Sunday, October 20, 2013

Bengkel Animasi Pula!

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di ruangan entri yang baru! (Semangat!)

Semalam, selepas aku balik dari menunaikan solat Maghrib di Surau, seorang pensyarah Sains Komputer yang aku tak ingat namanya tapi selalu tegur aku meminta aku untuk datang ke program animasi bertempat di UMSKal (sekali lagi) pada hari keesokannya. Aku pun rasa serba salah, sebab aku pun nak study juga. Tapi fikir punya fikir, baik aku ikut saja bengkel ni. Lagipun, exam Isnin nanti cuma Speaking MUET (tak bermakna aku dah pandai speaking okey!) Kawan aku yang aku baru kenal semasa aku ikut Bengkel Video Di UMS pun cakap tak payahlah aku ikut bengkel tu. Tapi, hati aku kuat mengatakan untuk pergi juga. Mungkin sebab aku suka suasana di UMSKal kot. Jakun. Haha.


Paginya, aku hampir ditinggalkan oleh bas. Silap. Bukan aku seorang. Ada seorang yang senasib dengan aku yang hampir tertinggal bas kolej kami. Nasib baik pensyarah yang minta aku pergi ke bengkel tu tahan bas tu. Apalagi, kami berdua pun membuka langkah seribu. Sampai saja ke dalam bas, terus sesak nafas!

Baik. Tak payah cakap panjang lebar. Layan saja gambar yang sempat aku tangkap.

Modul pertama, kami diajar untuk trace karakter Shin Chan dengan menggunakan perisian Toon Boom. Inilah hasil yang aku dah buat. Comel tak?

Sempat lagi bergambar. Mentang-mentang aku dah siap lukis dan warna!



Kami berehat seketika untuk makan tengah hari dan Solat Zuhur.


Agenda kami diteruskan dengan Modul 2 pula. Kali ni kami diajar untuk menghasilkan animasi. Mula-mula memang menjengkelkan, sebab kami perlu membuat benda-benda yang leceh, seperti membetulkan correction line kartun tersebut.

Kemudian masuk part-part seterusnya, aku pun dah blank. Kurang faham dengan penerangan mereka walaupun aku duduk paling depan dengan skrin LCD. Mungkin sebab aku agak lambat untuk catch-up. Entah apa yang mereka cakap, aku pun cuma mengiakan saja. 


Nak buat animasi seperti ini memang payah! Oh ya, ini bukan aku buat. Ini mereka yang buat selama seminggu dengan tenaga 4 orang! Oh, rupa-rupanya nak buat animasi ni memang susah. Tapi dengan adanya komitmen dan usaha yang berterusan, In sha Allah hasil animasi itu akan nampak lebih cantik.




Salah seorang fasi kami. Dia juga berasal dari Lahad Datu, sama tempat tinggal dengan aku. Dia tinggal di Muhibbah, aku di Taman Aman Jaya. Dekat sangat. Haha.

Akhirnya ialah majlis penyampaian cenderahati buat pensyarah Sains Komputer dengan para pelajar.



Cenderahati untuk pelajar.


Sudah tiba masanya untuk meninggalkan UMSKal. Jumpa lagi!

Sempat juga nak bergambar.


Okey. Itu sahaja. Semoga dengan adanya bengkel sebegini akan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang multimedia.

Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Saturday, October 19, 2013

Bengkel Edit Video di UMS Kampus Labuan

Assalamualaikum.

Hari tu ketika aku nak jumpa Puan Rohani untuk meminta skrip jawapan PSPM Sains Komputer di pejabat, dia tiada pula dalam pejabat. Baru saja aku nak keluar dari pintu pejabat, aku terbaca SMS Puan Rohani. Dia meminta aku untuk berjumpa dengan dia esok. Aku pun tertanya-tanya kenapa dia nak jumpa aku. Dalam fikiran aku sudah terbayang-bayang sangkaan yang pelik-pelik.

Contohnya, aku merasakan bahawa Puan Rohani ingin menghadiahkan aku Iphone 5s sebab website yang aku reka mencuit hatinya. Adeh.

Rupa-rupanya, pada hari keesokannya, dia bagitau aku bahawa pada hari keesokannya ada bengkel di luar. Aku pun punyalah excited tapi tak adalah sampai nak terlompat-lompat depan dia, kawal sikit okey. Aku pun rasa berterima kasih kerana aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk mengikuti program sedemikian. Tambahan pula, bengkel ini diadakan di Universiti. Mestilah lebih excited gila-gila! Tak perlu hadir ke kelas pula, walaupun kelas pada hari itu merupakan kelas terakhir sebelum nak exam!

Actually, sebelum ni pun aku pernah ikut bengkel edit video, tapi kami menggunakan perisian yang berlainan. Jika dahulu aku menggunakan Ulead, kali ini kami menggunakan Perisian Adobe Premiere Pro CS6. Macam-macam fungsi yang hebat ada di dalamnya.


Sampai sahaja kami di UMS Kampus Labuan yang indah permai, kami pun dijemput untuk bersarapan. Rupa-rupanya yang mengendalikan bengkel ini ialah pelajar-pelajar UMSKal sendiri. Mereka terdiri daripada 4 orang, seorang lelaki, 3 wanita. Pada fikiran aku, mungkin ini merupakan assignment atau projek kumpulan mereka sebagai Mahasiswa.


Selamat menikmati sarapan yang mengenyangkan, kami  pun dibawa ke tingkat 9, Bilik E-Commerce Research and Development. Baru sahaja aku melalui jalan ke bilik itu, jenama Apple terpampang besar pada dinding. Oh lupa, inikan aras ICT. Jadi semua benda mestilah ada kena-mengena dengan ICT.


Aku begitu jakun, apabila melihat komputer-komputer LCD tersusun rapi dan kemas. Lagi aku rasa excited apabila aku ternampak desktop jenama Apple (Mac Pro ke?) tersusun elegan di ruang belakang! 


Agenda kami hari ini ialah untuk mempelajari asas-asas teknik menggunakan function yang ada dalam perisian ini. Kami dibekalkan dengan modul untuk setiap orang, dan video yang kami edit ialah dari filem 3D Animasi, The Croods.


Kami berehat pada tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat. Oleh sebab surau di UMSKal masih dalam proses renovation, maka kami terpaksa mengikuti abang-abang UMSKal untuk solat Jumaat di luar kampus. Kami menaiki bas ekspres UMSKal. Ini adalah pengalaman kali pertama aku menaiki bas dengan terpaksa berdiri sepanjang masa disebabkan semua tempat duduk sudah penuh!

Kami menikmati makan tengah hari di aras 8.  Lauk nasi, kari ayam, acar (yang ada buah nanas) dan sayur (aku tak makan sayur) menjadi santapan kami. Memang menyelerakan! Sambil menunggu kakak fasi mengambil piring, aku sempat mengambil gambar pemandangan UMSKal dari aras 8.


Agenda kami diteruskan lagi dengan projek berkumpulan. Kami diberi masa selama 35 minit untuk menghasilkan video pendek The Croods diikuti dengan audio OSTnya, Shine You Way nyanyian Owl City.

Apalagi, dengan perasaan kelam-kelibut, aku menggunakan segala ilmu yang telah diperoleh untuk menghasilkan video pendek ini. Oleh sebab aku yang pegang mouse, maka akulah orang paling banyak tekan-tekan dan drag sana-sini. Haha. 3 orang kawan aku yang lain lagi memberi cadangan dan idea untuk menghasilkan video pendek yang menarik. Sepanjang kami menghasilkan video ini, lagu Shine Your Way berkali-kali berdendang, sampaikan ketika aku sedang menulis entri ini pun, lagu itu masih bermain-main di kepala otak aku!

Akhirnya, tanpa disangka-sangka, kumpulan kami mendapat tempat pertama. Syukur Alhamdulillah. Miracle. Aku merasakan video yang kami hasilkan terdapat cacat cela di sana-sini. Tapi, siapa sangka, rezeki kumpulan kami menjadi johan.

Kami diberikan cenderahati tali penggantung UMSKal dan pen rasmi UMSKal.


Itu sahaja program pada hari ini. Aku sempat bergambar dengan seorang rakan baru (yang juga merupakan ahli kumpulan aku dan mahu minta teman aku ke mana-mana sepanjang program ini berlangsung). Padahal dia tinggal di aras 3 blok aku. Haha. Namanya Alazhar, dan dia mempunyai abang kembar yang bernama Alaswad. Orangnya cool, steady dan tidak menunjuk-nunjuk. Dan dia juga rajin solat di Surau. Semoga ukhwah antara kami terjalin selama-lamanya. :)


Itu sahaja. Terima kasih abang dan kakak-kakak fasi yang sentiasa memberikan sepenuh komitmen dan tunjuk ajar kepada kami. Semoga kalian sukses dunia akhirat.

Doakan aku agar dapat menjalani exam Muet dan PSPM dengan tenang minggu depan ni. Semoga semua yang sedang membaca entri ini sentiasa berada dalam lindungan yang Maha Esa.

Amin.

Assalamualaikum.

Tuesday, October 1, 2013

Sudah 18 Tahun!

Assalamualaikum.

Pejam celik, celik pejam, kita dah pun melangkah ke bulan Oktober. Exam pun tinggal beberapa minggu je lagi. Semua budak pun dah kelam-kelibut. Yalah, kalau siapa-siapa yang gagal PSPM Sem 1 ini, alamatnya kena tendanglah. Atau, kalau bernasib baik, kena transfer pergi program 2 tahun (padahal sepatutnya 1 tahun).

Anyway, tak nak cakap tentang semua itu. Semalam, 30 September 2013 ialah hari jadi aku. Sepatutnya aku post entri ini semalam. Kalau post hari ni dah macam lapuklah pula. Hmm. Abaikan. So, ini ialah first time aku sambut hari jadi jauh beratus kilometer dari keluarga. Al-maklumlah, selama ni kalau tiba je hari jadi, mesti kawan-kawan kelas aku pujuk mummy aku buat birthday di rumah aku. Dapat makan juadah sama-sama, makan kek sama-sama.

Tapi sekarang situasi sudah berbeza. Sebab aku sekarang belajar di Kolej Matrikulasi Labuan (KML), jauh dari keluarga. Dah tak ada dah juadah-juadah sedap yang mummy aku selalu buat tu. Kesian.

Jadi, inilah pengalaman pertama aku menyambut hari jadi di perantauan (dah macam hari rayalah pula).

Tepat pukul 12.00 malam 30 September  2013, aku terjaga dari tidur yang lena. Aku dengar bunyi bising dari luar. Kecoh! Rupa-rupanya BLACKOUT!


Lol. Rasa macam seluruh kolej nak buat surprise kat aku.


Paginya, aku berusaha untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan kawan sekelas. Walaupun dalam dewan kuliah, tapi aku duduk jauh-jauh dari mereka. Bukan apa, takut nanti tetiba semua seia sekata sehati dan sejiwa nyanyi lagu Happy Birthday To You! untuk aku. Nanti tak fasal-fasal aku jadi perhatian umum lagi di dewan kuliah. Yalah, sebelum ni pun aku dah beberapa kali 'popular' beberapa saat disebabkan aku terlewat masuk kelas sebab nak habiskan solat Isyak berjemaah dan berjaya menjawab soalan dari pensyarah Sains Komputer. Dahlah saiz dewan kuliah tu besar. Malu!


Tiba je waktu tutorial Fizik, aku tunggu pensyarah aku datang. Namanya Madam Pakyavathy. Dia pun tanyalah aku yang tercegat di luar kelas kenapa aku tak masuk. Aku pun katalah yang aku nak sama-sama jalan dengan dia. Kah kah kah.

And then, seperti yang aku jangka, sebaik je aku menghempaskan punggung ke atas kerusi nan empuk, semua orang pun berkoir. Cepat-cepat aku tutup pintu yang berdekatan dengan aku. Yalah, nanti budak-budak kelas lain curi-curi pandang pula kenapa kelas aku ni bersemangat nak berkoir. But, aku rasa sangat gembira sebab kawan-kawan aku semua ni memang sporting. Masing-masing mesti alert birthday semua rakan kelas.

Punyalah aku terperanjat apabila Madam Pakya nak tengok kerja tutorial aku, dia bagi aku duit sebagai hadiah hari jadi. Terharu! Boleh juga aku guna buat belanja makan sehari! Keh keh keh.


Petang tu aku dapat surprise dari kawan kakak sepupu aku. Rupa-rupanya abah aku sponsor beli kek untuk aku. Terima kasih buat abah dengan Kak Yusrina. Buat susah-susah aje. Aku pun apa lagi, ajaklah kawan-kawan kelas aku (yang lelakilah, takkan nak bawa budak perempuan masuk bilik!) Tapi, seorang pun tak nak datang. Akhirnya aku contact kawan-kawan lama aku di sekolah. Tak apalah, kawan lama pun jadilah. Kami buat parti ringkas di pondok kecil depan blok lelaki. 




Kalau nak tahu, sebenarnya mummy aku pun buatkan kek untuk aku, tapi kek tu untuk family akulah. Aku je tak dapat merasa. Alahai.

Sebenarnya, Firdaus atau aku yang jadi birthday boy? Kah kah kah.

Jadi, itu sajalah aku nak cerita. Tangan aku pun dah penat membalas komen rakan-rakan di FB dan Twitter. Sorrylah ya kalau aku tak reply, aku tekan butang LIKE dengan FAVOURITE sajalah ya. Itu tanda aku dah baca dan aku menghargainya.

Kesimpulannya, menjadi budak 18 tahun bukanlah lesen untuk melihat filem 18 tahun ke atas.

Sekian, terima kasih.

(Doakan aku agar dipermudahkan segala urusan ketika belajar. Amin.)



Friday, September 13, 2013

Tentang Aku dan Matrikulasi

Assalamualaikum. Hello. Anneyong Haseyo (eh?)

Jadi, sudah hampir empat bulan aku tak update blog aku. Nampak tak kemalasan di situ? Oh, dah nampak? Baik, terima kasih. Itu maksudnya awak, awak dan awak yang sedang membaca entri ini begitu prihatin dengan aku. Ahaks! Okey, abaikan.

Tetiba aku nak update entri sebab lama sangat aku tak tulis di sini. Sejak menjadi pelajar Kolej Matrikulasi Labuan atau KML (bukan KMHell atau unta a.k.a. camel), susah sangat jari-jemari yang sedikit runcing ini menari-nari di atas keyboard. Sebab setiap hari ada sahaja tugasan, kuiz dan assignment yang kena disiapkan! Kelam-kabut! Mak budak yang ada sepuluh anak pun taklah sekelam-kabut macam aku!

Tapi, itu semua cabaran, dugaan dan ujian yang Tuhan turunkan kepada aku dan juga kawan-kawan aku. Baru 4 bulan, ada 6 bulan lagi sebelum aku habis belajar. Kejap je masa berlalu.

So, fyi, aku telah berjaya ditukarkan ke Modul 2 a.k.a. jurusan Fizik Perkomputeran. Mula-mula aku memang dapat modul 1, tapi dengan gatalnya aku nak tukar ke modul 2 sebab aku dah tak nak menghadapi eksperimen yang melibatkan jari aku kena cucuk atau menjadikan katak dan tikus sebagai mangsa keganasan manusia. Huhu. Tapi, agak rugi di situ, kata Tuan Nazaruddin, Ketua Jabatan Sains  KML yang meluluskan setiap permohonan pertukaran modul dan jurusan dari setiap pelajar. Sebab dia kata, pelajar yang dapat modul 1 ni kira bertuah dan beruntung, sebab mereka sangat istimewa. Hmmm. Habis, modul yang lain tak istimewalah? Amboi, sesuka hati je aku mencarut. Ampunkan aku, ampun!

Anyway, lupakan fasal semua tu, sebab yang penting sekarang aku kena fokus untuk mendapatkan gred yang bagus dalam exam. Dengan adanya subjek Sains Komputer, dapatlah aku relaks sikit berbanding pelajar Modul 1 dan Modul 3 yang kena ambil subjek Biologi. Tak dinafikan, Bio aku dulu dapat A, tapi aku sanggup tukar ke Modul 2 sebab aku dah dapat jangka Biologi pada peringkat Matrikulasi, A-Level, Degree, dan seterusnya akan lebih detail sebab dia akan belajar dengan lebih mendalam dan terperinci. Tapi, aku terpaksa berhadapan pula dengan subjek Fizik. Oh, my!

Tapi, hey! You know what? Fizik di Matrikulasi memang sedikit berbeza dengan Fizik di sekolah menengah! Fizik di sini mostly calculation! Oh! Oh! Oh! And, aku rasa aku mula jatuh cinta dengan Fizik sebab Fizik lagi senang dari Biologi, so aku patut bersyukur sebab aku tak ambil bio dan aku ambil Fizik. Ahaks! Tapi, dalam masa 5 bulan ni kena habiskan 15 bab Fizik! Tak ke banyak? Jangan risau, pensyarah Fizik di KML memang benar-benar komited. Pensyarah Fizik Kuliah aku India, Tutorial pun India. Ops. Tapi masa Praktikum pensyarah Cinalah. Yang penting kena hafal definition, tahu menghurai sedikit, tahu konsep, mahir calculation, dan yang penting, HAFAL FORMULA! Oh!

So, aku pun tak nak awak semua penat membaca entri aku. Biar aku tempekkan gambar-gambar agar anda berasa lebih segar!




Ini bekas roommate aku. Amirul namanya. Orang Ranau, tapi dah pindah ke IPG Negeri Sembilan. Dia roommate aku paling sporting!


Ada satu hari tu, lepas aku bangun dari tidur, tetiba cik Miau-miau ni dengan tanpa rasa bersalahnya duduk di atas kerusi aku. Oh! Saja nak minta perhatianlah tu!


Training robotik. Waktu sekolah dulu aku pernah ikut robotik tapi masa tu tahun 2008. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh join balik robotik. Tapi tugas aku pasang-pasang robot jelah. Pasang bahagian badan je. Nampak tak, betapa ringannya tugas aku dalam kumpulan? Nampak sangat aku tak ada kebolehan yang umppph. Cuba kalau aku diberi amanah untuk buat programming? (Tapi kalau aku disuruh buat programming pun aku tak nak sebab aku memang tak tahu program robot!)


Alhamdulillah. Pingat emas pertama seumur hidup aku. Walaupun tugas aku hanya pasang badan robot (tak termasuk komponen-komponen luar, tapi kumpulan kami dapat Johan!)
Sayangnya aku tak jadi wakil ke Melaka untuk pertandingan robotik peringkat kebangsaan sebab aku sedar aku masih kurang dalam bab-bab robotik ni.


Suasana pagi di KML. Actually masa tu pelangi kembar, tapi entah kenapa gambar ni pelangi single je. Gambar ini dari budak KML yang sama aras dengan bilik kediaman aku. Pepandai je aku copy.

Ini masa praktikum Sains Komputer. Pensyarahnya namanya Puan Rohani. Seorang yang selamba, tegas dan suka buat lawak selamba. Masa tu dia minta kami buat assignment lirik guna perisian power point. Tapi masa aku tayangkan lirik aku, hancur gila! Semua lirik terlari dari setting masa yang aku dah setkan! Hampa! Maybe sebab masa tu aku guna laptop kawan untuk present, dan laptopnya memang canggih dan kelajuan agak tinggi. Sebab tu lirik aku pun muncul agak laju, tak tersekat-sekat. Tapi lari tempoh, oh! Tak apa, ada assignment lain lagi yang menunggu!

Eh, ni tetiba Firdaus muncul dalam entri. Saja aku nak tempek gambar dia. Masa ni cuti raya. Aku snap gambar dia time dia pakai tali pinggang. Comel kan? Tembam gila! Rindu sesangat dengan budak kecil ni! Kena tunggu Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) I habis dulu baru aku boleh balik rumah dan cubit pipinya sekuat-kuat hati...!

Study konon. Huhu.


Meet my friend. Mohd. Irsyad namanya. Dia ni agak pemalu dengan perempuan. Kami mula kenal di Facebook. Masa tu dia nak minta jadual kelas dari aku. Kebetulan kan kami kelas tutorial yang sama.

Yang ini pun kawan kelas aku juga. Mohd Ainuddin namanya, asal dari Lundu, Sarawak. Dia ni selalu pergi bilik aku main iPad walaupun aku tak jemput dia. Mungkin dia boleh jadi kawan baik aku kot? Hehehe.

Alright. Lain kali sambung lagi. Kalau nak cerita semua mungkin ada 72843746 parts kot. 

Jangan lupa doakan kesejahteraan muslimin dan muslimat yang kini diuji di luar sana, khususnya di Mesir dan Syria. Sesungguhnya Allah SWT itu bersama-sama dengan orang yang benar.

Assalamualaikum. Jangan lupa solat sebelum tidur!

Saturday, May 18, 2013

Menang Ebook Competition dan Review Blog Cik B

Assalamualaikum.

Lama kan aku tak update blog? LOL.

Alright, cuma nak bagitau 3 perkara.

Pertama, 19 Mei ni aku dah nak daftar masuk ke Kolej Matrikulasi Labuan. Berita buruknya, aku akan stay jurusan sains. T____T Ok, jangan tanya aku kenapa. Pasti Tuhan ada perancangan-Nya yang tersendiri.

Okey, yang kedua. Masih ingat lagi tak kempen download dan baca ebook Oh My Cupcakes! aku tu? Ni mesti buat-buat lupa, kan kan? Kesian aku, sikit je orang nak baca ebook mini percuma aku yang berjumlah sebanyak 50 lebih muka surat tu. Tapi tak apalah, at least ada juga orang yang nak baca. Sekarang, ebook aku tu dah tak boleh dibaca sebab tarikh kempen dah berakhir. Rugilah siapa-siapa yang tak sempat nak baca.

Alhamdulillah. Okey, dapat nombor 2 je. Kalau korang tolong aku add ebook aku, entah-entah boleh dapat nombor 1 kot. Hmmm, tak apa, bersyukur dengan apa yang ada. Dapat iPad pun okey juga. Muahahahahaha. Tapi aku sekarang dah nak study kat Labuan. Macamana aku nak tuntut hadiah aku tu? Harap2 adik2 aku tak kasi rosak iPad tu. -.-



Yang ketiga, aku nak buat blog review untuk Cik B. Tahniah buat beliau sebab dia seorang je yang buat review ebook aku di blog untuk kempen ebook aku ni. Yang lain ni, mesti malas kot. Huuuu, tak apalah, mungkin dorang sibuk nak jaga anak.


Aku sangat suka dengan header Cik B. Sangat simple. Tak berserabut! Kanak-kanak empat tahun pun boleh baca perkataannya!


Salah satu ciri blog Cik B ialah, dia suka promosikan iklan-iklan dalam entri blognya. Dan aku memang suka sangat tengok iklan Cheesy Powder ni! Kemain lagi, boleh buat dengan wedges ala-ala KFC.  Perghhh!



Kalau korang perasan lah kan, entri-entri Cik B ni tak banyak guna ayat-ayat rojak. Tahu maksud ayat-ayat rojak? Alah, yang 'aq', 'ko', 'tanak' (tak nak). LOL. -.- Jadi bila baca je entri Cik B, mata pun senang memandang. Tak payah nak berserabut men'terjemah'kan setiap ayat rojak yang sememangnya menyakitkan bebola mata. T_____T

Melalui tulisan-tulisan Cik B, aku dapat perhatikan dia seorang yang tak suka menulis entri berbaur gosip atau mengumpat. Tahniah! Susah nak cari blogger yang syariah-compliant entrinya. Kalau setiap hari asyik baca entri gosip-panas-meletup, silap-silap boleh jadi fitnah. -.-

Ini salah satu entri tentang kelebihan bulan Rejab.  Cik B siap edit foto lagi tau!


So, itu je review ringkas dari aku. Actually aku nak buat yang lebih special sikit untuk review blog ni, tapi memandangkan dia seorang je yang hantar review ebook aku, maka secara otomatisnya, mood aku pun down gila nak tulis sesuatu yang kebabom!. -.-

Anyway, semoga cik B terus sukses dalam segala bidang yang dia ceburi. In sha Allah.

Baiklah. Lepas ni dah jarang kot nak update entri.

Sebab aku akan belajar di kolej...! Moga dipermudahkan segala urusan. In Sha Allah. Amin...


Assalamualaikum. ;)

Wednesday, May 8, 2013

Minggu Kelam-Kabut!

Assalamualaikum.

Maaf, maaf, maaf, maaf dan maaf sangat-sangat-sangat sebab aku betul-betul tak sempat nak blogwalking dan balas komen blog korang! T______T (Dan mungkin lepas ni pun dah jarang kot)

Dah lama aku tak update blog, viewers pun menurun. Kalau viewers korang menurun secara mendadak mesti korang bising punya, kan? Hmm, tak kisahlah.

Okey, berbalik kepada tajuk entri.

Kelam-kabut? Hmmm, taklah juga, cuma aku je yang pepandai nak meng-kelam-kabut-kan keadaan! Lols.


Alhamdulillah. Masa aku dapat tahu aku diterima untuk ke kolej ni, terus aku teriak macam orang gila sampai parents yang sedang khusyuk menikmati makan tengah hari di dapur berlari-lari anak ke arah ruang tamu demi memastikan yang aku tak terkena sampuk dengn jin. Lol.

Aku tak mohon mana-mana pun kecuali ke kolej matrikulasi. Form 6 pun aku tak dapat. Nak buat rayuan tu, parents kata tak payahlah, sebab dah dapat tawaran kolej.

Aku dapat Sains, tapi kalau boleh aku nak tukar ke akaun, sebab aku memang tak minat sangat-sangat dengan sains!  Tapi kalau aku tak dapat tukar akaun, aku akan cekik staf pentadbiran tu sampai aku dapat! Okey, itu agak kejam. Tak apalah kalau aku tak dapat tukar ke akaun, tapi aku akan pilih modul 2 yang tak ada biologi, sebab aku tak nak bedah katak dan tikus ataupun main test-test darah. Yuks! Walaupun terpaksa berhadapan dengan subjek Fizik sekali lagi! -.-

So sekarang ni memang tengah busy kot nak packing itu itu, seluar slack aku pun agak panjang sampai kaki aku boleh terpijak pergelangan kaki seluar tu. Kenapalah pengusaha seluar slack ni tak tahu bahawa masih ramai lagi lelaki yang bertubuh pendek macam aku ni? Tak fasal-fasal aku kena pakai seluar slack terlebih labuh, dah macam badut agaknya. 

Terima kasih buat abah dan mummy yang terlebih teruja untuk menyediakan segala keperluan untuk aku. In sha Allah, kalau aku dapat tukar ke akaun, aku akan rajin belajar dan lipat gandakan usaha! Haha, tapi kalau stay dengan aliran sains, hmm, tengok mood aku kot? Hish, tak pandai bersyukur betul aku ni! T___T

Okey, Assalamualaikum! ^_____^

Wednesday, April 24, 2013

#Wordless Wednesday - Form 6


Monday, April 22, 2013

Akan Terbit - Cik PA Glamor

Assalamualaikum.

Lama sangat ya aku tak update entri blog. Maaf sangat-sangat, tak sempat nak balas komen ke blog korang dan blogwalking. Ada masa yang terluang akan aku usahakan. Lagipun, minggu ni keluar keputusan tawaran ke matrikulasi dan tingkatan enam. Lagilah rasa cuak, berdebar-debar! Oh!




Ini novel keempat dari penulis novel dan penulis skrip yang kian melonjak naik namanya, Mama Bella. Telemovie beliau yang terbaru bakal disiarkan di Astro Prima, bertajuk Samosa Hangit Inti Sardin. Ada lakonan Noor Khiriah pelakon wanita komedi tu, jangan risau. :3


Tajuk asal novel ini : Diari Bekas Setiausaha Gedik.

Tapi ditukar, macam biasalah, kalau penerbit PTS, memang ketat sangat proses penilaian proposal dan manuskrip. T__________T

Jumlah Muka Surat : 400
Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Humor
Penerbit: PTS One Sdn Bhd


Ini ialah antara sedutan perenggan dalam novel ini. Amacam, tertarik?




Sinopsisnya...

Zara dan Ghina adalah kembar seiras, tetapi tidak serupa. Meskipun mempunyai persamaan dari segi rupa paras, namun karakter kedua-duanya adalah sangat berbeza. Zara, si kakak sulung selalu bersikap dengki pada adik kembarnya, Ghina. Dia merasakan Ghina sering menunjuk-nunjuk di hadapan semua orang.
Sejak kecil, Zara mengidamkan kerjaya pramugari. Sudah banyak temuduga syarikan penerbangan yang dihadiri, namun tiada satu pun yang mengambilnya bekerja. Oleh kerana sudah terlalu lama menganggur, Zara terpaksa bersetuju untuk bekerja sebagai Pembantu Peribadi (PA) di syarikat tempat Ghina bekerja.
Bermacam-macam kejadian lucu yang berlaku sepanjang Zara bekerja di situ. Kadang kala dia menyamar sebagai Ghina dengan melekatkan tahi lalat palsu supaya menyerupai Ghina yang mempunyai tahi lalat manis di bawah bibir kanannya.

In sha Allah, novel ini bakal terbit pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang akan berlangsung di PWTC.

Sekalung tahniah diucapkan buat Mama Bella.
Okey, aku, bila lagi? :3

Assalamualaikum.

Wednesday, April 17, 2013

#Wordless Wednesday - Masih Bersyukur


Tuesday, April 16, 2013

Kejayaan VS Kegagalan

Assalamualaikum.

So sorry sebab lama tak update blog. Macamlah ada yang ternanti-nantikan entri-entri aku. Huhu.

Busy? Taklah. Cuma, mungkin malas sikit. Mood down gila bila kurang dari tiga orang yang join segmen Oh My Cupcakes! Rasa macam diri ini terlalu syok sendiri padahal tak ada orang nak peduli pun. Huhu. Itu sebab aku pun malas kot nak update entri. Kurang motivasi. Rasa seperti, macamana nak cakap ya? Hmmm. Abaikan.

Anyway, aku tiada apa-apa nak dipos hari ini. Jadi aku tempek gambar ni dalam entri ni. Moga menginspirasikan korang.



Assalamualaikum.


Friday, April 5, 2013

Ebook Percuma Aku Masuk Berita Harian!

Assalamualaikum.

Saja mahu letak tajuk yang meletup-letup dan sensasi gitu, dengan harapan adalah yang sudi menjenguk untuk baca entri ini. Hehehe.

Tarikh dah nak basi, sekarang baru aku nak pos entri fasal ni. Hahaha.

"La tadi kata ebook masuk dalam Berita Harian, mana? Mana?"

Cuba baca tajuk utama artikel tu, "25 Manuskrip E-Buku Masuk Peringkat Akhir"

"Lah, itu je? Ingatkan ada gambar handsome comel penulisnya sekali!" *Sambil hentak kaki*

Anyway, ebook aku tajuknya 'Oh My Cupcakes!', seperti yang pernah aku uar-uarkan sebelum ni. So, mohon sokongan dari rakan-rakan bloggers untuk download ebook free aku itu ya? Tarikh tutup 25 April. Makin banyak orang yang download, makin cerahlah peluang aku untuk memenangi pakej penerbitan ebook secara professional dari London, bernilai RM 10,000! (Mata berbinar-binar dan berkelip-kelip)

Simple je. Just klik http://www.e-sentral.com/search/byid/10829 , REGISTER dulu akaun, kemudian ADD TO LIBRARY. Kalau tak nak baca pun tak apa, asalkan korang support ebook aku. 


Oh, bagi yang ada nombor Maxis, download secara double ebook free aku dengan klik http://bit.ly/10qRZoc , macam biasa, REGISTER dulu, kemudian baru boleh download. Tak berat pun ebook aku, 10 saat dah siap, even internet korang lembab macam siput sedut.

Kalau korang buat apa yang aku mohon ni, maka inilah hasilnya.

Alhamdulillah, ini carta terlaris ebook-ebook finalis pada minggu pertama. Harap dapat kekalkan pada posisi selesa sehingga 25 April ini.

Moga Allah merahmati dan memurahkan rezeki korang semua. In sha Allah. Amin.

Assalamualaikum. :)

Thursday, April 4, 2013

Gadis Blink-Blink Sudah Berada Di Pasaran!

Assalamualaikum.


Akhirnya, novel aku Kak Qayyum Nur sudah pun dicetak dan akan diedarkan di pasaran buku Malaysia! Aku dapat tahu ni pun sebab kak Qayyum yang tag aku pada gambar ini di Facebook. Untunglah, dapat layanan first class dari penulis novelnya sendiri. Hehehe. Anyway, jangan lupa dapatkan novel ni tau.

Nak tahu sinopsis atau ringkasan novel ni? Boleh ke sini!

Okey. Giliran aku bila pula? Doa-doakan ya.

Assalamualaikum. :)

Wednesday, April 3, 2013

#Wordless Wednesday - Ujian Tuhan


Tuesday, April 2, 2013

Segmen Comel - Oh My Cupcakes!

Assalamualaikum.

Segmen ini habis sampai 25 April 2013.


Oleh sebab aku selalu tengok banyak rakan-rakan blogger suka buat segmen, aku pun tertarik sekali untuk buat segmen ini buat julung-julung kalinya. Lagipun, sudah 3 tahun aku berblog, tak pernah sekali aku anjurkan sebarang segmen. 


Terharu sekejap. Oh! Okey, sila sambung baca.


Tujuan Segmen Comel - Oh My Cupcakes! ini diadakan.

1) Merapatkan hubungan silaturahim sesama bloggers.
2) Membantu meningkatkan sedikit trafik untuk para bloggers yang ikut serta.
3) Meningkatkan kadar muat turun ebook percuma aku yang berjudul : Oh My Cupcakes!
4) Meningkatkan kualiti dan skill penulisan aku khususnya dalam penulisan novel.
5) Meningkatkan peratus aku untuk menang Pakej Penerbitan Ebuku dari London berjumlah RM 10,000. (Lihat jumlah harga pakej tu, buat aku nak pengsan!)
6) Memupuk budaya membaca ebook menggunakan medium digital kepada para bloggers seperti iPad, iPhone, tablet dan laptop/komputer.
7) Menyuntik sedikit motivasi untuk aku mencapai cita-cita menerbitkan sekurang-kurangnya sebuah novel di pasaran pada tahun ini. (In sha Allah)
8) Menghiburkan hati pembaca khususnya para bloggers yang sentiasa berkunjung ke blog ini, di samping memberi sedikit info tentang cupcakes serta memberi pengajaran dan nilai murni kepada pembaca.

Panjangnya senarai. Dah macam fakta Sejarah pun ada. :3


Langkah-Langkahnya.


1) Download / Add To Library / Baca  ebook aku yang berjudul Oh My Cupcakes! di E-sentral. Tekan sini! (Kalau masih ada masalah, mohon komen di sini atau di chatbox ya! Jangan malu-malu!)

Bagi pengguna Maxis yang ada iPad, iPhone, smartphone atau tablet, juga boleh download dan baca ebook aku di sini! Pastikan korang daftar dulu akaun tau!


2) Baca ebook aku itu, sekurang-kurangnya 5 halaman.


3) Buat satu entri bertajuk Segmen Comel - Oh My Cupcakes! .  Letak banner berserta backlink ke entri ini. Kemudian, tulis Review / Ulasan / Kritikan / Komentar tentang ebook yang korang telah baca minimum 5 muka surat itu. Pastikan ulasan itu benar-benar ikhlas dari hati anda. 


Contoh ulasan : Memang seronok Oh My Cupcakes ni. Walaupun tidak panjang tapi cukup membuatkan saya terhibur. Seolah-olah membaca novel tebal tapi pendek pun.Tahniah tuan Farid!



4) Letak link entri yang telah siap ditulis itu di bahagian komen sini. Senarai peserta akan dimuatkan dalam entri ini juga.




Apa yang Para Peserta Bakal Dapat Melalui Segmen Ini?



1) 5 blogger bertuah yang menulis entri paling kreatif dan ulasan paling menusuk jiwa dan kalbu akan mendapat review blog dari aku secara serentak!

2) Semua peserta akan dimasukkan dalam bloglist blog aku! Mudah-mudahan trafik anda semua akan sentiasa meningkat!

Maaf, tiada hadiah sebab aku belum bekerja. In sha Allah, lain kali kalau aku dah jadi penulis novel, aku hadiahkan novel kepada korang pula ek? ^______^


Akhir kata, majulah cupcakes untuk negara! Oh!

Semoga segmen ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Harap-harap. Kalau tiada sambutan, aku akan bertambah malu kerana suka syok sendiri. Huhu. 


Assalamualaikum. :)

Sunday, March 31, 2013

Akikah Untuk Adik Bongsu Terbaru Aku

Assalamualaikum.

Wow, lamanya aku tak update blog. Padahal last entri aku ialah Rabu lepas. Ada juga yang minta aku join segmen, tapi aku ni kadang-kadang malas sikit nak tulis entri. Doakan agar Tuhan lapangkan hatiku untuk join segmen blog korang tu. Ngeee.

Eh korang sorry sebab aku lambat nak reply komen kat entri korang dan blogwalking. Ada masa nanti aku singgah balik ya! Internet lambat sesangat ni! T_______T

Lagipun aku sekarang ni tengah sibuk nak promosi secara gerila ebook percuma terbaru aku yang berjudul Oh My Cupcakes! Sangatlah rugi jikalau korang tak download ebook tu. Baca 5 muka surat pun tak apa, yang penting ada baca, sebab ebook aku ni free sampai 25 April je, dahlah hari ni 31 Mac. Cepat benar masa berlalu. Bumi kita ni memang terlebih berputar ya? Mungkin kot.


Jadi, semalam, berlangsunglah majlis kenduri akikah untuk adik lelaki bongsu terbaru aku yang bernama Mohd Firdaus. Kambing dah beli dua ekor, dah kena sembelih, kesian kau encik kambing. Apa boleh buat, daging kau tu manis sangat sampai semua orang nak merasa kau jadi kari. Huhu.

Bunga telur untuk para tetamu. Terima kasih sudi datang. Tapi bunga telur ni masih banyak lagi, korang nak satu? Cepat, nanti basi!

Kompang dipalu, baby yang baru. :3

Abah aku yang mukanya tercalit kunyit tu. Adat tu dalam majlis kaum Cocos.

Ini abang sepupu sulung aku. Beliau jadi pak imam dengan Ustaz Abidin kat sebelah tu.

Alolo, sedap sangat nak menghisap jari tu ya!

Jejaka-jejaka idaman Malaya!
Lepas habis akikah, disusuli pula dengan bacaan doa selamat.

Alright. Sorry sebab sikit je gambar aku upload. Kan aku dah kata, internet ni lambat. Huhu.

Salam sayang dari saya. Selamat kembali ke sekolah wahai adik-adikku yang comel lagi tembam. Eh.

Assalamualaikum. :)