Friday, July 18, 2014

MH17 dalam Kenangan

Bismillah.



Pagi ini seluruh dunia dikejutkan dengan insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airline MH17 yang memulakan perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Punca kemalangan dikatakan kena tembak dari bawah kononnya. Apapun bab-bab punya ni aku tak berani nak mengulas lebih dan aku tak mahu mengemukakan teori, takut jadi fitnah.

Aku dapat tahu berita ni pun dari abah aku lepas bangun untuk sahur tadi pagi. Masa aku tengah sibuk nak mengorek nasi dari periuk, abah aku tetiba bersuara, "Kesiannya pesawat Malaysia terhempas."

And I was like, speechless.

Dalam keadaan yang masih mamai itu aku terkejut juga. Lepas aku angkat nasi ke meja, aku pun ke ruang tamu sekejap, buka berita di TV3 mengenai MH17. Entah perasaan apa yang sedang menimpa aku ketika itu. Rasa macam, like seriously? Atau aku cuma mimpi? Ternyata ini bukan mimpi.

Dengan tragedi kehilangan MH370 yang masih belum dapat ditemui sehingga kini, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan insiden hitam yang menimpa pesawat MH17. Apakah semua ini? Petanda dari Allah? Ada benarnya juga.

Sudahlah isu Gaza di Palestin belum selesai, dengan serangan bom dari Israel laknatullah sehingga meragut beratus nyawa yang tidak berdosa, dengan isu Sabah yang dah macam tak selamat sampai ada perintah berkurung. Dahlah aku tinggal di Sabah, di Lahad Datu pula. Allahu Akbar. Nampaknya, tahun 2014 ini benar-benar tahun dugaan buat kita seluruh rakyat Malaysia.

Apapun, semoga dengan insiden meruntun jiwa dan menyayat hati ini akan memberi kesedaran dan iktibar kepada kita, bahasa kita tidak akan kekal selamanya di muka bumi ini. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik segala nikmat kita. Apabila Allah kata jadi, maka jadilah.

Walaupun insiden ini telah meragut nyawa para penumpang dan anak-anak kapal, tetapi mereka tidak pergi sia-sia dengan begitu sahaja. Sungguh beruntung mereka kerana nyawa mereka dicabut pada hari Jumaat yang mulia. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ni. Masha Allah. Sungguh bertuah mereka.

Sumber gambar dari http://bloks-lenterahati.blogspot.com/2012/02/terjemahan-surat-al-fatihah.html


Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa yang terkorban akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kepada keluarga mangsa, mohon tabah dan terima takdir ini.

Allah uji kita kerana, Dia sayangkan kita.


8 comments:

  1. 1 lagi berita sedih buat semua rakyat malaysia :(

    ReplyDelete
  2. Takziah buat semua keluarga mangsa. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah bagi mangsa yang beragama Islam.

    ReplyDelete
  3. Terukkah keadaan LD? Mcm takda beza pun.

    ReplyDelete
  4. salam takziah kepada semua yang terlibat dengan insiden yang terjadi kepada negara kita. kita di uji pada bulan puasa. Allah takkan uji kalau kita tak mampu nak hadapinya.

    ReplyDelete
  5. itulah. tak disangka2. memang Allah turunkan ujian untuk umat islam bahkan Malaysia turut terkena tempiasnya. Isu MH370 belum selesai kini MH17 pula menjelma. Namun demikian dengan insiden beginilah kita umat islam dan rakyat malaysia khususnya diuji bagaimana untuk menghadapi ujian ini. Semoga kita semua dilindungi Allah hendaknya. amin.

    Salam kenal. dan jemputlah singgah blog

    ReplyDelete
  6. Takziah buat keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  7. ya.

    kenangan yang sangat pahit untuk tahun ini.

    ReplyDelete
  8. al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam..kepada keluarga mangsa..salam takziah

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    ReplyDelete