Tuesday, April 2, 2013

Segmen Comel - Oh My Cupcakes!

Assalamualaikum.

Segmen ini habis sampai 25 April 2013.


Oleh sebab aku selalu tengok banyak rakan-rakan blogger suka buat segmen, aku pun tertarik sekali untuk buat segmen ini buat julung-julung kalinya. Lagipun, sudah 3 tahun aku berblog, tak pernah sekali aku anjurkan sebarang segmen. 


Terharu sekejap. Oh! Okey, sila sambung baca.


Tujuan Segmen Comel - Oh My Cupcakes! ini diadakan.

1) Merapatkan hubungan silaturahim sesama bloggers.
2) Membantu meningkatkan sedikit trafik untuk para bloggers yang ikut serta.
3) Meningkatkan kadar muat turun ebook percuma aku yang berjudul : Oh My Cupcakes!
4) Meningkatkan kualiti dan skill penulisan aku khususnya dalam penulisan novel.
5) Meningkatkan peratus aku untuk menang Pakej Penerbitan Ebuku dari London berjumlah RM 10,000. (Lihat jumlah harga pakej tu, buat aku nak pengsan!)
6) Memupuk budaya membaca ebook menggunakan medium digital kepada para bloggers seperti iPad, iPhone, tablet dan laptop/komputer.
7) Menyuntik sedikit motivasi untuk aku mencapai cita-cita menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah novel di pasaran pada tahun ini. (In sha Allah)
8) Menghiburkan hati pembaca khususnya para bloggers yang sentiasa berkunjung ke blog ini, di samping memberi sedikit info tentang cupcakes serta memberi pengajaran dan nilai murni kepada pembaca.

Panjangnya senarai. Dah macam fakta Sejarah pun ada. :3


Langkah-Langkahnya.


1) Download / Add To Library / Baca  ebook aku yang berjudul Oh My Cupcakes! di E-sentral. Tekan sini! (Kalau masih ada masalah, mohon komen di sini atau di chatbox ya! Jangan malu-malu!)

Bagi pengguna Maxis yang ada iPad, iPhone, smartphone atau tablet, juga boleh download dan baca ebook aku di sini! Pastikan korang daftar dulu akaun tau!


2) Baca ebook aku itu, sekurang-kurangnya 5 halaman.


3) Buat satu entri bertajuk Segmen Comel - Oh My Cupcakes! .  Letak banner berserta backlink ke entri ini. Kemudian, tulis Review / Ulasan / Kritikan / Komentar tentang ebook yang korang telah baca minimum 5 muka surat itu. Pastikan ulasan itu benar-benar ikhlas dari hati anda. 


Contoh ulasan : Memang seronok Oh My Cupcakes ni. Walaupun tidak panjang tapi cukup membuatkan saya terhibur. Seolah-olah membaca novel tebal tapi pendek pun.Tahniah tuan Farid!



4) Letak link entri yang telah siap ditulis itu di bahagian komen sini. Senarai peserta akan dimuatkan dalam entri ini juga.




Apa yang Para Peserta Bakal Dapat Melalui Segmen Ini?



1) 5 blogger bertuah yang menulis entri paling kreatif dan ulasan paling menusuk jiwa dan kalbu akan mendapat review blog dari aku secara serentak!

2) Semua peserta akan dimasukkan dalam bloglist blog aku! Mudah-mudahan trafik anda semua akan sentiasa meningkat!

Maaf, tiada hadiah sebab aku belum bekerja. In sha Allah, lain kali kalau aku dah jadi penulis novel, aku hadiahkan novel kepada korang pula ek? ^______^


Akhir kata, majulah cupcakes untuk negara! Oh!

Semoga segmen ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Harap-harap. Kalau tiada sambutan, aku akan bertambah malu kerana suka syok sendiri. Huhu. 


Assalamualaikum. :)

14 comments:

  1. Replies
    1. Waalaikumusalam. BUNDA joinlah segmen ini sekali. :)

      Delete
  2. baru je nak join..
    tapi, cam susah aja syarat2..
    huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak susah pun. First, baca ebook, then buat entri untuk ulasan buku, simple as that. :)

      Delete
  3. hihi..insyAllah cik akak join...

    ReplyDelete
  4. thnks sy tak tau bile nk join huhu

    ReplyDelete
  5. selemat bersegmen ya, teruskan usaha ..target ribuan follower..memang ada potensi terkenal blog, masih muda so lebih kreatif berbelog...

    ReplyDelete
  6. http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/segmen-kenangan-terindah.html

    MARI JOIN SINI. ^^

    ReplyDelete
  7. Dah baca smpai page 9 dah...interesting!! kena baca habis dulu baru boleh review...sekarang busy sikit..kalau nak review something yang serius, akak kenalah serius jugak..hihik..nanti dah siap review akak bagi link ye!! Good luck!!

    ReplyDelete
  8. Best!Saya nak masuk!Bila tarikh tutup segmen?

    ReplyDelete
  9. Done Farid!!
    Good Luck yer!!
    http://ezbil-official.blogspot.com/2013/04/segmen-comel-oh-my-cupcakes.html

    ReplyDelete