Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu : Berjuang Demi Ibu Pertiwi Tercinta!

Assalamualaikum.


Rasanya semua rakyat Malaysia pun dah tahu fasal isu insiden pencerobohan yang berlaku di tempat aku, iaitu Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pencerobohan yang mendakwa mereka ialah tentera Kesultanan Sulu. Walaupun insiden itu berlaku di Kampung Tanduo yang jaraknya ialah 100 km lebih dari perumahan aku yang tinggal di Taman Aman Jaya.

Sejak kejadian tragis 1 Mac 2013 yang telah meragut 2 orang perwira kita di Kampung Tanduo Lahad Datu, Lahad Datu menjadi trending di sana sini, bahkan mendapat liputan yang luas di berita TV dan media sosial seperti Facebook dan Twitter. Tapi ada je sesetengah pihak yang ambil kesempatan dalam kesempitan mengaitkan peristiwa hitam ini dengan soal politik negara. 



Kemudian 2 Mac 2013, 6 lagi perwira kita terkorban di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna. Pada saat orang ramai sudah nak tidur, wira-wira kita sedang berjuang habis-habisan menumpaskan pihak musuh, sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka.



Perasaan hiba dan sedih sudah pasti menyelubungi jiwa dan perasaan setiap rakyat Malaysia atas jasa dan pengorbanan polis-polis kita yang gagah perkasa itu. Bila aku tengok je jenazah yang diusung dalam berita TV, hampir nak jatuh air mata aku. Dengan isteri-isteri mereka yang menangis tersedu-sedan, bapa mereka yang sebak dadanya dan anak-anak mereka yang masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi kepada ayah mereka.

Yang ini aku copy dari Twitter. Tak tahu betul atak tak. Apapun, perasaan seorang pahlawan negara yang sanggup berkorban dan menggadai nyawa, siapa yang tahu? :(


Sedangkan ayah mereka sudah meninggalkan alam yang fana ini buat selama-lamanya. Sesungguhnya budak-budak kecil tu tak tahu apa-apa. :(

Maka pada 5 Mac 2013, pada jam 7 pagi, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis, Kampung Tanduo Lahad Datu telah dikepung, dan mereka, pahlawan-pahlawan kita yang gagah bersiap-sedia melakukan serang balas terhadap kumpulan penceroboh bersenjata kerana mereka enggan menyerah diri dan telah mengorbangkan wira-wira negara.. Dengan jet pejuangnya, serangan telah dibuat di kawasan itu.

Liputan media tentang perang di Kampung Tanduo Lahad Datu ini meluas di berita TV. Bahkan RTM telah menyiarkan berita-berita terkini tentang Pencerobohan di Lahad Datu. Satu inisiatif yang bagus demi menyebarkan informasi yang tepat kepada orang awam, tanpa disogokkan dengan berita-berita palsu yang sudah menyebar luas di alam maya dan SMS. Aku sendiri pun hampir tertipu tengok tweet-tweet dan gambar-gambar Facebook. Sepatutnya dorang kenalah dapatkan pengesahan dari PDRM dulu. Kalau tak, huru-haralah keadaan.

Dan Alhamdulillah, tiada perwira-perwira kita yang terkorban atau tercedera! Syukur ke hadrat ilahi. Namun, bagi pihak penceroboh pula tak dapat dipastikan jumlah kematiannya. PDRM belum membuat kenyataan rasmi.

Kasihan. 

Aku berharap agar isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah ini akan berakhir secepat mungkin. Sudah tiga hari adik-adik aku tak ke sekolah. Bulan Mac ni dorang ada exam. Aku pula kena tunggu result SPM 20 Mac nanti! Oh. Moga dipermudahkan urusan.



Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara dan keamanan, marilah kita sama-sama memberi sokongan, dan doa buat perwira-perwira negara kita agar selamat kembali dari medan peperangan.

Aku dah sediakan lirik di bawah video ini. Sambil tu, awak bersedialah dengan tisu ya. ;')




Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang
Akhir sekali, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada wira-wira negara yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

Assalamualaikum.

9 comments:

  1. al-Fatihah.. sekarang kat sana lenggang lagi ke?

    ReplyDelete
  2. takziah. Al-fatihah. Semoga tiada lagi yang terkorban.

    ReplyDelete
  3. hai,nida doakan kt sane baik2 je...

    *akak nida ade kt kunak..risau sgt :(

    ReplyDelete
  4. Kunjungan siang dan salam kenal sobat
    Blog ini sangat bagus dan aku suka
    terima kasih yah

    ReplyDelete
  5. semoga mereka semua di cucuri rahmat .. aminnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  6. al fatihah...sedih sgt dengar berita pemergian pejuang kita..moga2 lepas ni xde darah yg menitis kat bumi sabah....

    ReplyDelete
  7. kita doakan semoga pahlawan yg gugur tenang disana....... Alfatihah...

    ReplyDelete
  8. semoga semuanya kembali aman :-)

    ReplyDelete
  9. al-fatihah untuk pahlawan negara kita yg terkorban :)

    ReplyDelete