Sunday, March 31, 2013

Akikah Untuk Adik Bongsu Terbaru Aku

Assalamualaikum.

Wow, lamanya aku tak update blog. Padahal last entri aku ialah Rabu lepas. Ada juga yang minta aku join segmen, tapi aku ni kadang-kadang malas sikit nak tulis entri. Doakan agar Tuhan lapangkan hatiku untuk join segmen blog korang tu. Ngeee.

Eh korang sorry sebab aku lambat nak reply komen kat entri korang dan blogwalking. Ada masa nanti aku singgah balik ya! Internet lambat sesangat ni! T_______T

Lagipun aku sekarang ni tengah sibuk nak promosi secara gerila ebook percuma terbaru aku yang berjudul Oh My Cupcakes! Sangatlah rugi jikalau korang tak download ebook tu. Baca 5 muka surat pun tak apa, yang penting ada baca, sebab ebook aku ni free sampai 25 April je, dahlah hari ni 31 Mac. Cepat benar masa berlalu. Bumi kita ni memang terlebih berputar ya? Mungkin kot.


Jadi, semalam, berlangsunglah majlis kenduri akikah untuk adik lelaki bongsu terbaru aku yang bernama Mohd Firdaus. Kambing dah beli dua ekor, dah kena sembelih, kesian kau encik kambing. Apa boleh buat, daging kau tu manis sangat sampai semua orang nak merasa kau jadi kari. Huhu.

Bunga telur untuk para tetamu. Terima kasih sudi datang. Tapi bunga telur ni masih banyak lagi, korang nak satu? Cepat, nanti basi!

Kompang dipalu, baby yang baru. :3

Abah aku yang mukanya tercalit kunyit tu. Adat tu dalam majlis kaum Cocos.

Ini abang sepupu sulung aku. Beliau jadi pak imam dengan Ustaz Abidin kat sebelah tu.

Alolo, sedap sangat nak menghisap jari tu ya!

Jejaka-jejaka idaman Malaya!
Lepas habis akikah, disusuli pula dengan bacaan doa selamat.

Alright. Sorry sebab sikit je gambar aku upload. Kan aku dah kata, internet ni lambat. Huhu.

Salam sayang dari saya. Selamat kembali ke sekolah wahai adik-adikku yang comel lagi tembam. Eh.

Assalamualaikum. :)



Wednesday, March 27, 2013

#Wordless Wednesday - Bersyukur


Monday, March 25, 2013

Oh My Cupcakes! - Ebook Percuma Untuk Anda!

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi follow dan komen di blog aku yang tak  berapa menarik ni. Oleh itu, sebagai ganjaran, aku akan hadiahkan ebook percuma, diulangi, PERCUMA untuk anda semua. Ya, andalah yang sedang baca entri ni.

Ebook percuma aku ni aku hadiahkan buat semua, khususnya bagi sesiapa yang suka makan cupcakes dan tergila-gilakan cupcakes, atau yang mahu menjadi seorang peniaga cupcakes! Ebook ini santai, tak ada sastera yang tinggi, tak terlalu berat, jadi sesuai dibaca oleh semua golongan. Kepada ibu-ibu blogger, saya syorkan ebook ini kepada anak-anak puan yang manis, jelita lagi comel. In sha Allah, pasti terhibur!


Oh lupa.

Ebook aku ini FREE sampai 25 April, diulangi, 25 April 2013! Jadi, cepat-cepatlah download ebook ini ya! Sebab aku juga akan buat segmen pertama aku sepanjang menjadi  blogger selama tiga tahun yang bersangkut-paut dengan ebook ini dan juga cupcakes.

Ecewah.

Semoga dipermudahkan Tuhan, dan harap ramailah yang sertainya ya! ^___^



Berikut merupakan sedikit butiran tentang ebook ni.

Tajuk : Oh My Cupcakes!
Penulis : M Faridzuan Majid
Genre : Chiclit / Humor / Remaja Dewasa



Sinopsis :

Hanis Liyana merupakan seorang pengusaha cupcakes yang berjaya. Walaupun tidak mendapat pekerjaan yang sama bidang dengan jurusan yang diambilnya di universiti, hal itu sama sekali tidak mematahkan semangat Hanis Liyana bagi menceburi bidang perniagaan kek yang semakin mendapat tempat. Pertemuan dengan Encik Marzuki membuatkan gerak kerjanya menjadi agak huru-hara. Tambahan pula kedatangan Irwan secara tiba-tiba turut meninggalkan banyak tanda tanya. Semangat Hanis Liyana menjadi bertambah kental dengan adanya pekerja dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Walau apa pun yang berlaku, cupcakes pelanggan harus diutamakan, meskipun terpaksa melakukan kerja gila!



Baik. Sekarang aku nak beritahu, cara-cara nak download ebook percuma aku ni. Siapa yang tak nak ebook free kan? So korang patut bersyukur dapat download ebook percuma aku ni, sebab aku tak akan dapat royalti komersial dari ebook ni walau sesen pun!

Terdapat dua cara untuk baca / download ebook aku ni. 

Pertama adalah melalui portal Maxis. Cara ini hanya sesuai untuk sesiapa yang mempunyai nombor Maxis sa-ha-ja. Klik sini untuk muat turun! Tapi aku memang tak reti nak guna cara ni sebab asyik terstuck ketika register akaun. So, aku recommend-kan korang untuk guna cara platform yang kedua, iaitu laman portal E-Sentral.


Oleh sebab ramai yang tak berapa tahu cara nak download ebook percuma aku ni, sampai ada yang siap mesej aku dekat Facebook, so aku akan paparkan sekali tutorial membaca / memuat turun ebook di E-Sentral.



Langkah 1.

Daftar dahulu akaun anda di E-Sentral. Klik sini untuk mendaftar! Nanti, tekan butang Register yang terletak di bahagian kanan atas laman portal itu.



Langkah 2.

Isi butir-butir peribadi anda. Pastikan username anda itu boleh diterima oleh sistem komputer. Nombor telefon juga jangan letak sebarangan. Jangan risau, nombor telefon korang takkan dipaparkan di mana-mana.

Selesai? Terus tekan butang Register!




Langkah 3.

Selepas korang berjaya mendaftarkan akaun di E-Sentral, secara automatik korang akan dibawa semula ke portal yang memaparkan maklumat tentang ebook aku yang bertajuk 'Oh My Cupcakes!' 


Korang lihat perkataan 'Add To Library' di bahagian kiri paparan itu. Sudah jumpa? Oleh sebab ebook aku percuma, dan korang tak payah susah-payah guna maybank bank in duit apa segala, maka korang hanya perlu tekan 'Add To Library'.




Apabila korang dah selesai klik, ebook 'Oh My Cupcakes!' akan terus terpapar pada library virtual anda di E-Sentral.


Langkah 4.

Sudah add di library. Jadi bagaimana mahu membaca?

Terdapat banyak cara untuk membaca ebook aku sebenarnya. Ia bergantung kepada jenis peranti atau alat komunikasi apa yang korang guna. Korang boleh gunakan laptop, iPhone, iPad, iPod, Samsung Galaxy Tab, Samsung Galaxy Note, Samsung SIII, Nokia Lumia, Sony Xperia dan macam-macam lagi smartphone dan tablet yang korang ada.

Korang boleh klik 'You Reader'  kalau korang tak tahu bagaimana mahu baca.
Sekiranya korang pengguna iOS, klik 'iPad/iPhone'. Ia akan membawa korang ke iTunes untuk download aplikasi E-Sentral E-Reader secara percuma terus ke iPhone, iPod atau iPad korang. 

Begitu juga bagi pengguna Android, korang akan dibawa ke Google Play untuk muat turun aplikasi Ebook Reader terus di Android korang.

Cara yang paling mudah untuk membaca ebook aku adalah melalui web browser seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox. 



Apa yang korang perlu buat ialah klik pada PC/MAC yang terletak di kiri atas skrin.



Sesudah itu, korang akan disuruh untuk log in. Gunakan butir akaun E-Sentral yang korang telah daftar tadi.


Kemudian, korang akan dibawa ke reader.e-sentral.com punya laman portal. Buku 'Oh My Cupcakes' memang dah tersenarai di situ disebabkan korang dah Add To Library tadi. Klik saja pada cover buku itu.



 Dan akhirnya, jeng-jeng-jeng, ebook aku sedia untuk dibaca!




Selesai!

Kalau korang still ada masalah nak download atau apa-apa, tinggalkan komen di sini dan aku akan komen balik di blog korang, atau boleh terus mesej aku di Facebook

Terima kasih kerana sudi download! Semoga terhibur dan mendapat manfaat setelah membaca ebook aku ni. Kalau ada komen, kritikan pedas dan testimonial, aku memang sangat-sangat alu-alukan! 

Assalamualaikum. :)

Sunday, March 24, 2013

Aku Dapat Adik Lelaki Baru!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Terima kasih semua yang sudi ucapkan perkataan 'Tahniah', 'Congratulation', dan 'Mabrook' (serius aku tak tahu apa makna perkataan Arab ni huhu) atas pencapaian aku dalam SPM 2012. Ala, result biasa-biasa saja. Tiba-tiba aku rasa terharu pula.

Walaupun aku cuma dapat 7A (1A+, 4A, 2A-), 1B dan 1C, tapi satu keluarga sebelah abah dan mummy berebut-rebut mengucapkan tahniah kepada aku. Nampaknya, bukan pelajar yang dapat semua A saja boleh mendapat peluang itu okey! ^___^

Macam biasa, kalau ada slip result, aku akan paparkan dalam Facebook. Dan aku sangat terkejut! Cuba tengok gambar tu betul-betul! T____T

Aku rasa ini rekod likes terbanyak yang pernah aku dapat. Dan aku bukan orang popular hehehe.

Eh, kenapa topik kali ini agak tersasar dari tajuk sebenar? -.-


Jadi, sehari selepas aku terima keputusan SPM, adik aku yang ketiga terus lahir pada jam 10.30, bersamaan dengan 22 Mac 2012, hari Jumaat. Kawan aku kata ini tarikh hari jadi P. Ramlee. Entah, aku pun tak tahu, betul ke?


Bekas adik bongsu bergambar dengan adik bongsu aku hehehe. Bukan main!


Shhh. Dia sedang tidur. Nanti dia menangis!


Alololo sayang, comelnya dia menguap. Tutup mulut cepat, nanti berduyun-duyung syaitan jantan dan betina masuk. Eh.

Nama adik-beradik aku semua guna Mohd dan nama mesti F. 

Macam nama aku, Mohd Faridzuan Majid. Nama adik kedua aku, Mohd Fuad Majid. Nama adik ketiga aku, Mohd Fairuz Zamri Majid.


Sempat juga mummy aku tanya dengan kami adik-beradik, nak bagi nama apa dengan adik baru ni? Masing-masing bagi idea yang bernas dan gila-gila. Sampai nama pemain bola sepak pun nak dimasukkan sekali dalam senarai cadangan nama. Hahaha. 

Dan aku juga turut sempat buat survey di Facebook dengan kawan-kawan. Bahkan ada juga novelis kegemaran aku iaitu kak E-Man Dhani sanggup search di Google cari 'Top 100 Arabic Baby Names'. Tiba-tiba aku pun terharu pula huhu.




Dan akhirnya, mummy aku buat keputusan untuk nama adik baru kami ini.




Okeylah tu. Cantik nama tu. Pernah ada orang tersalah sebut nama aku jadi Firdaus. Last-last, sekarang aku dapat adik baru yang bernama Firdaus. Lagipun Firdaus merupakan tangga Syurga yang teratas di akhirat kelak.

Moga adik bongsu terbaru aku ni akan menjadi seorang insan yang berguna dan sukses di dunia juga di akhirat. In Sha Allah.

Baiklah, jumpa lagi.

Assalamualaikum! :)

Thursday, March 21, 2013

Result SPM Aku - Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulillah. Walaupun tak straight A, tapi aku dah cukup puas hati.

Selepas ini mahu sambung tingkatan 6. In sha Allah.

Wednesday, March 20, 2013

Persediaan Sebelum Terima Result SPM

Assalamualaikum.

Tinggal beberapa jam lagi sebelum keputusan SPM 2012 keluar. Dan aku yakin mesti ramai yang sedang berada dalam zon menggelabah sampai nak mampus. Oh. Jangan risau, aku juga begitu.

Di sini aku coretkan beberapa tip atau persediaan sebelum terima keputusan SPM. Tip-tip ini juga bagus bagi calon STPM yang akan terima result bagi penggal satu sekali dengan calon SPM 2012.

1. Sila buang segala isi perut anda di tandas rumah sebelum keluar. Bukan apa, manalah tahu nanti sepanjang perjalanan perut asyik memulas, entah-entah di tengah jalan sudah tak tahan nak terbuang air besar sebab cuak sangat nak terima result. Sudahlah ter-berak, seluar bersih pun tak ada, para penumpang pula terpaksa memicit hidung sampai merah kerana tak tahan dengan bau puaka.


2. Jangan tinggalkan solat. Kalau boleh buatlah sekali solat sunat, ala cuma 2 rakaat sahaja. Hal ini mampu menenteramkan diri dan jiwa kita yang sudah kalut dengan debaran keputusan exam.




3. Mohon restu abah dan mummy. Cium tangan mereka, peluk mereka erat-erat. Sesungguhnya doa ibu bapa itu pasti dimakbulkan Tuhan. In sha Allah.


4. Positifkan dirimu. Kata dah usaha kan? Kata dah berhempas-pulas belajar sampai pukul tiga pagi, dah buat study group dan selalu minta tunjuk ajar dari guru kan? Jadi, fikirkan perkara-perkara yang positif saja tatkala menunggu result diumumkan. Bayangkan, kalau awak dapat semua A, wartawan datang berpusu-pusu dan mengejar anda seperti artis semata-mata untuk ditemu ramah. Buka berita RTM jam 1 tengah hari, terus terpampang wajah anda dalam berita utama. Bukan main lagi ya.

Sentiasa positif! Eh tetiba gambar ini keluar pula. Layan.


5. Sarapan jangan dilupa. Biar bagi badan tenaga sikit, tak adalah asyik lesu dan kelaparan sementara menunggu result kita keluar kan. Semangat itu harus ada!


6. Berbual-bual dengan rakan dan guru kesayangan anda. Hal ini dapat meminimakan perasaan gelabah dalam diri anda. Sebab rakan-rakan dan guru-guru sentiasa memberikan dorongan dan kata-kata semangat bagi mencambahkan inspirasi dalam diri anda.

akhir sekali...


7. Pasang lagu-lagu motivasi. Semua orang ada smartphone kan? Buka youtube dan dengar lagu-lagu tersebut. Kalau yang tak ada smartphone seperti aku, bolehlah download lagu-lagu itu di internet, kemudian masukkan dalam handphone atau iPod atau mp3 player. Sumbat headphone dalam lubang telinga anda, dan lantangkan volumenya. Tapi jangan sampai ke tahap maksimum nanti ada pula gegendang telinga yang pecah. Oh!

Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya ada pembaca yang telah pekak kerana mendengar lagu melalui headphone dengan kelantangan yang maksimum.

Lagu-lagu motivasi ini sikit sebanyak dapat memberikan semangat yang membara dalam diri anda.



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Baiklah, itu sahaja tips peribadi yang dapat aku berikan. Semoga tips ini bermanfaat buat semua pembaca.

Akhir sekali, aku doakan agar semua calon SPM mahupun STPM tenang ketika menerima keputusan anda. Jangan ada yang menangis tertonggeng pula ya kalau gagal. Kalau gagal, masih boleh ulang lagi. Jangan pedulikan apa yang orang kata. Proses menuntut ilmu itu tidak akan berhenti sehinggalah anda disahkan meninggal dunia.

Terima kasi kerana sudi membaca. 

Saturday, March 16, 2013

21 Mac 2013 - Tarikh Keluar Keputusan SPM 2012

Assalamualaikum.

Keputusan SPM 2012 tidak akan keluar pada tanggal 20 Mac 2013. Itu cuma rumours. Okey, tersasar dari topik utama.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia, tarikh keputusan SPM 2012 bakal jatuh pada tarikh 21 Mac 2013, bersamaan dengan hari Khamis. (Ada bakat jadi pengganti pemegang mohor diraja-raja Melayu tak?)

Calon-calon SPM 2012 bolehlah mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah asal, bermula pukul 10 pagi. Manakala bagi calon persendirian pula, tak payah susah-susah, sebab abang posmen yang kacak siap ada janggut tujuh helai akan menghantar keputusan anda melalui perkhidmatan pos.

Ini ialah result trial SPM aku. Agak-agak berapa A yang akan aku dapat untuk SPM 2012 ni? T___T


Bagi calon SPM yang malu nak balik ke sekolah asal sebab rambut dah panjang dan mengerbang umpama pontianak harum sundal malam, bolehlah menyemak keputusan SPM anda secara SMS.

Taip SPM <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Nombor Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada Khamis ini, dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Mac.


Okey selesai acara berceloteh tapi curi ayat dari Berita Harian Online.

Sorry kepada pemilik blog ini sebab aku telah mengambil gambar awak. Nampak tarikh tu tahun 2009.

Usaha sudah. Berdoa sudah. Tawakal pun sudah. Moga kecemerlangan dan kesuksesan menjadi milik kita.

Dengan ini aku ingin memohon maaf andai anda terkasar bahasa sepanjang aku menulis entri di blog yang tak berapa menarik ni. Semoga aku dapat makan KFC lepas dapat result SPM. Lama dah tak makan KFC, kali ini kena order menu yang pelik-pelik sikit, asyik makan Snack Plate bosan juga. Huhu. T___T. 

(Itu pun kalau dapat keputusan yang baik. Kalau tak berapa baik?)

Assalamualaikum. :)


Friday, March 15, 2013

Food Randomness This Week

Assalamualaikum.

Jemput tengok juadah yang aku makan pada minggu ini. 

Sayap atau Kepak Ayam Goreng. Ini ialah makanan yang paling sedap dan membuatkan aku tergila-gila kot. (Ayam ialah menu kegilaan aku!)

Sup Bebola Sayuran. Memang baguslah ada produk bebola yang ada campuran daging dan sayuran ni. Proten + vitamin. Dua dalam satu. Sesuai untuk aku yang memang tak suka makan sayur hijau hidup-hidup. Eh.

Ikan Unga Masak Tauca Taucu. Apa benda tu Unga? Lol, aku tak tahu. Yang penting juadah ikan yang sungguh crispy dengan terasa ke-crunch-crunch-annya sungguh sedap tak terkata!

Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh. Aku tak makan sayur, tapi aku paparkan je di sini. Manalah tahu ada yang terliur, lagipun banyak komen dari blog mummy aku terliur bila terpandang gambar ni. Rasa nak kunyah-kunyah!


Okey. Selamat mengecurkan diri dengan air liur.

Assalamualaikum. Babai.

Thursday, March 14, 2013

18 Mac 2013 - Tarikh Keputusan STPM 2012

Assalamualaikum.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengesahkan bahawa tarikh keputusan STPM 2012 akan diumumkan adalah jatuh pada 18 Mac 2013 bersamaan dengan hari Isnin bermula jam 12 tengah hari. (Macam nak umumkan tarikh jatuhnya bulan Ramadhan dan Syawal pula)

Calon-calon STPM bolehlah mendapatkan keputusan STPM anda di sekolah masing-masing bermulanya pada jam 12 tengah hari nanti. Tapi kalau nak datang jam 7 pagi pun tak apa.

Bagi calon-calon persendirian pula, keputusan STPM anda akan dipos ke rumah masing-masing melalui posmen yang handsome.

Diharapkan dengan cebisan artikel ini mampu memudahkan urusan para calon.

Bagaimana mahu menyemak secara SMS?

Taip STPM Result <jarak> No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888

Bagaimana mahu menyemak secara online?

Klik pautan Majlis Peperiksaan Malaysia dan pergi ke menu Semak Keputusan STPM. Calon hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan sahaja untuk memperoleh keputusan.


All the best guys.

Assalamualaikum.

Wednesday, March 13, 2013

#Wordless Wednesday - Tentera Kita Gugur


Monday, March 11, 2013

Novel Akan Terbit - Gadis Blink-Blink

Assalamualaikum.

Adakah anda seorang wanita berkerjaya yang suka bergaya? Suka mempamerkan aset hiasan anda seperti manik dan labuci yang terang-benderang dan penuh blink-blink sehingga membuatkan mata orang lain bersilau? Mungkin novel ini sesuai untuk awak baca.



Cool huh? Leher siap terbelit-belit dengan segala rantai dan aksesori perhiasan yang melampau! Memang blink-blink gila!

Ini ialah novel terbitan PTS Litera Utama yang bakal terbit pada 29 Mac 2013 ini. Penulis novel ni, Qayyum Nur sudah pernah menghasilkan novel-novel bergenre remaja metropolitan dan awal remaja. Antara novel yang menjadi sambutan hangat sehingga pernah menduduk carta pertama dalam senarai novel remaja PTS yang terlaris ialah novel Surat Biru Dakwat Ungu. Juga pernah turut menulis novel bersama 3 orang penulis dalam siri Chronicle 301 yang aku beli di The Curve, Mid Valley pada tahun 2011. 

Tajuk asal novel ini ialah Nana Labuci, tetapi telah ditukar menjadi 'Gadis Blink-Blink' untuk menampilkan gaya yang catchy, yang gedik serta menarik minat para pembaca khususnys gadis-gadis yang gilakan fesyen, kemodenan dan mahu tampil lebih cantik dan penuh elegan!


Berikut ialah butiran novel ini.

Harga : RM 16.50 (Semenanjung Malaysia), RM 18.50 (Sabah dan Sarawak)
Tarikh Terbit: 29 Mar 2013
Jumlah Muka Surat : 256
Kategori: Remaja, Remaja Umum, Novel Chiclit
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd


Macam biasa, sesi pengundian kulit novel ni telah dibuat, dan aku telah missed untuk mengundi. T___T

Pada pendapat aku, memang kulit buku B yang sesuai, sesuai dengan tajuknya yang blink-blink, sudah pasti ilustrasi juga perlu banyak blink-blink! Oh! Apapun, pilihan B memang sudah dipersetujui akhirnya.

Berikut ialah sinopsis terpendek bagi novel ini. Mungkin ada yang malas nak baca sinopsis panjang, jadi baca ajelah yang terpendek ni. T___T

" Amboi, berkilatnya!"

"Wah, boleh silau mata!"
"Macam artis!"
Kalau namanya anak mami, pasti penampilannya hebat dan lain daripada yang lain. Nana memang gemar pada warna terang dan paling penting hampir kesemua bajunya mesti mempunyai labuci atau manik yang berkilauan. Itu perkara wajib!
Kehadirannya sebagai pekerja baru di sebuah pejabat guaman mengundang pelbagai reaksi rakan sepejabat. Namun, Nana tidak pernah ambil peduli, yang paling penting kesemua kerjanya disenangi oleh majikannya, Encik Kader.
Namun, ada pula yang salah mengerti hubungan baik Nana dengan majikannya. Keadaan menjadi lebih kalut apabila kehadiran dua teruna yang sama hebatnya, Encik Shahrul dan Encik Iqbal muncul dalam diari hidup Nana.
Mahu tahu siapa Nana? Ikuti kisah selanjutnya. 


Dan bagi yang masih tak puas dengan sinopsis pendek ini, boleh baca yang versi panjang pula. Sumbernya aku peroleh dari penulisnya sendiri.

"Mengisahkan tentang Nana (Haryana) seorang gadis Penang yang baru mendapat kerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Anak mami ini menumpang tinggal di rumah kawan kepada sepupunya yang bernama Zara.

Nana ini... ke mana-mana pun pergi selalu mendapat perhatian. Kenapa? Sebab penampilannya. Wajib bagi dia memakai baju yang warna terang benderang dan penuh dengan manik dan labuci yang merelip-relip. Anak mamilah katakan. 

Di pejabat, dia disayangi oleh majikannya, Encik Kader kerana dia seorang yang rajin dan cekap dalam urusan kerja. Tapi bukan senang mahu buat semua orang suka kepada kitakan? Di pejabat itu, ada 2 orang hamba Allah yang jaki dengan Nana, namanya Zowiyah dan Natrah. Mereka bertambah jaki apabila seorang peguam bernama Shahrul suka membela Nana apabila dia dibuli.

Nak dijadikan cerita... timbul pula salah faham di pejabat. Keadaan jadi bertambah kalut apabila Zowiyah menjadi reporter tak bergaji yang melaporkan kepada Puan Maznah (isteri majikan Nana) bahawa Nana ini punya hubungan istimewa dengan majikannya, malah mahu berkahwin. Apalagi, terperanjatkan Puan Maznah... Puan Maznah berusaha untuk tampil bergaya, malah meniru cara pakaian Nana. Zowiyahlah yang menjadi perunding imejnya. Semuanya demi suami tercinta!

Tiba-tiba, anak Encik Kader yang menuntut di London pulang bercuti ke Malaysia... dia pula seakan tertarik dengan Nana. Walaupun Nana ini pelik sedikit dari segi penampilan tetapi dia gadis manis yang sopan...perangainya juga 'blur-blur cute gitu'.

Tidak cukup menjadi suspek utama kepada kes cerita palsu majikannya yang kononnya akan berkahwin lagi, Nana terjebak pula dalam isu dua lelaki yang menaruh hati padanya dalam diam. 

Apa kesudahan kisah Nana, anak mami Penang yang suka pakai baju merelip ini? Beli buku Kak Qayyum ni nanti ya. "



So, itu ajelah ya serba sikit yang aku boleh kongsikan dengan anda semua tentang novel yang bakal terbit ini. Seperti biasa, kalau dah namanya terbit di PTS, gaya penceritaannya mematuhi syariah. Tak ada adegan lelaki dan perempuan buka mahram berpegang-pegang tangan, berdating bahkan berdua-duaan. Dan yang paling penting sekali, novel ini menggunakan bahasa Melayu Tinggi. Tak ada perkataan kontot atau sinkof walaupun dalam dialog. 

Eh, entri-enrti blog aku ni guna bahasa Melayu Tinggi ke? Jawapannya, ya dan tidak. Hahaha.

Alright, sampai ketemu lagi. Jangan lupa titipkan doa keselamatan dan kesejahteraan kepada pejuang-pejuang negara kita dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu dalam setiap solatmu. Semoga 8 orang perwira yang terkorban aman di sana.

Assalamualaikum. :)

Friday, March 8, 2013

Jumaat dan Kari Ayam

Assalamualaikum.

Kini dah seminggu sejak peristiwa tragik yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna di Sabah pada 1 dan 2 Mac 2013 yang telah mengorbankan 6 orang anggota polis angkara perbuatan tidak perikemanusiaan pihak pengganas Kesultanan Sulu. Sejak hari Jumaat tu sampai sekarang aku tak keluar-keluar rumah. Asyik terkenang dan sebak dengan pemergian satria-satria negara setiap kali baca berita, dengan bunyi semboyan yang mengiringi gambar-gambar mereka di kaca TV. Sungguh aku tak dapat nak tahan air mata.

Tapi sekarang keadaan dah terkawal sikit di Lahad Datu, memandangkan Ops Daulat dilaksanakan di Kampung Tanduo, 100 km lebih dari jarak rumah aku.

Pergi solat Jumaat tadi penuh orang. Biasanya awal-awal aku pergi sikit je jemaah yang ada dalam masjid. Mungkin sebab lepas insiden hitam tu berlaku, semua penduduk tak lekang-lekang memohon doa kepada Tuhan demi kesejahteraan roh perwira yang terkorban dan juga keselamatan di Sabah, khususnya Lahad Datu.

Boleh baca di sini kalau nak tahu pengalaman hari pertama aku yang berada dalam kawasan sekitar perang di Lahad Datu.

Tajuk khutbah sudah semestinya tentang isu kewajiban dan tanggungjawab kita sebagai rakyat mempertahankan kedaulatan negara. Walaupun dalam masjid tu air-condnya sejuk sangat sampai aku rasa penuh pundi kencing, tapi aku tetap beri fokus kepada isi khutbah yang disampaikan.

Dalam kesempatan Solat Jumaat tu, kami juga sambung buat solat hajat. Moga pihak keselamatan, pihak media dan penduduk sekitar Kampung Tanduo berada dalam keadaan yang sihat dan selamat sepanjang pelaksanaan Ops Daulat demi mencari saki-baki pengganas, tak dilupa doa dititipkan buat wira-wira negara yang telah terbunuh di medan pertempuran pada 1 dan 2 Mac 2013.

Khabarnya sudah 52 mayat pengganas ditemui. Nauzubillah.

Baiklah. Jangan runsingkan kepala.

Jadi hari ini lepas balik solat Jumaat, terus dapat rezeki makan tengah hari lauk kari ayam. Alhamdulillah! Lama dah tak makan kari ayam. Eh, betul ke? Bukan bulan lalu pun dah makan ke? Oh, abaikan.

Kari Ayam, siap ada kentang yang lembut dan empuk. Yam yam!

Tak sah kalau makan nasi dengan kari ayam tapi tak ada kuah acar. Walaubagaimanapun, aku tak makan acar. :p


Bagaimana, adakah iman anda tergugat? Hahaha. Jangan marah. Bukan selalu pun dapat makan nasi dengan kari ayam ni. Lagi-lagi aku yang suka gila makan lauk ayam.

Baiklah, sampai kita ketemu lagi.

Assalamualaikum. :)

Thursday, March 7, 2013

Novel Akan Terbit - Aku Suka Dia

Assalamualaikum.

Mesti semua orang pernah dengar lagu Aku Suka Dia, nyanyian Ainan Tasneem yang comel begitu kan? Sampaikan adik-adik lelaki aku yang keras tu pun tergila-gila nak dengar lagu ni berulang-ulang kali. Tak bosan! Aku pun dah terjangkit dengan virus adik-adikku, akhirnya aku sendiri pun suka dengar lagu ni. Mungkin sebab ada bersangkut-paut dengan pengalaman bercinta kot? Hahaha. Sebenarnya aku tak pernah bercinta. 

Oh jangan salah sangka. Ini bukan novel adaptasi dari lagu ya. 

Novel bertajuk 'Aku Suka Dia', karya Iman Zahra (nama sebenar Jaimah Kahar) bakal terbit 11 7 Mac 2013 ni. Tapi kena ambil masa berminggu-minggu lah nak kena hantar novel ni, bukan di Semenanjung Malaysia je, bahkan di Sabah dan Sarawak okey.

Tajuk asal novel ni ialah Guruku Cintaku Cikgu Itu Kekasihku. Amboi, sesak nafas aku nak baca tajuk ni! Hehe kak Jaimah jangan marah bila baca ayat ni ya! :p

Last-last ditukar menjadi Aku Suka Dia. Macam novel Awak Semanis Red Velvet tahap kemanisannya.

Sangat sweet tajuknya, sama macam lagu Ainan Tasneem ni. Jadi bila baca novel ni nanti mungkin aku kena pasang lagu Aku Suka Dia, dapatkan feeling-feeling sikit, sambil berangan-angan menjadi hero novel seperti dalam novel Separuh Potong Piza. Berangan nampaknya aku?

Ada yang kata cover ni sama macam di Istanbul. Eh?



















Aku undi kaver B ketika sesi pengundian kaver novel dijalankan di Facebook. Sebab ia lebih comel dan terserlah ke-kpop-pannya.

Pada asalnya nama pena yang dipilih ialah Permata Nilam dan Dania Deliya (Watak utama novel ni), tapi atas arahan editor, disuruh tukar jadi Iman Zahra. Cantikkan nama tu?

Harga : RM 18 (Semenanjung Malaysia), RM 20 (Sabah & Sarawak)
Jumlah Muka Surat : 392
Kategori: Novel Dewasa, Novel Chiclit
Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Sedikit sedutan sinopsis novel yang sungguh comel ini.

"Nia Deliya dan Dennis Lee bersahabat baik. Disebabkan suatu insiden, timbul salah faham antara mereka hingga merenggangkan perhubungan mereka. Selepas bertahun-tahun terpisah, mereka dipertemukan semula. Mereka tidak lagi seperti dahulu. Mereka seperti orang asing di mata orang lain dan masing-masing tidak pernah menyatakan kepada sesiapa yang mereka saling mengenali suatu ketika dahulu."

Final cover novel 'Aku Suka Dia'


Kalau tak puas hati lagi dengan sinopsis pendek tu, boleh baca yang versi panjang ni pula.

"Tiada insan yang dapat menidakkan rasa kasih dan cinta yang hadir dalam diri. Perkhabaran yang disampaikan oleh Dennis Lee kepada mama Nia Deliya nyata mengubah dirinya. Niat Dennis Lee hanya satu, tidak mahu Nia Deliya terus hanyut dalam rasa cinta kepada guru mereka, Cikgu Elvart Hee. Nia Deliya memusuhi Dennis Lee selepas kejadian itu walaupun mereka pernah berteman baik.
Tahun silih berganti. Nia Deliya bertemu kembali dengan Dennis Lee di sekolah tempatnya mengajar. Dennis Lee juga bergelar guru sepertinya. Perasaan Nia Deliya terusik apabila Dennis Lee berpura-pura tidak mengenalinya.
Di sekolah itu juga, berputiknya rasa cinta yang bersegi-segi. Cikgu Rizal dan Cikgu Shahrie Bahrie menyukai Nia Deliya. Cinta Cikgu Shasa hanya disemai untuk Cikgu Rizal. Kasih Dennis Lee pula terpendam sekian lama untuk Nia Deliya.
Cinta Nia Deliya hanya kepada insan yang bernama Amir Hamzah. Permintaan mamanya yang mahukan dia menerima lamaran anak angkatnya meresahkan Nia Deliya.
Nia Deliya dilema antara Amir Hamzah ataupun pilihan mamanya? Bagaimana pula dengan kisahnya dengan Dennis Lee? Siapa pula Amir Hamzah Lee bin Abdullah? Dapatkan novel ini bagi mengetahui erti pengorbanan dan keikhlasan."

So, bagi sesiapa yang nak cuba baca novel ni nanti bolehlah dapatkan di pasaran ya. Ceritanya syariah-compliant, tak ada adegan pegang-pegang tangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim mahram. Sesuai dibaca untuk semua, khususnya yang masih sekolah menengah, menuntut di pengajian tinggi, atau sedang tunggu pinangan dari pihak lelaki!
Alright. Support Malaysian novels ya kawan-kawan.
Assalamualaikum.

Wednesday, March 6, 2013

#Wordless Wednesday - Solat


Lahad Datu : Berjuang Demi Ibu Pertiwi Tercinta!

Assalamualaikum.


Rasanya semua rakyat Malaysia pun dah tahu fasal isu insiden pencerobohan yang berlaku di tempat aku, iaitu Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pencerobohan yang mendakwa mereka ialah tentera Kesultanan Sulu. Walaupun insiden itu berlaku di Kampung Tanduo yang jaraknya ialah 100 km lebih dari perumahan aku yang tinggal di Taman Aman Jaya.

Sejak kejadian tragis 1 Mac 2013 yang telah meragut 2 orang perwira kita di Kampung Tanduo Lahad Datu, Lahad Datu menjadi trending di sana sini, bahkan mendapat liputan yang luas di berita TV dan media sosial seperti Facebook dan Twitter. Tapi ada je sesetengah pihak yang ambil kesempatan dalam kesempitan mengaitkan peristiwa hitam ini dengan soal politik negara. 



Kemudian 2 Mac 2013, 6 lagi perwira kita terkorban di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna. Pada saat orang ramai sudah nak tidur, wira-wira kita sedang berjuang habis-habisan menumpaskan pihak musuh, sehingga sanggup menggadaikan nyawa mereka.



Perasaan hiba dan sedih sudah pasti menyelubungi jiwa dan perasaan setiap rakyat Malaysia atas jasa dan pengorbanan polis-polis kita yang gagah perkasa itu. Bila aku tengok je jenazah yang diusung dalam berita TV, hampir nak jatuh air mata aku. Dengan isteri-isteri mereka yang menangis tersedu-sedan, bapa mereka yang sebak dadanya dan anak-anak mereka yang masih kecil dan tak tahu apa yang terjadi kepada ayah mereka.

Yang ini aku copy dari Twitter. Tak tahu betul atak tak. Apapun, perasaan seorang pahlawan negara yang sanggup berkorban dan menggadai nyawa, siapa yang tahu? :(


Sedangkan ayah mereka sudah meninggalkan alam yang fana ini buat selama-lamanya. Sesungguhnya budak-budak kecil tu tak tahu apa-apa. :(

Maka pada 5 Mac 2013, pada jam 7 pagi, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis, Kampung Tanduo Lahad Datu telah dikepung, dan mereka, pahlawan-pahlawan kita yang gagah bersiap-sedia melakukan serang balas terhadap kumpulan penceroboh bersenjata kerana mereka enggan menyerah diri dan telah mengorbangkan wira-wira negara.. Dengan jet pejuangnya, serangan telah dibuat di kawasan itu.

Liputan media tentang perang di Kampung Tanduo Lahad Datu ini meluas di berita TV. Bahkan RTM telah menyiarkan berita-berita terkini tentang Pencerobohan di Lahad Datu. Satu inisiatif yang bagus demi menyebarkan informasi yang tepat kepada orang awam, tanpa disogokkan dengan berita-berita palsu yang sudah menyebar luas di alam maya dan SMS. Aku sendiri pun hampir tertipu tengok tweet-tweet dan gambar-gambar Facebook. Sepatutnya dorang kenalah dapatkan pengesahan dari PDRM dulu. Kalau tak, huru-haralah keadaan.

Dan Alhamdulillah, tiada perwira-perwira kita yang terkorban atau tercedera! Syukur ke hadrat ilahi. Namun, bagi pihak penceroboh pula tak dapat dipastikan jumlah kematiannya. PDRM belum membuat kenyataan rasmi.

Kasihan. 

Aku berharap agar isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah ini akan berakhir secepat mungkin. Sudah tiga hari adik-adik aku tak ke sekolah. Bulan Mac ni dorang ada exam. Aku pula kena tunggu result SPM 20 Mac nanti! Oh. Moga dipermudahkan urusan.



Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara dan keamanan, marilah kita sama-sama memberi sokongan, dan doa buat perwira-perwira negara kita agar selamat kembali dari medan peperangan.

Aku dah sediakan lirik di bawah video ini. Sambil tu, awak bersedialah dengan tisu ya. ;')




Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang
Akhir sekali, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada wira-wira negara yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

Assalamualaikum.

Sunday, March 3, 2013

Oh, Lahad Datu Ku!

Assalamualaikum.

Pejam celik rupa-rupanya dah bulan Mac. Tak ada entri untuk bulan Februari. Maaf kan aku. Aku tak ada idea nak tulis cerita fasal apa.

Berbalik kepada cerita kali ni. Isu pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Oh, ini ialah tempat kelahiran aku. Daerah keempat terbesar di Negeri Bawah Bayu selepas ibu negerinya, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

So aku cuma nak ulas sikit aje, okey! Sikit! Sebab aku ni tak baca sangat fasal fakta-fakta tentang pencerobohan di Lahad Datu ni. Okey, aku malu sebab aku orang Lahad Datu tapi tak berapa nak pro dalam isu sensasi yang melibatkan pertahanan keselamatan negara kita.

Actually aku cuma dengar fasal cerita Abu Sayyaf, selepas adik aku yang kecoh tentang segala perkara yang berada di Lahad Datu ni mensensasikan isu ni. Dia cakap dengan aku yang Abu Sayyaf ni orang Filipina, kerjanya bunuh orang. Kawan adik aku ni kata, dia pernah nampak satu video fasal Abu Sayyaf yang membunuh jemaaf di Masjid. Macam ni, ketika jemaah tu sedang solat, dia tak perasan pun yang Abu Sayyaf ni ada kat sebelahnya. Apa lagi, si Abu Sayyaf ni pun mengambil kesempatan untuk mengerat lehernya hidup-hidup seperti menyembelih seekor ayam yang nak dijadikan rendang ayam pada pagi Raya Aidilfitri. Sungguh kejam. So lepas ni kalau nak pergi Masjid, kena peka dengan keadaan sekeliling. Tak apa, boleh ulang semula solat tu secara individu, asalkan nyawa tak hilang dengan tak berbaloi. Okey, ayat aku agak terbelit-belit. Lupakan.

So isu tentang pencerobohan sekumpulan warga asing yang mendakwa diri mereka ialah Tentera Sulu ni berlarutan dalam bulan Februari ni, sampai masuk berita. Tapi berita di TV cuma beritahu kepada penonton, "Rakyat Lahad Datu usah khuatir. Pihak pertahanan negara akan memastikan para penceroboh tu menyerah diri secara rundingan." dan bla...bla...bla...Tapi itu hanya sekadar berita sisipan, kerana berita-berita utama lebih fokus kepada aktiviti menteri demi membangunkan rakyat dan juga BR1M atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Oh tidak dilupakan juga tentang blah-blah-blah Kerajaan menentang pihak pembangkang. Oh, ini sudah sampai isu politik. Aku tak nak disaman hidup-hidup jika terus tulis fasal politik. Baiklah, teruskan cerita.

Sampailah...

Pada 1 Mac 2013, ketika aku seorang diri di rumah, lepas makan Nasi Kuning sebagai sarapan, dan kemudian sambung tidur sampai jam 11 pagi sebab nak bangun mandi untuk Solat Jumaat, usai sahaja turun ke bawah, aku memang menantikan panggilan abah untuk ambil aku dari rumah pergi ke masjid.

Tapi ketika terima panggilannya, suaranya agak kelam-kelibut, bagaikan ribut! Dia bagitau aku, supaya duduk aje kat rumah. Tak payah Solat Jumaat. Lols. Then dia sambung ayat-ayatnya, sehinggalah terpacul perkataan 'PERANG!' yang sedang berlaku di Lahad Datu.

Aku pula hanya mengangguk-angguk di telefon dan berkata, 'Okey...' dengan wajah berkerut bertambah teruja. Wow. Orang lain sibuk fikir fasal 'PERANG' yang melanda di Lahad Datu, aku boleh pula berasa seronok. Kesewelan apakah aku ni? Mungkin sebab aku pun nak merasa juga bagaimana suasana perang yang berlaku di negara luar seperti Gaza. Tapi masa tengah hari tu tak adalah bunyi tembakan secara berpadu, bom ataupun bom nuklear. Okey, kalau nuklear awak memang tak akan dapat apa yang aku tulis di blog ni. Alhamdulillah Tuhan, aku masih selamat.

Oh lupa nak beritahu you alls yang rumah aku ni betul-betul terletak berhadapan dengan jalan besar di Lahad Datu. So aku dapatlah menyaksikan secara live situasi yang melanda penduduk Lahad Datu. Kereta bersusun panjang di jalan raya. Jam, sesak! Semua nak balik rumah. Ada yang nak lari ke daerah Tawau, jadi dorang pergi isi minyak di stesen-stesen minyak Lahad Datu. PENUH! Bahkan ada sebuah kereta yang aku nampak dari rumahku, oleh sebab keadaan trafik yang jam gila, dia melakukan tindakan drastik dengan melalui pembahagi jalan demi memusingkan kereta ke sebelah kanan lorong! Dalam keadaan yang genting seperti ini, undang-undang negara pun dilupakan! Tapi aku sempat juga tengok orang ramai yang lalu-lalang depan rumah aku sebab nak balik. Dorang boleh pula berjalan lenggang-lenggok, siap bertelefon lagi! Oh, rakyat Lahad Datu memang cool, huh?

Lori-lori tentera yang berpuluh-puluh berulang-alik membawa pasukan tentera yang gagah perkasa ke lokasi kejadian. Tak dilupa dengan bunyi siren van polis, kereta polis dan motosikal polis. 

Aku yang tak ada capaian internet pada ketika aku hanya menantikan kedatangan abah, mummy dan adik-adik aku dari sekolah. Barang-barang runcit habis disapu di kedai runcit untuk bekalan sementara mengesahkan keadaan menjadi stabil. Adik aku beritahu aku, masa dia di sekolah, lepas aje berita fasal perang itu tersebar, seluruh rakan-rakannya menjadi huru-hara! Panik! Bercelaru! Tidak tahu mahu buat apa! Bising seperti sarang tebuan! Dan dia juga beritahu aku, di masjid, tak ada satu kereta pun. Sebab semuanya berpusu-pusu nak menyelamatkan diri dan ahli keluarga.

Pada pukul 4 petang, kami diisytiharkan darurat. (Actually tak ada pun arahan tu, tapi angkara media sosial punya fasallah). Oh, ini part yang aku suka (lihatlah kesewelan aku sebab nak merasa macamana orang dulu-dulu melalui zaman darurat). Tapi dalam berita RTM, tak ada pula arahan perintah berkurung. Tapi di media lain ada pula. Mana satu yang betul? Oh mana-manalah. Rakyat Lahad Datu sendiri tahu bagaimana mahu mengurus keselamatan keluarga yang tercinta. 

 Jalan raya depan rumah aku sunyi, lengang dan sepi. Seperti bandar berhantu pula.
Sehinggalah aku diberi peluang untuk akses internet, maklumlah aku tak ada iPad, tablet, iPod, iPhone 5 dan yang sekufu dengannya. Aku bergantung kepada laptop. Dengan Facebook dan Twitter, Malaysiakini.net, di mana-mana, semuanya memperkatakan tentang LAHAD DATU. Aku cukup terharu sekali apabila melihat nama Lahad Datu menjadi Trending dalam laman sosial Twitter. Bahkan hashtag #PrayForLahadDatu juga turut tersenarai dalam trending yang mensensasikan itu. Rakan-rakan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia nampaknya turut mengambil prihatin atas apa yang berlaku di sini. 




Ada yang siap mesej dan buat status sebab risaukan aku. Oh, aku sangat terharu! :'(




Di Twitter pun. Terima kasih atas perhatian yang diberikan.


Baiklah. Kini Lahad Datu agak terkawal sikit. Jangan risau ya kawan-kawan yang selalu tegur aku di Facebook dan Twitter. Apa yang aku tahu, sebelas sekolah ditutup sementara, tapi berita tak beritahu pula sekolah mana yang kena tutup. Nampak tak ketidakcekapan di situ?

Tapi ura-ura ada yang mengatakan bahawa di belakang kawasan perumahan yang aku tinggal ini, masih ada penceroboh di situ. Di Kampung Sarip. Sebab lokasinya dekat dengan laut, menyebabkan lanun senang nak landing. Tak tahu betul atak tak, tapi aku hanya mampu berjaga-jaga. Jangan risau, aku sekarang sedang cari lokasi strategik untuk menyembunyikan diri andai tiba-tiba pengganas datang serbu ke rumahku. Huhu.

Akhir sekali, sama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Zulkifli Bin Mamat dan Allahyarham Sabarudin Bin Daud atas pemergian mereka dalam satu pertempuran serangan mortar yang menyebabkan 10 orang pihak penceroboh turut meninggal dunia. Alhamdulillah, mereka menemui ajal pada Jumaat yang mulia dan secara syahid pula. Semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.



Dan aku doakan agar isu pencerobohan ini selesai tanpa berlaku lagi pertumpahan darah.

Jangan biarkan Sejarah berulang!

Maaf kalau ada ayat yang menyinggung hati. Please, jangan saman aku. Aku masih menganggur! :(

Assalamualaikum. :)

UPDATED - Kawan aku dari Semenanjung mesej dengan aku, dia ada terbaca berita terkini fasal seorang lagi yang terbunuh, iaitu Superintendan Ibrahim di Semporna, dekat di Lahad Datu. Tak tahu pula fakta ni betul atau tak, sebab dia terbaca dalam artikel di Utusan. Sebab biasanya berita dari Utusan ni kena lepas tapisan dari Kementerian Dalam Negeri dulu. Ya Allah, selamatkan wira-wira kami daripada terkorban di medan perjuangan.

UPDATED 2 - Tentera-tentera Sulu sudah mara ke Semporna, Kunak dan Kinarut. Tak mustahil mereka akan menakluki satu Sabah. Mohon doa dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia.