Monday, July 21, 2014

5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati

Bismillah.

Kali ini aku akan berkongsi review aku mengenai entri-entri yang pernah dinukilkan oleh Tuan Denai Hati. Pemilik blog Denai Hati ini sudah pasti bukan asing lagi dalam kalangan blogger. Selain banyak memenangi anugerah blog seperti Best of Best Blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal Blog 2013, Tuan Denai Hati juga merupakan antara ramai-ramai blogger yang murah hati di Malaysia ini, bahkan juga di seluruh Nusantara kerana beliau selalu menganjurkan contest yang menawarkan hadiah lumayan. Kalau tak, masakan beliau sanggup mengadakan contest Gadjet Impian yang menawarkan iPhone 5 sebagai habuan? Bukan 1 biji, malah 5 biji! Tapi, contest ni dah lama berlangsung sebenarnya, dan aku tak tahu pun ada contest ni sebab aku sibuk dengan Matrikulasi kot sehingga blog pun tidak diupdate sampai setahun. Hmmm, tak apalah belum ada rezeki, kalau beliau buat lagi contest yang bagi smartphone especially yang mahal dan eksklusif, sudah pasti aku tak nak melepaskan peluang keemasan itu untuk menyertainya. Biarlah terpaksa bersaing dengan blogger-blogger otai yang hebat-hebat belaka, asalkan dapat peluang untuk menyertainya. Kerana kejayaan itu akan menjadi manis sekiranya kita konsisten dalam berikhtiar di samping berdoa dan bertawakal. Okey, sastera sangat. Sambung cerita.

By the way, tidak dilupakan dedikasi untuk Tuan Asam Boi yang sentiasa menjadi penaja bersama Tuan Denai Hati. Dengan taglinenya 'Lagi Masam Lagi Mengancam' sudah pasti anda boleh mendapatkan segala info dan isu yang hangat, panas lagi sensasi dari beliau. *lap peluh dahi dengan sapu tangan*

Tanpa banyak membuang masa, kita mulakan review kita.


Oh well. Siapa yang tak kenal dengan syarikat penerbangan tambang murah yang menjadi pilihan jutaan manusia di seluruh Malaysia masa kini. Dengan tagline comelnya, 'Now Everyone Can Fly' sudah pasti memberi kemudahan untuk kita semua yang memerlukan kemudahan pengangkutan dengan bayaran yang lebih rendah dan berpatutan. Entri ini sebenarnya ditulis untuk memberi tutorial kepada pembaca, khususnya dummies seperti saya, memahami lebih terperinci proses untuk membeli tiket penerbangan Air Asia, supaya tagline 'Now Everyone Can Fly' betul-betul menjadi kenyataan. Oh! Selain dimuat sekali dengan paparan visual dari website Air Asia, penulis juga memberi tip-tip bagaimana untuk mendapatkan tiket yang murah gegila. Siapa yang tak mahu benda murah, bukan? Tetapi, sudah namanya murah, pastilah ia sangat limited edition, malah lebih terhad dari beg Gucci keluaran terbaru yang menjadi kegilaan wanita elegan yang inginkan penampilan dan gaya eksklusif. Ops. Semuanya diterangkan secara serba-serbi, sehinggalah part untuk membuat pembayaran. Melihat gaya penyampaian beliau yang cukup jelas umpama seorang pramugara yang sedang memberikan arahan kepada para penumpang sudah cukup menyenangkan para pembaca. Malahan, melalui komen-komen yang diutarakan oleh pembaca, anda juga boleh membaca pengalaman pembeli-pembeli tiket Air Asia agar dapat memberi sedikit info untuk anda.



Sebagai seorang yang sukakan produk Apple, aku selalu mengikuti entri-entri iPhone 5 dari beliau. Walaupun aku baru nak korek balik entri-entri lama, tetapi informasi-informasi mengenai iPhone 5, iPhone 5s dan iPhone 5c masih memberikan input yang berguna untuk aku mengenai dunia gajet. Walaupun aku belum ada duit untuk memiliki sebiji iPhone, tetapi dengan membaca entri-entri beliau, sedikit sebanyak memberikan aku motivasi dan semangat untuk memperolehi smartphone yang elegan dan comel tu. Semua orang termasuk anda yang sedang membaca entri ini pun sudah pasti mahu memiliki iPhone yang canggih dengan segala feature yang hebat-hebat belaka. Dari kamera 8 megapiksel yang tersangatlah bermutu tinggi kualiti resolusi gambar yang ditangkap, kepada kelancaran menjalankan multitasking dalam iPhone 5, sudah cukup memberi rasa keterujaan kepada kita semua! 



Tuan Denai Hati sendiri membuat pengakuan bahawa beliau tidak menggunakan iPhone 5s untuk bergaya semata-mata, tetapi memanfaatkan produk ciptaan Steve Jobs ini untuk memudahkan urusan harian beliau sebagai seorang blogger sepenuh masa dan usahawan. Apalah gunanya membeli iPhone 5 sekiranya kita hanya tahu stalk status orang di Facebook dan gambar awek cun di Instagram, ya tak? Sedangkan banyak lagi kegunaan smartphone ini tetapi kita sendiri yang tidak mahu menyelongkarnya. Melalui entri ini juga aku terklik pula mengenai penipuan yang dibuat terhadap iPhone 5c (yang aku nak beli sangat sebab murah dari iphone 5s kot). Kononnya iPhone 5c ini adalah gantian kepada iPhone 5 yang lama, cuma casing ditukar kepada plastik yang berwarna-warni gitu. Kemudian ramai pula yang bising mengenai benda ni. Siap bawa bergaduh. Hehehe. Tak apalah, biasalah, dunia bisnes, siapa yang tak mahu untung dengan cara yang paling licik? Paling sadis apabila ramai penggila susah mati (baca: die-hard) iPhone yang sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit (sehingga ada yang sanggup menjual anak di China) demi memiliki sebiji iPhone 5 yang tidak bernyawa itu. Oh, dunia. Selain itu, aku juga terbaca entri mengenai penipuan terhadap pembelian iPhone 5s di Singapura kerana terkena scam. Sudahnya, terpaksa membayar extra money agar iPhone 5s itu bisa berfungsi. Taktik licik yang tidak berkesudahan.

3. Rania Nama Islam Felixia Yeap

Ini pula mengenai kisah saudari Felixia Yeap yang telah mendapat hidayah dari Allah, daripada gadis yang sentiasa mendapat undangan menjalani shooting yang memerlukan beliau menggayakan aksi yang mengeksplisitkan sebahagian dari mahkotanya, kepada seorang Cina Muslim yang begitu minat memakai hijab kerana merasakan diri lebih selesa dan lebih dihormati. Entri ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada aku bahawa kita tak boleh selamanya menuding jari atau melemparkan kesalahan kepada orang lain. Biarpun orang itu tidak mematuhi syariat Islam, sering mendedahkan aurat di khalayak umum, tetapi itu bukanlah tiket untuk kita sesuka hati memaki hamun dia dengan dakwah sindirism yang tidak berkesudahan. Sedangkan Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam, apabila menegur orang pun secara personal. Baginda tidak mengajar kita untuk menegur secara terbuka kerana itu hanya akan membuka aib orang. Hmmm, sorry, dah macam ustaz pula cara aku menulis ni. Tak apalah, sekali-sekala menulis untuk mentarbiahkan diri pun okey juga.



Sebenarnya, entri ini bukan hanya berkisar mengenai Rania, juga sebenarnya mengupas isu bahawa semakin hari, semakin ramai yang mendapat taufik dan hidayah dari Allah untuk berhijrah. Seperti Aliza Kim (tak berapa kenal, dapat tahu melalui blog Denai Hati), Mizz Nina dan yang terbaru Neelofa. Aku dapat tahu penghijrahan Neelofa ni pun melalui Ikim FM tatkala dia diundang dalam sesi bual bicara. Siap menangis lagi dia meluahkan perjalanan hijrahnya, sampaikan aku sendiri pun rasa sebak yang amat. Mengenai Mizz Nina yang sudah berhijab juga membuatkan aku terkesan. Dulu, aku minat sangat dengar lagu-lagunya yang hit dan pop dance gitu, tapi sekarang dia dah tak buat semua tu. Alhamdulillah. Bahkan Mizz Nina sendiri membuka butik muslimah yang diberi nama Madeena, ala-ala nama Madinah Al-Munawwarah. Siap ada rancangan bual bicara Islam bersama Ustazah Yasmin Mogahed dalam Always A Traveller; Reclaim Your Heart yang disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.30 petang serentak di Astro Ria, Astro Oasis dan Astro Maha HD. Masha Allah, begitu luasnya hidayah Allah itu, cuma manusia itu yang harus berusaha untuk mencari. Diharapkan selepas ini akan lebih ramai lagi yang akan berhijrah dan kembali ke jalan yang lurus. Begitu juga buat diri ini yang sentiasa banyak khilafnya. In sha Allah.

4. 10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan

Yang ini pula entri yang berkisarkan dunia blogging. Sungguh bermanfaat info yang dimuatkan, begitu padat dan jitu sekali. Gaya penyampaian yang terperinci lagi menyeluruh khusus buat para blogger sekalian. Masha Allah, terlalu banyak input yang aku dapat melalui nukilan ini. Banyak benda yang aku selalu tersilap buat ketika mengendalikan blog ini sejak mula lagi. Masa mula-mula tu, punyalah banyak gila benda aku nak sumbat dalam blog, dengan lagunyalah, saljinya, siap ada pelangilah apa semua. Bukan tak boleh, boleh. Cuma, kenalah fikir pembaca yang datang. Masa muda-muda tu, aku memang langsung tak fikirkan sasaran pengunjung blog aku, ego dengan design yang gedik-gedik dan berat gegila. Eh. Namun, kini baru aku sedar, benda-benda merepek dan merapu sampingan itu tak perlu sebenarnya sekiranya kita benar-benar mahu menjadi seorang penulis blog yang serius. Err, aku nampak serius ke? Tak adalah kan. Aku okey je dengan semua blogger. (Ayat penyedap hati dan pulmonary vein)



Ada tip dan panduan yang berguna untuk penulis blog amatur dari segi penulisan entri yang berkualiti tinggi, design blog yang simple, ringan dan mudah diakses sehinggalah dalam pelaburan untuk memiliki domain sendiri. Suatu hari nanti, aku juga mahu memiliki domain sendiri, mungkin kepada faridzuan.com, supaya senanglah orang mahu cari aku di search engine. *Angan-angan tinggi* Aku juga mahu belajar SEO atau search engine optimization, agar trafik aku meningkat, di samping dapat menjana wang sampingan yang menguntungkan.

5. Rahsia Orang Kaya Bertambah Kaya

Aku suka dengan entri yang ini. Membongkar segala rahsia yang dimiliki oleh orang-orang kaya untuk menjadi kaya. Siapa yang tak mahu jadi kaya, bukan? Ada yang menjadi kaya dalam tempoh masa yang lama. Kumpul duit gaji simpan dalam tabung, siap buat invesment. Ada pula yang menjadi kaya dalam waktu yang terlalu singkat, umpama pemilik Facebook Mark Zuckerberg. *lidah terbelit* Dengan hanya membuat aplikasi Facebook yang kini sudah menjadi trend semua manusia di atas muka bumi juga sudah mampu menjana pendapatan berbillion-billion. Hebat betul mereka. Apa pun cara kita untuk menjadi kaya, kita harus kembali kepada diri kita masing-masing.



Tetapkan dahulu niat yang betul untuk menjadi kaya. Melalui entri ini aku dapat belajar bahawa untuk menjadi kaya itu kita perlu sentiasa memiliki sifat suka memberi. Sifat suka bersedekah. Percaya atau tak, apabila kita rajin memberi dan bersedekah, kita takkan jatuh miskin, bahkan kita akan menjadi lebih kaya lagi. Benar. Ini bukan kisah dongeng belaka. Bahkan untuk menjadi orang yang kaya juga kita harus sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan sumber pendapatan. Malah, diri harus mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan sentiasa ada passion yang tinggi untuk mencari ilmu. Kerana dengan ilmu yang adalah, kita dapat tahu strategi yang berkesan dan efektif untuk menjadi kaya.


Demikian berakhirlah sudah review aku mengenai entri-entri yang berjaya memikat hati aku dalam blog Denai Hati.

Semoga bermanfaat. Selamat meneruskan ibadah puasa.

17 comments:

  1. In sha Allah..dapat duit raya komen terbanyak nanti boleh la guna buat beli domain dotcom..hehe

    ReplyDelete
  2. saya suka sekali no 3..bukan disebabkan nama Islam dia sama dengan anak saya Rania..Tapi respect muallaf baru yang terus mengamalkan cara hidup Islam..lagi pulak dia mula menutup aurat sebelum memeluk islam..


    Kini Anda Boleh Membeli Sendiri Produk Shaklee Secara Online

    ReplyDelete
  3. sampai 5 artikel hang review. terbaiklah. haha

    ReplyDelete
  4. terima kasih bro sudi sertai cabaran duit raya dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  5. sy suka part Rania & juga part 10 kesilapan blogger tu.
    alhamdulillah skrg makin ramai yg dpt hidayah :)

    ReplyDelete
  6. ada peluang juga nak menang..mutu penulisan bro memang mantap..saya yang tua ini memang tertendang ke belakang punya

    ReplyDelete
  7. salam singgah baca review. memang best sangat review2 yg masuk kontes denaihati ^_^

    ReplyDelete
  8. nak belajar buat duit ngan blog, jeles tengok blogger2 yg dpt angka ribu hasil dari blogging..huhu

    ReplyDelete
  9. Kalau menang jgn lupa buat makan makan ha ha

    ReplyDelete
  10. Salam... saya suka pemilihan 6 entri tu

    ReplyDelete
  11. denai hati..salah satu blog kgemaran aku bro.. good entry :)

    ReplyDelete
  12. Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...

    ReplyDelete
  13. terbaik la review nie... aku siap langgan update denaihati by email lagi. all the best hehe.


    Ce review blog aku pulak lol haha.

    ReplyDelete
  14. Perkongsian yang baik,,jemput ke blog baru saya ye,,baru sgt2,,heheh,sudi2 la komen ,sunyi aje,maklum la blog baru..
    http://laromeserumkurus.blogspot.com

    ReplyDelete