Sunday, July 13, 2014

Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan

Bismillah.

Cerita fasal rehlah. Sebelum tu, korang tahu tak apa tu rehlah? 

Rehlah maksudnya melancong, melawat atau menziarahi sesuatu tempat. Kira macam outinglah, demi merapatkan ukhuwah kerana Allah. In sha Allah. 

Biasanya term-term macam begini selalu diguna oleh budak-budak surau, atau geng-geng usrah, tabligh dan sebagainya. Ada banyak lagi term-term yang aku baru tahu maksudnya macam ikhwah, akhwat, usrah, ukhuwah fillah abadan abada (amboi panjangnya) dan macam-macam lagi. Eh sekejap, aku budak surau ke? Hahaha. Ingat budak-budak alim yang pakai jubah dan serban je ke boleh jadi budak surau? Di Matrikulasi, sesiapa pun boleh jadi ahli surau atau secara spesifiknya di kolej aku, Kolej Matrikulasi Labuan, kami ada Sahabat Al-Irfan (take note bahawa surau KML namanya Surau Al-Irfan), which means kumpulan yang menggerakkan aktiviti dan program keagamaan. Alhamdulillah, aku sendiri pada mulanya bukanlah Geng Irfan, tapi aku sendiri ditarik masuk oleh rakan kolej sendiri yang namanya Syukri Bin Seesaw (nanti korang tengoklah dalam gambar). 


Alhamdulillah, banyak faedah, manfaat dan nilai tarbiyah yang aku perolehi sepanjang menjadi Sahabat Al-Irfan. Aku tergolong dalam Lajnah Penerbitan, alah yang selalu buat brosur untuk jemaah selepas solat Jumaat, tapi kan jujurlah aku kata, Lajnah kami ni paling aktif berbanding lajnah-lajnah lain tau sebab kami selalu buatt usrah tau. Ahahahahahahaha, syok sendiri, lols.

So, ni first aku pergi rehlah bersama geng aku, Lajnah Penerbitan digabungkan dengan Lajnah Peralatan dan Inventori. Kami buat rehlah pada waktu pagi (hari Sabtu ke Ahad tak ingatlah) di Pantai Pancur Hitam, Labuan. 

Sampai je kami, terus buat Solat Sunat Dhuha. So, ini pun my first experiencelah solat sunat dhuha berjemaah tanpa ada karpet atau sejadah. Ambil wuduk pula guna air pantai yang punyalah masin. Muslimat dorang ambil wuduk di tandas tapi jauhlah, budak-budak lelaki ambil je dekat air laut. So, bayangkan masa aku nak berkumur-kumur guna air laut, dah berapa mole sodium chloride yang melekat pada rongga mulut dan gigi aku, dah macam minum air masin berajinamoto. Sungguh concentrated, dah boleh buat electrochemistry pula. Eh. 

Time nak solat pula, setiap kali sujud tu melekatlah segala tanah lumpur ranting cacing kerawit semut merah jambu apa semua tu kat muka kami. Sila bayangkan muka kami yang separah comot. Hehehe. Tapi alhamdulillah, ada hikmah kerana mengingatkan diri kita yang berasal dari tanah.

Usai solat dhuha, kami pun ngaplah kejap. Lapar doh.



Sandwich sardin. Entah dah berapa keping aku makan sebab sedap sangat.

Tengok, betapa tamaknya aku ambil dua keping sandwich untuk dimakan, dan akan sambung makan sandwich lagi.

Ops. Candid. Yang ni kami dah prepare nak duduk dengar ceramah oleh pensyarah kami. Budak-budak lelaki kami duduk atas batang pokok yang dah tumbang. Muahahahaha.

Amin (yang pakai baju oren, Ketua Lajnah Peralatan dan Inventori) sedang mengacarakan majlis. Yang pakai selipar pink tu pula pensyarah kami yang akan sampaikan tazkirah. Tuan Sarimi namanya. Selalu bagi kuliah Maghrib di Surau Al-Irfan.

Maka kami pun mendengarlah setiap bait perkataan yang beliau lontarkan dengan penuh khusyuk sambil ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Ada yang mencatat, Aku pula, guna tab je rakam. Ngeh.

Usai tazkirah oleh Tuan Sarimi, kami muslimin dan muslimat dibahagikan kepada lelaki dan wanita pula, untuk bulatan sesama sendiri. Eh, I mean, kira macam usrah minilah.

So yang tengah tu Syukri Seesaw (yang tarik aku masuk Al-Ifran hehehe). Dia jugalah yang mengepalai Lajnah Penerbitan setiap kali ada usrah dan aktiviti lain. Dari kanan, Amin, Syukri dan Sahril.

Maka aku pun sempatlah mencoret apa-apa yang patut pada buku nota kawan baik aku sendiri, Hazwan. Tak ada kerja nak buat kan, so aku pun buatlah peta minda di buku notanya. Hehehe. Dia pun ok je. :p

Inilah Hazwan, sahabat baik aku. Ops. Candid gitu.

Kemudian usai habis bulatan mini, kami pun rehatlah sekejap. Bebudak lelaki dorang tu nak main bola sepak. Aku je tak join sekali sebab aku tak minat nak main (bukan kaki bangku tau, cuma tak minat main, eh.)

Kemudian kami pun pergi ke aktiviti seterusnya, iaitu membina istana pasir. Well, ini group aku punya istana pasir.


Tengah-tengah tu kami punya.
Yang ini geng lelaki lain yang punya. Macam cantik je, nak pijak boleh? Ahahahahaha. Kejam.


Yang ini budak perempuan punya. Okeylah kan? Ngeh.

Sesudah itu, kami pun rehatlah sekejap. Then kami sambung lagi dengan aktiviti akhir iaitu "Siapa yang dapat leraikan tali dialah menang". Amboi punyalah panjang tajuk permainan. Well, aku sendiri pun tak tahu apa tajuk game tu, tapi dia lebih kurang macam begini, dua orang berpasangan, tangan setiap orang akan diikat dengan tali, so siapa yang dapat leraikan tali ini tanpa memutuskannya dengan cepat, pasangan itu akan menjadi juara.

So aku pun berpasanganlah dengan Hazwan, lerai punya lerai tak dapat. Siap nak masuk ke tangan masing-masing, posing macam ahli akrobatik (sila bayangkan) tapi still, tak dapat juga. Pasangan-pasangan yang lain dah berjaya lepaskan tali, kami je belum. Bila tinggal beberapa pasangan yang belum leraikan tali, si ketua game tu pun bagitaulah hint macamana nak leraikan, so aku dengan Hazwan pun tengoklah tutorial singkat tu. Then, kami pun cuba dan cuba untuk leraikan, tapi tak dapat juga.

Last-last, tinggal aku dengan Hazwan je group yang tak dapat buka ikatan. 

Akhirnya, aku sendiri mengalah dan aku cakap dengan Hazwan, 

"Kita memang tidak akan terpisah selama-lamanya". 


Dan akhirnya kami pun dah selesai rehlah. Kemas-kemas barang, tinggal nak balik kolej je. Alhamdulillah.

Walaupun ini first dan last aku rehlah dengan geng surau, tapi banyak pengalaman dan tarbiyah yang aku peroleh. Sungguh tidak ternilai. Lebih-lebih lagi aktiviti rehlah macam begini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama kita. 

Aku merindui segala kenangan bersama kalian meskipun kita hanya bertemu sebentar.
Susah dan senang kita tempuhi bersama, bertemu berpisah kerana Allah.

Sesungguhnya kenangan ini sungguh berharga buat diriku yang tidak punya apa-apa. Semoga Allah merahmati kita semua.


15 comments:

  1. sy bukan lajnah ni tp sy tetap mengikuti blog kmu sahabat kecil.. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, yang penting kita pernah sebumbung di bawah Irfan. :3

      Delete
  2. Wan3...sy suka baca blog kamu... buat sy teringat masa2 di kml dulu... semoga kita bleh berjumpa lagi... wakakaka
    ~Azeem bh ni~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azeem! Aku pun rindu kamu ahahahahaha. In sha Allah, kalau dah jodoh tak ke mana. Hehehe :3

      Delete
    2. azeem.. aku x rindu kau langsung.. bertapa*

      Delete
  3. aktiviti sihat, cantik pantai ni, kat mane ni yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Labuan Tuan, Pantai Pancur Hitam. :)

      Delete
  4. baru nk tanya pantai mana... tapi orang atas dah tanya hehe
    nice bro...

    ReplyDelete
  5. seronoknya lah duduk di tepi pantai

    ReplyDelete
  6. baru tahu rehlah itu melancong atau melawat..

    ReplyDelete
  7. Solat ni mudah sebenarnya. Tapi bila malas dalam diri tu yang menyusahkan kita. Segan takut orang tengok la. Surau jauh sangat la dan macam-macam lagi alasan yang kita seringkali berikan pada diri kita yang malas bersolat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju bro..peringatan utk aku juga :P

      Delete
  8. rehlah. huh, bru tahu. thanks sharing..

    sseronokknya gi tepi pantaii.. da lame xgi pantai -_-

    ReplyDelete
  9. Weii..gambar aq ada tapi napa x sebut lajnah ICT sekali??kami pun join la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops, sorry. Tak perasaan. Maaf ya bro. :p

      Delete