Monday, March 25, 2013

Oh My Cupcakes! - Ebook Percuma Untuk Anda!

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi follow dan komen di blog aku yang tak  berapa menarik ni. Oleh itu, sebagai ganjaran, aku akan hadiahkan ebook percuma, diulangi, PERCUMA untuk anda semua. Ya, andalah yang sedang baca entri ni.

Ebook percuma aku ni aku hadiahkan buat semua, khususnya bagi sesiapa yang suka makan cupcakes dan tergila-gilakan cupcakes, atau yang mahu menjadi seorang peniaga cupcakes! Ebook ini santai, tak ada sastera yang tinggi, tak terlalu berat, jadi sesuai dibaca oleh semua golongan. Kepada ibu-ibu blogger, saya syorkan ebook ini kepada anak-anak puan yang manis, jelita lagi comel. In sha Allah, pasti terhibur!


Oh lupa.

Ebook aku ini FREE sampai 25 April, diulangi, 25 April 2013! Jadi, cepat-cepatlah download ebook ini ya! Sebab aku juga akan buat segmen pertama aku sepanjang menjadi  blogger selama tiga tahun yang bersangkut-paut dengan ebook ini dan juga cupcakes.

Ecewah.

Semoga dipermudahkan Tuhan, dan harap ramailah yang sertainya ya! ^___^



Berikut merupakan sedikit butiran tentang ebook ni.

Tajuk : Oh My Cupcakes!
Penulis : M Faridzuan Majid
Genre : Chiclit / Humor / Remaja Dewasa



Sinopsis :

Hanis Liyana merupakan seorang pengusaha cupcakes yang berjaya. Walaupun tidak mendapat pekerjaan yang sama bidang dengan jurusan yang diambilnya di universiti, hal itu sama sekali tidak mematahkan semangat Hanis Liyana bagi menceburi bidang perniagaan kek yang semakin mendapat tempat. Pertemuan dengan Encik Marzuki membuatkan gerak kerjanya menjadi agak huru-hara. Tambahan pula kedatangan Irwan secara tiba-tiba turut meninggalkan banyak tanda tanya. Semangat Hanis Liyana menjadi bertambah kental dengan adanya pekerja dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Walau apa pun yang berlaku, cupcakes pelanggan harus diutamakan, meskipun terpaksa melakukan kerja gila!



Baik. Sekarang aku nak beritahu, cara-cara nak download ebook percuma aku ni. Siapa yang tak nak ebook free kan? So korang patut bersyukur dapat download ebook percuma aku ni, sebab aku tak akan dapat royalti komersial dari ebook ni walau sesen pun!

Terdapat dua cara untuk baca / download ebook aku ni. 

Pertama adalah melalui portal Maxis. Cara ini hanya sesuai untuk sesiapa yang mempunyai nombor Maxis sa-ha-ja. Klik sini untuk muat turun! Tapi aku memang tak reti nak guna cara ni sebab asyik terstuck ketika register akaun. So, aku recommend-kan korang untuk guna cara platform yang kedua, iaitu laman portal E-Sentral.


Oleh sebab ramai yang tak berapa tahu cara nak download ebook percuma aku ni, sampai ada yang siap mesej aku dekat Facebook, so aku akan paparkan sekali tutorial membaca / memuat turun ebook di E-Sentral.



Langkah 1.

Daftar dahulu akaun anda di E-Sentral. Klik sini untuk mendaftar! Nanti, tekan butang Register yang terletak di bahagian kanan atas laman portal itu.



Langkah 2.

Isi butir-butir peribadi anda. Pastikan username anda itu boleh diterima oleh sistem komputer. Nombor telefon juga jangan letak sebarangan. Jangan risau, nombor telefon korang takkan dipaparkan di mana-mana.

Selesai? Terus tekan butang Register!




Langkah 3.

Selepas korang berjaya mendaftarkan akaun di E-Sentral, secara automatik korang akan dibawa semula ke portal yang memaparkan maklumat tentang ebook aku yang bertajuk 'Oh My Cupcakes!' 


Korang lihat perkataan 'Add To Library' di bahagian kiri paparan itu. Sudah jumpa? Oleh sebab ebook aku percuma, dan korang tak payah susah-payah guna maybank bank in duit apa segala, maka korang hanya perlu tekan 'Add To Library'.




Apabila korang dah selesai klik, ebook 'Oh My Cupcakes!' akan terus terpapar pada library virtual anda di E-Sentral.


Langkah 4.

Sudah add di library. Jadi bagaimana mahu membaca?

Terdapat banyak cara untuk membaca ebook aku sebenarnya. Ia bergantung kepada jenis peranti atau alat komunikasi apa yang korang guna. Korang boleh gunakan laptop, iPhone, iPad, iPod, Samsung Galaxy Tab, Samsung Galaxy Note, Samsung SIII, Nokia Lumia, Sony Xperia dan macam-macam lagi smartphone dan tablet yang korang ada.

Korang boleh klik 'You Reader'  kalau korang tak tahu bagaimana mahu baca.
Sekiranya korang pengguna iOS, klik 'iPad/iPhone'. Ia akan membawa korang ke iTunes untuk download aplikasi E-Sentral E-Reader secara percuma terus ke iPhone, iPod atau iPad korang. 

Begitu juga bagi pengguna Android, korang akan dibawa ke Google Play untuk muat turun aplikasi Ebook Reader terus di Android korang.

Cara yang paling mudah untuk membaca ebook aku adalah melalui web browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox. 



Apa yang korang perlu buat ialah klik pada PC/MAC yang terletak di kiri atas skrin.



Sesudah itu, korang akan disuruh untuk log in. Gunakan butir akaun E-Sentral yang korang telah daftar tadi.


Kemudian, korang akan dibawa ke reader.e-sentral.com punya laman portal. Buku 'Oh My Cupcakes' memang dah tersenarai di situ disebabkan korang dah Add To Library tadi. Klik saja pada cover buku itu.



 Dan akhirnya, jeng-jeng-jeng, ebook aku sedia untuk dibaca!




Selesai!

Kalau korang still ada masalah nak download atau apa-apa, tinggalkan komen di sini dan aku akan komen balik di blog korang, atau boleh terus mesej aku di Facebook

Terima kasih kerana sudi download! Semoga terhibur dan mendapat manfaat setelah membaca ebook aku ni. Kalau ada komen, kritikan pedas dan testimonial, aku memang sangat-sangat alu-alukan! 

Assalamualaikum. :)

17 comments:

  1. ohmycupcake..?

    nnt ade mase akk danlod okey :)

    ReplyDelete
  2. menarik...ada masa nanti kak puteri download :)

    ReplyDelete
  3. wah2..hebakknye kamu dik..hehe

    ReplyDelete
  4. wahhhh hebat nie ... hehehe isnyaALLAh ada mase nnti download

    ReplyDelete
  5. jangan biasa amalkan perkataan 'nanti'...sebab bila kita dah sibuk dengan jadual harian..kita akan terlupa pada benda-benda kecil yang kita dah janjikan...
    insya'ALLAH pula dah 99% akan buat cuma 1% tu je yang kena pastikan kita kotakan apa yang dijanjikan...melainkan masa kita dah sampai =P

    ReplyDelete
  6. wahhh hebakk nya kamu. kalau sempat, den download. :)

    ReplyDelete
  7. Wan, kw memang daebak lha ! ak sokong karya muw :D

    ReplyDelete
  8. From : Cheryl :D

    ReplyDelete
  9. Mari join sini. ^^ Best!!

    http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/giveaway-topup-pearlcholic-birthday-by.html

    Thanks!!

    ReplyDelete
  10. tak sabar nak download ni. Hihihihi. Hari tu nak download tp tak tahu. =.=" hihi.

    ReplyDelete
  11. wahhhh...!

    memula baca akak ingat 25hb yg baru lepas..

    baca lagi sekali..
    eh,april la..

    sempat la akak domlod nanti..

    :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Akak dah download :) thankz ya farid.. nak membaca pulak. hehe.

    ReplyDelete
  14. sinopsis menarik. belum baca lagi keseluruhan :)

    ReplyDelete
  15. oh..farid bakal novelis la ni ya.. :) hehe..support la adik kalau macam nie..sebab jarnag nampak lelaki yg ada minat ke arah penulisan..yg ada sekarang pun tersohor mcm RAM.. :) inshaAllah kalau tak ada apa2 akak download.. :)

    ReplyDelete
  16. Yeayy dah download. Nak baca kejap :)

    ReplyDelete