Wednesday, May 8, 2013

Minggu Kelam-Kabut!

Assalamualaikum.

Maaf, maaf, maaf, maaf dan maaf sangat-sangat-sangat sebab aku betul-betul tak sempat nak blogwalking dan balas komen blog korang! T______T (Dan mungkin lepas ni pun dah jarang kot)

Dah lama aku tak update blog, viewers pun menurun. Kalau viewers korang menurun secara mendadak mesti korang bising punya, kan? Hmm, tak kisahlah.

Okey, berbalik kepada tajuk entri.

Kelam-kabut? Hmmm, taklah juga, cuma aku je yang pepandai nak meng-kelam-kabut-kan keadaan! Lols.


Alhamdulillah. Masa aku dapat tahu aku diterima untuk ke kolej ni, terus aku teriak macam orang gila sampai parents yang sedang khusyuk menikmati makan tengah hari di dapur berlari-lari anak ke arah ruang tamu demi memastikan yang aku tak terkena sampuk dengn jin. Lol.

Aku tak mohon mana-mana pun kecuali ke kolej matrikulasi. Form 6 pun aku tak dapat. Nak buat rayuan tu, parents kata tak payahlah, sebab dah dapat tawaran kolej.

Aku dapat Sains, tapi kalau boleh aku nak tukar ke akaun, sebab aku memang tak minat sangat-sangat dengan sains!  Tapi kalau aku tak dapat tukar akaun, aku akan cekik staf pentadbiran tu sampai aku dapat! Okey, itu agak kejam. Tak apalah kalau aku tak dapat tukar ke akaun, tapi aku akan pilih modul 2 yang tak ada biologi, sebab aku tak nak bedah katak dan tikus ataupun main test-test darah. Yuks! Walaupun terpaksa berhadapan dengan subjek Fizik sekali lagi! -.-

So sekarang ni memang tengah busy kot nak packing itu itu, seluar slack aku pun agak panjang sampai kaki aku boleh terpijak pergelangan kaki seluar tu. Kenapalah pengusaha seluar slack ni tak tahu bahawa masih ramai lagi lelaki yang bertubuh pendek macam aku ni? Tak fasal-fasal aku kena pakai seluar slack terlebih labuh, dah macam badut agaknya. 

Terima kasih buat abah dan mummy yang terlebih teruja untuk menyediakan segala keperluan untuk aku. In sha Allah, kalau aku dapat tukar ke akaun, aku akan rajin belajar dan lipat gandakan usaha! Haha, tapi kalau stay dengan aliran sains, hmm, tengok mood aku kot? Hish, tak pandai bersyukur betul aku ni! T___T

Okey, Assalamualaikum! ^_____^

4 comments:

  1. wah jauhnya labuan :D saya dapat matrik perak. tapi x pergi kot ^^'

    ReplyDelete
  2. hehe..all the best..biasalah parents mmg gitu teruja anak nak masuk kolej/u..so jangan hampakan diaorang..hehe

    ReplyDelete
  3. Adik, btw tahniah sebab dapat masuk ke Matrikulasi. Btw, jangan risau, setakat yg diketahui, jurusan boleh kita tukar, hanya kena buat surat/minta kebenaran drpd pengetua/ what so ever, nnti dieorang akn terangkan macam mana. Tp setakat yg diketahui, mmg boleh tukar, sbb pernah blajar kt Matrik Johor (2008/2009) dulu. Tak tau plak skang macam mne.

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)