Saturday, February 11, 2012

Matematik Tambahan : Susah atau Senang?

Hai, hai, hai. Selamat sejahtera warga Malaysia, Indonesia, Singapura dan siapa-siapa yang faham bahasa Melayu.

Pejam-pejam celik-celik, sudah bulan Februari. Apa? Cepatnya masa berlalu! Sepantas kilat, selaju halilintar, secepat jet pejuang berkelajuan paling tinggi! Masa sememangnya tidak mahu menunggu kita. Bila kita sering tangguh-tangguhkan kerja, kita akan rasa masa masih banyak, sedangkan masa sentiasa bergerak laju ke depan. Macamana mahu kejar masa? Disiplinkan diri.

Anyway, entri kali ini bukanlah tentang esei 'Pengurusan Masa yang Bijak Menjamin Kecemerlangan Individu', tetapi mengenai pandangan saya tentang subjek yang selalu digeruni oleh budak-budak sekolah, khususnya yang memang tidak minat dan akan berlari lintang-pukang sampai terjatuh ke dalam longkang apabila melihat nombor-nombor. Bezanya, nombor-nombor bercampur dengan x, y, f(x), cos, tan, sin, segi tiga piramid, simbol cermin mata vogue, kuasa-kuasa dua dan tiga, graf yang ke atas ke bawah ke atas ke bawah, dan yang sekufu dengannya.

Bagi budak-budak selain aliran sains, sememangnya subjek ini hanya matapelajaran tambahan elektif yang mereka boleh sesuka hati mengambilnya. Namun, untuk jurusan sains tulen yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi kesainstulenannya, subjek ini dianggap subjek berani mati! Tak tahulah, mungkin anda, anda dan anda yang sedang membaca entri ini mungkin terdiri daripada kalangan budak-budak yang pro dan selalu dikejar-kejar oleh budak-budak untuk minta ajar.

Matematik Tambahan atau nama english a.k.a. modennya Add Maths ini sememangnya merupakan subjek yang konon-kononnya akan memberikan peluang yang cerah kepada calon lepasan SPM bagi melanjutkan pelajaran ke matrikulasi. Namun, tahukah anda bahawa terdapat sesetengah pelajar apabila menghadap saja subjek ini boleh menjadi meroyan, histeria, gila, sawan babiiez dan akhirnya pengsan terlentang? Okey, tipulah kalau tak ada salah satu dari atas ini. Antaranya ialah saya sendiri. Kenapa?

a) Setiap bab adalah pelik 
     Terdapat 21 bab keseluruhannya dalam mata pelajaran ini. Setiap bab sememangnya mendatangkan satu perasaan yang aneh dan janggal apanila kita menelusurinya. Contohnya, bab differentiation semasa tingkatan 4. Terus terang saya katakan, saya tidak memahami konsep ini. Malah, semasa excel tahun lalu, saya langsung tak jawab soalan-soalan differentiation walau 1 pun!

b) Masa menjawab kurang mencukupi.
     Untuk membuat satu soalan sahaja, perlu memakan masa berminit-minit, malah berjam-jam untuk menjawabnya.  Sudahlah nanti masa exam masa yang diperuntukkan ialah 2 jam 30 minit. Bagi budak-budak bodoh lembab macam saya, masa itu sememangnya tidak mencukupi. Kadang-kadang sakit hati juga sebab tak dapat siapkan kesemua soalan, tapi apa boleh buat? Tettt! Masa dah tamat.

c) Soalan-soalannya berbelit-belit dan susah untuk difahami
     Ini yang paling saya gerun sekali. Soalan Add Maths sudahlah saya sendiri kena melakukan aksi menggerak-gerikan bebola mata dengan had laju yang sederhana lambat semata-mata mahu mengetahui apa sebenarnya yang soalan itu mahu. Antara perkataan-perkataan yang saya akan berasa cuak dan cemas menengoknya ialah show that, express blahblahblah in term of lalala.



Namun, di mana ada kemahuan, di situ ada lubang tandas. Silap, di situ ada jalan untuk pergi ke tandas. Semua subjek juga begitu. Kita tak bolehlah nak salahkah guru yang mengajar kita itu tidak cukup pandai, atau mengutuk pengarang buku teks add maths sebab tak pandai menulis.

Bukankah sekarang kita ada banyak rakan yang mahir dalam subjek ini? Tanya saja kepada mereka. Awal-awal pagi lagi tunggu depan meja buat muka secomel-comel yang mungkin. Kemudian minta tunjuk ajar. Kalau dia tak mahu ajar, ugut dia dengan perkataan 'kalau kau tak ajar aku add maths, kau sombong!'

Kalau masih tak faham kan ada cikgu! Jumpa cikgu di bilik guru. Kita paksa cikgu add maths ajar kita sampai pandai. Kan tugas guru ialah memandaikan bangsa. Takkan cikgu itu sendiri tak nak ajar kita? Kalaulah ada segelintir yang begitu, masyaALLAH. Okeylah, mungkin tidak ada, tapi mana tahu kalau ada yang jenis begitu?

Buat banyak latih tubi. Buat, buat dan buatah sebanyak mana soalan add maths. Lepas tu minta cikgu semakkan. Beritahu dia apa yang perlu kita perbaiki.

Ingat! SPM tinggal beberapa bulan lagi. Oh ya, sebelum itu saya nak beritahu bahawa bukan semua tips nak mahir add maths, yang saya buat, itu hanyalah cadangan yang tak berapa bernas yang lahir dari kepala otak saya sendiri. Saya pun manusia biasa. Saya juga tak suka sangat dengan add maths sebab saya tahu saya takkan lagi jumpa add maths lepas SPM. Namun, demi menghargai susah-payah mummy dan abah saya yang selama ini sokong aliran sains tulen saya, jadi saya perlulah menunjukkan sikap anak yang baik. Hehehe.

 Okey, sampai ketemu lagi.

Sebelum itu, idea entri ini saya dapat dari sebuah blog, tapi saya dah lupa namanya. Kalau pemilik blog itu jumpa entri ini, harap jangan marah ya! Tapi, kita bukan ciplak pun. Sekadar ambil idea yang sama. Tulisan dan isi saja berlainan sikit. Al-maklumlah, saya kekeringan dan kekontangan idea. Hahaha. ^___^



10 comments:

  1. Oh no! Susahnya! Berbelit kepala! Eh! Silap! Pening kepala! Susahnya... Ada jurusan yang tiada matematik tambahan tak? XD

    ReplyDelete
  2. add math , tajuk first dah tak okay xD muahaha . masuk chapter 2 baru lahh faham . hehe

    ReplyDelete
  3. Try jwb soklan add maths SBP...
    Lg laa xtreamm kuasa Tera

    ReplyDelete
  4. seram la pulak nk ambik add maths..

    ReplyDelete
  5. isshh takutkan saya jer nk ambik add maths tahun dpn...dh lh brkobar-kobar nk study nih isshh

    ReplyDelete
  6. addmath senang je sebenarnya tapi pelajar selalu kata susah,nk pandai addmath kenalh buat latihan.saya tk prnh gagal addmath selalu dpt highest dlm kls.

    ReplyDelete
  7. addmath senang je sebenarnya tapi pelajar selalu kata susah,nk pandai addmath kenalh buat latihan.saya tk prnh gagal addmath selalu dpt highest dlm kls.

    ReplyDelete
  8. addmath senang je sebenarnya tapi pelajar selalu kata susah,nk pandai addmath kenalh buat latihan.saya tk prnh gagal addmath selalu dpt highest dlm kls.

    ReplyDelete

Sila tanda 'Notify Me' supaya anda mendapat balasan komen dari saya in sha Allah. :)