Monday, May 19, 2014

Saya Sedang Menulis Manuskrip!

Bismillah. Assalamualaikum.

Maaf sangat sebab tak dapat nak update Warna-warni Minggu Orientasi Bahagian 2, sebab semalam budak-budak matrik KML sudah daftar masuk. Jadi kalau saya tulis pun tak ada siapa nak baca kan. Mesti start semalam lagi mereka sudah pun bergelumang dengan minggu penuh penyeksaan orientasi itu. Hehe.

Saya cuma nak uar-uarkan kepada semua pembaca blog saya, sama ada anda merupakan pembaca setia, atau silent reader bahawasanya saya sekarang sedang dalam projek menulis manuskrip! Ya, inilah impian saya selama ini, untuk melihat sendiri novel saya tersusun rapi dan kemas di rak kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Saya baru siap 10 muka surat. Ada dua ratus sembilan puluh muka surat lagi. Haha.

Tajuk manuskrip ialah ABM. Alamak dah spoil. Tak apalah. Langkah promosi awal. Terserah kepada anda untuk teka. Aku Bela Monyet? Atau, Awak Belum Menikah? Eh. Hehe. Sebenarnya saya mahu merahsiakan dahulu tajuk sebenar, tapi singkatannya memang ABM.

Saya tahu kalau novel-novel remaja ini orang tak pandang sangat, sudah klise, tak menarik, tak ada konflik yang kuat macam drama Korea dan blah blah blah. Tapi saya still stick untuk tulis cerita ini. Lagipun kisah ini merupakan kisah benar dan kisah pengalaman saya sendiri. Tentang apa? Tunggu sahajalah entri yang akan datang!

Nanti kalau sudah siap manuskripnya saya akan siarkan bab demi bab di sini ya. Segala komen dan kritikan akan saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tahu, menjadi penulis ini bukan mudah, perlu menghadapi segala cemuhan dan kritikan yang pedas-pedas (apatah lagi penulis muda dan masih baru seperti saya), dan bukan semua orang akan sukakan tulisan kita. Tapi anggaplah itu semua sebagai cabaran dan pemangkin motivasi kita untuk menulis.

Saya selalu menjadikan rakan-rakan penulis saya sebagai idola (khususnya yang sebaya dengan saya) seperti Izzah Haneefa dan Hasif Hamsyari. Mereka berdua sungguh berbakat kerana pada usia yang masih setahun jagung, sudah pun menghasilkan beberapa novel. Sebagai contoh, novel terbaru Izzah Haneefa berjudul Imam Mudaku Romantik, tebal okey novel tu! Nak terbeliak saya tengok novel tu. Bagaimana dia dapat hasilkan sebuah manuskrip yang tebal gegila seperti itu? Itu saya tak tahu. Novel terbaru Hasif Hamsyari pula, Bintang Madu.

Sesungguhnya saya sangat cemburu dengan kebolehan mereka menghasilkan manuskrip yang bagus-bagus. Tambahan pula nanti bulan depan, seorang lagi pendatang baru dalam dunia penerbitan novel, iaitu Adilah Zulkiffli akan melancarkan novel pertamanya berjudul Ameer dan Klik! Hebat, bukan?

Sebab itu saya sekarang sudah begitu bersemangat untuk menulis manuskrip. Yang penting, siapkan dahulu manuskrip. Jangan terlalu memikirkan kesempurnaan. Alright? Nanti lepas peram satu hari baru baca dan edit semula.

In sha Allah, saya akan menulis manuskrip ini di bawah terbitan DY Kreatif Network, sebuah syarikat penerbitan novel yang masih baru lagi dengan produk pertama mereka ialah Dear Yayah Catatan dari Eau Claire.



Mohon doa dari anda semua! ^_^

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment