Saturday, April 26, 2014

Matrik : Proses Daftar Masuk & Barang Keperluan

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. (Sungguh klise)

Alhamdulillah, ramai yang telah membaca entri saya sebelum ini. Rasa bersyukur kerana dapat berkongsi dengan semua pembaca tentang apa yang mereka tidak tahu. Baiklah, untuk entri kali ini, saya akan emphasize tentang bagaimana kita mahu masuk ke kolej, barang-barang yang perlu dibawa dan urusan pendaftaran.


1) Bayar Yuran dan buat Kad Bank

Once anda dah dapat tahu yang anda telah ditawarkan untuk masuk ke matrik, sahkan dulu, kemudian print semua dokumen yang dia bagi. Bawa dokumen-dokumen ini nanti ke matrik. Ada dokumen-dokumen penting yang kena diisi seperti borang perjanjian. Anda kena dapatkan tandatangan parent dan juga saksi seperti penjawat awam, jadi bolehlah minta abah dengan mak cik anda yang kerja sebagai cikgu atau pegawai kerajaan untuk sign nanti. Pastikan borang itu dicetak 2 salinan dan tandatangan untuk setiap salinan. Borang ini penting supaya anda boleh dapat elaun.

Untuk urusan pembayaran, sila baca dalam arahan. Biasanya pembayaran dibuat di bank yang tertera. Macam dulu, saya bayar di Bank BSN. Pembayaran ini hanya dibuat sekali sahaja dan ia adalah yuran pendaftaran sepanjang anda menuntut ilmu di bumi matrikulasi. Yuran berbeza mengikut aliran. Aliran sains kalau tak silap saya harganya RM 550, untuk akaun pula RM 480. Kenapa aliran sains mahal sikit? Sebab pelajar sains nanti akan diberi lab coat sepanjang menjalankan eksperimen seperti subjek Biologi, Kimia dan Fizik. Selain itu, harga yuran ini juga termasuk yuran MUET yang anda akan duduki nanti.

“Macamana kalau saya pindah keluar dari matrik? Adakah yuran saya akan dikembalikan?”

Hanya wang sebanyak RM100 sahaja yang akan dikembalikan iaitu yuran MUET. Untuk kes sebegini, sila rujuk dengan pihak pengurusan pelajar atau unit kaunseling kolej masing-masing ya.

Setelah selesai urusan pembayaran yuran, anda kena buat kad bank pula. Kad bank ini juga berdasarkan kolej matrikulasi masing-masing. Macam saya, di KML, kami guna kad bank rakyat. Tujuan buat kad bank ini adalah supaya pihak kolej dapat mendebitkan elaun ke dalam akaun masing-masing.

Ingat, jaga kad bank ini seperti anda menjaga bakal tunang anda. Eh.

Alright. Dah settle semua benda? Mari kita sambung.

2) Barang-barang yang perlu dibawa

Siapa yang pernah belajar di asrama sebelum ini, mungkin anda sudah biasa dengan benda-benda common yang perlu dibawa. Tapi itu bukan bermaksud anda tak payah baca perenggan ini. Anda kena baca juga okey, sebab “pesawat ini mungkin berbeza dengan pesawat-pesawat yang anda pernah naiki sebelum ini. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan juga mungkin berbeza.” Eh, dah tersasul jadi pramugari pesawat MASWings pula. Gitu.

Dalam dokumen pelajar ada dinyatakan senarai keperluan yang perlu dibawa seperti baju kuliah, baju sukan, kasut sukan, kasut kuliah, itu ini bla bla bla. Korang pun tahu baca juga kan? Tapi saya nak beri tips je.

a) Untuk lelaki, Baju kemeja kalau boleh biar yang plain, yang tak banyak corak bunga-geometri-batik-khat-kaligrafi. Putih is awesome. Necktie, tali pinggan jangan lupa. Lengan panjang nampak smart. Pastikan jangan beli yang non-cotton, especially untuk bakal-bakal pelajar KML, sebab nanti minggu orientasi korang akan di'compress', I mean, dipadat-mampat-himpit-sempitkan dalam Dewan Mutiara dengan 2000++ pelajar yang lain lagi. Dahlah kena pakai baju formal setiap kali berjumpa di dewan, tak ke panas tu? Pesan saya, bawalah kipas pontianak harum sundal malam atau kipas opera cina atau kipas elektronik. Sebab, serius, panas. T____T Seluar slack hitam ya, seluar jeans no no no. Tak payah bawah seluar jeans lah ke kolej, nanti kena rampas.

Untuk wanita, pakailah pakaian kurung, yang longgar. Yang muslimah, digalakkan pakai tudung labuh, baju labuh. Mohon jangan pakai pakaian yang ketat, sendat, melekat! Please okey. Malulah kita sebagai orang Islam. Tunjukkanlah adab kita sebagai orang Islam. Okey dah macam nak bagi tazkirah Zohor pula dah.

b) Hari Khamis, boleh pakai baju batik, baju batik tak perlu pakai necktie. Jadi jangan pula pakai baju batik dengan necktie. Takkah pelik? Hari Jumaat pula, boleh pakai baju Melayu. But make sure, pakai pakaian Melayu yang lengkap, I mean, kena ada songkok dan samping.
You all ada jubah ke? Kalau ada, bawa je. Biasa di kolej saya, kalau ada majlis agama, kalau berjemaah di surau, budak-budak surau ini akan pakai baju jubah. Kan sunnah? :) Sayang saya tak ada jubah, sebab saya tak pernah ambil tahu pun jubah sebagai sunnah Nabi.

c) Bersukan? Sebab tu kena bawa kasut sukan. Jangan risau pihak kolej akan beri baju T-Shirt untuk korang, lagipun nanti korang ada Kokurikulum juga kan?
Stoking tu, kalau boleh bawa lima pasang. Jangan sesekali pakai stoking yang sama untuk keesokan harinya. Berbau okey. Pakai stoking yang berlainan. Sesungguhnya kebersihan itu adalah separuh dari iman.

d) Kasut kuliah. Yang ni saya nak emphasize sikit. Saya tak nak korang jadi macam saya dulu. Gara-gara kasut kuliah yang low kualiti, pada hari kedua saya di matrikulasi, tapak kasut kuliah saya telah tercabut dengan penuh dramatiknya ketika kami semua sedang dalam perjalanan nak ke bilik tutorial untuk perjumpaan mentor mentee. Saya yang tak tahu apa perlu dibuat dan malu pula tu, buntu. Parents saya di rumah, 500 kilometer jauh dari sini. Mata saya mula berkaca. Saya tak tahu, saya runsing. Bayangkan, macamana saya nak jalan dengan kasut saya yang dah tercabut tapaknya itu? Kalau saya berjalan dan macam orang tempang si capek atau badut yang sedang membuat persembahan di sarkas. Uhuk! Lalu, tanpa semena-mena, saya pun mengalirkan air mata, mengenangkan abah saya yang nun jauh di sana, lalu tiba-tiba ada seorang fasilitator, abang Muhaimin namanya, dia tengok kasut saya tercabut. Kemudian saya pun tak tahu. 

Kemudian saya call abah saya, saya menangis dengan abah, kemudian saya nak bagi panggilan tu ke abang fasi tu, saya nak dia urus kasut saya yang dah tercabut, tapi dia kata, pakailah kasut sukan. What? Pakai kasut suka? Dengan baju kemeja serta necktie, tapi pakai kasut sukan? Saya pun, hmmm, tak apalah. Memandangkan semua pelajar dah masuk bilik, saya pun cepat-cepat ke bilik tutorial saya sambil mengelap air mata. Saya duduk di belakang sekali. Malu. Huhu. Lastly, abah saya call saya balik, minta kakak sepupu saya punya kawan, iaitu Kak Yusrina yang merupakan seorang guru di Labuan untuk belikan saya kasut yang lebih berjenama gitu. Dan alhamdulillah urusan saya selesai. So pengajarannya ialah, pastikan kasut yang korang beli tu biar berjenama. Tak kisahlah jenama Bata ke, Batu ke, yang penting ada kualiti.  Biar mahal, asalkan boleh pakai dan tahan lama. Orang kata, alah membeli, menang memakai. Gitu. Dan selepas dah beli, minta tukang jahit kasut, jahit kasut itu dengan tapaknya sekali dengan kukuh.

e) Barang mandian. You all bawalah apa yang patut. Untuk cuci baju, ada koperasi juga jual detergent dan pewangi. Bawalah berus cuci kain, baldi, hanger, penjepit baju apa semua tu. Takkan yang ni pun saya kena mentionkan. Cuma saya just nak tegur. Especially lelaki, yang perempuan tak ada kena-mengena. Bila you all pergi mandi, please, make sure, yang muslim tu, kalau pakai tuala, pastikan menutup aurat. Dari pusat ke bawah lutut. Kalau nak selesa, beli tuala yang macam orang Jepun punya tu, yang main sarung ke badan, macam pakai jaket. Please, jaga aurat. Once you dedahkan aurat you, dosa. And then bila dengan roommate, bila nak sarung pakaian tu, please jaga juga aurat ya. Bila nak sarungkan seluar, pakailah kain pelikat untuk elak aurat terdedah. Saya tahu benda ini tak perlu dimention sebab semua orang dah tahu, cuma saya nampak sejak akhir-akhir ni, mengikut pengalaman saya sebagai budak matrik, ada je yang senang-lenang tayang aurat, malah ada yang just pakai spender masuk tandas. Apakah. -.- And then, pandai-pandailah urus misai dan bulu ketiak tu ya. Jangan buat orang lain rasa tak selesa. Dalam Islam pun kita diminta untuk pendekkan misai dan bulu ketiak. Janggut jangan pula dipotong. Sunnah Nabi tu weh.

f) Bawalah alat-alat tulisan, beg kecil ke kuliah, fail (yang ini kena beli banyak sikit. Kalau boleh cuba beli beg fail yang korang boleh sumbat lectures note dan tutorial mengikut subjek. Senang, comfortable dan sistematik gitu).

Perlu bawa laptopkah? Tak perlu pun tak apa. But for you kesenangan, bawa je, especially for budak-budak Sains Komputer dan budak-budak yang selalu menjadi harapan kumpulan untuk siapkan assignment atau presentation. Lagipun di pusat sumber ada komputer untuk buat kerja dan internet.

Printer? Hmm, kalau saya, saya bawa je. Abah saya beria-ia nak belikan saya printer. Bersyukur dapat abah macam dia. Sayang abah ketat-ketat. Beli printer yang jenis HP. Ink kualitinya tinggi, murah pula tu. Tapi tiada paksaan untuk bawa printer ya adik-adik. Printer biasa saya buat untuk fotostat lecture note, print task kimia, print presentation dan macam-macam lagi.

Kertas A4 atau kertas kajang of course selalu diguna whenever you want to do your tutorial. Tapi kalau nak guna buku nota panjang tu pun tak apa. But depends on pensyarah kalau dia nak guna buku atau kertas. Tapi saya fleksibel sikit. Kadang-kadang selesa guna kertas kemudian klip, kadang-kadang selesa guna buku nota yang panjang itu buat tutorial. Bawa stapler okey.

g) Gajet? Of course boleh. You nak bawa handphone canggih-manggih, Apple iPhone 5, 6, 7, 8, 9s, Samsung Galaxy Note Infinity (eh), pun boleh. Saya galakkan yang ada iPad atau tablet untuk bawa sekali. Sebab apa? Sebab nanti dalam kuliah atau kelas tutorial, kadang-kadang kita tak sempat nak salin jawapan atau nota. So, dengan adanya kecanggihan teknologi ini, dapatkan memudahkan kita untuk membuat kerja. But, you all kena pandai jaga barang-barang ini, kalau tak, nahas. Kita tak tahu, di matrik, ada muka nampak macam baik, tapi sebenarnya pencuri. Huh!

“Boleh ke bawa handphone ke kelas kuliah dan tutorial?”

Boleh. Tapi, jangan guna time cikgu sedang mengajar. Please, kasi silent okey. Kalau tak, kena rampas, saya tak nak tanggungjawab haha.

h) Alat-alat seperti pemanas air dan seterika boleh dibawa. Tapi ada sesetengah matrik dorang ada bilik khas untuk korang seterika pakaian. Tapi di matrik KML, seterika je dalam bilik. Oh ya, berkenaan cuci pakaian, rasanya setiap matrik ada bilik dobi untuk cuci pakaian. Macam di KML, kitorang ada bilik dobi, ada 2 mesin basuh untuk setiap blok. Tapi limited editionlah. Maksud saya, siapa cepat, dia dapat! Dahlah kena bayar RM2 untuk 1 jam. Kalau nak jimat, baik guna kudrat sendiri untuk cuci pakaian di bilik air. Lagi senang, jimat dan menguatkan otot. Gitu.

Jangan bawa periuk nasi nak masak nasi sudah! Ada je student yang pepandai nak jadi chef, siap bawa pan elektronik lagi nak masak ayam panggang.

i) Jangan lupa juga beli mangga untuk kunci loker anda.


j) Makanan ringan? Bawalah biskut 1 tin besar, Vico Paket, Nestum Coklat, the boh, gula, sudu, garfu, pinggan mangkuk kalau nak mamam mee sedap, sebab saya tahu, akan ada satu masa, korang akan kehabisan duit sebab elaun belum masuk.


k) Buku rujukan? Tak payah bawa, lupakan semua buku rujukan SPM. Di sini nanti korang hanya refer lecture notes je. Mudah. Tak payah sesakkan fikiran nak baca buku rujukan yang tebal gegila. Tetapi kalau nak beli pun tak apa. Macam budak yang ambil subjek Biologi, ada satu buku rujukan tebal gegila yang namanya Campbell Biology, tak silap saya harganya RM100++ gitu. Dia sebagai rujukan, boleh bawa sampai universiti.

Kalkulator, pembaris lengkuk, kertas graf bawalah juga ya. Sebab korang nanti akan buat lab report, yang akaun pun tak tercuali, subjek Ekonomi korang ada formula itu ini, ada grafnya lagi. Bawa pembaris panjang untuk lukis graf bagi subjek Fizik yang sentiasa directly proportional.

Amaran.

Ada beberapa barang yang DIHARAMKAN SAMA SEKALI untuk dibawa ke kolej. Sila ambil perhatian.

1) Minuman beralkohol. Please, yang minum arak tegar tu, no Whiskey,Champagne, Wine, Vodka, Bir or whatsoever are allowed here. Eh you all yang minum alcoholic drinks, stoplah minum arak. Arak tu selain haram di sisi Islam, sangat berbahaya. Boleh membawa maut.

2) Rokok. Ni lagi satu. Dah tahu rokok berbahaya mahu juga rokok. Yang lelaki, please, stop smoking. Dalam Islam pun dah difatwakan rokok haram. Tapi kan budak KML ni, ada je yang merokok macam tak ada perasaan. Nak terbatuk saya setiap kali lalu depan dorang. Astaghfirullah. -.-

3) Rice cooker.

4) Haiwan peliharaan.

5) Pisau.

Fuh. Jelas? Penat betul. Rehat sekejap. Okey sambung.

3) Pendaftaran masuk dan urusan asrama

Khusus untuk pelajar-pelajar Matrik Labuan, untuk kemudahan, di Labuan ada banyak hotel dan homestay yang boleh korang inap sebelum hari pendaftaran. Dulu saya menginap di Kampung Bukit Kuda, dalam homestay. 1 malam seratus lebih. Mak aii. Mahal gegila. Tapi kalau you all nak stay dalam surau KML pun tak apa. Tidurlah di Surau Al-Irfan tu. Jangan lupa niat iktikaf. Ada pahala beb.
Satu lagi tip, kalau boleh, datang seawal yang mungkin Kalau boleh jam 5.55 pagi dah ada depan pusat pendaftaran (atau Dewan Mutiara untuk KML). Sebab nanti barisan pendaftaran akan menjadi panjang, dah macam ular sawa sekiranya diteropong dari atas udara.

Sesi pendaftaran diuruskan oleh para pensyarah dan fasi-fasi korang. Make sure sebelum daftar, pakai pakaian formal, yang lelaki, rambut pendek, kukut dipotong. Korang akan daftar dalam system, dan pada saat itu korang akan dapat tahu korang dalam bilik apa dan korang ambil modul apa. Seperti mana yang saya telah beritahu, modul tu korang boleh tukar semasa minggu orientasi.

Kemudian, korang akan diambil gambar untuk buat kad matrik. Kemudian, err, err, korang ikut jelah apa yang disuruh. Selesai pendaftaran masuk, korang akan masuk ke blok asrama korang pula.
Untuk KML, korang ada 6 Blok. Untuk wanita, Blok A dan B (Atau Karisma A dan Karisma B), disusuli dengan Blok C dan D ( Atau Madani C dan Madani D). Untuk jejaka, korang akan duduk dalam Blok E dan Blok F (Atau Luhur E dan F). For your information, saya tinggal di BLOK E, bilik pertama lagi tu. Gitu. :p Oh ya, ini ada tips macamana kebarangkalian korang untuk tinggal bersama-sama dengan sahabat sehidup-semati anda menjadi tinggi. Masa daftar masuk, berdiri dalam barisan rapat-rapat. So mungkin korang akan sama bilik, tak pun berjiran, dan of course, semakin awal you all daftar, semakin anda dapat ground floor, dan sebaliknya.

Apabila dah masuk blok, sila ambil kunci, dan apa-apa yang patut. Kalau KML, korang akan dapat kunci, dapat neckie KML dan T-Shirt KML. Setelah itu, bolehlah ke bilik masing-masing, dan tibalah masanya untuk anda belajar berdikari. Kalau nak bawa parents masuk pun boleh tak ada masalah. Nak minta tolong kemas ke.

Dah selesai? Haah. Memang dah selesai pun. Itu je untuk urusan daftar masuk. Dan tibalah juga saat anda akan berpisah dengan keluarga tercinta. Lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang tak pernah berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama seperti saya. Peluk-peluk, pipi ke pipi. Saya masih ingat masa mummy saya peluk saya, dia pesan,


“Jangan lupa solat, baca Al-Quran dan belajar berdikari.”


 Sungguh terharu sehingga saya pun turut mengalirkan air mata. Yup. Dan masa minggu orientasi pun saya selalu menangis apabila dorang tayangkan video-video yang membuatkan saya menangis dengan bersungguh-sungguh. Tapi itu semua saya akan kongsi pada entri akan datang. In sha Allah. Saya akan kongsi mengenai kisah-kisah menarik, yang manis dan yang pahit dalam minggu orientasi.

Terima kasih kerana membaca. Doakan kejayaan saya untuk Paper Fizik. Kalau ada soalan inbox je saya dalam FB.
Assalamualaikum.



109 comments:

  1. Terbaik... Sgt bmanfaat.. Thanks..

    ReplyDelete
  2. saya nak tanye..
    saya nak buat pembayan yuran matrikulasi.. tapi dlm surat tawaran yg saya print tu x de no account matrikulasi yg sy dapat tu.. so macam mana ek? saya tak faham macam mana nak buat pembayaran yuran tu... Thanks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembayaran dibuat melalui Bank. Cuba baca surat tu, dia kena bayar di bank mana. Macam saya, bayar di bank BSN. :)

      Delete
  3. salam...nak tanye elaun tu bila boleh dapat?i mean,mase daftar terus dpt ke?kene tunggu 2,3 minggu or sebulan?terima kasih di atas perkongsian info...sgt bermanfaat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tak, biasanya setelah beberapa minggu daftar kolej baru dapat, sebab nanti mesti ada student yang sambung ke UPU atau whatsoever. :)

      Delete
  4. hi, saya nak tanya kalau no akaun matrikulasi tu dapat dekat mana? saya punya sepatutnya bayar dekat bsn dan, perlu ke register online dekat website matrikulasi tu? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nombor akaun matrik tu kalau bukan dekat surat tawaran, mungkin dengan petugas di kaunter BSN. Untuk Kolej Matrikulasi Labuan, ya, register awal-awal secara online. :)

      Delete
  5. Salam..sye nk tnye.. Yg borang2 tu kna isi pkai komp atau handwriting jerr.. N ad kna isi borang online ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Borang tu isi pakai handwriting je dik, nak minta tandatangan lagi kan. Borang online tak ada kot.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Err, depends kat koranglah, saya bawa baju tiga empat helai untuk kuliah, yang lain baju dalam dorm, baju sukan tu biasanya kolej bagi, pakaian solat, baju Melayu apa semua tu. Macam pergi sekolah asrama. :)

      Delete
  7. Salam, saya dah bayar yuran rm550 untuk aliran sains matrikulasi.. kalau saye tukar fikiran nak masuk f6, adakah saya boleh mintak balik duit atau duit tu tidak akan dikembalikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Hmmm, rasanya tak boleh, hanya yuran MUET sebanyak RM100 sahaja yang akan dipulangkan. Untuk info lanjut, cuba hubungi admin Matrikulasi Malaysia atau terus call pejabat kolej matrik yang awak belajar tu. Moga dipermudahkan segala urusan. :)

      Delete
  8. Assalamualaikum nak tanya ni .. Hari pendaftaran pakaian bebas or seragam .

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam. Pakai baju formal, macam baju kuliah. :)

    ReplyDelete
  10. Salam. Sy nak tny ni, kan dia minx pic ukuran passport tu tp kalau latar blkng warna putih xpa dak? Ni pun sbb undng2 baru nk bt lesen kna bg gamba pic ltr blkngnya putih so ingat nak bg pic tu jgk le for matrik. Boleh dak ehh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh kot. Dia tak ada pula bagitau latar belakang warna di belakang nak warna apa kan. Lainlah kalau nak buat passport ke luar negara atau lesen tu. :)

      Delete
    2. Okay, thank you. Kalau takboleh sy salahkan awk ya! Hahaha *jkjk Anyway, wish me luck for matrik :)

      Delete
  11. kalau tak upload gmbr wktu nak isi pendaftaran online tak pe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak sure juga dik. Tapi kalau di KML, walaupun kami dah upload gambar, tapi masa mendaftar hari tu, kami kena ambil gambar juga untuk buat kad matrik.

      Delete
  12. Hai! Sy nak tanya satu je soalan, abang ambil modul ape? Sy dpt modul 1, tp sy fikir nak tukar ke modul 2,sbb xde bio. Tp sy risau ttg sains komp. Adakah ia subjek yg senang utk dpelajari?

    ReplyDelete
  13. Hai! Sa mo tanya, itu sijil2 kokum sm sijil akademik perlu bw jg ka? Abang ambil modul apa d kml? Kalau sains komp tu senang mo belajar ka utk seseorg yg nda pernah belajar subjek tersebut? Please reply asap thanks :)

    ReplyDelete
  14. adakah pendaftaran online perlu...kalau saya x mndaftar secara online...maknanya saya kena daftar dekat kolej matrik berkenaan kah..?

    ReplyDelete
  15. Amat berguna....thank u so much....wpun adik sy msuk matriks kelantan....tp byk blajar psl APA perlu bawa n APA x bleh bwk....

    ReplyDelete
  16. hai assalamualaikum, em abg, ni sy lps isi online matriks, kenape dpt terus tahu keduduk block and tingkat berape yg sy duduk? takde chance dah ke utk sy nk sebilik dgn kwn sy yg seskolah?

    ReplyDelete
  17. sedih baca bab yang tinggal berjauhan dengan ibubapa.. oh ya Allah. dahlah dirini tak pernah duk hostel.. asal ikut camping yang sehari tu ja terus sakit bagai nak gila. :'(

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. sy bkal msuk KML bulan mei ni nnti. just nak tya msa kuliah wajib ke pkai kasut brttup jnis pvc/kulit (yg kaler hitam tu) bg yg prmpuan? bleh x klau pkai sandal/flat shoes ( klo blh yg kaler2 hahah) asalkan brtutup? btw thanks for the tips! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Pada awalnya wajib pakai kasut hitam. Kalau sandal flat tu tak sure juga, tapi rasanya pensyarah tak ada masa nak tegur kasut yang kita pakai. Asalkan bertutup dan sopan kan.

      Harap membantu.

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..
    maaf ganggu..saya nak memastikan lagi sekali jer..



    Dokumen di matrik

    1..dokumen peribadi pelajar perlukan cop k.kg ker??
    2..maklumat pelajar perlukan cop??
    3..akuan persetujuan ibu bapa perlukan cop
    4..pengakuan bebas dadah kena cop??
    5..lampiran serat beranak dan sijil lahir perlukan cop??
    6..surat perjanjian perlukan cop??
    7..dalam surat perjanjian saksi merupakan ketua kg,manakala penjamin merupakan ibu bapa??
    8..sijil2 berhenti skolah kena bawa n perlukan cop??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      1. Ya, kalau tak ada cop ketua kampung, guru-guru pun boleh, asalkan penjawat awam.

      2 sampai 6, ya, cop sahaja.

      7. Ya, penjamin ialah ibu bapa.

      8. Ya, bawa sahaja. Cop.



      Delete
  21. Assalamualaikum..
    maaf ganggu..saya nak memastikan lagi sekali jer..



    Dokumen di matrik

    1..dokumen peribadi pelajar perlukan cop k.kg ker??
    2..maklumat pelajar perlukan cop??
    3..akuan persetujuan ibu bapa perlukan cop
    4..pengakuan bebas dadah kena cop??
    5..lampiran serat beranak dan sijil lahir perlukan cop??
    6..surat perjanjian perlukan cop??
    7..dalam surat perjanjian saksi merupakan ketua kg,manakala penjamin merupakan ibu bapa??
    8..sijil2 berhenti skolah kena bawa n perlukan cop??

    ReplyDelete
  22. hai abg. tolong balas smua soalan sya ya hihi
    1. kalau x upload gmbar time daftar online tu xpa ka? ada x kwn abg mengalami kes seperti itu?
    2. dlam setiap block asrama kat situ, setiap timgkat ada bilik air kah ataupun 1 block 1 bilik air?
    3. lantai bilik asrama tu bertikar or x bertikar?
    4. ada berapa plug disediakan dlm 1 bilik?
    5. pelajar perempuan wajib berstoking ka?
    6, felo yg jaga asrama tu terdiri drpda pensyarah or student?
    7. err kehabisan idea hihih
    harap abg sudi membalas semua soalan sya walaupun agak mengarut. thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kalau tak upload gambar, kad matrik awak tak ada gambar.

      2. Setiap aras ada bilik air yang besar, ada shower, tandas dan tempat cuci baju.

      3. Ada yang bertikar, ada yang tak. So kena pakat dengan roommate beli tikar kalau nak ceriakan bilik.

      4. Plug ada untuk setiap orang. Jadi, bawalah extension wire kalau nak guna lebih barang elektrik.

      5. Wajib berstoking sebagai wanita muslim untuk menutup aurat in sha Allah.

      6. Pensyarah sendiri.

      Delete
  23. matriks ni klau exam tk ckup syarat minimum kena tendang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kementerian sentiasa nak pastikan pelajar mampu skor dalam akademi. Jadi, buat saja yang terbaik, in sha Allah takkan kena tendang. Jangan ponteng kuliah, siapkan assignment on time, selalu jumpa pensyarah untuk tanya soalan. :)

      Delete
  24. Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga memberi manfaat.

      Delete
  25. Assalamualaikum.
    Abang, saya lupa nak daftar online. Adakah saya tidak boleh daftar semasa di sana? Tolonglah saya bang. Saya buntu sangat ni. Saya bayaran semua dah siap. Cuma daftar online je belum. Tarikh baru tutup semalam. Saya tahu pun rakan saya bagitahu. Macam mana ni bang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Untuk kes seperti ini, adik perlu contact bahagian Matrikulasi dan nyatakan masalah adik. In sha Allah semoga dipermudahkan.

      Good luck and all the best. :)

      Delete
  26. Tumpang tanya abg, selain sijil lahir Ade Sijil lain yang perlu bawa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa sijil pengawas, sijil apa-apa sahaja yang berkaitan kalau mahu apply biasiswa untuk sambung degree nanti in sha Allah, tak pun kalau nak join JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar), dbawa je dokumen-dokumen tu, buat salinan.

      Semoga dipermudahkan in sha Allah. :)

      Delete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum..terima kasih kerana menjawab soalan saya..err..saya mahu tnye bagi perempuan kasut kulit mesti dibeli ker??lagi satu gambar yg bnyak2 kena tangkap dengan memakai coat ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah.

      Kasut perempuan dan lelaki kena berkulit, gambar yang penting gambar passport, tak wajib pun pakai coat, cukuplah pakai baju kurung atau baju formal in sha Allah.

      Delete
  29. Saya ambil modul 1..tapi biologi Ting 4 & 5 banyak yang saya macam semuanya tak faham.patut ke saya tukar modul lain...Kalau saya ambil modul 1 jugak sempat ke saya recover Biologi yang lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa.

      In sha Allah, pengajian subjek Biologi di matrikulasi akan bermula dari asas in sha Allah. Jadi, fokus sahaja terus dalam dewan kuliah in sha Allah.

      Good luck and all the best. :)

      Delete
  30. Tumpamg tanye..barang2 amali bile dapat?

    ReplyDelete
  31. Tumpamg tanye..barang2 amali bile dapat?

    ReplyDelete
  32. Barang-barang amali termasuk lab coat akan diberikan oleh pensyarah melalui ketua mentor anda nanti in sha Allah.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum . Saya nak tanya , kalau isi borg borg pendaftaran tak lengkap , macam mana ya?

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum . Saya nak tanya , kalau isi borg borg pendaftaran tak lengkap , macam mana ya?

    ReplyDelete
  35. Mcm mna mau daftar bilik KML online ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu saya kurang pasti, selalunya pihak admin Kolej akan beritahu dalam web site, sebab masa batch saya, kami daftar manual semasa pendaftaran hari pertama di Dewan Mutiara, KML.

      Semoga membantu.

      Delete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Hi. If rambut mmg color mcm orange and a bit brownish kena suruh color hitam ka? Rambut sya mmg original brownish and klu kena sunlight nmpk slightly mcm color jingga. Selalu kena tegur kat skola walaupun ini rambut ori 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah tak. Mungkin boleh cuba pakai hijab untuk cover supaya tak ditegur in sha Allah.

      Delete
  39. proses keluar dari matrik mcm mna? mksd sy prlu ke naik pejabat tandatangan sna sini atau blh keluar mcm tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu saya kurang pasti. Cuba tanya ke pensyarah atau tanya terus ketua jabatan di pejabat matrikulasi anda.

      Delete
    2. Owh ok thank you 😁

      Delete
    3. Owh ok thank you 😁

      Delete
  40. Salam..saya nak tanya,kalau nak bayar yuran kan mesti dibuat sebelum mendaftar secara online...misalnya,tarikh mendaftar online tu 9 mei,tapi saya nak daftar 18 mei,boleh ke?maksud saya,bayar dlm 16 atau 17 mei??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sebaiknya bayar yuran sebelum masuk ke kolej.

      Delete
  41. Buku buku panduan dalam dokumen yang perlu dibawa perlu dicetak juga ka kerana saya save dalam hand phone jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku panduan seboleh-bolehnya cetaklah sebagai salinan cetakan.

      Delete
  42. Assalamualaikum,, sye nak tnye, lepas pendaftaran nnti.. terus masuk asrama die ea ?? Maknenye mase hari pendaftaran tuu.. terus bawak semue baju, brg keperluan bagai tuu ??? Mohon pencerahan pleaseee... TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Lepas daftar, bawa masuk semua barang. Then petang tu lepas Asar selalunya dah kena berkumpul. Ikut tentatif yang diberikan oleh fasilitator.

      Delete
    2. owhh..okay2 thanks 4 info..
      then yg pasal dokumen2 tuu..mmg kene print out semue ea ?? boleh ke kalau nak print depan belakang kertas ???

      Delete
  43. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  44. assalam bang..hari pendaftaran tu kena lengkap berkemeja nectie and pvc skali kha bang...srry masih samar2 laginie

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum..saya nak tanya pasal saiz baju koko dan lab coat. Dua2 tu ada saiz yg besar tak? Saya bakal pelajar KML tahun ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Im not sure sebab selalunya saiz sama. Maybe boleh berunding dengan fasilitator dan pensyarah di KML nanti in sha Allah.

      Delete
    2. Ouh..okay terima kasih. Saya nak tanya pula pasal bilik. Mcm mana kita nak pastikan supaya dpt bilik yg sama dgn kawan kita? Agaknya boleh ke tak?

      Delete
    3. Yang tu saya tak sure. Kalau batch kami dulu, kalau kita beratur sama-sama time daftar memang dapat sebilik.

      Delete
  46. hi,nak tnya utk senarai dokumen dibawah adakah wajib dicop?sekiranya wajib dokumen tersebut harus dicop oleh siapa?senarai dokumen yg dimaksudkan ialah dokumen peribadi pelajar,dokumen maklumat pelajar,akuan persetujuan ibu bapa,pengakuan bebas dadah,lampiran surat beranak dan sijil2 termasuk sijil berhneti sekolah.dan sekiranya surat perjanjian sudah ditandatangan dan dicop oleh pegawai kerajaan adakah ia masih perlu dicop?harap boleh dijawab pertanyaan yg memerlukan kepastian ini,terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapatkan cop dari pegawai kerajaan, seperti cikgu anda.

      Delete
    2. adakah ia wajib utk dicop?

      Delete
  47. Hai bro, yang pasal Bank Raykat untuk elaun tu. Kalau takde, boleh kita bagi nombor akaun BSN tak? Btw, nice explanation ! Very helpful :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai juga. Kena juga buat kad Bank Rakyat. Semoga membantu.

      Delete
  48. setem hasil tu perlu matikan ka? i mean pergi pejabat daerah untuk matikan. ataupun pihak kml yang uruskan semuanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setem tu nanti pihak matrik yang akan uruskan.

      Delete
  49. Assalamualaikum.. Saya nak tanya, boleh ke tak nak bawa streka sama cerek elektrik?? Ada yang kata boleh, ada yang tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh, tapi kena daftar nanti. Dapatkan sticker je di psuat kolej masing-masing.

      Delete
    2. Kiranya kena beritahu yang kita ada bawa barang tu. Begitu ke?

      Delete
    3. Terima kasih...

      Delete
  50. Assalamualaikum..
    abg..sy nak tnya..dokumen2 tu perlu di sahkn d pndftaran kar mcm ic, surat lahir, ic ibubapa?? atau apa yg d mnta dalam web tu shja yg perlu d bwa? ada web tlah sdiakn borang2 yg prlu d print..ada tmpt kosong utk isi ic, surat lahir, ic ibubapa..prlu d gunting dn gam kar? prlu d sahkn lgik? ���� mohon pnjelasan bang..������

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy plajar kml utk thn ni.. :)

      Delete
  51. Salam nak tanya. Boleh kn nurse ygGkerja dgn kerajaan jd saksi perjanjian tu?

    ReplyDelete
  52. Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum. Sye nk tanya, boleh ke pljr aliran sastera(akaun) mohon utk modul 3 iaitu biolgy dan sains komputer?. Mohon penjelasan. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak boleh setahu saya. Perlu ada asas dalam sains waktu SPM.

      Delete
  54. assalamualaikum,
    saya nak tanya.kalau kita lupa nk print semakan matrik and tarikh kemaskini dh ditutup? adakah permohonan diterima?

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum..
    sye lepasan spm..sye nk tnye, yuran matrik bagi aliran sains brp ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaalaikumussalam.

      Saya tak sure sama ada harga dah berubah. Kalau waktu batch saya dalam RM500 gitu.

      Delete
  56. Saya nk tnya mmg bayaran yg dikenakan hanya rm500+ atau semasa belajar ada lagi bayaran yg dikenakan..mungkin ada bayaran yg diselitkan dan perlu dibayar selepas masuk ke matrik...adakah makan di bawah tanggungan sendiri seperri universiti atau ada dewan makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bayaran sekali untuk pendaftaran. Makanan tanggungan sendiri, ada kafe disediakan in sha Allah. :)

      Delete
  57. hai! saya baru semak tawaran ke kml dan diterima sebentar td

    1.pendaftaran online tu mcm mna ye?
    2.pada hari pendaftaran, kalau petang tu baru sampai and gi daftar boleh ke atau kene juga daftar awal pagi/ tengah hari?

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum bang bole tak kita daftar online sambil menunggu upu then kita x turun lapor diri sebab dah dpt tawaran upu yg kita mau? yurannya tu kita tangguh sehingga keputusan upu keluar lapor dirinya tanggal 5 jun apa pendapat abg?

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)