yang perlu dibawa ke IPTA. Yap. Mungkin ada antara kita yang belum pernah merasa hidup di tempat orang, jauh dari keluarga. Kenalah belajar berdikari kan.



Alright. Anyway, sebenarnya senarai barang-barang keperluan ni aku perolehi direct dari Group FB UKM as you know yang aku bakal masuk UKM. Tapi untuk pelajar selain UKM juga boleh baca terus entri ni. Diskriminasi and assabiyah is a no-no ya. Peace.

  1. Kunci Mangga
Yang ini wajib ini. Beli awal-awal ya sebelum daftar masuk. Jangan jadi macam aku dulu, masa daftar matrik tak beli mangga. Sudahnya aku terpaksa stay dalam bilik while abahku keluar dari kolej pergi cari mangga kunci. Beli dua biji okey! Kunci mangga ini bukan untuk dimakan, tetapi untuk mengunci pintu almari korang. Juga boleh digunakan untuk mengunci beg bagasi. Ini semua demi keselamatan.Tapi jangan risaulah, setahu aku almari UKM besar gedabak punya. IPT lain aku tak tahu. So nanti masa sesi orientasi sila simpan baik-baik barang you all yang berharga dalam almari ya. Laptop, dompet, emas sekarung, sila simpan semuanya elok-elok dalam almari ya. Fokus dulu untuk MMP (Minggu Mesra Pelajar kalau di UKM). Tak adanya fasi nak suruh pelajar baru bawa laptop dan duit yang banyak ketika sesi orientasi. So, take note ya!

  1. Cadar & the geng
Well, pihak IPT tak sediakan cadar dan segala sarung untuk pelajar, jadi you all kena bawa sendiri ya. Bawa juga selimut ya. Yup, kita masuk IPT bukan untuk dimanja-manjakan. Jadi sila beli keperluan tidur ini dengan sebaiknya. Tapi kalau aku, aku tak nak guna cadar sebab aku lagi selesa tidur tanpa alas katil. Entah. Kaki aku tak berapa senang nak sentuh kain cadar. Kaki aku lagi suka pijak tekstil asal katil itu sendiri. Even masa matrik pun aku tak pasang cadar sebab aku tak berapa selesa. Kadang-kadang kalau aku tidur bilik kawan pun aku akan buka sedikit cadar tu sebab aku tak nak kaki aku atas cadar. Hahaha. Sila jangan tiru perangai aku ya. Aku memang begitu. Lols.

  1. Penyapu & the geng
Yang ini UKM tak bagi. Tapi jangan risaulah, masa first time masuk bilik kediaman, memang dah bersih bilik tu. Lepas ni kenalah usaha untuk dapatkan penyapu dan penyedok sampah tu. Kalau nak bawa vacuum cleaner rasanya boleh kot. Kalau dah malas sangat sapu, beli je penyedut hampagas mudah alih. Ada jual ke? Kalau ada aku nak beli juga. Nak yang murah-murah je. Heee. Oh, bakul sampah pun tak ada, so bawalah sekali tong kecil ya.

  1. Umbrella
Aku tak tahu kenapa senior perlu mention bawa payung ke UKM. Mungkin juga kegunaan umbrella ini sangat penting especially ketika pergi kuliah. Mungkin ketika berjalan, tiba-tiba hujan, so bolehlah guna umbrella untuk melindungi diri dari dibasahi percikan air hujan yang berasid kerana telah bercampur dengan asap sulfur dioksida gitu. Atau mungkin juga cuaca yang panas dan terik boleh membuatkan kita berpeluh-peluh dan wajah bertukar menjadi hitam selegam-legamnya. Jadi, ada baiknya juga bawa payung ini. Aku pun belum ada payung. Nanti nak beli jugalah. Kalau boleh nak beli yang mudah disimpan dalam beg. Takkanlah setiap kali nak ke kuliah terpaksa mengusung payung tu. Alahai. ._.
  1. Seterika
Yang ini pun kena bawa ya. Senior kata seterika tak disediakan. Kalau nak bawa papan seterika sekali pun boleh juga. Tapi biasa aku di matrik dulu aku guna kain pelikat aku buat pelapik untuk seterika baju.

  1. Wayar Extension


Bawa juga benda ni nanti tau. Nak cas iPhone, iPad, laptop, printer apa semua perlukan plug yang banyak. So dengan adanya extension wire ini pasti akan memudahkan you all. Tapi awas, jangan pula sumbat semua barang elektrik sekali. Takut jadi litar pintas pula. Aku tak tahu macamana penggunaan elektrik oleh IPT lain, mungkin IPT lain dikenakan meter elektrik? Untung dapat UKM.

  1. Water heater & the geng
Sangat berguna untuk membancuh segelas Vico di pagi yang redup dan indah. Ecewah. Boleh juga guna water heater untuk rebus telur. T_T Kalau nak rebus telur jangan pula masukkan telur terus ke dalam water heater. Baik masak dulu air kemudian masukkan air panas yang dah menggelegak tadi ke dalam mangkuk yang berisi telur itu tadi. Pastikan you all bawa sekali pinggang, mangkuk, cawan, sudu, garfu, pisau comel segala. Manalah tahu kalau bungkus makanan nak makan dalam bilik. Oh ya, aku juga syorkan korang bawa bekas makanan yang bertingkat tu. Ahahaha. Nanti bungkus makanan di kafe jangan guna bekas polystrene, guna je bekas korang. Buat apa nak malu? Dapat mengurakan pencemaran alam lagi.

  1. Al-Quran, Yassin, Al-Mathurat, Doa-doa pilihan dan zikrullah

Bawa juga ya. Nak ke mana-mana, merantau ke mana-mana, pastikan diri kita sentiasa dekat dengan Allah. Pastikan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pedoman utama kita. Jangan lupa baca sekali, dan fahami sekali tafsirnya. In sha Allah hati kita akan sentiasa tenang. Bukan hanya dibaca ketika terserempak dengan pontianak dan pocong. Hish hish hish. Semoga Allah memberi kita hidayah dan petunjuk untuk menghadapi segala dugaan, ujian dan cabaran dunia.

Okey. 

Kalau nak tanya apa-apa lagi mengenai barang-barang untuk masuk UKM bolehlah join group FB rasmi di JOM MASUK UKM 2014/2015. 

Semoga bermanfaat. ^_^


Saturday, August 16, 2014

iPhone 5s Gajet Impan Setiap Blogger

Bismillah.

Semalam aku buka blog Denai Hati. Lama tak kunjung, dekat seminggu dah. Mungkin sebab sekarang aku tengah sibuk nak urus segala persiapan untuk masuk ke IPTA pada bulan hadapan. Tapi, walau sesibuk Perdana Menteri sekalipun, aku gagahkan diri juga untuk menjenguk blog-blog rakan. Especially blogger yang menggunakan platform Wordpress. Entah kenapa, tapi aku suka dengan penampilan blog Wordpress sejak kebelakangan ni. Mungkin lepas ni aku nak tukar ke Wordpress juga kot. Okey dah, banyak sungguh aku melalut.

Sampai part mana tadi? Oh, sampai bahagian aku baca blog Denai Hati semalam. Aku ni kalau join contest-contest yang dianjurkan oleh para blogger kadang-kadang rasa berbelah bahagi, sebab kebanyakannya lebih suka guna cara random.org. Tapi kalau Denai Hati ni lain sikit. Aku suka contest yang dia anjurkan kerana memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi daripada para peserta. Baru-baru ni aku ada menang komen terbanyak di blog Denai Hati. Alhamdulillah, rezeki dapat duit raya. Baru-baru ni, Tuan Denai Hati sekali lagi menganjurkan contest giveaway iPhone 5s. And I was, like seriously?!



Yup. Iphone 5s. Handphone idaman aku, tapi tak ada duit nak beli. Nangis.

Aku mahu menang iPhone 5s. Yup. Selain aku cemburu dengan kawan-kawan aku yang hampir semuanya menggunakan iPhone, aku juga mahu mengalami pengalaman menggunakan smartphone bercirikan iOS. Bahkan, aku juga mahu memudahkan urusan hidupku dengan menggunakan iPhone 5s yang sememangnya dilengkapi dengan ciri-ciri unik yang simple, mudah dan menyeronokkan!

Sebagai seorang pelajar yang juga merupakan blogger gitu, adalah menjadi satu kelengkapan dalam aktiviti penulisan blog dengan adanya iPhone 5s ni. Untuk menulis entri juga, sudah cukup bagus sekiranya ada iPhone 5s. Tangkap sahaja gambar dengan kamera iPhone 5s. Pasti jelas dan berkualiti tinggi dan mampu menarik perhatian pembaca ke dalam blognya. Mahu periksa emel dan komen? Guna sahaja iPhone 5s. Perlukan GPS kerana sesat mencari dewan kuliah? Iphone 5s bisa membantu!


Jadi, untuk memenangi iPhone 5s, aku perlu mengikuti cabaran yang telah ditetapkan oleh Tuan Denai Hati. Untuk melihat syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah singgah ke entri beliau di sini.

Oh ya, lupa. Penghargaan juga ditujukan khusus kepada semua penaja yang sudi menaja contest iPhone 5s ini. 


Hadiah utama sudah pasti telefon bimbit pintar iPhone 5s 16GB. Bukan seunit, tetapi 3 unit untuk dimiliki oleh sesiapa yang berusaha gigih! Bahkan duit juga akan dihadiahkan kepada yang mendapat saguhati! Ini memang berbaloi!

Baiklah. All the best! In sha Allah, aku boleh menang punya. Amin.

Friday, August 15, 2014

Jadi, Aku Dapat Universiti Mana?

Bismilllah.

Keputusan kemasukan pelajar ke universiti lepasan Matrik/Asasi/Setaraf telah pun diumumkan 12hb Ogos 2014 yang lalu. Nak tahu aku dapat sambung mana?


Alhamdulillah.

Dapat pilihan pertama. Syukur kepada Allah. 

Lepas ni banyak persiapan kena urus. Kena bayar yuran pendaftaran, buat medical check-up, beli baju baru, seluar baru, pensel baru, handphone baru (amboi!). Ahahaha. 

Dalam keseronokan kita bergembira, ingat-ingatlah juga dengan kawan-kawan kita yang kurang bernasib baik, yang tak dapat pilihan bidang yang diminati, atau langsung tak ada peluang untuk belajar. Aku sedih tengok kawan-kawan rapat aku tak dapat sambung dalam bidang Sains Tulen. Semua dapat kursus aliran kemanusiaan yang mungkin agak baru bagi mereka. Ada yang dapat pengurusan pembinaan, pengurusan awam, pengurusan sumber manusia, hatta ada kawan aku yang memang dari aliran sains, dapat kursus Seni Gunaan (Seni Halus)! Sila bayangkan betapa kecewanya kawan aku seorang tu. Tak apalah, dah rezeki mereka dapat tu kan. Bersangka baik sahaja. 

Harap-harap Allah permudahkan segala urusanku nak masuk UKM ni. Alhamdulillah, adalah dapat contact kawan-kawan yang sama masuk UKM, tapi masih berlainan kursuslah. Kebanyakanya pelajar Kimia UKM ialah wanita, lelaki boleh kira dengan jari je. Oh.

Semoga semuanya berjalan lancar in sha Allah.

Okey.


Sunday, August 10, 2014

Aku dan UPU

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah masuk bulan Ogos. Semua orang pun dah penat berhari raya selama seminggu. Perut dah ke depan sebab terlebih muatan. Ops. Duit raya mesti berlambak di tangan. Lupa pula nak ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog yang sangat aku hargai sampai mati. Minal Aidin Wal Faizin (walaupun aku tak berapa tahu terjemahannya).

Berbalik kepada topik sensasi kita hari ini. Mengenai hebahan keputusan kemasukan pelajar ke IPTA lepasan Matrikulasi, STPM, Asasi, Diploma dan yang sama waktu dengannya. Ramai dah bebudak lepasan Matrik dan Asasi especially yang mungkin tengah nervous gegila nak tunggu keputusan UPU. Dah puas cuti dah nak dekat 4 bulan, dah kena masuk IPT pula. Untung sungguh bebudak Matrik dan Asasi kan? Cepat je kaki melangkah masuk ke IPT compared to STPM dan Diploma di mana mereka masih lagi menstrugglekan diri dengan pengajian.

Ura-ura ada yang mengatakan tarikh keluar keputusan UPU ialah 3hb Ogos. Semua kata begitu. Akhirnya aku pun nak menggedik untuk check macam dorang. Punyalah aku excited nak check, adalah juga rasa berdebar. Tapi last-last aku check di laman UPU, dia kata masih tak boleh check. Hampa. Oh.

So finally, aku pun tak tahu bilalah sebenarnya tarikh keluar keputusan UPU, sampailah aku buka Laman Muka Buku (baca: Facebook) dan aku tengok post-post dari bebudak matrik batch aku di group KML 1995 dan aku dapati ramai yang mengatakan tarikh keputusan UPU diumumkan ialah 12hb Ogos 2014, jam 2 petang. Yup. Siap print screen lagi bukti dari beberapa laman web IPT seperti portal Universiti Malaysia Sabah. Entah betul atau tak, tapi rasanya betullah tu kan. Takkan UMS nak tipu pula. Cuma mungkin hebahan tarikh keluar keputusan UPU belum masuk berita lagi.

Oh ya, dan aku baru buka laman web rasmi UPU dan ini yang aku jumpa.

Tarikh keputusan UPU 


So. Kita tunggu ajelah tarikh tak berapa keramat tu tiba. Banyakkan berdoa dan tawakal.

Alang-alang cerita fasal UPU, meh sini aku share pilihan universiti yang aku pilih. Actually aku dah update banyak kali dah bidang-bidang dan IPT di UPU ni sampai rasa nak muntah atas beberapa faktor seperti minat, kebolehan, peluang kerjaya, kos pengajian, lokasi IPT, kos penginapan IPT, ketersampaian IPT, sokongan biasiswa, rancangan masa hadapan, restu keluarga dan sahabat serta tuntutan agama. Banyaknya faktor, dah boleh buat esei Pengajian Am walaupun aku tak pernah masuk Form 6 tapi teringin sangat nak masuk dan itu adalah cerita lama yang dah tak boleh diputar balik kerana ini semua perancangan Allah. Tarik nafas.




Memang berharap pun nak masuk UKM sebab guna bahasa Melayu yang mungkin boleh memudahkan aku untuk mendalami Kimia dengan mudah. Dengan alkana, alkuna, alkena, benzena, fenol, asid karboksilik, sebatian heterosiklik, gegelang benzena, diklorofenolindifenol, bla bla bla. Serius, belajar Kimia ni sangat seronok dan senang kerana otak kita akan sentiasa aktif berfikir untuk menyelesaikan masalah komposisi Kimia. Selain tu, dengar-dengar di UKM ni kalau nak outing best sebab ada Kereta Api Tanah Melayu a.k.a. KTM. Jadi bolehlah nak ke MidValley Mega Mall untuk beli benda-benda yang patut seperti Vico untuk memberi tenaga ketika sarapan pagi, minyak Ambi Pur (in case kalau bakal roommate aku ni perokok tegar yang memang tak boleh dirunding ketagihan merokoknya), wangian yang guna baby crystal tu entah tak tahu apa nama, sabun cuci baju Bio Zip, pelembut baju dengan wangian Downy warna biru punya sebab harum sangat, oh! Kejap, benda-benda ni semua boleh je beli di Koperasi, kenapa nak cari jauh-jauh? Saja. Boleh tapaukan sekali Domino Pizza ke (tak pernah makan lagi Domino Pizza, selalu dengar dari iklan radio Hitz.fm suatu ketika dahulu), beli album terbaru Maher Zain dengan Saif Adam dengan UNIC dengan Hafiz Hamidun ke. Dengan adanya KTM yang berdekatan juga in sha Allah aku pun nak join events bersama blogger. Yup. Aku nak aktifkan diri dengan semua blogger otai yang awesome gitu. Point ketiga, ada yang kata kolej penginapan di UKM ini adalah antara termurah dan terbanyak berbanding IPT-IPT lain. Entah. Harapnya khabar angin ini betul. Janganlah ada masalah bekalan air putus, nanti tak fasal-fasal masuk dewan kuliah dengan tahi mata yang melekit di mata. Ew. Masalah pencuri atau kehilangan barang tu harap-harap taklah berlaku. Alhamdulillah, sepanjang aku jadi budak matrik, tak pernah ada barang aku yang hilang kecuali stokin aku yang hilang sebelahnya. Tak apalah, itu kes terpencil. Lainlah kalau iPhone 6 hilang. Eh.

Ha, itu ajelah yang aku nak ceritakan. Ada masa aku cerita lagi fasal benda-benda UKM ni.

By the way, teruskan berdoa untuk Palestin. Teruskan usaha menggantikan Mekdi kepada Ayam Masak Kicap, Kokakola kepada air bandung dan Starbak kepada kopi hitam.

Okey.


Assalamualaikum.