Thursday, May 31, 2012

Pilihlah Aku Menjadi Pengawas

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis. Hari ini hari penutup untuk bulan Mei. Hari ini juga ialah Hari Tanpa Tembakau. Tetapi, ayat-ayat tadi tiada kena-mengena pun dengan tajuk entri saya pada hari ini. Harap maklum, lalala.

Entri ini sebenarnya sudah lama saya patut tulis, tetapi oleh sebab sering diganggu oleh makhluk-makhluk halus yang sememannya halus (okey tipu), jadi entri ini tertunggak selama 3 bulan. Hahaha.

Entri ini saya dedikasikan buat semua adik-adik, yang teringin untuk menjadi pengawas sekolah. Malah, entri ini juga sebenarnya juga didedikasikan kepada Cik Riesya Najla yang telah meminta saya untuk menulis entri ini. Riesya Najla ialah rakan FB saya yang sangat comel. Kalau mahu tahu, beliau merupakan seorang bakal novelis. Eh, nanti-nantilah saya cerita fasal Riesya Najla. Takut nanti entri ini terpaksa ditukar tajuknya kepada 'Penulis Muda : Riesya Najla'. Lalala, jangan marah Riesya!

Okey baiklah, tuan-tuan dan puan-puan, sila pasangkan tali keledar anda kerana sebentar lagi kita akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Okey melalut. Boleh tukar tajuk menjadi Pilihlah Aku Menjadi Pramugari. Wah, tapi tajuk ini ialah tajuk novel. Tidak percaya, silalah percaya.

Sebelum saya sambung, mari saya hidangkan anda dengan gambar rakan-rakan kelas saya yang memakai tali leher pengawas. Wah, pasti anda cemburu. India dan Cina. 1 Malaysia begitu.
Untuk menjadi seorang pengawas, kita perlulah mempunyai sikap hemah tinggi, jujur, bertanggungjawab, adil. Hemah tinggi maksudnya awak dan awak perlulah menunjukkan sikap yang dihormati oleh orang lain, seperti menghormati guru, membantu guru angkat buku ke pejabat walaupun pejabatnya cuma sebelah kelas saja, dan sebagainya. Jujur juga penting untuk menjadi seorang pengawas. Kalau tidak jujur, anda akan dikira pecah amanah. Wah macam main politik begitu. Okey sambung. Jadi pengawas perlulah memiliki sifat jujur terhadap diri dan orang lain. Ketiga, bertanggungjawab. Seorang pengawas perlulah bertanggungjawab terhadap segala amanah yang diberikan. Dan yang keempat, adil. Maksud adil di sini, seperti dengan rakan-rakan anda. Kalau anda nampak rakan anda bawa handphone ke sekolah, sepatutnya anda menasihatinya. Dengan orang lain anda boleh pulun marah-marah sampai sakit tekak, tapi dengan rakan baik anda sendiri, anda buat tidak endah sahaja. Okey faham? Wah, perenggan ini boleh jadi model jawapan untuk soalan Pendidikan Moral tingkatan 1.

Biasanya, bagaimana guru itu boleh pilih pengawas? Ingat senangkah guru-guru itu mahu main hentam lantik pengawas sebarangan? Ada beberapa kaedah sebenarnya sistem perlantikan pengawas di sekolah. Ada yang perlu temu duga, ada yang cikgu sendiri lantik pengawas, sampaikan pelajar yang dilantik itu terpinga-pinga sedangkan dia tidak suka.

Tips menjadi gemuk, makanlah KFC banyak-banyak. Eh silap. Tips untuk menghadapi temu duga pemilihan pengawas. Biasanya calon akan ditemuduga di sebuah bilik, kalau di sekolah, di dalam bilik disiplin, tapi saya lain pula sebab saya ditemuduga dalam pusat sumber, lalala.

Anda perlu tahu membahagikan tiga kategori kesalahan, ringan, sederhana dan berat. Sebab manalah tahu nanti panel (ceh panel konon) akan tanya anda soalan seperti ini, "Riesya, menari tarian dangdut di sekolah adalah kesalahan jenis apa?" Maka anda perlu bersedia lebih awal. Alah, boleh baca dalam buku peraturan sekolah. Bacalah berulang kali kalau begitu bersemangat untuk menjadi seorang pengawas yang dedikasi. Oh begitu.

Selain itu, dia juga akan tanya suatu situasi, jadi anda kena menjawab untuk tindakan terhadap situasi tersebut. Contohnya, "Riesya, sekiranya anda ternampak rakan lelaki anda membawa lipstick merah ke sekolah, apakah tindakan anda?" Dari situ, panel itu akan dapat menilai anda berdasarkan jawapan yang diberikan.

Perlu diingatkan, sebelum anda menjalani sesi temuduga, pastikan penampilan anda itu adalah standard sekolah. Eh mestilah, ini kan wajib. Lelaki, pastikan baju anda tuck-in. Bak kata pengetua wanita sekolah saya, "TUCK IN YOUR SHIRT!". Rambut jangan terpacak macam duri landak lalala. Perempuan, kain jangan ada yang singkat, yang bertudung itu mesti melebihi dada dan bahu. Kalau tidak, tidak bermaknalah anda memakai tudung yang sepatutnya menutup mahkota anda itu.

Lastly, banyak-banyaklah berdoa. Pastikan niat anda itu betul. Menjadi pengawas kerana Tuhan, kerana mahu menyediakan suasana sekolah yang aman dan harmoni. Bukannya semata-mata mahu menjadi glamor dan popular. Kalau mahu jadi vogue, silalah masuk kumpulan The Wannababes yang sememangnya gedik gila hendak mampus! Hehehe.

Okey, selamat tinggal Mei. Hello Jun. 

Oh ya, kepada Encik Amirul Azman Cheah, nantikan pula entri saya yang anda idam-idamkan itu. 

Assalamualaikum, jumpa lagi! ^_____^