Sunday, March 3, 2013

Oh, Lahad Datu Ku!

Assalamualaikum.

Pejam celik rupa-rupanya dah bulan Mac. Tak ada entri untuk bulan Februari. Maaf kan aku. Aku tak ada idea nak tulis cerita fasal apa.

Berbalik kepada cerita kali ni. Isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Oh, ini ialah tempat kelahiran aku. Daerah keempat terbesar di Negeri Bawah Bayu selepas ibu negerinya, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

So aku cuma nak ulas sikit aje, okey! Sikit! Sebab aku ni tak baca sangat fasal fakta-fakta tentang pencerobohan di Lahad Datu ni. Okey, aku malu sebab aku orang Lahad Datu tapi tak berapa nak pro dalam isu sensasi yang melibatkan pertahanan keselamatan negara kita.

Actually aku cuma dengar fasal cerita Abu Sayyaf, selepas adik aku yang kecoh tentang segala perkara yang berada di Lahad Datu ni mensensasikan isu ni. Dia cakap dengan aku yang Abu Sayyaf ni orang Filipina, kerjanya bunuh orang. Kawan adik aku ni kata, dia pernah nampak satu video fasal Abu Sayyaf yang membunuh jemaaf di Masjid. Macam ni, ketika jemaah tu sedang solat, dia tak perasan pun yang Abu Sayyaf ni ada kat sebelahnya. Apa lagi, si Abu Sayyaf ni pun mengambil kesempatan untuk mengerat lehernya hidup-hidup seperti menyembelih seekor ayam yang nak dijadikan rendang ayam pada pagi Raya Aidilfitri. Sungguh kejam. So lepas ni kalau nak pergi Masjid, kena peka dengan keadaan sekeliling. Tak apa, boleh ulang semula solat tu secara individu, asalkan nyawa tak hilang dengan tak berbaloi. Okey, ayat aku agak terbelit-belit. Lupakan.

So isu tentang pencerobohan sekumpulan warga asing yang mendakwa diri mereka ialah Tentera Sulu ni berlarutan dalam bulan Februari ni, sampai masuk berita. Tapi berita di TV cuma beritahu kepada penonton, "Rakyat Lahad Datu usah khuatir. Pihak pertahanan negara akan memastikan para penceroboh tu menyerah diri secara rundingan." dan bla...bla...bla...Tapi itu hanya sekadar berita sisipan, kerana berita-berita utama lebih fokus kepada aktiviti menteri demi membangunkan rakyat dan juga BR1M atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Oh tidak dilupakan juga tentang blah-blah-blah Kerajaan menentang pihak pembangkang. Oh, ini sudah sampai isu politik. Aku tak nak disaman hidup-hidup jika terus tulis fasal politik. Baiklah, teruskan cerita.

Sampailah...

Pada 1 Mac 2013, ketika aku seorang diri di rumah, lepas makan Nasi Kuning sebagai sarapan, dan kemudian sambung tidur sampai jam 11 pagi sebab nak bangun mandi untuk Solat Jumaat, usai sahaja turun ke bawah, aku memang menantikan panggilan abah untuk ambil aku dari rumah pergi ke masjid.

Tapi ketika terima panggilannya, suaranya agak kelam-kelibut, bagaikan ribut! Dia bagitau aku, supaya duduk aje kat rumah. Tak payah Solat Jumaat. Lols. Then dia sambung ayat-ayatnya, sehinggalah terpacul perkataan 'PERANG!' yang sedang berlaku di Lahad Datu.

Aku pula hanya mengangguk-angguk di telefon dan berkata, 'Okey...' dengan wajah berkerut bertambah teruja. Wow. Orang lain sibuk fikir fasal 'PERANG' yang melanda di Lahad Datu, aku boleh pula berasa seronok. Kesewelan apakah aku ni? Mungkin sebab aku pun nak merasa juga bagaimana suasana perang yang berlaku di negara luar seperti Gaza. Tapi masa tengah hari tu tak adalah bunyi tembakan secara berpadu, bom ataupun bom nuklear. Okey, kalau nuklear awak memang tak akan dapat apa yang aku tulis di blog ni. Alhamdulillah Tuhan, aku masih selamat.

Oh lupa nak beritahu you alls yang rumah aku ni betul-betul terletak berhadapan dengan jalan besar di Lahad Datu. So aku dapatlah menyaksikan secara live situasi yang melanda penduduk Lahad Datu. Kereta bersusun panjang di jalan raya. Jam, sesak! Semua nak balik rumah. Ada yang nak lari ke daerah Tawau, jadi dorang pergi isi minyak di stesen-stesen minyak Lahad Datu. PENUH! Bahkan ada sebuah kereta yang aku nampak dari rumahku, oleh sebab keadaan trafik yang jam gila, dia melakukan tindakan drastik dengan melalui pembahagi jalan demi memusingkan kereta ke sebelah kanan lorong! Dalam keadaan yang genting seperti ini, undang-undang negara pun dilupakan! Tapi aku sempat juga tengok orang ramai yang lalu-lalang depan rumah aku sebab nak balik. Dorang boleh pula berjalan lenggang-lenggok, siap bertelefon lagi! Oh, rakyat Lahad Datu memang cool, huh?

Lori-lori tentera yang berpuluh-puluh berulang-alik membawa pasukan tentera yang gagah perkasa ke lokasi kejadian. Tak dilupa dengan bunyi siren van polis, kereta polis dan motosikal polis. 

Aku yang tak ada capaian internet pada ketika aku hanya menantikan kedatangan abah, mummy dan adik-adik aku dari sekolah. Barang-barang runcit habis disapu di kedai runcit untuk bekalan sementara mengesahkan keadaan menjadi stabil. Adik aku beritahu aku, masa dia di sekolah, lepas aje berita fasal perang itu tersebar, seluruh rakan-rakannya menjadi huru-hara! Panik! Bercelaru! Tidak tahu mahu buat apa! Bising seperti sarang tebuan! Dan dia juga beritahu aku, di masjid, tak ada satu kereta pun. Sebab semuanya berpusu-pusu nak menyelamatkan diri dan ahli keluarga.

Pada pukul 4 petang, kami diisytiharkan darurat. (Actually tak ada pun arahan tu, tapi angkara media sosial punya fasallah). Oh, ini part yang aku suka (lihatlah kesewelan aku sebab nak merasa macamana orang dulu-dulu melalui zaman darurat). Tapi dalam berita RTM, tak ada pula arahan perintah berkurung. Tapi di media lain ada pula. Mana satu yang betul? Oh mana-manalah. Rakyat Lahad Datu sendiri tahu bagaimana mahu mengurus keselamatan keluarga yang tercinta. 

 Jalan raya depan rumah aku sunyi, lengang dan sepi. Seperti bandar berhantu pula.
Sehinggalah aku diberi peluang untuk akses internet, maklumlah aku tak ada iPad, tablet, iPod, iPhone 5 dan yang sekufu dengannya. Aku bergantung kepada laptop. Dengan Facebook dan Twitter, Malaysiakini.net, di mana-mana, semuanya memperkatakan tentang LAHAD DATU. Aku cukup terharu sekali apabila melihat nama Lahad Datu menjadi Trending dalam laman sosial Twitter. Bahkan hashtag #PrayForLahadDatu juga turut tersenarai dalam trending yang mensensasikan itu. Rakan-rakan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia nampaknya turut mengambil prihatin atas apa yang berlaku di sini. 




Ada yang siap mesej dan buat status sebab risaukan aku. Oh, aku sangat terharu! :'(




Di Twitter pun. Terima kasih atas perhatian yang diberikan.


Baiklah. Kini Lahad Datu agak terkawal sikit. Jangan risau ya kawan-kawan yang selalu tegur aku di Facebook dan Twitter. Apa yang aku tahu, sebelas sekolah ditutup sementara, tapi berita tak beritahu pula sekolah mana yang kena tutup. Nampak tak ketidakcekapan di situ?

Tapi ura-ura ada yang mengatakan bahawa di belakang kawasan perumahan yang aku tinggal ini, masih ada penceroboh di situ. Di Kampung Sarip. Sebab lokasinya dekat dengan laut, menyebabkan lanun senang nak landing. Tak tahu betul atak tak, tapi aku hanya mampu berjaga-jaga. Jangan risau, aku sekarang sedang cari lokasi strategik untuk menyembunyikan diri andai tiba-tiba pengganas datang serbu ke rumahku. Huhu.

Akhir sekali, sama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Zulkifli Bin Mamat dan Allahyarham Sabarudin Bin Daud atas pemergian mereka dalam satu pertempuran serangan mortar yang menyebabkan 10 orang pihak penceroboh turut meninggal dunia. Alhamdulillah, mereka menemui ajal pada Jumaat yang mulia dan secara syahid pula. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.



Dan aku doakan agar isu pencerobohan ini selesai tanpa berlaku lagi pertumpahan darah.

Jangan biarkan Sejarah berulang!

Maaf kalau ada ayat yang menyinggung hati. Please, jangan saman aku. Aku masih menganggur! :(

Assalamualaikum. :)

UPDATED - Kawan aku dari Semenanjung mesej dengan aku, dia ada terbaca berita terkini fasal seorang lagi yang terbunuh, iaitu Superintendan Ibrahim di Semporna, dekat di Lahad Datu. Tak tahu pula fakta ni betul atau tak, sebab dia terbaca dalam artikel di Utusan. Sebab biasanya berita dari Utusan ni kena lepas tapisan dari Kementerian Dalam Negeri dulu. Ya Allah, selamatkan wira-wira kami daripada terkorban di medan perjuangan.

UPDATED 2 - Tentera-tentera Sulu sudah mara ke Semporna, Kunak dan Kinarut. Tak mustahil mereka akan menakluki satu Sabah. Mohon doa dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia.

5 comments:

  1. wow, seramnye! semoga korang semua selamat dan berakhir dengan cepat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. Saya doakan yang terbaik untuk orang-orang disana.. :-)

      Delete
  2. semoga krisis ini segera berakhir..

    Salam kenal buat empunya blog.. kita dtg dari blog Eraz Fadli.. done follow u ^_^

    ReplyDelete
  3. semoga bro dan seluruh rakyat malaysia disana diselamatkan...... dan dijauhkan dari sebarang tragedi.....

    ReplyDelete
  4. hehe..as kawan kena la saling amek berat..apa2 semoga cepat la masalah ni settle..susahkan orang ramai ja..huhu..

    ReplyDelete