Sunday, March 24, 2013

Aku Dapat Adik Lelaki Baru!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Terima kasih semua yang sudi ucapkan perkataan 'Tahniah', 'Congratulation', dan 'Mabrook' (serius aku tak tahu apa makna perkataan Arab ni huhu) atas pencapaian aku dalam SPM 2012. Ala, result biasa-biasa saja. Tiba-tiba aku rasa terharu pula.

Walaupun aku cuma dapat 7A (1A+, 4A, 2A-), 1B dan 1C, tapi satu keluarga sebelah abah dan mummy berebut-rebut mengucapkan tahniah kepada aku. Nampaknya, bukan pelajar yang dapat semua A saja boleh mendapat peluang itu okey! ^___^

Macam biasa, kalau ada slip result, aku akan paparkan dalam Facebook. Dan aku sangat terkejut! Cuba tengok gambar tu betul-betul! T____T

Aku rasa ini rekod likes terbanyak yang pernah aku dapat. Dan aku bukan orang popular hehehe.

Eh, kenapa topik kali ini agak tersasar dari tajuk sebenar? -.-


Jadi, sehari selepas aku terima keputusan SPM, adik aku yang ketiga terus lahir pada jam 10.30, bersamaan dengan 22 Mac 2012, hari Jumaat. Kawan aku kata ini tarikh hari jadi P. Ramlee. Entah, aku pun tak tahu, betul ke?


Bekas adik bongsu bergambar dengan adik bongsu aku hehehe. Bukan main!


Shhh. Dia sedang tidur. Nanti dia menangis!


Alololo sayang, comelnya dia menguap. Tutup mulut cepat, nanti berduyun-duyung syaitan jantan dan betina masuk. Eh.

Nama adik-beradik aku semua guna Mohd dan nama mesti F. 

Macam nama aku, Mohd Faridzuan Majid. Nama adik kedua aku, Mohd Fuad Majid. Nama adik ketiga aku, Mohd Fairuz Zamri Majid.


Sempat juga mummy aku tanya dengan kami adik-beradik, nak bagi nama apa dengan adik baru ni? Masing-masing bagi idea yang bernas dan gila-gila. Sampai nama pemain bola sepak pun nak dimasukkan sekali dalam senarai cadangan nama. Hahaha. 

Dan aku juga turut sempat buat survey di Facebook dengan kawan-kawan. Bahkan ada juga novelis kegemaran aku iaitu kak E-Man Dhani sanggup search di Google cari 'Top 100 Arabic Baby Names'. Tiba-tiba aku pun terharu pula huhu.




Dan akhirnya, mummy aku buat keputusan untuk nama adik baru kami ini.




Okeylah tu. Cantik nama tu. Pernah ada orang tersalah sebut nama aku jadi Firdaus. Last-last, sekarang aku dapat adik baru yang bernama Firdaus. Lagipun Firdaus merupakan tangga Syurga yang teratas di akhirat kelak.

Moga adik bongsu terbaru aku ni akan menjadi seorang insan yang berguna dan sukses di dunia juga di akhirat. In Sha Allah.

Baiklah, jumpa lagi.

Assalamualaikum! :)

12 comments:

  1. wahhh. Tahniah dpt adk baru. :D
    Comel je baby daus ni. *suka suki je pggil daus* lol

    ReplyDelete
  2. kira hadiah spm la tu farid...
    dapat result kemana arah lagi dituju...

    ReplyDelete
  3. comelnya. tahniah untuk kali kedua Firdaus.. #eh.. :) aah, sama tarikh dengan besday allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

    ReplyDelete
  4. putihnya baby dia.. hehe.. selalunya baby2 ni merah2 sikit

    ReplyDelete
  5. salam faridzuan :)

    waaaah..best nyer dpt adik baru..tahniah...:)

    ReplyDelete
  6. comelnyer baby tu..tahniah faridzuan dapat adik baru dan keputusan SPM. dua berita gembira yang hampir serentak..mesti tersangat happy kan :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah dari akak ^__^ jaga adik baik2 ya. Jadilah anak yang soleh & sentiasa membanggakan hati ibu dan ayah adik

    ReplyDelete
  8. alalalalal tomei tomei nye...!
    geram..

    :)

    apasal adik hensem abang separuh hensem....

    :P

    ReplyDelete
  9. comel..tahniah ya, semoga menjadi anak2 yang solleh...

    ReplyDelete
  10. hehe..tahniah..oh ..me dapat tahu farid dapat adik baru sebab ternampak kat tweet tweet tu..hehe..moga adik nanti dah besar tak mahu nakal2 n rajin2 belajar dan yang penting jd anak yg soleh.. :)

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)