Thursday, March 14, 2013

18 Mac 2013 - Tarikh Keputusan STPM 2012

Assalamualaikum.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengesahkan bahawa tarikh keputusan STPM 2012 akan diumumkan adalah jatuh pada 18 Mac 2013 bersamaan dengan hari Isnin bermula jam 12 tengah hari. (Macam nak umumkan tarikh jatuhnya bulan Ramadhan dan Syawal pula)

Calon-calon STPM bolehlah mendapatkan keputusan STPM anda di sekolah masing-masing bermulanya pada jam 12 tengah hari nanti. Tapi kalau nak datang jam 7 pagi pun tak apa.

Bagi calon-calon persendirian pula, keputusan STPM anda akan dipos ke rumah masing-masing melalui posmen yang handsome.

Diharapkan dengan cebisan artikel ini mampu memudahkan urusan para calon.

Bagaimana mahu menyemak secara SMS?

Taip STPM Result <jarak> No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888

Bagaimana mahu menyemak secara online?

Klik pautan Majlis Peperiksaan Malaysia dan pergi ke menu Semak Keputusan STPM. Calon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan sahaja untuk memperoleh keputusan.


All the best guys.

Assalamualaikum.

8 comments:

  1. Suka gaya penulisan saudara... Ada kedengaran gedik-gedik di situ :P

    ReplyDelete
  2. hehe..tak sabar la nampaknya... selang sehari lepas tu spm pulak..ahaha..takut2

    ReplyDelete
  3. saye menunggu result spm. huhu.

    ReplyDelete
  4. semoga berjaya kpd semua calon2 stpm...:)

    ReplyDelete
  5. nadia tengah tunggu result spm adik nadia. kalau boleh check by sms jugak inform nadia eh.

    ReplyDelete
  6. Hmmmm... tak sabar nak tahu result SPM pula. T.T

    ReplyDelete
  7. pasti semua berdebar2 menunggu keputusan

    ReplyDelete
  8. pasti berdebar para student ye........ mcm kita dulu2.....

    ReplyDelete