Thursday, July 10, 2014

Kimia Matrik : Susah atau Senang?

Bismillah.

Tadi saya check laman Nuffnang. Tengok punya tengok bahagian keywords yang sampai ke blog ni, tetiba ada yang nak search 'Tip Belajar Kimia di Matrik'. Kesian juga, orang nak search benda yang nak dicari tapi tak juga dapat-dapat. So, demi tak nak menghampakan pengunjung blog ni, maka saya akan kongsikan sebuah entri tip yang mungkin berguna untuk anda.

Kimia.

Jujur saya kata, dulu masa SPM, saya tak berapa berkenan dan minat dengan subjek ni. Sebut saja Kimia, mesti benda-benda seperti Avogadro Constant, Thermochemistry, Electrochemistry, Stoichiometry (berbelit-belit nak sebut) dan macam-macam lagi yang akan terngiang-ngiang di benak anda. Oh tak dilupakan topic Organic Chemistry yang membuat orang rasa macam...oh my God! Kena hafal dan lukis struktur benda-benda pelik tu, and then ulang mekanisme bla bla bla dan you all sendiri pun tak tahu apa sebenarnya tujuan nak belajar semua ni! Chill, chill! Relaks brother, brother relaks! Eh.

Tapi kan, actually Kimia ni taklah susah sebenarnya. In sha Allah. Kalau kita tahu cara nak belajar, boleh punya. Confirm dapat A, A+, A++, A bintang-bintang seinfiniti dan yang sekufu dengannya. Kenapa perlu fikir sesuatu subjek itu susah sekiranya kita sendiri tidak mahu berusaha? Kejayaan tak akan datang bergolek dan berguling-guling andai kita sendiri tak buat apa-apa. Right? Okey, penat membebel. Mari kita sambung topik.

Betulkah senang dapat A dalam Kimia di Matrik?

Ha'ah. Jujurlah saya kata, memang senang. Bukan mahu riak, tapi subjek Kimia adalah antara subjek yang senang untuk diskor dalam program Matrikulasi. Semester 1 korang akan belajar introduction kepada Kimia sampailah Ionic Equilibria. Basically, semester 1 ini lebih kepada calculation dan memerlukan anda untuk menghafal beberapa formula asas. Korang hanya perlu hafal formula dan tahu cari info dan substitute, alah, macam Fizik juga. Cumanya, ada certain soalan tu korang kena master sikit time buat latih tubi tu. Contoh dalam topik PV = nRT (P = pressure, V = volume, n = number of moles, R = Rydberg Constant, T = Temperature must in Kelvin), kadang-kadang dia agak tricky, tapi kalau saya nak explain di sini susah sikitlah. Tapi, taklah susah nak faham, cuma perlukan imaginasi kalau nak jawab. Mula-mula tekanan wap sama dengan ini. Kemudian tekanan wap dalam balang sama dengan ini. Alah, you all kan pandai Maths juga kan? Add Maths saya SPM dapat C je tau so benda-benda macam begini mesti boleh catch up punya.


Hafal formula je? Senangnya!

Haah. Hafal formula. Macam Fizik. Tapi formula Kimia taklah banyak macam Fizik yang entah dah berapa ratus saya kena hafal tapi sekarang dah lupa sikit demi sikit oh my. Yang penting, pastikan korang tak buat kesilapan ketika masukkan nilai dalam kalkulator. Common mistakes itu biasa, tapi seboleh-bolehnya hindarilah ia. Jangan terlalu careless. Buat jalan kerja dengan teliti. Oh ya, lupa, di matrik untuk subjek Kimia dan Fizik, untuk jalan kerja yang memerlukan pengiraan, bukan macam maths yang perlu korang selesaikan langkah kerja demi langkah kerja yang berlambak sampai 3 muka surat tak cukup. Eh. Yang penting, korang kena tulis formula, masukkan nilai  dan  jawapan akhir. Sebagai contoh, cari V.

Answer:

PV      = nRT 

(0.8)V = (0.2)(0.0826)(300)

V         = 6.195 L

Ya, lebih kurang begitulah. And please make sure your final answer must include with correct unit. Untuk pastikan jawapan itu tepat, pastikan anda dah standardise unit, maksud saya, kasi seragam. Kalau nak guna L (litre), semua entity isi padu mesti guna nilai L. Kalau tak, adalah sangat tinggi keprobabilitian untuk jawapan anda salah. Dan pada ketika anda menjawab exam dan degil mahu dengar cakap saya, silalah meraung dengan tangisan berdarah anda itu. Oh.

Err, Organic Chemistry itu benda apa pula?

In sha Allah, satu hari nanti. chemist-to-be.


Hish hish hish. Bukan ke korang dah pernah belajar hydrocarbon sebelum ni di sekolah? Yang CH3CH2Cl.

Di Matrik, korang akan belajar kimia organik dalam semester 2. Dimulakan dengan introduction to organic chemistry, hydrocarbon, blablabla sampailah Polymer. Susah ke? Haah. Susah gila. Haha. Taklah. Senang je. Susah sebab agak challenging kot. Entahlah. Pernah juga terdetik dalam hati saya yang mengatakan topik ini susah gila. Oh okey, nampaknya perkataan 'gila' itu agak keterlaluan. Baiklah. Susah. Hmmm, taklah susah sangat dan taklah senang sangat. Sebab soalan dalam exam, dia akan gabungkan semula sekali. Macamana hydrocarbon ini boleh jadi alcohol? Lepas tu macamana nak buang salah satu functional group tu? Nak kena guna apa? Apa kondisinya? Blah blah blah. Korang kena lukis sendiri apabila soalan tu dah bagi bahan reactant. Korang tahu tak apa tu benzene? Tak tahu? Oh, okey. Tapi benda alah ni memang wajiblah korang jumpa sepanjang menjadi pelajar Kimia Organik.

Kalau saya explain panjang-panjang di sini tak guna pun kalau korang buat muka blur. Beginilah, saya akan simplify kepada beberapa perkara yang korang kena focus sepanjang belajar Organic Chemistry.

1) Naming the compound based on IUPAC. Yang ini korang akan belajar macamana nak naming, tak susah pun. Senang.

2) Draw the structure. Maybe, from IUPAC to structure, or otherwise. Tapi soalan-soalan begini jarang keluar dalam final exam, untuk UPS, tutorial dan kuiz, of course ada.

3) What are the common reactions. Apakah beberapa reaksi tindak balas yang akan berlaku kepada kumpulan sebatian kimia organik itu? Sometimes ada lecture notes yang korang copy direct dari softcopy oleh pensyarah, ada beberapanya sudah out of the syllabus.

4) Chemical test. Yang ini korang kena tahu macamana nak membezakan organik itu dengan organik ini berdasarkan beberapa siri ujian yang ada namanya sendiri. Brady's testlah, Lucas testlah, bromine water test, blah blah blah, ada banyak. So silalah berikan beberapa kapasiti memori di dalam kepala anda ya. Dahlah kena tahu apa yang akan berlaku apabial telah melalui ujian ini. Kalau positive, apakah pemerhatiannya?

5) Physical and chemical properties. Yang ini biasanya soalan akan bagi punya, wajib. Tak susah pun. Kalau dah faham teori dan konsep, tentang ikatan bond (hydrogen bond, van der waal force), in sha Allah boleh jawab punya.

Oh. Macam senang je Organic Chemistry.

Hah. Kan saya dah cakap, senang je benda ni. Tapi kalau korang tak buat praktis, tak rajin tanya pensyarah, malas nak siapkan tutorial, memang susah dan tak ada harapanlah korang nak dapat A dalam Kimia ni.

Soalan terakhir untuk abang (ecewah panggil abang pula, malu titteww tau! Er.) Abang nanti nak further study dalam bidang apa?

Of courselah saya nak sambung dalam Kimia. In sha Allah, saya sekarang masih tunggu jawapan dari UPU. Transkrip matrik pun belum sampai rumah alahai. Tapi kan, saya search di internet dan based on senior's experience, ada yang kata Kimia di Universiti susah gila. Benarkah? Bikin takut saja. Hish. Saya tak sukalah benda-benda gossip ni. Bukan apa, tapi ia hanya akan melemahkan semangat. Mana-mana bidang pun mana ada yang senang kalau kita tak berusaha bersungguh-sungguh, ya tak?

So, doakan aje saya dapat tawaran belajar Kimia di IPTA ya.

Assalamualaikum.





28 comments:

  1. Aku drop out matriks kot dulu. Tak ngam dengan jiwa. Hahahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahahahaha. Tak apalah nak buat macamana kalau tak ngam dengan jiwa. Better pilih mood bidang yang lain, kalau tak minat pun tak guna juga kan. :3

      Delete
  2. moga sukses sbg ahli kimia negara yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah, terima kasih atas doanya kak paridah. ;)

      Delete
  3. moga sukses ..di uitm ada tawarkan kos tersebut...mohon ye ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks atas doanya. Tapi saya mohon di UKM, UPM dengan UTM je bro. :3

      Delete
  4. Kimia best...tapi tang belajar kimia organik memang fenin kepalaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? Depends jugalah dengan kita, kadang2 saya pun pening sampai mata berbinar-binar. :v

      Delete
  5. Zumal singgah di blog pakar kimia nie. Hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Alamak, tak adalah pakar sangat Tuan. :3

      Delete
  6. Doakan berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah. Moga kita sama-sama sukses dunia akhirat. ^_^

      Delete
  7. Daebak Monitor ku!! All the best kehh! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hei, siapa yang komen? Haha, ya aku pun rindu dengan classmatesku yang gila-gila. :3

      Delete
  8. tahniah la dapat A solid untuk kimia haritu.
    aku dapat A- je untuk dua-dua sem ...
    tapi alhamdulilah PNGK tak mengecewakan :)

    good luck bro, smoga dapat sambung bidang yang kau minat tu.
    Minat kita berbeza.
    aku sambung Software Engineering insyaallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, aik macamana dapat tahu? Hehehe. Tahniah juga atas pointernya. Dulu aku pun nak juga apply Software Engineering, tapi entah rasa macam takut pula nak berdepan dengan mesin code hahaha. Anyway all the best juga. ^_^

      Delete
  9. insyaAllah berjaya... doa2 kan jgak kmi d KML nie... huhuhu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah, amin. Janji kena usaha, doa dan tawakal. ^_^

      Delete
  10. smga membantu kps yg mncri info ni.
    ciksu x ambik kimia dulu.
    so, kurang la sikit.. hihi

    thanks singgah blog ciksu n drop komen..maap lambat bls jejak.:)

    ReplyDelete
  11. Aku ambik kimia kat matrik. Ok la takde cemerlang sangat. Lepas tu sekarang sambung kejuruteraan kimia kat universiti. Alhamdulillah dah nak habis belajar :)

    ReplyDelete
  12. peminat kimia rupanya..dulu masuk matrik gak..bes jgk belajar kimia kat matrik dulu..

    ReplyDelete
  13. ikut pengalaman aku, kimia lagi senang kat matrik. Lebih kurang je dengan kat tingkatan 4-5. Cuma advance sikit la. Tapi kalau compare dengan kat universiti..dia lebih meluas.

    Tapi aku lebih suka kat fizik. Lebih praktikal. haha

    ReplyDelete
  14. hi. sekadar kongsi. kimia di u jauh lebih luas n agak lain. dulu sy pun minat kimia gak di matrik, tp bila masuk u............
    kimia di u ad organik, inorganic, fizikal n analisis. inorganic lagi susah dari organic...tp ikut pd org jgak kot. anyway, good luck n all the best. kalau ad sesapa nk tnya psl kimia di u, silakan.^^

    ReplyDelete
  15. Teringat belajar kimia masa matrik dulu, suka juga subjek ni

    ReplyDelete
  16. untunglaa.. kimia matrik jauh lebih senang dari kimia Asasi UITM..

    ReplyDelete
  17. Ada idea tak mcm mana nk face kimia fizikal? Sy bleh kimia tapi mai tang fizik dh celaru dh hidup ni. Nak drop rasa subjek ni sbb rasa mcm tak leh hadap

    ReplyDelete
  18. Ada idea tak mcm mana nk face kimia fizikal? Sy bleh kimia tapi mai tang fizik dh celaru dh hidup ni. Nak drop rasa subjek ni sbb rasa mcm tak leh hadap

    ReplyDelete
  19. Tumpg tanya...di matriks same ke spt di sek menggunakn satu buku utk setiap subjek atau kita bebas menyalin nota sendiri krna buku tersebut tidak akn dihntr/disemak oleh ckg2

    ReplyDelete