Monday, April 22, 2013

Akan Terbit - Cik PA Glamor

Assalamualaikum.

Lama sangat ya aku tak update entri blog. Maaf sangat-sangat, tak sempat nak balas komen ke blog korang dan blogwalking. Ada masa yang terluang akan aku usahakan. Lagipun, minggu ni keluar keputusan tawaran ke matrikulasi dan tingkatan enam. Lagilah rasa cuak, berdebar-debar! Oh!




Ini novel keempat dari penulis novel dan penulis skrip yang kian melonjak naik namanya, Mama Bella. Telemovie beliau yang terbaru bakal disiarkan di Astro Prima, bertajuk Samosa Hangit Inti Sardin. Ada lakonan Noor Khiriah pelakon wanita komedi tu, jangan risau. :3


Tajuk asal novel ini : Diari Bekas Setiausaha Gedik.

Tapi ditukar, macam biasalah, kalau penerbit PTS, memang ketat sangat proses penilaian proposal dan manuskrip. T__________T

Jumlah Muka Surat : 400
Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Humor
Penerbit: PTS One Sdn Bhd


Ini ialah antara sedutan perenggan dalam novel ini. Amacam, tertarik?




Sinopsisnya...

Zara dan Ghina adalah kembar seiras, tetapi tidak serupa. Meskipun mempunyai persamaan dari segi rupa paras, namun karakter kedua-duanya adalah sangat berbeza. Zara, si kakak sulung selalu bersikap dengki pada adik kembarnya, Ghina. Dia merasakan Ghina sering menunjuk-nunjuk di hadapan semua orang.
Sejak kecil, Zara mengidamkan kerjaya pramugari. Sudah banyak temuduga syarikan penerbangan yang dihadiri, namun tiada satu pun yang mengambilnya bekerja. Oleh kerana sudah terlalu lama menganggur, Zara terpaksa bersetuju untuk bekerja sebagai Pembantu Peribadi (PA) di syarikat tempat Ghina bekerja.
Bermacam-macam kejadian lucu yang berlaku sepanjang Zara bekerja di situ. Kadang kala dia menyamar sebagai Ghina dengan melekatkan tahi lalat palsu supaya menyerupai Ghina yang mempunyai tahi lalat manis di bawah bibir kanannya.

In sha Allah, novel ini bakal terbit pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung di PWTC.

Sekalung tahniah diucapkan buat Mama Bella.
Okey, aku, bila lagi? :3

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. semoga berjaya untuk melanjutkan pelajaran.mesti dapat punyalah..dan semoga kita berjaya untuk dapatkan ipad.heeee.

    akak pun ada bercita-cita untuk hantar manuskrip manalah tahu dapat diterbitkan tpai mengenangkan 2 org askar kat rumah tu selalu terbantut.heeee

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sangat sebab sudi promo novel mama... Loving u adik!!!!

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)