Sunday, October 20, 2013

Bengkel Animasi Pula!

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di ruangan entri yang baru! (Semangat!)

Semalam, selepas aku balik dari menunaikan solat Maghrib di Surau, seorang pensyarah Sains Komputer yang aku tak ingat namanya tapi selalu tegur aku meminta aku untuk datang ke program animasi bertempat di UMSKal (sekali lagi) pada hari keesokannya. Aku pun rasa serba salah, sebab aku pun nak study juga. Tapi fikir punya fikir, baik aku ikut saja bengkel ni. Lagipun, exam Isnin nanti cuma Speaking MUET (tak bermakna aku dah pandai speaking okey!) Kawan aku yang aku baru kenal semasa aku ikut Bengkel Video Di UMS pun cakap tak payahlah aku ikut bengkel tu. Tapi, hati aku kuat mengatakan untuk pergi juga. Mungkin sebab aku suka suasana di UMSKal kot. Jakun. Haha.


Paginya, aku hampir ditinggalkan oleh bas. Silap. Bukan aku seorang. Ada seorang yang senasib dengan aku yang hampir tertinggal bas kolej kami. Nasib baik pensyarah yang minta aku pergi ke bengkel tu tahan bas tu. Apalagi, kami berdua pun membuka langkah seribu. Sampai saja ke dalam bas, terus sesak nafas!

Baik. Tak payah cakap panjang lebar. Layan saja gambar yang sempat aku tangkap.

Modul pertama, kami diajar untuk trace karakter Shin Chan dengan menggunakan perisian Toon Boom. Inilah hasil yang aku dah buat. Comel tak?

Sempat lagi bergambar. Mentang-mentang aku dah siap lukis dan warna!



Kami berehat seketika untuk makan tengah hari dan Solat Zuhur.


Agenda kami diteruskan dengan Modul 2 pula. Kali ni kami diajar untuk menghasilkan animasi. Mula-mula memang menjengkelkan, sebab kami perlu membuat benda-benda yang leceh, seperti membetulkan correction line kartun tersebut.

Kemudian masuk part-part seterusnya, aku pun dah blank. Kurang faham dengan penerangan mereka walaupun aku duduk paling depan dengan skrin LCD. Mungkin sebab aku agak lambat untuk catch-up. Entah apa yang mereka cakap, aku pun cuma mengiakan saja. 


Nak buat animasi seperti ini memang payah! Oh ya, ini bukan aku buat. Ini mereka yang buat selama seminggu dengan tenaga 4 orang! Oh, rupa-rupanya nak buat animasi ni memang susah. Tapi dengan adanya komitmen dan usaha yang berterusan, In sha Allah hasil animasi itu akan nampak lebih cantik.




Salah seorang fasi kami. Dia juga berasal dari Lahad Datu, sama tempat tinggal dengan aku. Dia tinggal di Muhibbah, aku di Taman Aman Jaya. Dekat sangat. Haha.

Akhirnya ialah majlis penyampaian cenderahati buat pensyarah Sains Komputer dengan para pelajar.



Cenderahati untuk pelajar.


Sudah tiba masanya untuk meninggalkan UMSKal. Jumpa lagi!

Sempat juga nak bergambar.


Okey. Itu sahaja. Semoga dengan adanya bengkel sebegini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang multimedia.

Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Saturday, October 19, 2013

Bengkel Edit Video di UMS Kampus Labuan

Assalamualaikum.

Hari tu ketika aku nak jumpa Puan Rohani untuk meminta skrip jawapan PSPM Sains Komputer di pejabat, dia tiada pula dalam pejabat. Baru saja aku nak keluar dari pintu pejabat, aku terbaca SMS Puan Rohani. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan dia esok. Aku pun tertanya-tanya kenapa dia nak jumpa aku. Dalam fikiran aku sudah terbayang-bayang sangkaan yang pelik-pelik.

Contohnya, aku merasakan bahawa Puan Rohani ingin menghadiahkan aku Iphone 5s sebab website yang aku reka mencuit hatinya. Adeh.

Rupa-rupanya, pada hari keesokannya, dia bagitau aku bahawa pada hari keesokannya ada bengkel di luar. Aku pun punyalah excited tapi tak adalah sampai nak terlompat-lompat depan dia, kawal sikit okey. Aku pun rasa berterima kasih kerana aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk mengikuti program sedemikian. Tambahan pula, bengkel ini diadakan di Universiti. Mestilah lebih excited gila-gila! Tak perlu hadir ke kelas pula, walaupun kelas pada hari itu merupakan kelas terakhir sebelum nak exam!

Actually, sebelum ni pun aku pernah ikut bengkel edit video, tapi kami menggunakan perisian yang berlainan. Jika dahulu aku menggunakan Ulead, kali ini kami menggunakan Perisian Adobe Premiere Pro CS6. Macam-macam fungsi yang hebat ada di dalamnya.


Sampai sahaja kami di UMS Kampus Labuan yang indah permai, kami pun dijemput untuk bersarapan. Rupa-rupanya yang mengendalikan bengkel ini ialah pelajar-pelajar UMSKal sendiri. Mereka terdiri daripada 4 orang, seorang lelaki, 3 wanita. Pada fikiran aku, mungkin ini merupakan assignment atau projek kumpulan mereka sebagai Mahasiswa.


Selamat menikmati sarapan yang mengenyangkan, kami  pun dibawa ke tingkat 9, Bilik E-Commerce Research and Development. Baru sahaja aku melalui jalan ke bilik itu, jenama Apple terpampang besar pada dinding. Oh lupa, inikan aras ICT. Jadi semua benda mestilah ada kena-mengena dengan ICT.


Aku begitu jakun, apabila melihat komputer-komputer LCD tersusun rapi dan kemas. Lagi aku rasa excited apabila aku ternampak desktop jenama Apple (Mac Pro ke?) tersusun elegan di ruang belakang! 


Agenda kami hari ini ialah untuk mempelajari asas-asas teknik menggunakan function yang ada dalam perisian ini. Kami dibekalkan dengan modul untuk setiap orang, dan video yang kami edit ialah dari filem 3D Animasi, The Croods.


Kami berehat pada tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat. Oleh sebab surau di UMSKal masih dalam proses renovation, maka kami terpaksa mengikuti abang-abang UMSKal untuk solat Jumaat di luar kampus. Kami menaiki bas ekspres UMSKal. Ini adalah pengalaman kali pertama aku menaiki bas dengan terpaksa berdiri sepanjang masa disebabkan semua tempat duduk sudah penuh!

Kami menikmati makan tengah hari di aras 8.  Lauk nasi, kari ayam, acar (yang ada buah nanas) dan sayur (aku tak makan sayur) menjadi santapan kami. Memang menyelerakan! Sambil menunggu kakak fasi mengambil piring, aku sempat mengambil gambar pemandangan UMSKal dari aras 8.


Agenda kami diteruskan lagi dengan projek berkumpulan. Kami diberi masa selama 35 minit untuk menghasilkan video pendek The Croods diikuti dengan audio OSTnya, Shine You Way nyanyian Owl City.

Apalagi, dengan perasaan kelam-kelibut, aku menggunakan segala ilmu yang telah diperoleh untuk menghasilkan video pendek ini. Oleh sebab aku yang pegang mouse, maka akulah orang paling banyak tekan-tekan dan drag sana-sini. Haha. 3 orang kawan aku yang lain lagi memberi cadangan dan idea untuk menghasilkan video pendek yang menarik. Sepanjang kami menghasilkan video ini, lagu Shine Your Way berkali-kali berdendang, sampaikan ketika aku sedang menulis entri ini pun, lagu itu masih bermain-main di kepala otak aku!

Akhirnya, tanpa disangka-sangka, kumpulan kami mendapat tempat pertama. Syukur Alhamdulillah. Miracle. Aku merasakan video yang kami hasilkan terdapat cacat cela di sana-sini. Tapi, siapa sangka, rezeki kumpulan kami menjadi johan.

Kami diberikan cenderahati tali penggantung UMSKal dan pen rasmi UMSKal.


Itu sahaja program pada hari ini. Aku sempat bergambar dengan seorang rakan baru (yang juga merupakan ahli kumpulan aku dan mahu minta teman aku ke mana-mana sepanjang program ini berlangsung). Padahal dia tinggal di aras 3 blok aku. Haha. Namanya Alazhar, dan dia mempunyai abang kembar yang bernama Alaswad. Orangnya cool, steady dan tidak menunjuk-nunjuk. Dan dia juga rajin solat di Surau. Semoga ukhwah antara kami terjalin selama-lamanya. :)


Itu sahaja. Terima kasih abang dan kakak-kakak fasi yang sentiasa memberikan sepenuh komitmen dan tunjuk ajar kepada kami. Semoga kalian sukses dunia akhirat.

Doakan aku agar dapat menjalani exam Muet dan PSPM dengan tenang minggu depan ni. Semoga semua yang sedang membaca entri ini sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa.

Amin.

Assalamualaikum.

Tuesday, October 1, 2013

Sudah 18 Tahun!

Assalamualaikum.

Pejam celik, celik pejam, kita dah pun melangkah ke bulan Oktober. Exam pun tinggal beberapa minggu je lagi. Semua budak pun dah kelam-kelibut. Yalah, kalau siapa-siapa yang gagal PSPM Sem 1 ini, alamatnya kena tendanglah. Atau, kalau bernasib baik, kena transfer pergi program 2 tahun (padahal sepatutnya 1 tahun).

Anyway, tak nak cakap tentang semua itu. Semalam, 30 September 2013 ialah hari jadi aku. Sepatutnya aku post entri ini semalam. Kalau post hari ni dah macam lapuklah pula. Hmm. Abaikan. So, ini ialah first time aku sambut hari jadi jauh beratus kilometer dari keluarga. Al-maklumlah, selama ni kalau tiba je hari jadi, mesti kawan-kawan kelas aku pujuk mummy aku buat birthday di rumah aku. Dapat makan juadah sama-sama, makan kek sama-sama.

Tapi sekarang situasi sudah berbeza. Sebab aku sekarang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), jauh dari keluarga. Dah tak ada dah juadah-juadah sedap yang mummy aku selalu buat tu. Kesian.

Jadi, inilah pengalaman pertama aku menyambut hari jadi di perantauan (dah macam hari rayalah pula).

Tepat pukul 12.00 malam 30 September  2013, aku terjaga dari tidur yang lena. Aku dengar bunyi bising dari luar. Kecoh! Rupa-rupanya BLACKOUT!


Lol. Rasa macam seluruh kolej nak buat surprise kat aku.


Paginya, aku berusaha untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan kawan sekelas. Walaupun dalam dewan kuliah, tapi aku duduk jauh-jauh dari mereka. Bukan apa, takut nanti tetiba semua seia sekata sehati dan sejiwa nyanyi lagu Happy Birthday To You! untuk aku. Nanti tak fasal-fasal aku jadi perhatian umum lagi di dewan kuliah. Yalah, sebelum ni pun aku dah beberapa kali 'popular' beberapa saat disebabkan aku terlewat masuk kelas sebab nak habiskan solat Isyak berjemaah dan berjaya menjawab soalan dari pensyarah Sains Komputer. Dahlah saiz dewan kuliah tu besar. Malu!


Tiba je waktu tutorial Fizik, aku tunggu pensyarah aku datang. Namanya Madam Pakyavathy. Dia pun tanyalah aku yang tercegat di luar kelas kenapa aku tak masuk. Aku pun katalah yang aku nak sama-sama jalan dengan dia. Kah kah kah.

And then, seperti yang aku jangka, sebaik je aku menghempaskan punggung ke atas kerusi nan empuk, semua orang pun berkoir. Cepat-cepat aku tutup pintu yang berdekatan dengan aku. Yalah, nanti budak-budak kelas lain curi-curi pandang pula kenapa kelas aku ni bersemangat nak berkoir. But, aku rasa sangat gembira sebab kawan-kawan aku semua ni memang sporting. Masing-masing mesti alert birthday semua rakan kelas.

Punyalah aku terperanjat apabila Madam Pakya nak tengok kerja tutorial aku, dia bagi aku duit sebagai hadiah hari jadi. Terharu! Boleh juga aku guna buat belanja makan sehari! Keh keh keh.


Petang tu aku dapat surprise dari kawan kakak sepupu aku. Rupa-rupanya abah aku sponsor beli kek untuk aku. Terima kasih buat abah dengan Kak Yusrina. Buat susah-susah aje. Aku pun apa lagi, ajaklah kawan-kawan kelas aku (yang lelakilah, takkan nak bawa budak perempuan masuk bilik!) Tapi, seorang pun tak nak datang. Akhirnya aku contact kawan-kawan lama aku di sekolah. Tak apalah, kawan lama pun jadilah. Kami buat parti ringkas di pondok kecil depan blok lelaki. 




Kalau nak tahu, sebenarnya mummy aku pun buatkan kek untuk aku, tapi kek tu untuk family akulah. Aku je tak dapat merasa. Alahai.

Sebenarnya, Firdaus atau aku yang jadi birthday boy? Kah kah kah.

Jadi, itu sajalah aku nak cerita. Tangan aku pun dah penat membalas komen rakan-rakan di FB dan Twitter. Sorrylah ya kalau aku tak reply, aku tekan butang LIKE dengan FAVOURITE sajalah ya. Itu tanda aku dah baca dan aku menghargainya.

Kesimpulannya, menjadi budak 18 tahun bukanlah lesen untuk melihat filem 18 tahun ke atas.

Sekian, terima kasih.

(Doakan aku agar dipermudahkan segala urusan ketika belajar. Amin.)