Monday, July 21, 2014

5 Entri Denaihati yang Mencuit Hati

Bismillah.

Kali ini aku akan berkongsi review aku mengenai entri-entri yang pernah dinukilkan oleh Tuan Denai Hati. Pemilik blog Denai Hati ini sudah pasti bukan asing lagi dalam kalangan blogger. Selain banyak memenangi anugerah blog seperti Best of Best Blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal Blog 2013, Tuan Denai Hati juga merupakan antara ramai-ramai blogger yang murah hati di Malaysia ini, bahkan juga di seluruh Nusantara kerana beliau selalu menganjurkan contest yang menawarkan hadiah lumayan. Kalau tak, masakan beliau sanggup mengadakan contest Gadjet Impian yang menawarkan iPhone 5 sebagai habuan? Bukan 1 biji, malah 5 biji! Tapi, contest ni dah lama berlangsung sebenarnya, dan aku tak tahu pun ada contest ni sebab aku sibuk dengan Matrikulasi kot sehingga blog pun tidak diupdate sampai setahun. Hmmm, tak apalah belum ada rezeki, kalau beliau buat lagi contest yang bagi smartphone especially yang mahal dan eksklusif, sudah pasti aku tak nak melepaskan peluang keemasan itu untuk menyertainya. Biarlah terpaksa bersaing dengan blogger-blogger otai yang hebat-hebat belaka, asalkan dapat peluang untuk menyertainya. Kerana kejayaan itu akan menjadi manis sekiranya kita konsisten dalam berikhtiar di samping berdoa dan bertawakal. Okey, sastera sangat. Sambung cerita.

By the way, tidak dilupakan dedikasi untuk Tuan Asam Boi yang sentiasa menjadi penaja bersama Tuan Denai Hati. Dengan taglinenya 'Lagi Masam Lagi Mengancam' sudah pasti anda boleh mendapatkan segala info dan isu yang hangat, panas lagi sensasi dari beliau. *lap peluh dahi dengan sapu tangan*

Tanpa banyak membuang masa, kita mulakan review kita.


Oh well. Siapa yang tak kenal dengan syarikat penerbangan tambang murah yang menjadi pilihan jutaan manusia di seluruh Malaysia masa kini. Dengan tagline comelnya, 'Now Everyone Can Fly' sudah pasti memberi kemudahan untuk kita semua yang memerlukan kemudahan pengangkutan dengan bayaran yang lebih rendah dan berpatutan. Entri ini sebenarnya ditulis untuk memberi tutorial kepada pembaca, khususnya dummies seperti saya, memahami lebih terperinci proses untuk membeli tiket penerbangan Air Asia, supaya tagline 'Now Everyone Can Fly' betul-betul menjadi kenyataan. Oh! Selain dimuat sekali dengan paparan visual dari website Air Asia, penulis juga memberi tip-tip bagaimana untuk mendapatkan tiket yang murah gegila. Siapa yang tak mahu benda murah, bukan? Tetapi, sudah namanya murah, pastilah ia sangat limited edition, malah lebih terhad dari beg Gucci keluaran terbaru yang menjadi kegilaan wanita elegan yang inginkan penampilan dan gaya eksklusif. Ops. Semuanya diterangkan secara serba-serbi, sehinggalah part untuk membuat pembayaran. Melihat gaya penyampaian beliau yang cukup jelas umpama seorang pramugara yang sedang memberikan arahan kepada para penumpang sudah cukup menyenangkan para pembaca. Malahan, melalui komen-komen yang diutarakan oleh pembaca, anda juga boleh membaca pengalaman pembeli-pembeli tiket Air Asia agar dapat memberi sedikit info untuk anda.



Sebagai seorang yang sukakan produk Apple, aku selalu mengikuti entri-entri iPhone 5 dari beliau. Walaupun aku baru nak korek balik entri-entri lama, tetapi informasi-informasi mengenai iPhone 5, iPhone 5s dan iPhone 5c masih memberikan input yang berguna untuk aku mengenai dunia gajet. Walaupun aku belum ada duit untuk memiliki sebiji iPhone, tetapi dengan membaca entri-entri beliau, sedikit sebanyak memberikan aku motivasi dan semangat untuk memperolehi smartphone yang elegan dan comel tu. Semua orang termasuk anda yang sedang membaca entri ini pun sudah pasti mahu memiliki iPhone yang canggih dengan segala feature yang hebat-hebat belaka. Dari kamera 8 megapiksel yang tersangatlah bermutu tinggi kualiti resolusi gambar yang ditangkap, kepada kelancaran menjalankan multitasking dalam iPhone 5, sudah cukup memberi rasa keterujaan kepada kita semua! 



Tuan Denai Hati sendiri membuat pengakuan bahawa beliau tidak menggunakan iPhone 5s untuk bergaya semata-mata, tetapi memanfaatkan produk ciptaan Steve Jobs ini untuk memudahkan urusan harian beliau sebagai seorang blogger sepenuh masa dan usahawan. Apalah gunanya membeli iPhone 5 sekiranya kita hanya tahu stalk status orang di Facebook dan gambar awek cun di Instagram, ya tak? Sedangkan banyak lagi kegunaan smartphone ini tetapi kita sendiri yang tidak mahu menyelongkarnya. Melalui entri ini juga aku terklik pula mengenai penipuan yang dibuat terhadap iPhone 5c (yang aku nak beli sangat sebab murah dari iphone 5s kot). Kononnya iPhone 5c ini adalah gantian kepada iPhone 5 yang lama, cuma casing ditukar kepada plastik yang berwarna-warni gitu. Kemudian ramai pula yang bising mengenai benda ni. Siap bawa bergaduh. Hehehe. Tak apalah, biasalah, dunia bisnes, siapa yang tak mahu untung dengan cara yang paling licik? Paling sadis apabila ramai penggila susah mati (baca: die-hard) iPhone yang sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit (sehingga ada yang sanggup menjual anak di China) demi memiliki sebiji iPhone 5 yang tidak bernyawa itu. Oh, dunia. Selain itu, aku juga terbaca entri mengenai penipuan terhadap pembelian iPhone 5s di Singapura kerana terkena scam. Sudahnya, terpaksa membayar extra money agar iPhone 5s itu bisa berfungsi. Taktik licik yang tidak berkesudahan.

3. Rania Nama Islam Felixia Yeap

Ini pula mengenai kisah saudari Felixia Yeap yang telah mendapat hidayah dari Allah, daripada gadis yang sentiasa mendapat undangan menjalani shooting yang memerlukan beliau menggayakan aksi yang mengeksplisitkan sebahagian dari mahkotanya, kepada seorang Cina Muslim yang begitu minat memakai hijab kerana merasakan diri lebih selesa dan lebih dihormati. Entri ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada aku bahawa kita tak boleh selamanya menuding jari atau melemparkan kesalahan kepada orang lain. Biarpun orang itu tidak mematuhi syariat Islam, sering mendedahkan aurat di khalayak umum, tetapi itu bukanlah tiket untuk kita sesuka hati memaki hamun dia dengan dakwah sindirism yang tidak berkesudahan. Sedangkan Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam, apabila menegur orang pun secara personal. Baginda tidak mengajar kita untuk menegur secara terbuka kerana itu hanya akan membuka aib orang. Hmmm, sorry, dah macam ustaz pula cara aku menulis ni. Tak apalah, sekali-sekala menulis untuk mentarbiahkan diri pun okey juga.



Sebenarnya, entri ini bukan hanya berkisar mengenai Rania, juga sebenarnya mengupas isu bahawa semakin hari, semakin ramai yang mendapat taufik dan hidayah dari Allah untuk berhijrah. Seperti Aliza Kim (tak berapa kenal, dapat tahu melalui blog Denai Hati), Mizz Nina dan yang terbaru Neelofa. Aku dapat tahu penghijrahan Neelofa ni pun melalui Ikim FM tatkala dia diundang dalam sesi bual bicara. Siap menangis lagi dia meluahkan perjalanan hijrahnya, sampaikan aku sendiri pun rasa sebak yang amat. Mengenai Mizz Nina yang sudah berhijab juga membuatkan aku terkesan. Dulu, aku minat sangat dengar lagu-lagunya yang hit dan pop dance gitu, tapi sekarang dia dah tak buat semua tu. Alhamdulillah. Bahkan Mizz Nina sendiri membuka butik muslimah yang diberi nama Madeena, ala-ala nama Madinah Al-Munawwarah. Siap ada rancangan bual bicara Islam bersama Ustazah Yasmin Mogahed dalam Always A Traveller; Reclaim Your Heart yang disiarkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.30 petang serentak di Astro Ria, Astro Oasis dan Astro Maha HD. Masha Allah, begitu luasnya hidayah Allah itu, cuma manusia itu yang harus berusaha untuk mencari. Diharapkan selepas ini akan lebih ramai lagi yang akan berhijrah dan kembali ke jalan yang lurus. Begitu juga buat diri ini yang sentiasa banyak khilafnya. In sha Allah.

4. 10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan

Yang ini pula entri yang berkisarkan dunia blogging. Sungguh bermanfaat info yang dimuatkan, begitu padat dan jitu sekali. Gaya penyampaian yang terperinci lagi menyeluruh khusus buat para blogger sekalian. Masha Allah, terlalu banyak input yang aku dapat melalui nukilan ini. Banyak benda yang aku selalu tersilap buat ketika mengendalikan blog ini sejak mula lagi. Masa mula-mula tu, punyalah banyak gila benda aku nak sumbat dalam blog, dengan lagunyalah, saljinya, siap ada pelangilah apa semua. Bukan tak boleh, boleh. Cuma, kenalah fikir pembaca yang datang. Masa muda-muda tu, aku memang langsung tak fikirkan sasaran pengunjung blog aku, ego dengan design yang gedik-gedik dan berat gegila. Eh. Namun, kini baru aku sedar, benda-benda merepek dan merapu sampingan itu tak perlu sebenarnya sekiranya kita benar-benar mahu menjadi seorang penulis blog yang serius. Err, aku nampak serius ke? Tak adalah kan. Aku okey je dengan semua blogger. (Ayat penyedap hati dan pulmonary vein)



Ada tip dan panduan yang berguna untuk penulis blog amatur dari segi penulisan entri yang berkualiti tinggi, design blog yang simple, ringan dan mudah diakses sehinggalah dalam pelaburan untuk memiliki domain sendiri. Suatu hari nanti, aku juga mahu memiliki domain sendiri, mungkin kepada faridzuan.com, supaya senanglah orang mahu cari aku di search engine. *Angan-angan tinggi* Aku juga mahu belajar SEO atau search engine optimization, agar trafik aku meningkat, di samping dapat menjana wang sampingan yang menguntungkan.

5. Rahsia Orang Kaya Bertambah Kaya

Aku suka dengan entri yang ini. Membongkar segala rahsia yang dimiliki oleh orang-orang kaya untuk menjadi kaya. Siapa yang tak mahu jadi kaya, bukan? Ada yang menjadi kaya dalam tempoh masa yang lama. Kumpul duit gaji simpan dalam tabung, siap buat invesment. Ada pula yang menjadi kaya dalam waktu yang terlalu singkat, umpama pemilik Facebook Mark Zuckerberg. *lidah terbelit* Dengan hanya membuat aplikasi Facebook yang kini sudah menjadi trend semua manusia di atas muka bumi juga sudah mampu menjana pendapatan berbillion-billion. Hebat betul mereka. Apa pun cara kita untuk menjadi kaya, kita harus kembali kepada diri kita masing-masing.



Tetapkan dahulu niat yang betul untuk menjadi kaya. Melalui entri ini aku dapat belajar bahawa untuk menjadi kaya itu kita perlu sentiasa memiliki sifat suka memberi. Sifat suka bersedekah. Percaya atau tak, apabila kita rajin memberi dan bersedekah, kita takkan jatuh miskin, bahkan kita akan menjadi lebih kaya lagi. Benar. Ini bukan kisah dongeng belaka. Bahkan untuk menjadi orang yang kaya juga kita harus sentiasa mencari peluang untuk mendapatkan sumber pendapatan. Malah, diri harus mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan sentiasa ada passion yang tinggi untuk mencari ilmu. Kerana dengan ilmu yang adalah, kita dapat tahu strategi yang berkesan dan efektif untuk menjadi kaya.


Demikian berakhirlah sudah review aku mengenai entri-entri yang berjaya memikat hati aku dalam blog Denai Hati.

Semoga bermanfaat. Selamat meneruskan ibadah puasa.

Friday, July 18, 2014

MH17 dalam Kenangan

Bismillah.



Pagi ini seluruh dunia dikejutkan dengan insiden yang menimpa pesawat Malaysia Airline MH17 yang memulakan perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Punca kemalangan dikatakan kena tembak dari bawah kononnya. Apapun bab-bab punya ni aku tak berani nak mengulas lebih dan aku tak mahu mengemukakan teori, takut jadi fitnah.

Aku dapat tahu berita ni pun dari abah aku lepas bangun untuk sahur tadi pagi. Masa aku tengah sibuk nak mengorek nasi dari periuk, abah aku tetiba bersuara, "Kesiannya pesawat Malaysia terhempas."

And I was like, speechless.

Dalam keadaan yang masih mamai itu aku terkejut juga. Lepas aku angkat nasi ke meja, aku pun ke ruang tamu sekejap, buka berita di TV3 mengenai MH17. Entah perasaan apa yang sedang menimpa aku ketika itu. Rasa macam, like seriously? Atau aku cuma mimpi? Ternyata ini bukan mimpi.

Dengan tragedi kehilangan MH370 yang masih belum dapat ditemui sehingga kini, negara kita sekali lagi dikejutkan dengan insiden hitam yang menimpa pesawat MH17. Apakah semua ini? Petanda dari Allah? Ada benarnya juga.

Sudahlah isu Gaza di Palestin belum selesai, dengan serangan bom dari Israel laknatullah sehingga meragut beratus nyawa yang tidak berdosa, dengan isu Sabah yang dah macam tak selamat sampai ada perintah berkurung. Dahlah aku tinggal di Sabah, di Lahad Datu pula. Allahu Akbar. Nampaknya, tahun 2014 ini benar-benar tahun dugaan buat kita seluruh rakyat Malaysia.

Apapun, semoga dengan insiden meruntun jiwa dan menyayat hati ini akan memberi kesedaran dan iktibar kepada kita, bahasa kita tidak akan kekal selamanya di muka bumi ini. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik segala nikmat kita. Apabila Allah kata jadi, maka jadilah.

Walaupun insiden ini telah meragut nyawa para penumpang dan anak-anak kapal, tetapi mereka tidak pergi sia-sia dengan begitu sahaja. Sungguh beruntung mereka kerana nyawa mereka dicabut pada hari Jumaat yang mulia. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ni. Masha Allah. Sungguh bertuah mereka.

Sumber gambar dari http://bloks-lenterahati.blogspot.com/2012/02/terjemahan-surat-al-fatihah.html


Akhir kata, marilah sama-sama kita mendoakan agar semua mangsa yang terkorban akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Kepada keluarga mangsa, mohon tabah dan terima takdir ini.

Allah uji kita kerana, Dia sayangkan kita.


Wednesday, July 16, 2014

#Wordless Wednesday - Wakaf dalam Quran


Sunday, July 13, 2014

Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan

Bismillah.

Cerita fasal rehlah. Sebelum tu, korang tahu tak apa tu rehlah? 

Rehlah maksudnya melancong, melawat atau menziarahi sesuatu tempat. Kira macam outinglah, demi merapatkan ukhuwah kerana Allah. In sha Allah. 

Biasanya term-term macam begini selalu diguna oleh budak-budak surau, atau geng-geng usrah, tabligh dan sebagainya. Ada banyak lagi term-term yang aku baru tahu maksudnya macam ikhwah, akhwat, usrah, ukhuwah fillah abadan abada (amboi panjangnya) dan macam-macam lagi. Eh sekejap, aku budak surau ke? Hahaha. Ingat budak-budak alim yang pakai jubah dan serban je ke boleh jadi budak surau? Di Matrikulasi, sesiapa pun boleh jadi ahli surau atau secara spesifiknya di kolej aku, Kolej Matrikulasi Labuan, kami ada Sahabat Al-Irfan (take note bahawa surau KML namanya Surau Al-Irfan), which means kumpulan yang menggerakkan aktiviti dan program keagamaan. Alhamdulillah, aku sendiri pada mulanya bukanlah Geng Irfan, tapi aku sendiri ditarik masuk oleh rakan kolej sendiri yang namanya Syukri Bin Seesaw (nanti korang tengoklah dalam gambar). 


Alhamdulillah, banyak faedah, manfaat dan nilai tarbiyah yang aku perolehi sepanjang menjadi Sahabat Al-Irfan. Aku tergolong dalam Lajnah Penerbitan, alah yang selalu buat brosur untuk jemaah selepas solat Jumaat, tapi kan jujurlah aku kata, Lajnah kami ni paling aktif berbanding lajnah-lajnah lain tau sebab kami selalu buatt usrah tau. Ahahahahahahaha, syok sendiri, lols.

So, ni first aku pergi rehlah bersama geng aku, Lajnah Penerbitan digabungkan dengan Lajnah Peralatan dan Inventori. Kami buat rehlah pada waktu pagi (hari Sabtu ke Ahad tak ingatlah) di Pantai Pancur Hitam, Labuan. 

Sampai je kami, terus buat Solat Sunat Dhuha. So, ini pun my first experiencelah solat sunat dhuha berjemaah tanpa ada karpet atau sejadah. Ambil wuduk pula guna air pantai yang punyalah masin. Muslimat dorang ambil wuduk di tandas tapi jauhlah, budak-budak lelaki ambil je dekat air laut. So, bayangkan masa aku nak berkumur-kumur guna air laut, dah berapa mole sodium chloride yang melekat pada rongga mulut dan gigi aku, dah macam minum air masin berajinamoto. Sungguh concentrated, dah boleh buat electrochemistry pula. Eh. 

Time nak solat pula, setiap kali sujud tu melekatlah segala tanah lumpur ranting cacing kerawit semut merah jambu apa semua tu kat muka kami. Sila bayangkan muka kami yang separah comot. Hehehe. Tapi alhamdulillah, ada hikmah kerana mengingatkan diri kita yang berasal dari tanah.

Usai solat dhuha, kami pun ngaplah kejap. Lapar doh.



Sandwich sardin. Entah dah berapa keping aku makan sebab sedap sangat.

Tengok, betapa tamaknya aku ambil dua keping sandwich untuk dimakan, dan akan sambung makan sandwich lagi.

Ops. Candid. Yang ni kami dah prepare nak duduk dengar ceramah oleh pensyarah kami. Budak-budak lelaki kami duduk atas batang pokok yang dah tumbang. Muahahahaha.

Amin (yang pakai baju oren, Ketua Lajnah Peralatan dan Inventori) sedang mengacarakan majlis. Yang pakai selipar pink tu pula pensyarah kami yang akan sampaikan tazkirah. Tuan Sarimi namanya. Selalu bagi kuliah Maghrib di Surau Al-Irfan.

Maka kami pun mendengarlah setiap bait perkataan yang beliau lontarkan dengan penuh khusyuk sambil ditiup oleh angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Ada yang mencatat, Aku pula, guna tab je rakam. Ngeh.

Usai tazkirah oleh Tuan Sarimi, kami muslimin dan muslimat dibahagikan kepada lelaki dan wanita pula, untuk bulatan sesama sendiri. Eh, I mean, kira macam usrah minilah.

So yang tengah tu Syukri Seesaw (yang tarik aku masuk Al-Ifran hehehe). Dia jugalah yang mengepalai Lajnah Penerbitan setiap kali ada usrah dan aktiviti lain. Dari kanan, Amin, Syukri dan Sahril.

Maka aku pun sempatlah mencoret apa-apa yang patut pada buku nota kawan baik aku sendiri, Hazwan. Tak ada kerja nak buat kan, so aku pun buatlah peta minda di buku notanya. Hehehe. Dia pun ok je. :p

Inilah Hazwan, sahabat baik aku. Ops. Candid gitu.

Kemudian usai habis bulatan mini, kami pun rehatlah sekejap. Bebudak lelaki dorang tu nak main bola sepak. Aku je tak join sekali sebab aku tak minat nak main (bukan kaki bangku tau, cuma tak minat main, eh.)

Kemudian kami pun pergi ke aktiviti seterusnya, iaitu membina istana pasir. Well, ini group aku punya istana pasir.


Tengah-tengah tu kami punya.
Yang ini geng lelaki lain yang punya. Macam cantik je, nak pijak boleh? Ahahahahaha. Kejam.


Yang ini budak perempuan punya. Okeylah kan? Ngeh.

Sesudah itu, kami pun rehatlah sekejap. Then kami sambung lagi dengan aktiviti akhir iaitu "Siapa yang dapat leraikan tali dialah menang". Amboi punyalah panjang tajuk permainan. Well, aku sendiri pun tak tahu apa tajuk game tu, tapi dia lebih kurang macam begini, dua orang berpasangan, tangan setiap orang akan diikat dengan tali, so siapa yang dapat leraikan tali ini tanpa memutuskannya dengan cepat, pasangan itu akan menjadi juara.

So aku pun berpasanganlah dengan Hazwan, lerai punya lerai tak dapat. Siap nak masuk ke tangan masing-masing, posing macam ahli akrobatik (sila bayangkan) tapi still, tak dapat juga. Pasangan-pasangan yang lain dah berjaya lepaskan tali, kami je belum. Bila tinggal beberapa pasangan yang belum leraikan tali, si ketua game tu pun bagitaulah hint macamana nak leraikan, so aku dengan Hazwan pun tengoklah tutorial singkat tu. Then, kami pun cuba dan cuba untuk leraikan, tapi tak dapat juga.

Last-last, tinggal aku dengan Hazwan je group yang tak dapat buka ikatan. 

Akhirnya, aku sendiri mengalah dan aku cakap dengan Hazwan, 

"Kita memang tidak akan terpisah selama-lamanya". 


Dan akhirnya kami pun dah selesai rehlah. Kemas-kemas barang, tinggal nak balik kolej je. Alhamdulillah.

Walaupun ini first dan last aku rehlah dengan geng surau, tapi banyak pengalaman dan tarbiyah yang aku peroleh. Sungguh tidak ternilai. Lebih-lebih lagi aktiviti rehlah macam begini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama kita. 

Aku merindui segala kenangan bersama kalian meskipun kita hanya bertemu sebentar.
Susah dan senang kita tempuhi bersama, bertemu berpisah kerana Allah.

Sesungguhnya kenangan ini sungguh berharga buat diriku yang tidak punya apa-apa. Semoga Allah merahmati kita semua.


Friday, July 11, 2014

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Bismillah.

Saya dah lama tak join give away dalam blog. Kalau ikut pun tak pernah-pernah pun ada rezeki nak menang. Tak apalah, kali ni nak join sebuah giveaway dari Tuan Zamani Abe. Join segmen sebegini pun okey juga, bukan hadiah yang menjadi sasaran utama, tetapi demi merapatkan lagi ukhuwah sesama blogger, ya tak?

Tekan gambar ini untuk menyertai segmen ini.

Kalau rezeki boleh juga menang Mini Power Bank. Ada dua untuk dimenangi oleh dua orang. Nampak cute, simple dan elegan. Wah! Lagipun, yalah kan, sekarang orang pakai smartphone ke tablet ke apa semua cepat je bateri nak habis. Lebih-lebih lagi kalau digunakan untuk surf internet, buka youtube, laman sosial, dengar lagu and so on. So, dengan adanya Mini Power Bank yang comel dan senang dibawa ke mana-mana ini diharapkan dapat menjadi penyelemat seandainya peratus bateri gajet komunikasi kita tinggal 0.5 peratus lagi. Eh.

Terima kasih. Selamat bersegmen.

Thursday, July 10, 2014

Kimia Matrik : Susah atau Senang?

Bismillah.

Tadi saya check laman Nuffnang. Tengok punya tengok bahagian keywords yang sampai ke blog ni, tetiba ada yang nak search 'Tip Belajar Kimia di Matrik'. Kesian juga, orang nak search benda yang nak dicari tapi tak juga dapat-dapat. So, demi tak nak menghampakan pengunjung blog ni, maka saya akan kongsikan sebuah entri tip yang mungkin berguna untuk anda.

Kimia.

Jujur saya kata, dulu masa SPM, saya tak berapa berkenan dan minat dengan subjek ni. Sebut saja Kimia, mesti benda-benda seperti Avogadro Constant, Thermochemistry, Electrochemistry, Stoichiometry (berbelit-belit nak sebut) dan macam-macam lagi yang akan terngiang-ngiang di benak anda. Oh tak dilupakan topic Organic Chemistry yang membuat orang rasa macam...oh my God! Kena hafal dan lukis struktur benda-benda pelik tu, and then ulang mekanisme bla bla bla dan you all sendiri pun tak tahu apa sebenarnya tujuan nak belajar semua ni! Chill, chill! Relaks brother, brother relaks! Eh.

Tapi kan, actually Kimia ni taklah susah sebenarnya. In sha Allah. Kalau kita tahu cara nak belajar, boleh punya. Confirm dapat A, A+, A++, A bintang-bintang seinfiniti dan yang sekufu dengannya. Kenapa perlu fikir sesuatu subjek itu susah sekiranya kita sendiri tidak mahu berusaha? Kejayaan tak akan datang bergolek dan berguling-guling andai kita sendiri tak buat apa-apa. Right? Okey, penat membebel. Mari kita sambung topik.

Betulkah senang dapat A dalam Kimia di Matrik?

Ha'ah. Jujurlah saya kata, memang senang. Bukan mahu riak, tapi subjek Kimia adalah antara subjek yang senang untuk diskor dalam program Matrikulasi. Semester 1 korang akan belajar introduction kepada Kimia sampailah Ionic Equilibria. Basically, semester 1 ini lebih kepada calculation dan memerlukan anda untuk menghafal beberapa formula asas. Korang hanya perlu hafal formula dan tahu cari info dan substitute, alah, macam Fizik juga. Cumanya, ada certain soalan tu korang kena master sikit time buat latih tubi tu. Contoh dalam topik PV = nRT (P = pressure, V = volume, n = number of moles, R = Rydberg Constant, T = Temperature must in Kelvin), kadang-kadang dia agak tricky, tapi kalau saya nak explain di sini susah sikitlah. Tapi, taklah susah nak faham, cuma perlukan imaginasi kalau nak jawab. Mula-mula tekanan wap sama dengan ini. Kemudian tekanan wap dalam balang sama dengan ini. Alah, you all kan pandai Maths juga kan? Add Maths saya SPM dapat C je tau so benda-benda macam begini mesti boleh catch up punya.


Hafal formula je? Senangnya!

Haah. Hafal formula. Macam Fizik. Tapi formula Kimia taklah banyak macam Fizik yang entah dah berapa ratus saya kena hafal tapi sekarang dah lupa sikit demi sikit oh my. Yang penting, pastikan korang tak buat kesilapan ketika masukkan nilai dalam kalkulator. Common mistakes itu biasa, tapi seboleh-bolehnya hindarilah ia. Jangan terlalu careless. Buat jalan kerja dengan teliti. Oh ya, lupa, di matrik untuk subjek Kimia dan Fizik, untuk jalan kerja yang memerlukan pengiraan, bukan macam maths yang perlu korang selesaikan langkah kerja demi langkah kerja yang berlambak sampai 3 muka surat tak cukup. Eh. Yang penting, korang kena tulis formula, masukkan nilai  dan  jawapan akhir. Sebagai contoh, cari V.

Answer:

PV      = nRT 

(0.8)V = (0.2)(0.0826)(300)

V         = 6.195 L

Ya, lebih kurang begitulah. And please make sure your final answer must include with correct unit. Untuk pastikan jawapan itu tepat, pastikan anda dah standardise unit, maksud saya, kasi seragam. Kalau nak guna L (litre), semua entity isi padu mesti guna nilai L. Kalau tak, adalah sangat tinggi keprobabilitian untuk jawapan anda salah. Dan pada ketika anda menjawab exam dan degil mahu dengar cakap saya, silalah meraung dengan tangisan berdarah anda itu. Oh.

Err, Organic Chemistry itu benda apa pula?

In sha Allah, satu hari nanti. chemist-to-be.


Hish hish hish. Bukan ke korang dah pernah belajar hydrocarbon sebelum ni di sekolah? Yang CH3CH2Cl.

Di Matrik, korang akan belajar kimia organik dalam semester 2. Dimulakan dengan introduction to organic chemistry, hydrocarbon, blablabla sampailah Polymer. Susah ke? Haah. Susah gila. Haha. Taklah. Senang je. Susah sebab agak challenging kot. Entahlah. Pernah juga terdetik dalam hati saya yang mengatakan topik ini susah gila. Oh okey, nampaknya perkataan 'gila' itu agak keterlaluan. Baiklah. Susah. Hmmm, taklah susah sangat dan taklah senang sangat. Sebab soalan dalam exam, dia akan gabungkan semula sekali. Macamana hydrocarbon ini boleh jadi alcohol? Lepas tu macamana nak buang salah satu functional group tu? Nak kena guna apa? Apa kondisinya? Blah blah blah. Korang kena lukis sendiri apabila soalan tu dah bagi bahan reactant. Korang tahu tak apa tu benzene? Tak tahu? Oh, okey. Tapi benda alah ni memang wajiblah korang jumpa sepanjang menjadi pelajar Kimia Organik.

Kalau saya explain panjang-panjang di sini tak guna pun kalau korang buat muka blur. Beginilah, saya akan simplify kepada beberapa perkara yang korang kena focus sepanjang belajar Organic Chemistry.

1) Naming the compound based on IUPAC. Yang ini korang akan belajar macamana nak naming, tak susah pun. Senang.

2) Draw the structure. Maybe, from IUPAC to structure, or otherwise. Tapi soalan-soalan begini jarang keluar dalam final exam, untuk UPS, tutorial dan kuiz, of course ada.

3) What are the common reactions. Apakah beberapa reaksi tindak balas yang akan berlaku kepada kumpulan sebatian kimia organik itu? Sometimes ada lecture notes yang korang copy direct dari softcopy oleh pensyarah, ada beberapanya sudah out of the syllabus.

4) Chemical test. Yang ini korang kena tahu macamana nak membezakan organik itu dengan organik ini berdasarkan beberapa siri ujian yang ada namanya sendiri. Brady's testlah, Lucas testlah, bromine water test, blah blah blah, ada banyak. So silalah berikan beberapa kapasiti memori di dalam kepala anda ya. Dahlah kena tahu apa yang akan berlaku apabial telah melalui ujian ini. Kalau positive, apakah pemerhatiannya?

5) Physical and chemical properties. Yang ini biasanya soalan akan bagi punya, wajib. Tak susah pun. Kalau dah faham teori dan konsep, tentang ikatan bond (hydrogen bond, van der waal force), in sha Allah boleh jawab punya.

Oh. Macam senang je Organic Chemistry.

Hah. Kan saya dah cakap, senang je benda ni. Tapi kalau korang tak buat praktis, tak rajin tanya pensyarah, malas nak siapkan tutorial, memang susah dan tak ada harapanlah korang nak dapat A dalam Kimia ni.

Soalan terakhir untuk abang (ecewah panggil abang pula, malu titteww tau! Er.) Abang nanti nak further study dalam bidang apa?

Of courselah saya nak sambung dalam Kimia. In sha Allah, saya sekarang masih tunggu jawapan dari UPU. Transkrip matrik pun belum sampai rumah alahai. Tapi kan, saya search di internet dan based on senior's experience, ada yang kata Kimia di Universiti susah gila. Benarkah? Bikin takut saja. Hish. Saya tak sukalah benda-benda gossip ni. Bukan apa, tapi ia hanya akan melemahkan semangat. Mana-mana bidang pun mana ada yang senang kalau kita tak berusaha bersungguh-sungguh, ya tak?

So, doakan aje saya dapat tawaran belajar Kimia di IPTA ya.

Assalamualaikum.





Wednesday, July 9, 2014

#Wordless Wednesday - Ukhuwah Fillah