Monday, March 11, 2013

Novel Akan Terbit - Gadis Blink-Blink

Assalamualaikum.

Adakah anda seorang wanita berkerjaya yang suka bergaya? Suka mempamerkan aset hiasan anda seperti manik dan labuci yang terang-benderang dan penuh blink-blink sehingga membuatkan mata orang lain bersilau? Mungkin novel ini sesuai untuk awak baca.



Cool huh? Leher siap terbelit-belit dengan segala rantai dan aksesori perhiasan yang melampau! Memang blink-blink gila!

Ini ialah novel terbitan PTS Litera Utama yang bakal terbit pada 29 Mac 2013 ini. Penulis novel ni, Qayyum Nur sudah pernah menghasilkan novel-novel bergenre remaja metropolitan dan awal remaja. Antara novel yang menjadi sambutan hangat sehingga pernah menduduk carta pertama dalam senarai novel remaja PTS yang terlaris ialah novel Surat Biru Dakwat Ungu. Juga pernah turut menulis novel bersama 3 orang penulis dalam siri Chronicle 301 yang aku beli di The Curve, Mid Valley pada tahun 2011. 

Tajuk asal novel ini ialah Nana Labuci, tetapi telah ditukar menjadi 'Gadis Blink-Blink' untuk menampilkan gaya yang catchy, yang gedik serta menarik minat para pembaca khususnys gadis-gadis yang gilakan fesyen, kemodenan dan mahu tampil lebih cantik dan penuh elegan!


Berikut ialah butiran novel ini.

Harga : RM 16.50 (Semenanjung Malaysia), RM 18.50 (Sabah dan Sarawak)
Tarikh Terbit: 29 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori: Remaja, Remaja Umum, Novel Chiclit
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd


Macam biasa, sesi pengundian kulit novel ni telah dibuat, dan aku telah missed untuk mengundi. T___T

Pada pendapat aku, memang kulit buku B yang sesuai, sesuai dengan tajuknya yang blink-blink, sudah pasti ilustrasi juga perlu banyak blink-blink! Oh! Apapun, pilihan B memang sudah dipersetujui akhirnya.

Berikut ialah sinopsis terpendek bagi novel ini. Mungkin ada yang malas nak baca sinopsis panjang, jadi baca ajelah yang terpendek ni. T___T

" Amboi, berkilatnya!"

"Wah, boleh silau mata!"
"Macam artis!"
Kalau namanya anak mami, pasti penampilannya hebat dan lain daripada yang lain. Nana memang gemar pada warna terang dan paling penting hampir kesemua bajunya mesti mempunyai labuci atau manik yang berkilauan. Itu perkara wajib!
Kehadirannya sebagai pekerja baru di sebuah pejabat guaman mengundang pelbagai reaksi rakan sepejabat. Namun, Nana tidak pernah ambil peduli, yang paling penting kesemua kerjanya disenangi oleh majikannya, Encik Kader.
Namun, ada pula yang salah mengerti hubungan baik Nana dengan majikannya. Keadaan menjadi lebih kalut apabila kehadiran dua teruna yang sama hebatnya, Encik Shahrul dan Encik Iqbal muncul dalam diari hidup Nana.
Mahu tahu siapa Nana? Ikuti kisah selanjutnya. 


Dan bagi yang masih tak puas dengan sinopsis pendek ini, boleh baca yang versi panjang pula. Sumbernya aku peroleh dari penulisnya sendiri.

"Mengisahkan tentang Nana (Haryana) seorang gadis Penang yang baru mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Anak mami ini menumpang tinggal di rumah kawan kepada sepupunya yang bernama Zara.

Nana ini... ke mana-mana pun pergi selalu mendapat perhatian. Kenapa? Sebab penampilannya. Wajib bagi dia memakai baju yang warna terang benderang dan penuh dengan manik dan labuci yang merelip-relip. Anak mamilah katakan. 

Di pejabat, dia disayangi oleh majikannya, Encik Kader kerana dia seorang yang rajin dan cekap dalam urusan kerja. Tapi bukan senang mahu buat semua orang suka kepada kitakan? Di pejabat itu, ada 2 orang hamba Allah yang jaki dengan Nana, namanya Zowiyah dan Natrah. Mereka bertambah jaki apabila seorang peguam bernama Shahrul suka membela Nana apabila dia dibuli.

Nak dijadikan cerita... timbul pula salah faham di pejabat. Keadaan jadi bertambah kalut apabila Zowiyah menjadi reporter tak bergaji yang melaporkan kepada Puan Maznah (isteri majikan Nana) bahawa Nana ini punya hubungan istimewa dengan majikannya, malah mahu berkahwin. Apalagi, terperanjatkan Puan Maznah... Puan Maznah berusaha untuk tampil bergaya, malah meniru cara pakaian Nana. Zowiyahlah yang menjadi perunding imejnya. Semuanya demi suami tercinta!

Tiba-tiba, anak Encik Kader yang menuntut di London pulang bercuti ke Malaysia... dia pula seakan tertarik dengan Nana. Walaupun Nana ini pelik sedikit dari segi penampilan tetapi dia gadis manis yang sopan...perangainya juga 'blur-blur cute gitu'.

Tidak cukup menjadi suspek utama kepada kes cerita palsu majikannya yang kononnya akan berkahwin lagi, Nana terjebak pula dalam isu dua lelaki yang menaruh hati padanya dalam diam. 

Apa kesudahan kisah Nana, anak mami Penang yang suka pakai baju merelip ini? Beli buku Kak Qayyum ni nanti ya. "



So, itu ajelah ya serba sikit yang aku boleh kongsikan dengan anda semua tentang novel yang bakal terbit ini. Seperti biasa, kalau dah namanya terbit di PTS, gaya penceritaannya mematuhi syariah. Tak ada adegan lelaki dan perempuan buka mahram berpegang-pegang tangan, berdating bahkan berdua-duaan. Dan yang paling penting sekali, novel ini menggunakan bahasa Melayu Tinggi. Tak ada perkataan kontot atau sinkof walaupun dalam dialog. 

Eh, entri-enrti blog aku ni guna bahasa Melayu Tinggi ke? Jawapannya, ya dan tidak. Hahaha.

Alright, sampai ketemu lagi. Jangan lupa titipkan doa keselamatan dan kesejahteraan kepada pejuang-pejuang negara kita dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu dalam setiap solatmu. Semoga 8 orang perwira yang terkorban aman di sana.

Assalamualaikum. :)

12 comments:

  1. wohoho..aku paling xsuka baca novel...

    ReplyDelete
  2. wahhh tajuk yg sangat menariks tertariks mmg da bomb :)

    ReplyDelete
  3. novel yg beli tahun lepas pun habis lg baca hahahahaa :P

    ReplyDelete
  4. mmg blink blink laa.. haaha

    ReplyDelete
  5. Adik akak yang form 2 tu banyak kumpul novel-novel gini ha. Abang dengan mak pun suka baca. Haha :D

    ReplyDelete
  6. blogwalking.done following you.do follow me back. :)
    http://drawcolorcreate.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. heyy adik perempuan nadia, segala jenis buku ain maisarah dia adaaaaaa. terujaaa ok :))

    ReplyDelete
  8. minatnya buku2 nie ya..hehe..sama la kita..me pun rasa yang B tu cantik..hehe..

    ReplyDelete
  9. b tu memang cantik covernya...sesuai dgn tajuk......

    ReplyDelete
  10. Dalilah Comment :

    Sya tadi ade ternampak novel nie saya terfikir la nak beli ke tak nak tapi saya terus nampak novel lain beli yang lain

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)