Saturday, March 16, 2013

21 Mac 2013 - Tarikh Keluar Keputusan SPM 2012

Assalamualaikum.

Keputusan SPM 2012 tidak akan keluar pada tanggal 20 Mac 2013. Itu cuma rumours. Okey, tersasar dari topik utama.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia, tarikh keputusan SPM 2012 bakal jatuh pada tarikh 21 Mac 2013, bersamaan dengan hari Khamis. (Ada bakat jadi pengganti pemegang mohor diraja-raja Melayu tak?)

Calon-calon SPM 2012 bolehlah mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah asal, bermula pukul 10 pagi. Manakala bagi calon persendirian pula, tak payah susah-susah, sebab abang posmen yang kacak siap ada janggut tujuh helai akan menghantar keputusan anda melalui perkhidmatan pos.

Ini ialah result trial SPM aku. Agak-agak berapa A yang akan aku dapat untuk SPM 2012 ni? T___T


Bagi calon SPM yang malu nak balik ke sekolah asal sebab rambut dah panjang dan mengerbang umpama pontianak harum sundal malam, bolehlah menyemak keputusan SPM anda secara SMS.

Taip SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Nombor Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac.


Okey selesai acara berceloteh tapi curi ayat dari Berita Harian Online.

Sorry kepada pemilik blog ini sebab aku telah mengambil gambar awak. Nampak tarikh tu tahun 2009.

Usaha sudah. Berdoa sudah. Tawakal pun sudah. Moga kecemerlangan dan kesuksesan menjadi milik kita.

Dengan ini aku ingin memohon maaf andai anda terkasar bahasa sepanjang aku menulis entri di blog yang tak berapa menarik ni. Semoga aku dapat makan KFC lepas dapat result SPM. Lama dah tak makan KFC, kali ini kena order menu yang pelik-pelik sikit, asyik makan Snack Plate bosan juga. Huhu. T___T. 

(Itu pun kalau dapat keputusan yang baik. Kalau tak berapa baik?)

Assalamualaikum. :)


16 comments:

  1. Gud Luck :D Doakan kite jugak.. haha.. 9A+ SPM ! pas ni order double triple down keyh.. hihi :p

    ReplyDelete
  2. doa agar sama sama kita berjaya . aamin . str8 A+ for batch95 !

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah may Allah bless u with a rocking result

    ReplyDelete
  4. ya Allah, takutnya nak amik result. Awk sgt pandai dpt bnyk A. Good luck, :)

    ReplyDelete
  5. seramnyaaa.... hmmm, all the best semua.. bape A la sy dpt nie hm

    ReplyDelete
  6. huwaa takutnya :'( Doakan Ninaa juga ye :)

    ReplyDelete
  7. sama baya adik ss. dia pun tengah tunggu result dia. ss pula berdebar bagi pihak dia. hehe goodluck!

    ReplyDelete
  8. semoga mendapat kejayaan cemerlang.....
    banyakkan berdoa...

    ReplyDelete
  9. wahh... gud luck...

    . jom join... http://belogsaye-echa.blogspot.com/2013/03/segmen-jom-pilih-hadiah.html

    ReplyDelete
  10. wahhhhhh, gudluck dikk! mesti boleh niiii

    ReplyDelete
  11. huiii...budak pandai...

    kimia c..?

    akak fail ok..fail...

    haha..

    nasib baik la ble cover dengan fizik ngan add math masa tu..

    :)

    btw klu dah result trial pun mcm nih..

    huiii........result sebenar sure gempak la...

    insyaAllah..

    :)

    ReplyDelete
  12. ala..jangan risau la Farid..yg penting kita kena bertawakal..hehe.. pasrah segalanya.. :)

    ReplyDelete
  13. Yakin boleh... insyaallah nanti dapat result terbaik .. ^_^

    ReplyDelete
  14. good luck..kak doakan awak sukses ya!

    ReplyDelete