Wednesday, March 20, 2013

Persediaan Sebelum Terima Result SPM

Assalamualaikum.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum keputusan SPM 2012 keluar. Dan aku yakin mesti ramai yang sedang berada dalam zon menggelabah sampai nak mampus. Oh. Jangan risau, aku juga begitu.

Di sini aku coretkan beberapa tip atau persediaan sebelum terima keputusan SPM. Tip-tip ini juga bagus bagi calon STPM yang akan terima result bagi penggal satu sekali dengan calon SPM 2012.

1. Sila buang segala isi perut anda di tandas rumah sebelum keluar. Bukan apa, manalah tahu nanti sepanjang perjalanan perut asyik memulas, entah-entah di tengah jalan sudah tak tahan nak terbuang air besar sebab cuak sangat nak terima result. Sudahlah ter-berak, seluar bersih pun tak ada, para penumpang pula terpaksa memicit hidung sampai merah kerana tak tahan dengan bau puaka.


2. Jangan tinggalkan solat. Kalau boleh buatlah sekali solat sunat, ala cuma 2 rakaat sahaja. Hal ini mampu menenteramkan diri dan jiwa kita yang sudah kalut dengan debaran keputusan exam.




3. Mohon restu abah dan mummy. Cium tangan mereka, peluk mereka erat-erat. Sesungguhnya doa ibu bapa itu pasti dimakbulkan Tuhan. In sha Allah.


4. Positifkan dirimu. Kata dah usaha kan? Kata dah berhempas-pulas belajar sampai pukul tiga pagi, dah buat study group dan selalu minta tunjuk ajar dari guru kan? Jadi, fikirkan perkara-perkara yang positif saja tatkala menunggu result diumumkan. Bayangkan, kalau awak dapat semua A, wartawan datang berpusu-pusu dan mengejar anda seperti artis semata-mata untuk ditemu ramah. Buka berita RTM jam 1 tengah hari, terus terpampang wajah anda dalam berita utama. Bukan main lagi ya.

Sentiasa positif! Eh tetiba gambar ini keluar pula. Layan.


5. Sarapan jangan dilupa. Biar bagi badan tenaga sikit, tak adalah asyik lesu dan kelaparan sementara menunggu result kita keluar kan. Semangat itu harus ada!


6. Berbual-bual dengan rakan dan guru kesayangan anda. Hal ini dapat meminimakan perasaan gelabah dalam diri anda. Sebab rakan-rakan dan guru-guru sentiasa memberikan dorongan dan kata-kata semangat bagi mencambahkan inspirasi dalam diri anda.

akhir sekali...


7. Pasang lagu-lagu motivasi. Semua orang ada smartphone kan? Buka youtube dan dengar lagu-lagu tersebut. Kalau yang tak ada smartphone seperti aku, bolehlah download lagu-lagu itu di internet, kemudian masukkan dalam handphone atau iPod atau mp3 player. Sumbat headphone dalam lubang telinga anda, dan lantangkan volumenya. Tapi jangan sampai ke tahap maksimum nanti ada pula gegendang telinga yang pecah. Oh!

Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya ada pembaca yang telah pekak kerana mendengar lagu melalui headphone dengan kelantangan yang maksimum.

Lagu-lagu motivasi ini sikit sebanyak dapat memberikan semangat yang membara dalam diri anda.



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Baiklah, itu sahaja tips peribadi yang dapat aku berikan. Semoga tips ini bermanfaat buat semua pembaca.

Akhir sekali, aku doakan agar semua calon SPM mahupun STPM tenang ketika menerima keputusan anda. Jangan ada yang menangis tertonggeng pula ya kalau gagal. Kalau gagal, masih boleh ulang lagi. Jangan pedulikan apa yang orang kata. Proses menuntut ilmu itu tidak akan berhenti sehinggalah anda disahkan meninggal dunia.

Terima kasi kerana sudi membaca. 

12 comments:

  1. wargghh takut !
    esok result kuar

    ReplyDelete
  2. good luck yer dik ...dah berusaha sekarang bertawakal dan berserah pad ALLAH

    ReplyDelete
  3. betul tu..berusaha, berdoa, tawakkal dan pasrah..

    ReplyDelete
  4. gudluck dik... akk doakn yg terbaik oke.... :)

    ReplyDelete
  5. wargghh takut la.
    result kuar esk

    ReplyDelete
  6. phewwwww. Takutnya. Good luck. Part dgr lgu tu akan dipraktikkan nanti. Thanks share. >.<

    ReplyDelete
  7. Goodluck dik. Insyaallah dipermudahkan semua.

    ReplyDelete
  8. Selasa ni result keluar . Takut 😱

    ReplyDelete
  9. 7 hari lagy.. #spm 15 .. Neves laa..

    ReplyDelete
  10. 12 days more ~ before the result will be coming out ~~ its around the corner ! huhu~

    ReplyDelete
  11. tomorrow XD
    ezpz

    ReplyDelete