Friday, March 8, 2013

Jumaat dan Kari Ayam

Assalamualaikum.

Kini dah seminggu sejak peristiwa tragik yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna di Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang telah mengorbankan 6 orang anggota polis angkara perbuatan tidak perikemanusiaan pihak pengganas Kesultanan Sulu. Sejak hari Jumaat tu sampai sekarang aku tak keluar-keluar rumah. Asyik terkenang dan sebak dengan pemergian satria-satria negara setiap kali baca berita, dengan bunyi semboyan yang mengiringi gambar-gambar mereka di kaca TV. Sungguh aku tak dapat nak tahan air mata.

Tapi sekarang keadaan dah terkawal sikit di Lahad Datu, memandangkan Ops Daulat dilaksanakan di Kampung Tanduo, 100 km lebih dari jarak rumah aku.

Pergi solat Jumaat tadi penuh orang. Biasanya awal-awal aku pergi sikit je jemaah yang ada dalam masjid. Mungkin sebab lepas insiden hitam tu berlaku, semua penduduk tak lekang-lekang memohon doa kepada Tuhan demi kesejahteraan roh perwira yang terkorban dan juga keselamatan di Sabah, khususnya Lahad Datu.

Boleh baca di sini kalau nak tahu pengalaman hari pertama aku yang berada dalam kawasan sekitar perang di Lahad Datu.

Tajuk khutbah sudah semestinya tentang isu kewajiban dan tanggungjawab kita sebagai rakyat mempertahankan kedaulatan negara. Walaupun dalam masjid tu air-condnya sejuk sangat sampai aku rasa penuh pundi kencing, tapi aku tetap beri fokus kepada isi khutbah yang disampaikan.

Dalam kesempatan Solat Jumaat tu, kami juga sambung buat solat hajat. Moga pihak keselamatan, pihak media dan penduduk sekitar Kampung Tanduo berada dalam keadaan yang sihat dan selamat sepanjang pelaksanaan Ops Daulat demi mencari saki-baki pengganas, tak dilupa doa dititipkan buat wira-wira negara yang telah terbunuh di medan pertempuran pada 1 dan 2 Mac 2013.

Khabarnya sudah 52 mayat pengganas ditemui. Nauzubillah.

Baiklah. Jangan runsingkan kepala.

Jadi hari ini lepas balik solat Jumaat, terus dapat rezeki makan tengah hari lauk kari ayam. Alhamdulillah! Lama dah tak makan kari ayam. Eh, betul ke? Bukan bulan lalu pun dah makan ke? Oh, abaikan.

Kari Ayam, siap ada kentang yang lembut dan empuk. Yam yam!

Tak sah kalau makan nasi dengan kari ayam tapi tak ada kuah acar. Walaubagaimanapun, aku tak makan acar. :p


Bagaimana, adakah iman anda tergugat? Hahaha. Jangan marah. Bukan selalu pun dapat makan nasi dengan kari ayam ni. Lagi-lagi aku yang suka gila makan lauk ayam.

Baiklah, sampai kita ketemu lagi.

Assalamualaikum. :)

9 comments:

  1. sedanye...gulai tu

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  2. org lahad datu rpenye. moga selamat semuanye :)

    ReplyDelete
  3. Thanks sebab jenguk blog saya

    - Admins Blog 3 Dalam 1

    http://blog3dalam1.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ahemmm! bagilah tu, semangkuk pun tak apa...sedap kan sesedap khutbah jumaat. buatlah entry Lahad Datu suasana sekarang apa benar dah selamat!..cuba cerita sedikit pun tak apa ya..anda di Lahad datu kan...

    ReplyDelete
  5. tergugat iman tak lah...tapi tergugat kelenjer air liur remy.....he3

    ReplyDelete
  6. perut secara tiba2 bergelora..menandakan telah mula lapar..okay..

    ReplyDelete
  7. gambar tu penting kan.. nampak menyelerakan

    ReplyDelete