Friday, January 11, 2013

2 Pizza Berlainan Rasa

Assalamualaikum.

I'm so sorry sebab tak rajin update blog. Oh by the way, aku terfikir aku nak tukar cara penulisan blog aku. Selama ni aku selalu guna bahasa Melayu Tinggi (BMT) setiap kali tulis entri, tapi aku rasa macam ia memakan masa yang agak lama untuk menulis satu entri. Contohnya untuk entri sebelum ini fasal PMR, aku terpaksa memakan masa hampir 2 jam semata-mata, padahal dalam masa 2 jam itu aku dah boleh buat perkara-perkara yang berfaedah seperti melayari Twitter sambil membaca tweet-tweet yang merapu dan mencarut serta perasan dan bajet artis. Oh! So, aku harap kalian dapat terima gaya penulisan aku yang terbaru ni dengan menggunakan BMS. Bukan bahasa Melayu Sederhana mahupun bahasa Melayu Sewel, tapi bahasa Melayu Standard. Tak adalah rasa janggal kan. Lagipun aku cuba mengasah elemen chicky (chicky dan comellah sangat) ketika menulis manuskrip nanti. Manuskrip? Wah gitu? Jadi maafkan aku ya kalau ada perkataan-perkataan kontot yang menyakitkan mata anda semua. Maklumlah, sebelum ni kalau tulis sesuatu mesti guna bahasa Melayu Tinggi.

Memandangkan aku tak ada kerja sambilan sementara menanti keputusan SPM, jadi aku manfaatkan masa yang ada dengan menghabiskan novel-novel yang aku dah kumpul sejak tahun 2011. Aku memang suka sangat beli novel, lepas tu tunggu novel tu berhabuk, berbulan-bulan baru baca. Pelik kan sikap aku ni?

Sebelum tu, mesti awak dah tertipu dengan tajuk entri aku kali ni, mesti awak sedang ingatkan yang saya akan pos gambar-gambar Pizza. Oh, no, no, no, no!


Ini ialah novel-novel yang aku baca. Lempeng Keju dari Pisa, karya cikpuan Eman Dhani. Yang sebelah tu pula, Separuh Potong Piza, karya cikpuan Maslina Ngadiman. Masing-masing terbit bawah PTS One kategori SYOK! Untuk makluman, SYOK! merupakan gaya penulisan berbentuk chicky / humor / metropop, di samping memberi inspirasi berguna kepada pembaca.

Kedua-duanya mempunyai persamaan, berkisarkan tentang Pizza. Ya, sejenis makanan barat yang begitu lazat dan sedap serta berasal dari Itali. Di barat, pizza adalah makanan ruji mereka ketika sarapan, ini kes kalau tak ada makanan lain lagi di dapur, seperti cereal atau bubur. Ambil aje piza sejuk beku, kemudian kukus, gril, panggang. Ops bukan. Masukkan dalam microwave, tunggu dia pusing-pusing buat tarian hoola, kemudian, mamammia! Pizza sedia untuk dimakan panas-panas! Perghh!

Perbezaan kedua-dua novel ni pula, Lempeng Keju dari Pisa lebih fokus tentang piza, manakala Separuh Potong Piza, novelnya lebih banyak drama, kurang fokus dengan piza. Get it? Okey, forget it. Hahaha. :)

So, let's start the novel review!

Judul : Lempeng Keju dari Pisa
Harga : RM 17.00 (East Malaysia), RM 19.00 (Pulau Borneo)
Jumlah muka surat : 272
Genre : Awal Dewasa, Remaja, Chiclit
Terbitan : PTS One

Oh, lupa nak cakap. Aku beli novel Lempeng ni dari penulisnya. Tengok, ada signature. 

First Impression

Novelnya agak nipis berbanding novel Spanar & Spatula serta Fatimah Fatty. Macam tak berapa sesuai dengan harganya. Tapi luckily aku beli dengan harga Semenanjung Malaysia, tu sebab murah sikit kot. Ada Menara Condong Pisa sebagai kaver kulit. Mula-mula aku tertanya-tanya juga dengan tajuk ni, mungkin cerita ni fasal seorang perempuan yang membuat lempeng Melayu di negara Pisa. Hmm, pelik. Last-last baru aku diberitahu oleh kak Eman yang cerita ni fasal Piza. Oh....Tajuk sebelum ni ialah Fiza, Piza & Pisa. Lalu ditukar menjadi Lempeng Keju dari Pisa. Mungkin demi pemasaran. Aku tengok novel ni dah diulang cetak. Alhamdulillah, rezeki buat kak Eman dan team PTS.

Ringkasan Cerita

Cerita fasal Fiza, watak utama yang berangan-angan mahu menjadi chef Piza. Tapi ayahnya, Dr. Zahid tak berapa suka dengan cita-citanya itu, sebab dia nak Fiza menjadi pewaris pemilik klinik gigi ayahnya. Lagipun keluarga Fiza ni semua keturunan doktor-doktor. Abang dan kakaknya pun belajar perubatan. Ibunya, Dr. Sofia pun kerja jadi Dr. Veteriner (doktor haiwan).

Senang cerita, konflik cerita ni tentang Fiza yang nak sangat jadi chef Piza tapi banyak dugaan yang terpaksa dia tempuhi. Mestilah banyak dugaan, kalau tak, tak menariklah sesebuah novel tu kalau tak ada konflik. Ya tak? 

Tapi Dr. Zahid bagi cabaran kat Fiza. Kalau Fiza ikut cabaran ayahnya dan berjaya dalam misi tu, dia akan dibenarkan mendalami bidang kulinari, tapi kalau tak, dia terpaksa sambung perubatan.

Siapa pula Kent? Kent ialah nama panggilan bagi Khairul. Semua orang panggil dia Kent sebab dia selalu kentut di asrama. Jadi dipendekkan menjadi Kent. Kent ni peminat Fiza sampaikan dia selalu titipkan hadiah kepada Fiza melalui orang lain dengan gelaran DC atau Dewa Cinta.

Siapa pula Leonardo? Dia bukan pemain bola sepak, mahupun pelukis potret agung Mona Lisa. Ada saspen di situ sebab prolog cerita ini dimulakan dengan watak Leonardo. Kenapa pula pisau yang dibawanya berdarah ketika dia masuk ke apartmen tempat tinggalnya? Eh sekejap, Leonardo ni tinggal di Malaysiakah? Wah seperti membuat iklan drama swasta pula aku ya. Apa pula kaitannya dengan Fiza? Adakah mereka bercinta? Ecewah. 

Kalau nak tahu, kenalah dapatkan novel ni!

Selepas Membaca

Alhamdulillah, sebuah kisah yang sungguh syariah-compliant. Ceritanya tak terlalu chicky, disampaikan dengan penuh sederhana. Kak Eman cuba menerapkan cara hidup Islam dalam novel ini selain memaparkan babak-babak cerita impian Fiza itu.

Banyak informasi tentang Piza yang aku pelajari dalam novel ni. Aku juga telah dibawa melancong ke negara Eropah yang penuh dengan warisan bersejarah dengan tambang tiket percuma. Sesekali, aku rasa kak Eman ni macam pemandu pelancong pula, seronok bercerita tentang itu dan ini. Aku sebagai pembaca pun mengangguk-angguk seolah-olah aku pula yang masuk dalam novel tu. 

Bahasa yang digunakan juga sangat mudah, aku pun senang untuk faham jalan ceritanya. Tak adalah humor (seperti Fatimah Fatty) sangat bagi aku, tapi cukup puas untuk aku membacanya.

Tahniah buat kak Eman! 

Okey, novel yang kedua pula.


Judul :  Kafe Ceri - Separuh Potong Piza
Harga : RM 19.00 (East Malaysia), RM 21 (Pulau Borneo)
Jumlah muka sura :  320
Genre : Awal Dewasa, Remaja Dewasa, Chiclit, Hallyu Humor
Terbitan : PTS One

Ops, yang ni pun aku beli terus dari penulis. Kat tempat aku novel PTS lambat masuk kedai buku (atau tak ada langsung!)

 First Impression

Kavernya sangat comel. Ada gambaran Hakim Aiman dan Iman Selina, tapi sepanjang aku baca novel ni, aku bayangkan Hakim Aiman sebagai duta model iklan Nivea yang cun meletup tegap lagi hensem tu, manakala Iman Selina pula aku bayangkan LyssaFaizureen, hehehe. Ada blink-blinklah pula. Bukan apa, aku memang akan rasa macam, alahai sayangnya kavernya ada blink-blink, sebab blink-blink ni akan retak kalau kita kasar. Kalau dibiar lama-lama pun akan retak juga. macam novel blinkbook Ain Maisarah, dah berkecai blink-blink Duyung Diva dengan Jutawan Gedik. Huhu. Tapi, tak apalah. Strategi pemasaran kot, nak tarik lebih ramai pembaca wanita yang gedik dan golongan remaja menengah untuk beli novel ni.

Ringkasan Cerita

Kepada sesiapa yang belum baca novel Kafe Ceri : Semanis Tart Ceri lagi, sila baca novel tu dulu sebab Separuh Potong Piza ni adalah sekuelnya. Takut nanti kalau baca Separuh Potong Piza ni awak akan buat macam muka dungu dan mata terkebil-kebil sebab tak tahu pangkal jalan ceritanya.

Jadi, secara ringkas, kisah ini disambung dengan konflik jiwa antara Hakim Aiman yang selalu berwajah dingin dan beku dan Iman Selina yang sabar dengan segala kerenah Tuan Hakim kita yang hensem ni. Hensem, tapi muka dingin macam model iklan syampu. Iman Selina tak tahu yang Hakim Aiman, anak pemilik Kafe Ceri dalam diam jatuh cinta dengan Iman Selina. Hakim Aiman boleh buat macam dia ni raja agung apabila berada di Kafe Ceri tu. Selalu minta Iman Selina buatkan dia secawan Horlicks, sebab bagi Hakim Aiman, air buatan tukang masak yang manis itu sangatlah sedap!

Selain konflik tentang Hakim Aiman dan Iman Selina, juga terdapat konflik Manis Hamisah, pemilik salun uniseks, yang juga merupakan kawan baik Iman Selina. Manis Hamisah yang tertarik dengan Alim Qaidar, abang kepada pekerjanya yang bernama Lily Mastura, segera mahu memenangi hati Alim Qaidar yang sememangnya Alim itu. Tapi dia tak tahu pula yang Alim Qaidar ni sebenarnya bekas tunang Iman Selina 3 tahun yang lalu.

Ada juga tentang Raja Rostam yang tiba-tiba memohon kerja di Kafe Ceri setelah ketiadaan Khairul (eh, bukan watak ni samakah namanya dengan watak pembantu Lempeng Keju dari Pisa?). Raja Rostam yang selalu ber-SMS tidak kira waktu menarik perhatian para pekerja Kafe Ceri.

Juga tentang Fadil dan Hamza, budak-budak samseng yang akhirnya mahu berubah. Fadil berubah kerana terserempak dengan Iman Selina. Ada rahsia antara Fadil dan Iman Selina. Tetapi, bukan bercinta. Ops. Hamza pula mahu berubah setelah terserempak dengan Norli Sara, pekerja Kafe Ceri yang merupakan pelajar tingkatan 6 dan bercita-cita mahu masuk universiti.

Surya, bekas tunang Hakim Aiman yang dahulunya tergedik-gedik, kini mahu bekerja dengan Kafe Ceri. Ramai yang sangka Surya cuba mahu mendapatkan kembali Hakim Aiman, tapi karakternya yang tergedik-gedik itu seperti sudah samar-samar apabila bekerja di Kafe Ceri. Adakah Saiful, pemandu Surya menyimpan perasaan terhadap Surya?

Dan, banyak lagi!

Selepas Membaca

Wow! Awesome! Sebuah novel yang penuh dengan drama seperti cerita Korea. Gaya penulisannya bersahaja dengan penulisan chiclit keMelayuan tetapi mampu mengundang ketawa. Aku pernah sampai satu babak tu, ketawa aku meletus selama 10 saat sampaikan adik aku yang mahu tidur itu menjenguk aku dengan mata mencerlung. Grr.

Sekali lagi, ceritanya sangat syariah-compliant. Kak Mas seperti Kak Eman juga, cuba menerapkan budaya hidup Islam dalam novel ni. Contohnya, hukum mewarnakan rambut hitam dengan warna hitam, tentang majlis tari-menari yang membawa konflik kepada watak-watak pembantu, tentang Manis Hamisah yang mahu memakai hijab. Turut tak dilupa Hakim Aiman yang begitu bersemangat menceritakan destinasi sejarah Islam kepada Iman Selina yang buat-buat tak tahu, sebab dia memang tahu pun. Sangat sesuai dibaca kepada semua golongan keluarga. Semoga dakwah Islamiah yang diselitkan akan sampai kepada pembaca. In sha Allah.

Cerita ni bukan setakat kisah cinta, kisah persahabatan, kisah keagamaan, tetapi juga tentang harga nilai murni yang diterapkan dalam cerita ini. Dalam ending cerita ini, barulah aku dapat tahu apakah motifnya Separuh Potong Piza itu. Benar-benar terharu.

Alhamdulillah. Aku sekarang menunggu sambungannya. Oh, ada sambungan lagi? Ya! Judulnya Kek Ceri Pengantin.

Tahniah buat kak Mas.

Semoga kak Eman dan kak Mas terus sukses dalam dunia penulisan!

Okey, jumpa lagi.

Assalamualaikum.

8 comments:

  1. wah.. cam best jerk novel yang kedua tu,. fiq suka citer yang ala2 cam korea ni..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trylah baca. Kalau mahu yang ala-ala Korea boleh cuba novel-novel Hallyu Wave terbitan PTS Litera Utama. ;)

      Delete
  2. Saya pun terfikir gak nak ubahsuai gaya penulisan agar lebih santai.. Hahaha.. kena buat blog kedua kot..

    Bagus review novel-novel ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom-jom! Tapi pastikan jangan guna perkataan terlebih rojak, nanti ganggu mood pembaca pula. Hehehe.

      Alhamdulillah, terima kasih. :)

      Delete
  3. Hari itu saya ada pergi ke kedai buku Popular. Saya terjumpa novel 'Lempeng Keju dari Pisa' itu. Saya bercadang hendak beli. Tetapi, mahu minta sinopsis dari orang yang dah baca. Kerana hari itu saya tak sempat mahu baca sinopsisnya dibelakang kerana mahu buru-buru ke Kinokuniya pula. Apa sinopsis untuk novel 'Lempeng Keju dari Pisa' itu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Gadis Novel. Ini sinopsisnya blurbnya.
      Fiza selalu berangan-angan menjadi cef. Namun, impiannya itu hampir mustahil kerana bapanya, Dr. Zahid mahu anaknya mengekalkan kerjaya tradisi keluarga mereka, iaitu doktor. Ibu Fiza, Dr. Sofia juga tidak menyokong cita-citanya.

      Dr. Zahid memberikan satu tugasan kepada Fiza. Sekiranya Fiza berjaya, Dr. Zahid akan akur kepada pilihan Fiza yag mahu menyambung belajar dalam bidang kulinari.

      Berjayakah Fiza mengejar cita-citanya? Ataupun dia perlu menguburkan sahaja impian mahu menjadi cef.

      ;)

      Delete
  4. Guna je bahasa yang sempoi hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, ha'ah memang cuba nak guna bahasa dan gaya penulisan yang lebih sempoi, tak terlalu memberatkan fikiran pembaca. ;)

      Delete