Sunday, March 31, 2013

Akikah Untuk Adik Bongsu Terbaru Aku

Assalamualaikum.

Wow, lamanya aku tak update blog. Padahal last entri aku ialah Rabu lepas. Ada juga yang minta aku join segmen, tapi aku ni kadang-kadang malas sikit nak tulis entri. Doakan agar Tuhan lapangkan hatiku untuk join segmen blog korang tu. Ngeee.

Eh korang sorry sebab aku lambat nak reply komen kat entri korang dan blogwalking. Ada masa nanti aku singgah balik ya! Internet lambat sesangat ni! T_______T

Lagipun aku sekarang ni tengah sibuk nak promosi secara gerila ebook percuma terbaru aku yang berjudul Oh My Cupcakes! Sangatlah rugi jikalau korang tak download ebook tu. Baca 5 muka surat pun tak apa, yang penting ada baca, sebab ebook aku ni free sampai 25 April je, dahlah hari ni 31 Mac. Cepat benar masa berlalu. Bumi kita ni memang terlebih berputar ya? Mungkin kot.


Jadi, semalam, berlangsunglah majlis kenduri akikah untuk adik lelaki bongsu terbaru aku yang bernama Mohd Firdaus. Kambing dah beli dua ekor, dah kena sembelih, kesian kau encik kambing. Apa boleh buat, daging kau tu manis sangat sampai semua orang nak merasa kau jadi kari. Huhu.

Bunga telur untuk para tetamu. Terima kasih sudi datang. Tapi bunga telur ni masih banyak lagi, korang nak satu? Cepat, nanti basi!

Kompang dipalu, baby yang baru. :3

Abah aku yang mukanya tercalit kunyit tu. Adat tu dalam majlis kaum Cocos.

Ini abang sepupu sulung aku. Beliau jadi pak imam dengan Ustaz Abidin kat sebelah tu.

Alolo, sedap sangat nak menghisap jari tu ya!

Jejaka-jejaka idaman Malaya!
Lepas habis akikah, disusuli pula dengan bacaan doa selamat.

Alright. Sorry sebab sikit je gambar aku upload. Kan aku dah kata, internet ni lambat. Huhu.

Salam sayang dari saya. Selamat kembali ke sekolah wahai adik-adikku yang comel lagi tembam. Eh.

Assalamualaikum. :)



11 comments:

  1. Wah.. seronok nya dapat anak buah baru.. :D

    ReplyDelete
  2. tahniah dapat adik bace.. mesti seronok

    ReplyDelete
  3. Moga adik membesar dengan sihat ya.. jadi adik yg soleh..hehe.. semua bro's ya? girl tak ada? hehe..mesti best..

    ReplyDelete
  4. 2 ekor kambing? mesti besar-besaran ni

    ReplyDelete
  5. meriah nampaknya ya..semoga adik dilindungi olehNYa..syukran niat telah dikabulkan untu aqiqah

    ReplyDelete
  6. bentuk yg mcm telur terbuka kaler oren tu apa? kelapa?

    ReplyDelete
  7. majlis tradisini turun menurun .. seronok ;)

    ReplyDelete
  8. bestnye ade adk bru. .hehe. . :) smoga adk jd ank yg baek. .:D

    ReplyDelete
  9. comelnya adik baru. meriahnya majlisss

    ReplyDelete
  10. Meriahnya majlis,..tradisi turun temurun ini.. Comel adik kamu!! :)

    Ehh2, novel dekat header yang depan sekali tu best tak?? macam best je.. :)

    ReplyDelete