Tuesday, October 1, 2013

Sudah 18 Tahun!

Assalamualaikum.

Pejam celik, celik pejam, kita dah pun melangkah ke bulan Oktober. Exam pun tinggal beberapa minggu je lagi. Semua budak pun dah kelam-kelibut. Yalah, kalau siapa-siapa yang gagal PSPM Sem 1 ini, alamatnya kena tendanglah. Atau, kalau bernasib baik, kena transfer pergi program 2 tahun (padahal sepatutnya 1 tahun).

Anyway, tak nak cakap tentang semua itu. Semalam, 30 September 2013 ialah hari jadi aku. Sepatutnya aku post entri ini semalam. Kalau post hari ni dah macam lapuklah pula. Hmm. Abaikan. So, ini ialah first time aku sambut hari jadi jauh beratus kilometer dari keluarga. Al-maklumlah, selama ni kalau tiba je hari jadi, mesti kawan-kawan kelas aku pujuk mummy aku buat birthday di rumah aku. Dapat makan juadah sama-sama, makan kek sama-sama.

Tapi sekarang situasi sudah berbeza. Sebab aku sekarang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), jauh dari keluarga. Dah tak ada dah juadah-juadah sedap yang mummy aku selalu buat tu. Kesian.

Jadi, inilah pengalaman pertama aku menyambut hari jadi di perantauan (dah macam hari rayalah pula).

Tepat pukul 12.00 malam 30 September  2013, aku terjaga dari tidur yang lena. Aku dengar bunyi bising dari luar. Kecoh! Rupa-rupanya BLACKOUT!


Lol. Rasa macam seluruh kolej nak buat surprise kat aku.


Paginya, aku berusaha untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan kawan sekelas. Walaupun dalam dewan kuliah, tapi aku duduk jauh-jauh dari mereka. Bukan apa, takut nanti tetiba semua seia sekata sehati dan sejiwa nyanyi lagu Happy Birthday To You! untuk aku. Nanti tak fasal-fasal aku jadi perhatian umum lagi di dewan kuliah. Yalah, sebelum ni pun aku dah beberapa kali 'popular' beberapa saat disebabkan aku terlewat masuk kelas sebab nak habiskan solat Isyak berjemaah dan berjaya menjawab soalan dari pensyarah Sains Komputer. Dahlah saiz dewan kuliah tu besar. Malu!


Tiba je waktu tutorial Fizik, aku tunggu pensyarah aku datang. Namanya Madam Pakyavathy. Dia pun tanyalah aku yang tercegat di luar kelas kenapa aku tak masuk. Aku pun katalah yang aku nak sama-sama jalan dengan dia. Kah kah kah.

And then, seperti yang aku jangka, sebaik je aku menghempaskan punggung ke atas kerusi nan empuk, semua orang pun berkoir. Cepat-cepat aku tutup pintu yang berdekatan dengan aku. Yalah, nanti budak-budak kelas lain curi-curi pandang pula kenapa kelas aku ni bersemangat nak berkoir. But, aku rasa sangat gembira sebab kawan-kawan aku semua ni memang sporting. Masing-masing mesti alert birthday semua rakan kelas.

Punyalah aku terperanjat apabila Madam Pakya nak tengok kerja tutorial aku, dia bagi aku duit sebagai hadiah hari jadi. Terharu! Boleh juga aku guna buat belanja makan sehari! Keh keh keh.


Petang tu aku dapat surprise dari kawan kakak sepupu aku. Rupa-rupanya abah aku sponsor beli kek untuk aku. Terima kasih buat abah dengan Kak Yusrina. Buat susah-susah aje. Aku pun apa lagi, ajaklah kawan-kawan kelas aku (yang lelakilah, takkan nak bawa budak perempuan masuk bilik!) Tapi, seorang pun tak nak datang. Akhirnya aku contact kawan-kawan lama aku di sekolah. Tak apalah, kawan lama pun jadilah. Kami buat parti ringkas di pondok kecil depan blok lelaki. 




Kalau nak tahu, sebenarnya mummy aku pun buatkan kek untuk aku, tapi kek tu untuk family akulah. Aku je tak dapat merasa. Alahai.

Sebenarnya, Firdaus atau aku yang jadi birthday boy? Kah kah kah.

Jadi, itu sajalah aku nak cerita. Tangan aku pun dah penat membalas komen rakan-rakan di FB dan Twitter. Sorrylah ya kalau aku tak reply, aku tekan butang LIKE dengan FAVOURITE sajalah ya. Itu tanda aku dah baca dan aku menghargainya.

Kesimpulannya, menjadi budak 18 tahun bukanlah lesen untuk melihat filem 18 tahun ke atas.

Sekian, terima kasih.

(Doakan aku agar dipermudahkan segala urusan ketika belajar. Amin.)



No comments:

Post a Comment