Friday, April 25, 2014

Apa yang anda akan belajar di Matrik?

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. (Dah malas nak cipta ayat berbunga-bunga sejak masuk matrik ni. Err.)

So, first, saya nak ucapkan tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya mendapat tawaran masuk ke Matrikulasi. Tak kisahlah anda ditempatkan di mana-mana Matrik sekalipun, janji anda dapat. Bukan senang nak dapat tawaran sehebat ini. Untuk pengetahuan, first impression bila saya dapat tahu yang saya dapat tawaran matrikulasi, saya rasa teruja-gembira-terharu-sampai-nak-terlompat-terkinja-kinja sangat (amboi gedik sungguh). Yup. Like seriously. Sebab sebelum ni, saya tak pernah dapat tawaran sebegini. Saya rasa macam, Ya ALLAH, syukur yang teramat, sebab sebelum ni saya tak pernah dapat apa yang saya impikan. Kalau dulu saya nak sangat-sangat masuk sekolah berasrama penuh, untuk belajar berdikari, tapi, rezeki itu bukan kita yang tentukan. Allah yang tentukan. Dan pernah masa saya nak check sama ada saya dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh masa form 4, saya menangis dengan bersungguh-sungguh, siap ada hingus sebab sedih yang teramat kerana tak dapat masuk SBP. Oh, itu kisah lama. Lupakan. Okey, dah, jangan nangis.

Alright. Back to our topic. So kali ini saya akan berkongsi dengan you alls tentang apa yang anda akan belajar di matrik. Tetapi sebelum itu, eloklah dahulu kalau saya terangkan program yang terdapat di matrikulasi.

Secara kesimpulannya, untuk matrik, kita ada 3 aliran, iaitu sains, perakaunan dan teknikal. Teknikal biasanya hanya ditawarkan di certain matrik, tapi sains dan perakaunan semua matrik ada.

Untuk sains, kita ada dua program. Satu, PST (Program Satu Tahun). Dua, PDT (Program Dua Tahun). Apa beza dua-dua program ini? PST belajar 2 sem. PDT belajar 4 sem (2 tahun). Dan bagaimana kemungkinan anda akan dapat sama ada PST atau PDT? Bergantung kepada result SPM. Tapi biasanya kalau result okey, dapat PST. Kalau result agak kurang, PDTlah nampaknya. Tapi, both program ada pro dan contra juga. Kalau PST, yang bestnya, dia cepat, 1 tahun. Yang tak best, oleh sebab 1 tahun, maka semua silibus akan dipadat-himpitkan sehingga anda akan berasa terseksa dan tercungap-cungap untuk belajar gitu. PDT pula, yang bestnya, korang akan belajar dengan relaks sedikit berbanding PST. Yang tak best, korang kena maintain pointer yang bagus untuk keempat-empat sem. Means that, if korang punya pointer teruk untuk sem 3, dia akan mempengaruhi purata pointer untuk keempat-empat sem. Jelas? Okey.
Untuk Akaun pula cuma ada program PST saja.

Okey, sekarang kita masuk pula lebih dalam dan detail. Untuk program sains, kita akan bahagikan kepada tiga modul.

  1. Modul 1 (Biologi dan Fizik)
  2. Modul 2 (Fizik dan Komputer Sains)
  3. Modul 3 (Biologi dan Komputer Sains)

Yang saya letak dalam kurungan tu maksudnya, subjek itu subjek pilihan mereka. Ada lagi subjek teras yang wajib diambil iaitu Matematik dan Kimia. Apa beza ketiga-tiga modul ini? Okey, relaks. Jangan cuak. Kita berkeropok-lekor sebentar sambil dicicah dengan sos cili KFC. Eh.

Modul 1, biasanya terdiri dari mereka yang cemerlang, gemilang dan terbilang resultnya ketika SPM. Pihak kolej menyenaraikan mereka sebagai Modul 1 kerana mereka percaya bahawa pelajar-pelajar Modul 1 mampu belajar subjek-subjek ini dengan baik. Lepasa Modul ini biasanya boleh jadi doktor kerana ada Fizik dan Biologi. Dan kalau korang perasan nanti, biasanya budak-budak Modul 1 ni kebanyakannya pendiam, berkarisma, berkaca mata dan bermata sepet. Eh.

Modul 2, yang ini pula terdiri dari pelajar yang kebanyakannya power dalam subjek mengira seperti Matematik dan Fizik, dan 90% daripada mereka amat benci subjek Biologi kerana mereka tidak suka menghafal fakta, nama spesies, kitaran dan macam-macam lagi. Menurut kajian, pelajar-pelajar Modul 2 ramai yang handsome-handsome dan macho belaka (lelaki lagi banyak). Tak percaya cuba tengok nanti. Haha. Dan of course, biasanya yang Modul 2 ni hyperaktif sedikit (tapi saya taklah hiperaktif, dorang je tu -.-) Dalam kuliah selalu bising kalau pensyarah minta jawapan. Dan banyak repeaters (calon mengulang) untuk modul ini. Anda akan lihat nanti. 

Modul 3, berlawanan dengan Modul 2. 90% amat bencikan Fizik, sebab itu mereka rela mengambil subjek Biologi kerana bagi mereka, Biologi ini senang, hafal sahaja. Dan nisbah lelaki kepada perempuan untuk modul ini ialah 1:8, maksudnya lelakinya terlalu sedikit.

“Macamana kita nak tukar modul? Saya tak sukalah bedah katak dan test darah. Saya nak pindah ke Modul 2!”

Jangan risau. Anda akan diberikan peluang untuk menukar modul. Biasanya proses ini akan berlaku ketika minggu orientasi. Kalau di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), anda akan diberikan surat permohonon dan tulis kenapa anda nak tukar. Macam saya, saya dulu memang dapat Modul 1, tapi saya dah nekad nak tukar ke Modul 2 sebab saya memang tak suka bedah katak, tikus atau test darah. Walaupun saya terpaksa mengorbankan subjek Biologi yang menjadi kegemaran saya sejak tingkatan 4. Uhuk. Tapi untuk kes yang dapat panggilan kedua, sekiranya anda ingin tukar modul juga, cepat-cepat jumpa ketua jabatan sains kolej anda. Beritahu dia bahawa anda teringin-gila-sangat nak tukar modul.

Okey. Penat saya menaip. Take 5. Okey sambung.

Sekarang saya akan kongsikan pula apa yang anda akan belajar di matrik ini.

Basically, di matrik, subjek terbahagi kepada dua.

Subjek teras, iaitu subjek-subjek yang anda kena study untuk exam nanti iaitu Kimia, Sains Komputer, Fizik, Biologi, Matematik Sains/Akaun, Akaun, Ekonomi, Pengajian Perniagaan. Subjek-subjek inilah yang akan menentukan pointer anda.

Subjek wajib, iaitu Pendidikan Agama Islam/Moral, Kemahiran Dinamika dan Kokurikulum.

Tapi saya akan fokus untuk aliran sains, sebab saya bukan dari akaun. Sorry. :(

Okey, mari kita telusuri satu persatu. Kalau ada yang sudah mengantuk, sila ambil wuduk. Kalau masih segar, tahniah saya ucapkan!

a) Matematik

Sama macam Add Maths yang anda belajar ketika SPM, cuma dia gabung sekali dengan Math Modern seperti Matrices. Untuk pelajar sains, topik Matematik yang paling famous dan sentiasa menjadi sebutan ramai ialah Integration dan Differentiation. Saya sendiri akui bahawa kedua-dua topik ini amatlah sukar untuk difahami. Anda juga akan belajar topik baru seperti Polynomial, Conics, First Order Differential Equation, Numerical Method (yang ini senang, trust me, markah bonus kalau jawab exam) dan Random Variable. Cuma korang takkan belajar lagi dah Linear Programming dan Index sebab itu khas untuk pelajar akaun je. Tapi jangan lupa, topik seperti Vector, Trigonometry Functions masih ada okey. T___T

b) Kimia

Semester 1, anda akan belajar balik apa yang anda mula-mula belajar form 4, bermula dari apa itu atom, nucles, isotopes bla bla bla. Semester 1 kebanyakan topik melibatkan calculation seperti kira Equilibrium Constant, concentration of product and reactant, Ideal Gas Law yang guna formula PV=nRT, De Broglie dan macam-macam lagi. Dan anda juga akan belajar tentang Periodic Table, explain perubahan element secara ke kanan, ke kiri, ke atas dan ke bawah. Oh ya, paling seronok yang lukis orbital overlapping, dia macam lukis atom itu tapi macam lukis chromosomes -.- Kemudian anda dah tak ikut sistem 2.8.8.1 yang electron configuration tu. Kat Matrik, korang akan guna spdf notation. Contoh, kalau SPM anda belajar 2.8.1, kalau di matrik, anda akan tukar jadi 1s2 2s2 sp6 3s1. Bingung? Alah senang je ni. Nanti korang akan belajar ya. Tak susah.

Semester 2, 3 bab terawal calculation, dan seterusnya anda akan belajar Organic Chemistry, bermula dari intro, hydrocarbon, benze, haloalkanes, alcohol, carbonyl, carboxylic acid, amine, amino acid dan polymer. Anda akan belajar tentang tindak balas kimia organik yang punyalah banyak gila-nak-naik-pitam-aku tapi sangat best sebab eksperimennya warna-warni gitu. Anda juga akan belajar naming kimia organik dan kena hafal beberapa reagent dan test seperti Brady Test digunakan untuk menguji kehadiran Carbonyl Compund dengan menggunakan reagent 2,4-dinitrophenylhydrazine. Cewah dah macam mengajar orang pula dah gitu.

c) Fizik

Jangan anggap subjek ini susah. Percayalah. Fizik yang anda belajar ketika SPM jauh bezanya dengan matrik. Fizik di sini senang, simple. Kalau SPM, korang kena buat essay kan? Kena choose 1 dari 4 pilihan bahan dan huraikan kenapa. Kena explain itu dan ini. Tapi di matrik, 85% soalan Fizik ialah Calculation. Diulangi, CALCULATION. Saya dulu pun, teramat benci dengan subjek Fizik, tapi di matrik, fikiran saya berubah. Fizik di sini, korang hanya perlu faham konsep dan tahu guna formula. Tapi, formula kena hafallah of course. Saya pun dah tak ingat ada berapa ratus formula haha. Tapi jangan risaulah. Once korang rajin buat tutorial yang diberikan oleh guru, korang akan ingat formula itu sampai bila-bila. Definisi dan laws sedikit je kena hafal. Di matrik, Sem 1, anda akan belajar Fizik Kuno. Eh. Maksud saya, Fizik yang motion, yang gravity, thermodynamic. Perlu diingatkan bahawa resolving kepada component x dan y akan sentiasa menemani anda untuk anda jadikan free body diagram itu seimbang dari semua sisi. In sha Allah pensyarah anda akan terangkan dengan lebih detail. Semester 2 pula, Modern Fizik. Korang akan belajar Elektrik, Elektromagnetik, Light, Physical Optic dan segala yang berkaitan dengan nuclear. Tapi senang. In sha Allah. Tak susah. Malah chapter 10 iaitu Wave Properties of Light hanya ada 1 formula asas saja, dan lecture note chapter 10 ialah 2 muka surat sahaja. Bayangkan? Sekiranya dibandingkan dengan Biologi. Eh. Terserlah diskrimasi di situ. Baiklah, sekarang kita beralih kepada Biologi.

d) Biologi

Saya tak ambil subjek ini tapi saya selalu ambil tahu apa yang kawan-kawan saya belajar dalam biologi. Basically, sekiranya anda seorang yang suka menghafal essay dan nama-nama yang pelik, subjek ini akan menjadi subjek cheesy wedges anda. Untuk Sem 1, anda akan belajar balik sedikit apa yang telah anda belajar ketika SPM. Bab 1 dimulakan dengan Molecules of Life. Tapi dia agak Kekimiaan sedikit sebab korang kena tahu hafal struktur beberapa compound essential yang ada dalam badan kita, macam amino acid dan water. Kemudian korang akan belajar tentang cell, cell division tetapi dengan lebih mendalam lagi. Mendalam di sini bukan bermaksud huraian yang mendalam, maksud saya, korang akan memasuki lebih DALAM lagi struktur itu. Jangan risau, chapter Reproduction masih ada -.- Dan biasanya ramai yang skor A dalam sem 1. Sem 2, errr, bab 1 ialah biodiversity. Korang akan hafal banyak nama-nama phylum itu ini, sebab kita ada 5 kingdom iaitu animalia, protista, plantae, monera dan errr saya tak ingat fungi ke? Entah. Kemudian untuk setiap kingdom akan pecah lagi, lepas tu pecah lagi. So korang akan hafal dan kena tahu juga struktur yang ada pada semut, labah-labah, sotong, singa, lembu, fungi, bla bla bla. Selepas itu anda akan belajar benda-benda yang membuatkan kepala anda sakit untuk bab-bab seterusnya, seperti Krebs Cycle, Glycolysis sebab kitaran-kitaran ini melibatkan Kekimiaan. Nak tak nak, korang kena belajar juga sama macam belajar chemistry organic. Dan nama-nama yang pelik korang kena hafal. Muahahahahahaha. Kejamnya saya. Sebab tu saya tukar pergi Modul 2. :p

e) Sains Komputer

Saya tak pernah ada asas dalam ICT, tapi percayalah, subjek ini terlalu-senang-gila sebab budak tahun 1 pun bisa jawab dong. Bermula dengan Sem 1 korang cuma ada 4 chapter je. Intro to IT, Computer System, Network dan Security. Korang just baca je. Dan korang akan jumpa logic gate macam dalam chapter Electronic Fizik form 5, tapi serius, senang nak faham. Korang juga akan belajar macamana nak tukar binary ke decimal, decimal ke hexadecimal and so on. Ingat lagi tak chapter number base yang korang belajar dalam Matematik tingkatan 5? Dia lebih kurang macam begitulah. Itu je sem 1. Tak susah. Senang. Sem 2 pun sama juga. Ada 4 chapter. Korang akan belajar tentang Multimedia, Database dan Information System. Tapiiiiiiii, part yang last sekali ialah PROGRAMMING. Chapter yang menjadi mimpi buruk buat semua budak komputer. Haha. Taklah. Programming taklah susah mana pun. Senang je. Yang penting fikir logik. Korang akan belajar macamana nak buat IPO, nak buat pseudocode dan flow chart. Dia lebih kurang macam begini. Korang nak cari luas segi tiga. So, input korang mestilah ada base dan height bukan? Proses korang ialah area = base * height * (½) dan of course, output korang ialah area of segi tiga. Senang je. Kemudian mungkin korang akan bingung sikit dalam penulisan C++. Korang akan transfer balik pseudocode yang korang buat tadi tu kepada C++. Korang kena tahu header file seperti #include <Iostream> lepas tu korang ada cin, cout, int (), return 0 and so on. Tapi trust me, tak susah kalau korang ada passion. Nanti masa sesi lab, mainlah dengan ayat-ayat cinta, ops, silap. Ayat-ayat C++. Gituuuu.

f) Pendidikan Islam/Moral

Subjek ini wajib tapi tak masuk dalam pointer. Macam sekolah menengah, korang akan belajar tentang islam, akidah, ibadah, sirah. Kadang ustazah atau ustaz tu akan huraikan tafsir al-quran. Dan biasanya korang kena buat video pendek mengenai agama Islam sebagai Assignment. Tak susah pun.

Untuk Moral saya tak sure. Tapi of course dia sama macam Moral yang korang belajar kat sekolah. Ini untuk student non-Muslimlah. Dan biasanya korang pun kena buat video juga, atau persembahan sketsa.

Subjek ini korang akan ambil 1 sem je.

g) Kemahiran Dinamika

Dia lebih kepada pengurusan diri, interpersonal dan warganegara. Korang akan belajar tentang pengurusan masa, macamana nak makan dengan betul mengikut etika, macamana nak berkomunikasi secara efektif dan bagaimana cara anda untuk menghargai tanah air kita yang tercinta. Sama macam Agama Islam, korang juga kena buat video pendek, dan kena buat folio. Semua ni markah effort untuk penilaian berterusan.

Sama macam Agama Islam, belajar 1 sem je.

h) Kokurikulum

Subjek ini juga 1 sem dan terbahagi kepada 3. Sama ada anda akan dapat Sukan/Permainan, Kawad Kaki atau Pendidikan Luar. Ikut nasib kelas koranglah kan. Dan biasanya 2 jam seminggu. Kadang-kadang pensyarah akan bagi korang balik awal supaya korang dapat tukar baju untuk ke kelas seterusnya. Yalah, takkan korang nak masuk ke dewan kuliah dengan baju yang berpeluh-bau-pekasam? Betul bukan?

i) Bahasa Inggeris

Subjek ini korang akan belajar untuk MUET bagi sem 1. Sem 2 korang akan fokus untuk group presentation dan folio. Speaking, reading, listening dan writing itu semua yang korang akan belajar. Dan adalah amat digalakkan agar anda bertutur menggunakan bahasa Inggeris setiap kali kelas BI. :)


Okey. Rasanya itu sahaja penerangan dari saya tentang apa yang korang akan belajar di matrik nanti. Sebenarnya jari saya dah penat menaip. Maka izinkan saya untuk mengundur diri dulu ya. By the way, kalau ada masalah, boleh je inbox saya di FB. In sha Allah saya akan balas. :)


Assalamualaikum.

286 comments:

  1. Thank you for this entry! Sangat membantu.

    ReplyDelete
  2. terima kasih utk share kt kami sume~

    ReplyDelete
  3. mana accounts? kalu awak ade notes untuk math especially bleh upload kat sini tak? sebabnya notes math tu sampai masuk u pon pakai lagi..menyesal saya buang walaupun dah bertukar aliran..ingatkan dah tak jumpa maths lagi dah..ade lagi rupanya jodoh saya dengan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err, actually lecture notes tu pensyarah akan bagi nanti time kuliah. Tak payah risau, maths di matrik lain sikit dari SPM, dan of course teknik menjawab pun lain. :)

      Delete
  4. Terima kasih untuk anak saya yang telah menerima tawaran ke Kolej Matrikulasi.

    ReplyDelete
  5. Thank you so much!!!!

    ReplyDelete
  6. Thanks abang atas perkongsian. Saya dpt Kolej Matrikulasi Kedah 2014/2015. Tapi masih bingung, sbb saya dpt PST. Boleh ker kalau nk tukar PST ke PDT. Takut saya tak boleh catch up terlalu cepat sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better tak payah tukar ke PDT. PDT lambat sikit. PST cepat. Lagipun, belum cuba, belum tahu. :)

      Delete
  7. Terima kasih bang! Tengah bingung lg ni nak pilih modul 1 ke 2 utk sains... Dah la dpt PST. Takut xboleh bawak bio je nanti.

    ReplyDelete
  8. Thanks :) .. Sangat membantu..

    ReplyDelete
  9. thanks for your information....

    ReplyDelete
  10. Wahh. . .cm best je..cm susah jw. . .haha
    xpw2, Aku nak masuk gx la..haha.. bdw, THANKS admin..(Y)

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg menarik. .... boleh tambah untuk jurusan Perakaunan. .

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yg menarik. .... boleh tambah untuk jurusan Perakaunan. .

    ReplyDelete
  13. Bro nak tanye sikit mengenai peraturan rambut, nak pendek macam mane tu eh? Kalau yg lelaki tu rambut depan cecah atas kening agak2 ok ke tu? Tq bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambut yang penting kemas, kat matrik tak strict sangat, but depends lah kalau minggu tu ada perjumpaan pengarah better urus rambut tu elok-elok. Sebaik-baiknya jangan panjang sangat ke depan. Buat style rambut biasa korang kat sekolah dulu. Nak korea pun tak ada masalah, yang penting, kemas. Itu je. Jangan serabut. :)

      Delete
    2. Thank you bro, info yang sgt berguna. Thumbs up👍

      Delete
  14. Yang modul-modul tu pihak matrikulasi yang bagik ke? Em harap dapat modul 3. Benci fizik T^T
    Kalau modul 3 boleh tak ke dentist/farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap. Kalau benci Fizik, baik tukar cepat-cepat pergi Modul 3. Hehe. Rasanya susah nak sambung ke dentist, tapi farmasi mungkin boleh, tapi kena tengok juga requirements universiti, ada yang kena ada bio and fizik, ada yang kena ada bio je. :)

      Delete
    2. Ok rasa macam takut sikit bila kata susah untuk ke dentist....
      Ingat boleh la lepas matriks sambung ukm.
      Tapi memang serius hati saya tak serasi dengan fizik. Dan sebab fizik saya tak dapat upu :(
      (dilemmmaaaaa)

      Delete
  15. Assalamualaikum!
    Thanks sgt2 4 the info,nak tanye...kalau amik modul 3,degree masih boleh smbung medic tak?
    sbb saya fizik ni kureng ckit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Alhamdulillah.

      Rasanya susah sikit nak ambil Medic kalau hanya ambil Modul 3. Tapi Fizik di Matrik in sha Allah senang sikit. Cubalah ambil Modul 1. Kerana Modul 1 ni orang-orang yang bertuah kerana dapat carry subjek Bio dan Fizik on the same time. :) All the best.

      Delete
    2. Nak ambik camne kalu modal 1 untuk yg trpilih...blh pilih ke modal yg kite nak???

      Delete
  16. Ok rasa macam takut sikit bila kata susah untuk ke dentist....
    Ingat boleh la lepas matriks sambung ukm.
    Tapi memang serius hati saya tak serasi dengan fizik. Dan sebab fizik saya tak dapat upu :(
    (dilemmmaaaaa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alright. Relaks. Jangan gelabah. Fizik di matrik tak susah sangat. Saya rasa Biologi Sem 2 lagi susah dari Fizik. Fizik mostlly mengira, hafal formula, masukkan nilai. Itu je. Definisi sikit je kena hafal. Fyi, saya dulu masa form 4 memang benci gila-nak-mampus dengan Fizik, tapi bila masuk matrik, mindset saya berubah sikit. :)

      Delete
  17. assalam.abg, nk tnye nnti mse mnggu orientasi nnti kene pkai tudung dia bg ek?ok ke x eh?wrna ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Errr tak sure dik, depends kat kolej korang juga. :) Macam matrik saya, tak ada pun peraturan nak pakai tudung warna apa.

      Delete
  18. assalamualaikum,, spm untuk sbjek sains smua sy dpat c.. sy dtrima ke kms,, adakah sy layak untuk ke matrix brdsrkan kptsn yg sy dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Of courselah awak layak, kalau tak macamana awak boleh dapat tawaran ke KMS? :)

      Delete
    2. x, mksd sy dgn kptsan yg kurg memuaskan tu,, blh ke sy nk bljr di matrix,, org kata bljr di mtrix ni kbnyakan org yg pandi2 shja..

      Delete
    3. Awak tak perlu nak ingat balik gred SPM. Di sini, semua orang akan bermula dari kosong. Ada yang straight A SPM tapi tak 4 Flat. Ada yang SPM 3 A tapi di sini, 4 Flat. So, bergantung kepada usaha yang awak laburkan. Jangan lupa doa dan tawakal kepada Tuhan. :)

      Delete
    4. trima kasih atas sgala nasihat yg diberikan :)

      Delete
  19. adakah perlu untuk mmbuat pndaftran secara on9 ?

    ReplyDelete
  20. Setakat ni pendaftaran secara online sedang dibuat di Kolej Matrikulasi Labuan. Adakah anda akan belajar di sana? Sekiranya ya, sila google Kolej Matrikulasi Labuan sekarang dan daftar secara online terus. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih atas maklumat yg dbrikan.. :)

      Delete
  21. assalamualaikum,,biasanya reference book untuk sbjek sains ad dijual kt matrix or kna bli sndri di kdai bku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Biasanya ada tu jualan buku di matrik. Kalau di Kedai Buku saya tak berapa sure. Cuba masuk. Tapi saya syorkan tak perlulah beli buku rujukan, sebab you all akan banyak bergantung kepada lecturer's note yang akan diberikan. Percayalah. :)

      Delete
  22. Sarung bantal& cadar nak kena kale putih oh boleh corak-corak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada sesiapa yang nak halang awak pakai cadar jenis corak apa sekalipun. :)

      Delete
  23. abg, nk tnye ade org ckp sub sc comp ssh sbb kena buat coding...mana ssh bio ke comp sc ni?sy minat nk blaja bnde bru mcm sc comp tp tkut plak klu xleh skor...mnx pndapat abg... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mungkin susah bahagian programming coding, tapi di Matrik kita guna C++ je, soa agak senang sikit. Biologi tough sikit untuk semester 2 sebab banyak proses dan cycle kena ingat. Saya rasa sains komputer lagi senang berbanding Bio. In sha Allah, all the best. :)

      Delete
  24. adakah sijil2 akademik dan kokurikulum diperlukan ketika di matrix?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak perlu, tapi kalau nak jadi JPP, nak apply scholarship untuk first degree, bawa je salinan result SPM, sijil pengawas atau sijil yang berkaitan.

      Delete
    2. ouhh,, thanks abg faridzuan.. :)

      Delete
  25. best sgt bca...thank so much..^^,

    ReplyDelete
  26. ssh x nk skor klu sy ambek modul 1 untuk pt...tkut jgk klu ssh nk catch up...

    ReplyDelete
  27. modul 1 tuk pst ssh x bang?

    ReplyDelete
  28. Thks for d good info.. god bless.. 😊

    ReplyDelete
  29. Thks for d good info.. god bless.. 😊

    ReplyDelete
  30. Why 3a pn boleh masuk matrik. I get 8a cannot enter matrik. This is not fair.:(

    ReplyDelete
  31. Salam ,klau saya nk ambil modul 1 kt matriks boleh x?? saya tak ambil bio masa spm....

    ReplyDelete
  32. apakah minimum kelayakan masuk matrik?

    ReplyDelete
  33. markah koko akan dijadikan syarat untuk masuk matrik?

    ReplyDelete
  34. Serius tak suka sangat dengan komputer sains

    ReplyDelete
  35. Bang klau fizik dpt B bolekah dpt masuk matrik

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum..
    Tumpang tanya, adakah subjek bahasa inggeris masuk dalam pointer?

    ReplyDelete
  37. abng.,sye nk tnye btol ke matrik nie susah.,sbb sye xde lahh pndai sngt..rmai orng ckp susah laa.,nnti kne lelong laa., nk kne struggle skit..menakutkn jek..btol ke??

    ReplyDelete
  38. subjek kimia susah sgt ke? sbb time spm kimia saya B. takut tak boleh angkat

    ReplyDelete
  39. Nak tanya , if ambil modul 2 sains , course apa je yang layak untuk ijazah nanti?

    ReplyDelete
  40. Abang, saya pelajar lk,fiz,kimia dan admath masa zaman sekolah dulu.baru baru ni saya dapat matriks tapi sains. Kebetulan saya memang tak minat lk sebab grey saya D masa spm dan taj pernah dapat A. Subjek lain ok je. Saya mula rasa engineering bukan jiwa saya dan saya mula rasa nak masuk bidang medic yg pastinya memerkukan bio. Abang rasa boleh ke saya yg tiada basic bio menukar module and boleh ke saya adapt dgn persekitaran tu nanti. Saya takut minat sahaja tidak cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya adik minat untuk menceburi medic, teruskan. Boleh tukar semasa sesi orientasi nanti, nanti ada taklimat, tak pun boleh terus jumpa ketua jabatan Sains kolej matrikulasi ada.

      Soal nak adapt tu, in sha Allah abang yakin adik mampu buat. Yang penting, ikhlaskan diri untuk menuntut ilmu. :)

      Delete
  41. Assalamualaikum...abg ..kalau nak tukar modul dri modul 1 pegi modul 2 perlu bayaran ke?? Harap abg reply thanks ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumssalam. Maaf lambat dik. Tak perlu bayar dik. Minta je tukar. All the best. :)

      Delete
    2. thank you :)

      Delete
  42. Salam,abg,dobi ada x d matrik..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. In sha Allah ada. :)

      Delete
  43. asslamualaikum..saya dapt matrik utk PDT jurusan sains tpi saya confuse sbb rmaia kwn2 saya dah dapat modul yng ditawarkn dye tulis m001sains mksdnye modul 1 tpi yang sya ni lain pula dye tulis jurusan sains jer..jadi saya keliru...kene pilihke masa orentasi nnty ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tak apa dik, abang dulu pun dapat tahu modul masa dah daftar di matrik. :)

      Delete
  44. Assalamualaikum abg..saya dapat matrik labuan dalam jurusan sains modul 3..soalan saya abg..bolehkah saya tukar modul 3 ke modul 2..tpi masalahnya spm fizik saya D(x kredit)..lepas spm baru perasan yg instinct dan minat terarah ke engineering..mohon jawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh je dik in sha Allah. Yang penting fokus dan ikhlaskan diri untuk menuntut ilmu. :)

      Delete
  45. hello bang kalau nak sambung dalam perubatan... in short nak jadi doktor....
    modul apa ya?? mohon balas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk sambung ke perubatan, sebaiknya ambil Modul 1.

      Delete
  46. Ape subjek yg msuk dlm pngk?...utk sains modul2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua subjek maasuk dalam PNK kecuali English, Kemahiran Dinamika, Pendidikan Islam/Moral, Kokurikulum.

      Delete
  47. Salam, kalau nak tukar kos akaun ke sains boleh ke? Dulu sy aliran sains. Sy minat sgt nk smbng dgree dlm sc field. Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Cuba berhubung dengan ketua Jabatan Sains kolej matrikulasi anda. Selalunya jarang orang tuakr dari akaun ke sains, tapi cuba saja. Good luck and all the best. :)

      Delete
  48. bule tak modul 3 ke medic atau eng...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik-baiknya pilih Modul 1 untuk mendapat peluang yang lebih tinggi in sha Allah.

      Delete
  49. saya minat dalam subjek bio. sebab kita akan belajar tentang diri kita sendiri. ada org kata, kita kene struggle kalau di matriks. saya pulak jenis yang emmm ada kala malas jugak nk belajo hahaha. macam mana ya? kawan boleh bantu ke? maksud saya, bila kita selalu dengan org yg asyik belajar je, kita akan ikut belajar sekali ke? saya takut saya tak dapat nak score T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada diri kita juga sebenarnya. Tak perlu terlalu risau boleh skor atau tak. Kena usaha, doa dan tawakal. Letakkan sepenuh pergantungan kepada Allah. In sha Allah, awak boleh carry subjek nanti. :)

      Delete
  50. Sy dah sebulan kat sini.saya rasa nak tukar modul 3..saya rasa saya tak boleh angkat fizik.. Boleh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti masih boleh tukar kursus atau tak, kerana banyak silibus yang awak dah ketinggalan sekiranya tukar modul.

      Apa kata awak teruskan sahaja, jangan terlalu ikut perasaan awak. Anggap Fizik itu semudah makan kek. In sha Allah boleh. Kena lebihkan effort, rajin tanya pensyarah, baca lecture note sebelum kuliah. ;)

      Delete
  51. dekat asrama tuh , blh bawa mkanan k ? hehee .. pastu , bila je ada masa cuti ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of courselah boleh! Haha.

      Cuti hujung minggu dan cuti-cuti khas, selalunya akan diumumkan. :)

      Delete
  52. Boleh x klu da mhn acc nnty kat sane nk tukar sn ?

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  54. Assalamualaikum. Abg saya nak tanya . Perempuan ada tak yg ambil modul 2? Saya minat fizik tapi tulah saya risau kalau saya sorang saje dalam kelompok tu yg perempuan dan yg lain semuanya lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ada. Ramai je perempuan, cuma pelajar Modul 2 kalau kita nampak macam didominasi oleh lelaki. Good luck!

      Delete
  55. Hello.. saya pelajar semi sains smasa tingkatan 4/5. sub fizik ditukar ke akaun. kalau nak ambil sub fizik juga kat matriks boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe agak susah sedikit, tapi kalau betul-betul mahu tukar, boleh terus buat permohonan melalui surat kepada Ketua Jabatan Sains Kolej Matrikulasi anda/jumpa terus dengan beliau.

      Good luck!

      Delete
  56. kalau addmath saya lulus saja berpeluang tak? biologi saya pun lulus saja ade peluang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh dapatkan at least C. In sha Allah boleh dapat matrikulasi.

      Delete
  57. Assalam bang, kalau saya nk pursue study dalam petroleum engineering kat utm, ambil matrik boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Boleh boleh, in sha Allah. Good luck.

      Delete
  58. Blh ke nak tukar aliran dari sains kpd akaun? Bagaimana & bila jika kita dah dpt tawaran utk sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh in sha Allah. Kena beritahu ke Ketua Jabatan Sains bahawa anda mahu tukar ke Akaun.

      Delete
  59. Assalammualaikum,, nk tye, yuran serta segala pembiayaan setiap semester
    adalah dbwh tanggugn pihak matrikulasi ataupun diri sndiri??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Ya, semua ditanggung. Cuma sebelum masuk Matrik kena buat pendaftaran, itu pun sekali. Yuran pendaftaran cuba rujuk website Matrikulasi.

      Delete
  60. thank you for this entry. seems like my result will goes to modul 3 tapi apa yg ditulis kat atas ttg biology buat saya tak keruan. sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah masuk dulu, mungkin Biologi sangat sesuai dengan saudari jika minat ada di situ.

      Delete
  61. Kalau nak jadi doktor haiwan, kena amek fizik ke, saya tk minat fizikk...

    ReplyDelete
  62. Cara pembelajaran bio di matriks sama macam belajar di sekolah dulu ke ? Cara jawab exam bio di matriks sama ke mcm spm seperti Kena buat essay panjang2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain rasanya. Di Matrik, Biologi akan lebih mendalam. Ada kertas objektif, ada juga kertas subjektif dan esei. Tapi tak adalah kertas amali, cuma amali kena buatlah masa lab untuk carry marks.

      Delete
  63. Klau dpt tawaran aliran sains boleh tukar jadi akaun? sbb berminat utk bljar undang2 selepas habis matriks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tapi kalau nak belajar undang-undang, better apply Asasi Undang-undang.

      Delete
  64. Klau dapat yg modul tiga, ada peluang tak jadi doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better tuakr ke Modul 1. Nak ambil perubatan at least kena strong keempat-empat core subjek sains tulen in sha Allah.

      Delete
  65. Salam . Saya nak tanya macam mana saya nak tau saya dapat modul berapa dalam jurusan sains? Terima kasih sudi jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saudara akan dapat tahu bila hari pertama daftar ke matrik nanti in sha Allah.

      Delete
  66. Assalamulaikum abg, saya baru je terima tawaran utk pergi ke KMPk. tetapi yang menjadi persoalan di minda saya sekarang ni adalah apa beza soalan matrikulasi dan soalan SPM? Mohon pencerahan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tahniah dik! Kalau dah masuk matrik, of course level dia lagi tinggi. Tapi lebih kurang je. Cuma untuk matrik, kita dah tak ada such paper like kertas 3 amali. Kita ada dua paper je untuk exam, cuma kita still kena buat lab masa minggu perkuliahan dan kena buat lab report. Markah dari lab report akan diangkut sebagai carry mark.

      Delete
  67. Assalamualaikum.......saya baru je dpt tawaran ke matrikulasi dalam jurusan sains....saya pun dpt modul satu....tpi bile baca blog ni saya rase mcm nak tukar pulak modul lain...bukan ape dulu saya mmng fail fizik masa dekat sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Tahniah! Tak apa, cuba dulu. Dulu saya pun tak suka sangat dengan Fizik, tapi dah masuk matrik baru tahu Fizik ni simple je soalan examnya haha. :)

      Delete
  68. Awak nak tanya. Kalau module 3 ni biasanya bidang pekerjaan apa eh? Module1-medic
    Module2-engineer/ict
    MODULE3-?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Modul 3 ni boleh apply bidang sains gunaan juga. Macam Chemistry, Biology, Maths, Biochemistry, nak apply dentist pun boleh rasanya in sha Allah. Banyak peluangnya dik.

      Delete
    2. Thanks for the info. Bulan 6 ni daftar kmpp. Rasanya dah tau kot nak pilih module mana 😊

      Delete
  69. Awak nak tanya. Kalau module 3 ni biasanya bidang pekerjaan apa eh? Module1-medic
    Module2-engineer/ict
    MODULE3-?????

    ReplyDelete
  70. assalamualaikum abang,saya nak tnya..antara diploma dgn matrikulasi mna lgi bgus..pda pndapat abang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Its up to you. But for me, saya prefer matrik sebab duit dah kena tanggung and 10 bulan je study, then boleh apply universiti terus.

      Delete
  71. assalamualaikum nk tnya kalau nk ambil dlm bidang perubatan selepas matrikulasi wajib ambil modul 1 ke ? cth sy berminat dlm bidang fisio then perlu ambil subjek biologi ke ? mohon pencerahan thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Sangat elok ambil Modul 1 sebab mostly bidang2 tersebut memerlukan fundamental yang kukuh dalam biologi.

      Delete
  72. Kalau nk sambung pharmacy. Sesuai ambil modul apa ye? And ada orang kata kita kena maintain 4 flat di matrik. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau farmasi, better ambil Modul 1. Cuba kekalkan 4 flat. Senang je tu. Jangan ponteng kuliah, baut esainmen, hormat pensyarah, buat study group, jangan lokek ilmu, dan, jangan lupa dekatkan diri dengan Allah in sha Allah.

      Delete
  73. Kalau nk sambung pharmacy. Sesuai ambil modul apa ye? And ada orang kata kita kena maintain 4 flat di matrik. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Dan siapa yang gagal dpt 4 flat tidal akan ditawaran universities oleh kerajaan walaupun nyaris 4 flat.

      Delete
  74. Assalamuaikum , saya nak sambung perubatan . Jadi sy patut ambil modul 1 or modul 2 yaa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ambil Modul 1 ya. Modul 2 tak sesuai sebab tak ada subjek Biologi.

      Delete
  75. Assalamualaikum, mohon abang reply. Saya sebenarnya berminat nk jdi cg , so kalau aliran sains abang rasa modul berapa yang patut saya ambil? Mohon reply sngt sngt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Pilih je mana2 bidang modul. Then, masa universiti nanti make sure ambil subjek Sains dengan Pendidikan. Contoh, kalau nak jadi Cikgu Kimia, pilih bidang Sains Kimia dengan Pendidikan, maybe di UPSI.

      Delete
  76. Assalam. Saya memang minat biology. Senang kata, saya suka subj sains. Tapi spm saya, Subj sains sy agak teruk. adakah saya mencipta nahas utk teruskan ke modul 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Kalau saudari minat, why not teruskan je. SPM teruk tak semestinya tak boleh carry untuk matrik nanti in sha Allah. Just trust yourself, dapatkan bantuan dari pensyarah dan rapatkan hubungan dengan Tuhan in sha Allah.

      Delete
  77. Assalamualaikum, tumpang tanya kalau tak belajar bio time sekolah kenapa ditawarkan modul 1 ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Cuba dapatkan kepastikan dari ketua jabatan sains kolej matrikulasi anda nanti. Mungkin ada kesilapan. Macam ada kes pelajar dapat aliran akaun sedangkan dia dari sains tulen.

      Delete
  78. salam bang.. saya pikir nak amik modul fizik berbanding bio sbb sy mmg xsuka nak hafal2... sy search modul fizik matrik, tpi silibus dy lgi sush drpd spm.. sy mmg xsuka fizik masa f4 and f5... mcm mana ye abg bole minat kt fizik pdahal silibus dy mcm sush je? in ur opinion, wajar x sya amik fizik? and ratio laki lgi byk ye drpd pompuan kt klas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Haha. Entahlah, tapi saya rasa Fizik Matrikulasi senang sikit. Study pun last minit, but still I can manage to get an A. Dia cuma banyak rumus kena hafal dan kena biasakan diri untuk substitute nilai, dan kena tahulah juga sikit-sikit fasal kuantiti vektor and a knowledge of simple calculus is an advantage. Kalau dalam kuliah, confirm lelaki lagi banyak haha. :)

      Delete
  79. Salam bang ... saya dpt matrikulasi akaun ... lepas matrikulasi ni wajib amik degree acountacy ke ? X boleh pilih degree selain akaun ke? Saya dengar matrikulasi ni tiket ke U je... tapi kalu kena fokus akaun je baik amik diploma kos yg saya minat.... so kalu abg xtau cer tanya kawan abg plesh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah. Tak semestinya. Boleh je sambung ke bidang lain, even tak related pun. :)

      Delete
  80. Assalamualaikum abg. Ape maksud abang dengan 'kalau gagal dpt 4 flat tdk akan ditawarkan ke U walaupun nyaris2 dpt 4flat'? Adakah itu maksudnya WAJIB utk smua plajar dpt 4 flat utk dpt course kat u? Thank you abg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Eh tak. Siapa cakap tu? Saya sendiri dapat 3.89, dapat je kursus Kimia UKM yang saya nak hihi.

      Delete
  81. Salam bro...saya tertarik dgn statement ni 'Subjek ini korang akan belajar untuk MUET bagi sem 1'. Bagaimana pelajar yg dah ambil MUET. Dapat Exempted atau still kena ambil english sem 1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Rasanya boleh bagitau untuk pengecualian.

      Delete
    2. Terima kasih for your prompt reply.

      Delete
  82. Hi abang , nak tumpang tanya sikit haha...Jika saya pilih modul 2, adakan ini akan menjejaskan permohonan ke university dalam engineering/actuarial science? Sebab saya dengar kata modul 1 diberikan keutamaan..adakah ini benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tak adalah diberi keutamaan untuk Modul 1 kalau nak masuk kejuruteraan atau sains aktuari.

      Delete
  83. sy nak tanya memang dye akan bagi pilih ke pst dan pdt? kalau untuk ambilan kedua tu pdt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat PST, boleh je nak tukar ke PDT tapi kena jumpa ketua program. Kalau dapat PDT memang tak dapat nak tukar ke PST. Ambilan kedua tak semestinya PDT, boleh jadi dapat PST atau PDT.

      Delete
  84. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  85. Salam..saya nak tanya pandangan abg... sy xsuka fizik mostly sbb ad calculation tjuk electricity n seangktn dgnnye.. mnurut abg, wajar xsya nk amik modul phy n bole xnak bwa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Firstly, Fizik memang tak akan berpisah dengan calculation. Setiap bab wajib ada rumus dan pengiraan. Saya dulu pun tak suka Fizik, tapi setelah masuk matrikulasi, berkat inisiatif saya dan dorongan dari pensyarah serta doa, saya berjaya mendapat A untuk kedua-dua semester.

      Delete
  86. Salam alaik. Saya ditawarkan ke Matriks N9 Sains Modul 1. Jadi boleh x kalau saya mohon kongsikan cara kamu belajar utk carry subjek sains ni di Matriks? tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Tahniah kerana berjaya menempatkan diri di Matrikulasi. Cara saya belajar ialah fokus dalam kuliah, tahu bahagikan masa, hormati pensyarah, jaga hubungan dengan manusia di sekeliling dan sentiasa dekatkan diri kepada Allah in sha Allah.

      Delete
  87. Assalammualaikum bang.. saya keliru sama ada nk ambl modul 1 atau 2.. saya minat nk jdi dentist dngn fisioterapi.. spm bio sya dpt b.. fizik plk dpt c+ sbb x sbrp minat.. tpi mcm sush je bio matriks?.. klau nk dentist sesuai modul mne? Klau nk fisio plk sesuai modul mne?

    Ps, trima ksih bang sbb entry ni sye rse sye dh sedia nk msk matriks.. sblm ni sye risau ngn gelisah ble dpt twrn matriks n.9 je .. alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Modul 1 kalau nak sambung perubatan atau fisioterapi. Modul 2 kalau nak sambung kejuruteraan atau sains fizikal yang lain. Modul 3 boleh masuk dentist. Susah ke senang bergantung kepada usaha anda in sha Allah.

      Delete
  88. Assalammualaikum bang.. saya keliru sama ada nk ambl modul 1 atau 2.. saya minat nk jdi dentist dngn fisioterapi.. spm bio sya dpt b.. fizik plk dpt c+ sbb x sbrp minat.. tpi mcm sush je bio matriks?.. klau nk dentist sesuai modul mne? Klau nk fisio plk sesuai modul mne?

    Ps, trima ksih bang sbb entry ni sye rse sye dh sedia nk msk matriks.. sblm ni sye risau ngn gelisah ble dpt twrn matriks je .. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  89. kalau saya dr modul 2 nk tukar ke modul 1 boleh tak eh ?sebab plan nk smbung dentist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Sila berjumpa dengan ketua jabatan sains anda.

      Delete
  90. Assalamualaikum, terima kasih tulis entry macam ni. memang sangat membantu especially untuk mereka yg ingin ke matrik. Saya ada satu soalan, saya nak pursue study dalam degree Accountancy. Saya dapat matrik aliran sains, so modul apa yg sesuai ya? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Alhamdulillah terima kasih. Untuk ambil akaun, perlu tukar ke aliran perakaunan di matrik.

      Delete
  91. kalau ambk modul 2, nk pursue study in statistik boleh ke?

    ReplyDelete
  92. kalau ambk modul 2, nk pursue study in statistik boleh ke?

    ReplyDelete
  93. salam , kalau dapat C je dalam addmath time spm sesuai ke nak matrix ? saya tak berapa minat addmath

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sesuai sangat. Saya dulu pun dapat C, tak minat pun add maths. Tapi Maths tak akan pernah lari dari kita. Semoga membantu.

      Delete
  94. Salam bro.. basically, kalo experiment utk phy ap ye? Byk x experiment yg brkaitan sambung 2 litar ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Sem satu mostly benda yang pernah kita buat. Sem dua baru litar2.

      Delete
  95. Assalamualaikum. Terima kasih perkongsiannya :) btw seram sejuk pula lepas baca entri abg hahah sbb every sub seems so difficult to score. Alhamdulillah saya dpt Sains KMJ. If you have a minute to spare, i'd like to pick your brain. spm saya bio chem phy semua B tapi acc A+ so better saya pursue science or acc? Saya kurang minat dgn acc tapi takut tak boleh bawa pula bila ambil sains. (If) saya ambil sains, saya tak tahu nak ambil modul mana sbb saya still blur nak pursue apa lepas habis matrik. Mohon pandangan abg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Its better if you pursue in Sains in sha Allah kalau awak dah minat dengan Sains. Lupakan gred2 dahulu dan mulakan hidup baru di matrikulasi.

      Delete
    2. Tq reply! Berapa ya minimum pointer yg kena dapatkan supaya tak dilelong lepas habis matrik nanti?

      Delete
  96. Salam. Nak tanya, pembelajaran / PnP sains dan akaun di matrik dalam bahasa melayu atau b. Inggeris ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Dalam BM kecuali Matematik.

      Delete
    2. Sains pun bm juga? Ohya, dengar dari senior2 last year, katanya akaun tahun ni dah tukar bi. Tak pasti kesahihannya. Btw ty reply :)

      Delete
  97. Assalamualaikum...kalo nk smbung utk engineering...better amik modul brapa? Sbb saya dpt modul 1,bole carry on ke engineering ke modul 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Actually its more to modul 2, tapi boleh je modul 1. Tapi better modul 2 lah sebab tak payah ambil bio, ambil sains komputer.

      Delete
  98. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  99. Salam bang, saya dpt matrikulasi aliran teknikal. Tp saya rasa tk boleh bwak subject engineering. Saya minat applied chemistry klau pergi degree nnti, so klau saya tukar jurusan sains modul 2 boleh ke utk applied chemistry?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh. Jumpa ketua jabatan sains anda di matrik.

      Delete
  100. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  101. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  102. Salam.. kalo nak smbung utk degree radiography perlu amik bio x? Sy pkir just nk amik modul 2 sbb xde bio...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Better ambil modul 1.

      Delete
  103. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  104. Assalam. Saya nak tanya kenapa modul 2 banyak calon mengulang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu pula modul 2 banyak yang mengulang, mungkin sebab dia malas belajar kot.

      Delete
  105. assalam. sy bminat nk jd dktr , tp sy xmnat fizik. sy dpt modul 1 di matriks klntn . jd, sy nk tnya, klo sy dpt score bio, tp xdpt score fizik, mcm mne ? mksud sy , bleh ke sy smbung degree dlm medic ? n klo nk jd dktr, sebaik2nya kna dpt 4flat ke ? trma kasih bang sbb sudi shre psl matriks ni . sngt mmbntu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ya, sebaik-baiknya dapat 4 flat in sha Allah.

      Delete
  106. Jadual blajar die cmne? Setiap hari blaja ke? Pastu mlm ade kene masuk klas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekdays kelas. Malam tu kalau ada kelas ganti atau keals tambahan, bergantung kepada pensyarah.

      Delete
  107. Assalam. Kalau time exam boleh jawab soalan dlm bm ka? And soalan tu dlm bahasa apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. I'm not sure, boleh kot. Tak ingat pula. Cuba tanya dengan pensyarah anda nanti ya.

      Delete
  108. Berapa ya pointer yang kita kena dapatkan at least, supaya tak dilelong lepas habis matrik. Harap dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba at least dapatkan 3.5 ke atas in sha Allah.

      Delete
  109. Dalam kertas soalan fizik dia bagi tak formula awal2 kat depan? Terima kasih :)

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)