Saturday, October 19, 2013

Bengkel Edit Video di UMS Kampus Labuan

Assalamualaikum.

Hari tu ketika aku nak jumpa Puan Rohani untuk meminta skrip jawapan PSPM Sains Komputer di pejabat, dia tiada pula dalam pejabat. Baru saja aku nak keluar dari pintu pejabat, aku terbaca SMS Puan Rohani. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan dia esok. Aku pun tertanya-tanya kenapa dia nak jumpa aku. Dalam fikiran aku sudah terbayang-bayang sangkaan yang pelik-pelik.

Contohnya, aku merasakan bahawa Puan Rohani ingin menghadiahkan aku Iphone 5s sebab website yang aku reka mencuit hatinya. Adeh.

Rupa-rupanya, pada hari keesokannya, dia bagitau aku bahawa pada hari keesokannya ada bengkel di luar. Aku pun punyalah excited tapi tak adalah sampai nak terlompat-lompat depan dia, kawal sikit okey. Aku pun rasa berterima kasih kerana aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk mengikuti program sedemikian. Tambahan pula, bengkel ini diadakan di Universiti. Mestilah lebih excited gila-gila! Tak perlu hadir ke kelas pula, walaupun kelas pada hari itu merupakan kelas terakhir sebelum nak exam!

Actually, sebelum ni pun aku pernah ikut bengkel edit video, tapi kami menggunakan perisian yang berlainan. Jika dahulu aku menggunakan Ulead, kali ini kami menggunakan Perisian Adobe Premiere Pro CS6. Macam-macam fungsi yang hebat ada di dalamnya.


Sampai sahaja kami di UMS Kampus Labuan yang indah permai, kami pun dijemput untuk bersarapan. Rupa-rupanya yang mengendalikan bengkel ini ialah pelajar-pelajar UMSKal sendiri. Mereka terdiri daripada 4 orang, seorang lelaki, 3 wanita. Pada fikiran aku, mungkin ini merupakan assignment atau projek kumpulan mereka sebagai Mahasiswa.


Selamat menikmati sarapan yang mengenyangkan, kami  pun dibawa ke tingkat 9, Bilik E-Commerce Research and Development. Baru sahaja aku melalui jalan ke bilik itu, jenama Apple terpampang besar pada dinding. Oh lupa, inikan aras ICT. Jadi semua benda mestilah ada kena-mengena dengan ICT.


Aku begitu jakun, apabila melihat komputer-komputer LCD tersusun rapi dan kemas. Lagi aku rasa excited apabila aku ternampak desktop jenama Apple (Mac Pro ke?) tersusun elegan di ruang belakang! 


Agenda kami hari ini ialah untuk mempelajari asas-asas teknik menggunakan function yang ada dalam perisian ini. Kami dibekalkan dengan modul untuk setiap orang, dan video yang kami edit ialah dari filem 3D Animasi, The Croods.


Kami berehat pada tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat. Oleh sebab surau di UMSKal masih dalam proses renovation, maka kami terpaksa mengikuti abang-abang UMSKal untuk solat Jumaat di luar kampus. Kami menaiki bas ekspres UMSKal. Ini adalah pengalaman kali pertama aku menaiki bas dengan terpaksa berdiri sepanjang masa disebabkan semua tempat duduk sudah penuh!

Kami menikmati makan tengah hari di aras 8.  Lauk nasi, kari ayam, acar (yang ada buah nanas) dan sayur (aku tak makan sayur) menjadi santapan kami. Memang menyelerakan! Sambil menunggu kakak fasi mengambil piring, aku sempat mengambil gambar pemandangan UMSKal dari aras 8.


Agenda kami diteruskan lagi dengan projek berkumpulan. Kami diberi masa selama 35 minit untuk menghasilkan video pendek The Croods diikuti dengan audio OSTnya, Shine You Way nyanyian Owl City.

Apalagi, dengan perasaan kelam-kelibut, aku menggunakan segala ilmu yang telah diperoleh untuk menghasilkan video pendek ini. Oleh sebab aku yang pegang mouse, maka akulah orang paling banyak tekan-tekan dan drag sana-sini. Haha. 3 orang kawan aku yang lain lagi memberi cadangan dan idea untuk menghasilkan video pendek yang menarik. Sepanjang kami menghasilkan video ini, lagu Shine Your Way berkali-kali berdendang, sampaikan ketika aku sedang menulis entri ini pun, lagu itu masih bermain-main di kepala otak aku!

Akhirnya, tanpa disangka-sangka, kumpulan kami mendapat tempat pertama. Syukur Alhamdulillah. Miracle. Aku merasakan video yang kami hasilkan terdapat cacat cela di sana-sini. Tapi, siapa sangka, rezeki kumpulan kami menjadi johan.

Kami diberikan cenderahati tali penggantung UMSKal dan pen rasmi UMSKal.


Itu sahaja program pada hari ini. Aku sempat bergambar dengan seorang rakan baru (yang juga merupakan ahli kumpulan aku dan mahu minta teman aku ke mana-mana sepanjang program ini berlangsung). Padahal dia tinggal di aras 3 blok aku. Haha. Namanya Alazhar, dan dia mempunyai abang kembar yang bernama Alaswad. Orangnya cool, steady dan tidak menunjuk-nunjuk. Dan dia juga rajin solat di Surau. Semoga ukhwah antara kami terjalin selama-lamanya. :)


Itu sahaja. Terima kasih abang dan kakak-kakak fasi yang sentiasa memberikan sepenuh komitmen dan tunjuk ajar kepada kami. Semoga kalian sukses dunia akhirat.

Doakan aku agar dapat menjalani exam Muet dan PSPM dengan tenang minggu depan ni. Semoga semua yang sedang membaca entri ini sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa.

Amin.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)